Pages

Tuesday, September 25, 2012

Mencari Tempat Praktikal / Internship






Assalamualaikum.
Entri super serious.

Hari ini den nak post sesuatu yang serius ,sepanjang 3 tahun menjadi pelajar di UUM. Nah, sudah tiba masanya untuk den melalui suatu peringkat yang lebih crucial.

Insya Allah , pada 4 Februari – 26 Mei 2013, saya Muhammad Hanif Abdullah seorang pelajar business admin (logistics and transportation) akan mula menjalankan latihan industri (LI),praktikal atau internship di sebuah organisasi. Sesuatu yang mendebarkan bukan?

Sepanjang di Kedah ini, banyak sudah den belajar menjadi insan yang berdikari, utamakan kasih sayang dengan orang jauh, kenali diri sendiri, hamba Allah yang banyak kekurangan dan ilmu pengetahuan, dan banyak juga bertemu dengan pelbagai kerenah manusia. Ada yang membantu dan ada menjatuhkan. Cukup ku hargai. Cuma cuma cuma,yang belum ialah menzahirkan atau mengaplikasikan apa yang kita pelajari secara “real”. 

Sememangnya den dah bersedia . Namun begitu, tipulah kalau tak di tanya dengan soalan popular semester (akhir) ini :

“kau dah cari tempat praktikal ke belum?”
“dapat company mana? Ada elaun x?”
“kau pilih tempat praktikal kat company swasta atau government?”

 OKAY FINE. Hampir setiap hari, Semua persoalan ini masih berlegar-legar di benak fikiranku 
Sedikit sebanyak, muncul juga bisikan negatif (tak cool) yang macam ini 

“alaaa.. kau guna kabel boleh laaaa.. aku ni sape je?”
“result korang gempak.. no wonderrrr lah”

Buat masa ini, den masih tercari- cari tempat praktikal yang benar-benar sesuai dan menepati kehendak course. Sebab nanti kena buat report kan, so kena pilih tempat yang related..

Jika tak keterlaluan, den mahu company terbabit menyediakan elaun ataupun tempat penginapan ( memilih sgt ke camne?)
Sebenarnya ada beberapa company di Shah Alam dan Kuala Lumpur  telah memberi respon yang baik. 
Misalnya,

Diorang nak buat interview plak. Tak tahu bilanya..

Konsertium Logistik Berhad.. (belum bagi comfirmation lagi)

Di bawah ini merupakan subjek major dalam couse saya:


Kalau boleh, den nak buat praktikal di sekitar Seremban (mahu try area dekat2 umah), Cheras (dekat dengan rumah abang), dan Shah Alam ( company banyak kan?) Tapi ...... kalau tak dapat dekat area tersebut, for sure nak juga sekitar Kuala Lumpur ,Selangor. Malas laaa jauh2 weh. Nanti melibatkan kos lain plak kann

Untuk itu, 
Anep nak sangat minta PANDANGAN atau IDEA dari kalian semua. Bantulah saya..
Kalau ada kawan atau pernah berpengalaman dengan sesuatu syarikat.  DI PERSILAKAN. . URGENT SANGAT NI :(

Kepada COMPANY yang mahu mencari praktikal student dan related dengan course saya, boleh email di sini: dokumen89@gmail.com ataupon di FACEBOