Friday, February 25, 2011

0
KOMEN
Tiru Gaya Misha Omar

Friday, February 25, 2011

>Ok,Actually video ni dah sebulan kat Youtube,so semasa survey2 video AJL25 yang lain semalam..terjumpa lak video ni...terus download....
>Yang ini antara peserta yang menang dalam cabaran tiru gaya artis AJL..mereka kene tiru la gaya mana2 artis yang telah bertanding dlm AJL dulu..Macam2 gelagat,tapi yang ni paling besh and kreatif*really?..haha..
>JOM USHA!!
>seriously,mmg ngek..sama kut!!
 >kalau mek misha tgk sure dia berguling2 ketawa..lol
>part ni paling dapat perhatian n tepukan gemuruh dari penonton..
>selagi boleh kan..tangan & kaki tu ya..markah tinggi tu..cayalah bro!!
>yang penting kaki kan..dulu2,kitorang ckp start gear@tendang2..no wonder,jd 'bahan' utk mek misha niii..hahaha
 >haha..sama!!!*org kita bab meniru mmg no 1.lol
>part last ni goshh..ha3..memang bertuahla badan kan..dapat rm5000!!half dari penyanyi asal dik2 nun oooii..setelah gigih berusaha kan
>inilah pelakonnya..encik alif..hoho!!

(kalau anda nak tengok,sila klik sini )

*****sekian*****

Thursday, February 24, 2011

0
KOMEN
Eksklusif : Karok Tak Hengat Dunia

Thursday, February 24, 2011
(p/s dun try at your room)
>Ok,semalam mmg tak hengat dunia la studi karok ..haha..dapatlak raja karok cam Adi a,ka kaunselor hak cipta terpelihara.hik2....
>Mula2,kami nyanyi lagu Yank..then,bila tengok video balik,cam xbest..so,nyanyi lagu lain...lagu??lagu ILUSI-PUISI CINTA...*perr,jiwang seyh
kalau korang nak tengok...klik je 'PLAY'kat bawah ni..xpaksa pun..hik3...*aksi sengal guwe
sebelum tu,semua tepuk tangan ramai2 luuu...hua3
Dengan ini,Blogspot mempersembahkan...
3..


2...


1...


ACTION!!

video

*******sekian*******

Tuesday, February 22, 2011

0
KOMEN
Undi,Tak Tahu & Kemarau

Tuesday, February 22, 2011
>>>>Esok pagi,UUM ada pilihan raya.. SANGAT bosan,setelah kami dipaksa untuk mengundi..haha..
>Ok,aku akan pilih mana yg berkenan di mata SAHAJA..bukan kenal pon,just minggu ni je MPP tu road tour semua kolej..so,yang hadoo??aku TICK la pada yang boleh membawa perubahan(katanya)...Yeah!mahukan perubahan dalam kepimpinan mahasiswa SERTA perlembagaan UUM....!!!
******
>>>>Hey,aku DICARUTKAN oleh kawan sebebbb tak datang group meeting HRM..what the hell kan,no msg...no call..
>So,aku bukan salah aku la... MUJUR,aku tergerak untuk tanya tadi..kalo tak,hadooo mereka nak gtau everything?begitulah,katanya...salah sent MASSAGE...haha..
>So,aku jadi editor(ulas jurnal) la jawabnya nanti..NOT BAD..or presenter?*not bad
DAN
>satu lagi,aku terlepas dari meeting projek..hey,ketua yang benjol!! apsal kau berat tulang sangat nak mesej aku ha?haiya....
>Ok,this time aku tak kesah...aku pon antara AJK yang rajin datang meeting k.. yang lain???sepi...haha...
>im deciding to sleep la that time SEBAB?baru pulang dari.....huhu...so,kalau takde mesej bukan salah aku la tak dtg kan...*sekian
******
>>>>Sungguh,UUM dilanda kemarau..kemarau...dan kemarau...
>Bayangkan,hampir 2 minggu tanpa hujan..pokok2 pon KEKERINGAN,yela...daun2 semua luruh..huu..dan,kesan sampingan kepada kami :
~semua org kulit burn.haha..
~semua budak berebut2 untuk NAIK BAS.hamik!!
~mood baik terhakis serta merta..dek didorong cuaca?haha..
~permintaan minuman ber-AIS semakin tinggi.haha..
~sweater tersadai dikamar usang..
~cream UV protection semakin LARIS..*sunblock katanya
~demam siti situ sana sini..
 
>Demikianlah apa yang kami rasa,..semoga dengan izin Yang maha Esa,bumi Sintok kembali segar dan basah dengan titisan hujan rahmatNya...doa sahaja kami mampu....
******

Monday, February 21, 2011

2
KOMEN
Refresh Filem Pilihan 6: Hantu Kak Limah Balik Rumah(2010)

Monday, February 21, 2011
Akhirnya,berjaya juga aku edit entry(setelah duk bersawang dlm draf)pasal filem hantu-komedi melayu paling aku suka 2010 abad ini,iaitu Hantu Kak Limah Balik Rumah..haha..Seriously,aku nak cakap HANTU KAK LIMAH ANTARA KARYA MAMAT KHALID YANG TERBAIK ..lengkap dengan unsur2 humor,seram dan dan sindirin watkan aku n penonton lain* i think tergelak bagai nak rak...juga diselitkan sindiran secara halus/tajam yang memang sesuai untuk ahli politik,orang Singapore,pengarah filem Malaysia dan taksub pada hantu-wajib tonton filem nie beb..Sebelum itu,tahniah kepada Mamat Khalid kerana berjaya mendapat kutipan box-office ..7.90 juta..hamik kau,terus ranking no2 dalam sejarah box office perfileman kita..huhu..Ok,tanpa buang masa,JOM REFRESH..apa yang best!!!!!


>>Babak Wayang Hampir Nak Runtuh Semua Ketawa..*nyaris
~Haha..lawak siut,terutama time bomoh dari Indon(badjet power) tu kene lempang..

>>Babak Lari Ketakutan *muka xle bla.ha3
~si Usop paling aku geli hati..tak padan ngan woshare wheel chair..lol
 >>Babak Dialog Paling Sengal
~"Kak Limah..masuk lerr,malam dah ni.manyak nyamuk..kokak dek nyamuk tu kang baru tau.dapat malaria tapioka..sape susah??"**."cer citer..cer citer...",**"pelawok,pelawok...pelawok.."**"itulah pentingnya english education"**" kita bakor je..kita bakar bakor!!"**"mmm,nak join...."  :D :D



 >>Babak Ketika Bersama Bomoh Siam
~time bomoh Siam ni panggil hantu kak limah ni..haha..mcm2 antu keluar..adehhh..lawak tui..
>>Babak Melalak/Menyanyi
~Awie melalak lagu Cinta Kristal...nak show off cinta dia still pada cik nik..DAN,gaya lagak ngeri Johan..duii..FUN!!

>>Babak Kemunculan Hantu Kak Limah
"ENJIT ENJIT SEMUT SAPE SAKIT NAIK ATAS" huhu..
***TAMAT***

OPSS..jap2..berapa bintang??hehe.. 5 la..^^

Saturday, February 19, 2011

0
KOMEN
AisKRIM & CoKELAT

Saturday, February 19, 2011

>Ok,entry ni sebenarnya sudah lama..sejak zaman Dinasti Chin lagik..hehe..nope,sejak cuti raya cina seminggu lalu..and now,BARU upload..
>Cuti-cuti malaysia sem/cina/apa2 jew aku memang suka cooking..LOL..kadang2,buat resepi baru..time tu terlintas,time tu jugak pergi market and hayunkan tangan untuk masak..KAN,gigih buka buku resepi,untuk TRY..huhu..TAPI.kalau dah ingat,aku MAIN letak je bahan2...
>Kali ni,aku nak nak...nak pe eh,nak tunjuk lerrr..ehem2..AISKRIM SNOW CHOC aku..*judul resepi xtiru mana2

>Actually,aku suka pic ni..haha..mengeliurkan ..goshh!!

>gigih cari ceri,nestum,roll jala(tak reti nak sebut),milo and aiskim ..haha..sodap2!!

sedap2...
amik masa untuk 'posing-kan' aiskim nii..haha..last2cair sket..

DAN...
>Esoknya pulak,time breakfast..akak aku bagi coklat dari Jepun..boss dia bagi..
>Baru aku tahu,coklat or candy kat Jepun berasaskan tumbuhan..huhu..

>Ok,yang merah tu aku TAK BERAPA suka..berasaskan daun dan bunga..serius weh,MEMANG WANGI..haha,aku xleh mam!!

>warna putih tu,FEVERET aku..ada mint,walnut ,caramel dll..sedap2~!! haha..

>Yang merah tu,aku bagi mak aku..haha..aku rasa sikit2 je..*mak aku kata isi dalamnye cam putu beras :D

>after 15min dalam peti ais,aku keluarkan...WAHH!!mAcam makan CLOUD 9+ DOUBLE MINT..~haha..
***TAMAT***

Thursday, February 17, 2011

0
KOMEN
Refresh Filem Pilihan 5: Street Dance (2010)

Thursday, February 17, 2011

Salam Paradigma,

Filem seterusnya yang ingin aku paparkan ialah Street Dance..Dah tonton?kalau belum memang rugi..huhu..Ok,persoalan besar dalam cerita ini,apa jadinya jika tarian ala jalanan yang terkenal dengan sebutan street dance digabungkan dengan tarian balet (sgt klasik beb)dan memiliki ciri kelembutan yang cantik(serius)... Itulah sedikit gambaran tentang film terbaru produksi Vertigo Film yang berjudul Street Dance ini..

Pendek kata,filem yang diarahkan oleh duet Max Giwa dan Dania Pasquini ini mengambil kisah sekelompok penari jalanan Inggeris yang berlumba2 untuk menjadi yang terbaik di England la..Namun demikian,atas sebab tertentu,rutin street dance ini telah digabungkan dengan tarian balet untuk memenangi sesebuah pertandingan....goshh,memang tak masuk akal kan kalau difikir..tapi,semua itu bukan mustahil..huhu..Tahniah!!! kat Malaysia pun,kita dah ada Showdonw yang support budak2 street dance ni..they need some of oppurtunities to show that dance as well..ok,JOM SEMAK..babak yang best!!



>>Babak Cabar Mencabar Street Dance vs Ballet
>>Fuh,best gak masa tengok diorang showing kebolehan sendiri..haha
 

>>Babak Persembahan Street Dance Yang Mengagumkan
Seriously,memang best..wow!!

>>Babak Battle of Street Dance
>kump Breaking Point(baju warna warni) lawan group yg xde sape leh challenge..wow!!

>Jay yang dulunya anggotai kump Breaking Point,telah bolot dan sertai group lain..
>Best tgk gurl2 yang tak nak kalah tunjuk gaya masing2..haha..



>>Babak Kegigihan Mereka Berlatih
>di mana2 saje,mereka mencuri peluang untuk berlatih..masakan tidak,yang dah pandai ballet kene belajar street dance..dan,begitu juga street dance harus pandai ballet???OMG..


>>Babak Final-Aksi Pihak Lawan
>pun,cantik juga..cuma agak terabur..but,gud idea..

>>Babak Final- Aksi Terbaik Kumpulan Breaking Point
>Korang leh bayang tak,rutin tarian ballet digabungkan ngan street dance?haha...
>seriously,SANGAT CANTIK dan MEREMANG BULU ROMA kut *dunno bg aku ler..
>tetibe time ni,terfikir lak tarian tradisional kita digabungkan ngan tarian moden..haha..why not kan.. 

NOTA KAKI: mencari keunikan dalam sesuatu perkara memang sukar,untuk merealisasikannya LAGI BEGITU sukar..

Sunday, February 13, 2011

0
KOMEN
yes!!

Sunday, February 13, 2011
                                     Yes!! finally i got dat one ,mood happy activated lor..huhuhu..
Ok,the title is.. Mary Stayed Out All night.. 
special thanks to Norshahida,standing for 'black sheep' in which korean movie finder..haha..
ok..join me.. 16 episode??goshh...
do i care..
jang geun suk again..

0
KOMEN
Valentine Day?Perlu ke?

Salam Paradigma,
Hari ini aku nak paparkan sesuatu yang begitu signifikan dalam kalendar hidup kita..Sungguh,biar seribu kali kita di laung benda berulang kali tapi sekurang2nya ia memberi pengajaran buat kita terutama orang yang beragama Islam ya...Ok,JOM SEMAK apa yang dikatakan pasal Valentine Day ni..Pada yang bakal/sedang couple,anda diberi pilihan..aku hanya cuit anda sebentar sahaja..terpulang..

Ada apa dengan Valentine Day?

Valentine? kenapa dengan hari valentine? Kata orang hari kekasih, hari jambangan bunga diserahkan kepada yang dicintai. Dahulu, sewaktu muda, pernah juga sekali dua aku keluar dengan kekasihku(kini suami) pada hari valentine. Tapi sebenarnyachari iu kami tidak berasa apa-apa, semuanya berlalu seperti biasa, pergi shopping complex, makan, jenguk kedai buku dan borak-borak apa yang berlaku selama kami lama tak bertemu.  Bunga? tidak juga. aku selalu dihadiahkan bunga pada hari2 yang tak istimewa tanpa disangka. Bukan valentie, bukan harijadi. Tetapi waktu itu aku tak tahu apa sebenarnya valentine selain hari bagi pecinta, setelah mengetahui ketidakbaikannya, hari itu hanya berlalu begitu saja setiap tahun kerana kami akhirnya tahu berkasih sayang adalah pakaian setiap hari dan tidak memilih hari


Maklumat di bawah ini, hendaknya menyerap di genggaman pendirian setiap orang.



Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.



Benarkah ia hanya kasih sayang belaka ?
 
Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116)
 
Hari 'kasih sayang' yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada tahun-tahun terakhir disebut 'Valentine Day' amat popular dan merebak di pelusuk Indonesia bahkan di Malaysia juga. Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari di mana banyak kita temui jargon-jargon (simbol-simbol atau  iklan-iklan) tidak Islami hanya wujud demi untuk mengekspos (mempromosi) Valentine. Berbagai tempat hiburan bermula dari diskotik(disko/kelab malam), hotel-hotel, organisasi-organisasi mahupun kelompok-kelompok kecil; ramai yang berlumba-lumba menawarkan acara untuk merayakan Valentine. Dengan  dukungan(pengaruh) media massa seperti surat kabar, radio mahupun televisyen; sebagian besar orang Islam juga turut dicekoki(dihidangkan) dengan iklan-iklan Valentine Day.

 SEJARAH VALENTINE:
Sungguh merupakan hal yang ironis(menyedihkan/tidak sepatutnya terjadi) apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.
Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.

Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.

Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis'  kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.
 
Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.
 
Dari sini dapat diambil kesimpulan bahwa moment(hal/saat/waktu) ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat  dengan kedok percintaan(bertopengkan percintaan), perjodohan dan kasih sayang.

PANDANGAN ISLAM
Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam ?

Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:
“ Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)
 
Dalam Islam kata “tahu” berarti mampu mengindera(mengetahui) dengan seluruh panca indera yang dikuasai oleh hati. Pengetahuan yang sampai pada taraf mengangkat isi dan hakikat sebenarnya. Bukan hanya sekedar dapat melihat atau mendengar. Bukan pula sekadar tahu sejarah, tujuannya, apa, siapa, kapan(bila), bagaimana, dan di mana, akan tetapi lebih dari itu.
 
Oleh kerana itu Islam amat melarang kepercayaan yang membonceng(mendorong/mengikut) kepada suatu kepercayaan lain atau dalam Islam disebut Taqlid.
Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.
HAL-HAL YANG HARUS DIBERI PERHATIAN:-
Dalam masalah Valentine itu perlu difahami secara mendalam terutama dari kaca mata agama kerana kehidupan kita tidak dapat lari atau lepas dari agama (Islam) sebagai pandangan hidup. Berikut ini beberapa hal yang harus difahami di dalam  masalah 'Valentine Day'.
 
1. PRINSIP / DASAR
   Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan 'supercalis' bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama  Nasrani (kristian), maka berubah menjadi 'acara keagamaan' yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.

2. SUMBER ASASI
   Valentine jelas-jelas bukan bersumber dari Islam, melainkan bersumber dari rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja. Oleh kerana itu lah , berpegang kepada akal rasional manusia semata-mata, tetapi jika tidak berdasarkan kepada Islam(Allah), maka ia akan tertolak.
Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah ayat 120 :Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.
Katakanlah : “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan  mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.

3. TUJUAN
   Tujuan mencipta dan mengungkapkan rasa kasih sayang di persada bumi adalah baik. Tetapi bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Dan bukan pula bererti kita harus berkiblat kepada Valentine seolah-olah meninggikan ajaran lain di atas Islam. Islam diutuskan kepada umatnya dengan memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan      yang abadi di bawah naungan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Bahkan Rasulullah s.a.w. bersabda :“Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti cintanya kepada diri sendiri”.

4. OPERASIONAL
Pada umumnya acara Valentine Day diadakan dalam bentuk pesta pora dan huru-hara.
Perhatikanlah firman Allah s.w.t.:Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaithon dan    syaithon itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”. (Surah Al Isra : 27)
Surah Al-Anfal ayat 63 yang berbunyi : “…walaupun kamu membelanjakan    semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat    mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati    mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.

Sudah jelas ! Apapun alasannya, kita tidak dapat menerima kebudayaan import dari luar yang nyata-nyata bertentangan dengan keyakinan (akidah) kita. Janganlah kita mengotori akidah kita dengan dalih toleransi dan setia kawan. Kerana kalau dikata toleransi, Islamlah yang paling toleransi di dunia.
 
Sudah berapa jauhkah kita mengayunkan langkah mengelu-elukan(memuja-muja) Valentine Day ? Sudah semestinya kita menyedari sejak dini(saat ini), agar jangan sampai terperosok lebih jauh lagi. Tidak perlu kita irihati dan cemburu dengan upacara dan bentuk kasih sayang agama lain. Bukankah Allah itu Ar Rahman dan Ar Rohim.  Bukan hanya sehari untuk setahun. Dan bukan pula dibungkus dengan hawa nafsu. Tetapi yang jelas kasih sayang di dalam Islam lebih luas dari semua itu. Bahkan Islam itu merupakan 'alternatif' terakhir setelah manusia gagal dengan sistem-sistem lain.
 
Lihatlah kebangkitan Islam!!! Lihatlah kerosakan-kerosakan yang ditampilkan oleh peradaban Barat baik dalam media massa, televisyen dan sebagainya. Karena sebenarnya Barat hanya mengenali perkara atau urusan yang bersifat materi. Hati mereka kosong dan mereka bagaikan 'robot' yang bernyawa.

MARI ISTIQOMAH (BERPEGANG TEGUH)
Perhatikanlah Firman Allah :
…dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk golongan orang-orang yang zalim”.

Semoga Allah memberikan kepada kita hidayahNya dan ketetapan hati untuk dapat istiqomah dengan Islam sehingga hati kita menerima kebenaran serta menjalankan ajarannya.
Tujuan dari semua itu adalah agar diri kita selalu taat sehingga dengan izin Allah s.w.t. kita dapat berjumpa dengan para Nabi baik Nabi Adam sampai Nabi Muhammad s.a.w.
Firman Allah s.w.t.:
Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya maka dia akan bersama orang-orang yang diberi nikmat dari golongan Nabi-Nabi, para shiddiq (benar imannya), syuhada, sholihin (orang-orang sholih), mereka itulah sebaik-baik teman”.

Berkata Peguam Zulkifli Nordin (peguam di Malaysia) di dalam kaset 'MURTAD' yang mafhumnya :-
"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!!  Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..

 sumber: http://tanbihul_ghafilin.tripod.comhttp://www.e-fatwa.gov.my

0
KOMEN
Tak Kisah

tak salah rasanya berada di situasi yang bukan diri kita..Aku sanggup kut eksperimenkan diri sendiri untuk mencari identiti dan imej yang sesuai..Memangla perlu ada cemuhan tapi tak kesahlah, aku memang dah lama pon disuap benda2 yang berorientasikan kritikan ini..Lama dah,sejak kecik pon.. So,jika aku rasa time tu aku perlu berimej sedemikian,why not i try to be like that.. Orang boleh berkata-kata apa sahaja kan..Kerana,manusia memang suka membuka mulut dan perkara yang dia suka ialah buka keburukan orang itu . Ada juga berperanan menjatuhkan orang lain.Itu tak mustahil kan..Memang sejak azali dia dah begitu.huhu.. Aku bukan mencari kesempurnaan..tapi belajar erti kesederhanaan..itu sahaja..

1
KOMEN
Kreatifnya Dia Buat Baby

OST ENTRY:
Britney Spears:"baby one more time.."
Marc Anthony:"my baby u"
Justin Bieber:"baby"
cute cute cute. Ouch!!,


Dalam telur..huhu..kecik gilerr..


nmpak real an..an..

sekali pndang macam guna Adobe Photoshop..tapi..



Alolololo...


sweet dream dear...muax!!


dia buat pkai pe tu...?*tertanya2


La..dia nie ker yg buat baby nih sume..
serius,sangat kreatif..^^
#xtau la macam mana dia boleh terfikir untuk create baby yg cute ni.hu4
#Takpela,janji bukan baby yang dikandung kan..kalo buat,nnt DOSA ya adek2 sekalian..hee..kalo sah enggak apa dong ;)


Saturday, February 12, 2011

0
KOMEN
Refresh Filem Pilihan 4 :Magika (2010)

Saturday, February 12, 2011
Baiklah..filem seterusnya yang ingin aku paparkan ialah Magika.Pendek kata,filem Magika adalah sebuah filem berbentuk kekeluargaan yang menyelitkan pantang larang orang Melayu terutama peringatan untuk anak-anak seperti jangan keluar rumah waktu senja dan jangan buang air kecil merata tempat sesuka hati. Filem ini juga dekat di hati penonton kerana ia kaya dengan nilai kasih sayang, cinta dan pengorbanan...Tak syak lagi,filem ini menang filem terbaik dalam FFM thn lalu kan(dah agak)..huhu..Tahniah pada KRU dan pelakon2 yang menjayakan filem mengangkat balik cerita2 dongeng dahulu kala ni kan..Baru aku tau,dorang ni berlakon kat sekitar UPM..patutla cantik..hehe..dan ade gak tempat lain area Perak..
Baiklah,JOM SEMAK..babak yang beshhh..


Antara Babak Yang Diingati ialah:


>>Babak Kasih Sayang

>>Senarai Cerita Dongeng Yang Digabungkan


>>Babak Paling Aku Suka..spontan tapi nice.huhu

>>Babak Yang Tak Ketinggalan Dengan Lagu


>>Babak Yang Sedap Mata Memandang *sebahagian lar
 OK..terima kasih,datang lagi..^^

*LAIN-LAIN, Refresh Filem Pilihan 1,2 dan 3

Friday, February 11, 2011

2
KOMEN
Helah Yahu Di

Friday, February 11, 2011
Ok,di Fb & Blog kwn aku rata-rata TELAH paparkan post kt bwh ni..So,aku pon nak gak ler,biar orang Islam BUKA MATA sket..
Persoalannya adakah ini semua kebetulan?bagi aku,nope..ini semua dah dirancang punye..percayalah..  
JOM SEMAK!!

Sila cuba step dibawah ni dan...



Q33 NY???
Apa ade pada nombor plate ni???
Bukak Microsoft Word korang. Taipkan dalam huruf 

besar,

 Q33 NY(no. pesawat langgar WTC).
 Tukar saiz font tu 

kepada saiz 48.

Korang highlightkan Q33 NY tu kemudian tukar kepada 

font WINGDINGS.




MasyaAllah..

Thursday, February 10, 2011

0
KOMEN
Refresh Filem Pilihan 3 :Black Swan (2010)

Thursday, February 10, 2011
Salam Paradigma,

                Filem Black Swan boleh dikatakan filem penutup paling terbaik tahun 2010(ramai kata)..dan tahniah Natalie Portman secara mendadak menjadi fenomena akibat sebab dapat sambutan hebat watak yang dibawanya dalam filem ini. Filem ini memaparkan bagaimana di saat akhir,ia(Nina) seperti berubah menjadi angsa hitam dan bagaimana dia boleh menjadi begitu??Korunk kene tengokla ye..Aku hanya refresh saje bukan mahu sinopsiskan..hehe..Pendek kata,filem ni membuatkan entusiasme aku melonjak dari minit ke minit..i dunno why it happened..huhu..Hope,Natalie Portman boleh menang lah pelakon terbaik masa Academy Award kelak ya..love her much!!Mana tak nye,2 tahun kut dia berlatih tarian balet angsa nii...serius, sangat gigih dia.. :))))) ok,jom semak babak yang aku paparkan disni..

Babak Paling Diingati Dalam Filem Black Swan:

>>Babak kasih sayang ibu Nina

>>Babak perubahan sikap Nina terhadap ibunya
>>Babak kesungguhan Nina ketika berlatih balet


>>Babak halusinasi datang tiba2

>>Babak yang mendebarkan..tidakkk!!

>>Babak semasa White Swan menari..sangat cantik!! :)


>>Babak Black Swan yang sebenarnya?? haaa..??

NOTA KAKI:Jadilah diri sendiri dan paling penting,tak mudah dipengaruhi oleh anasir luar.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger TemplatesBlogger Blog Templates;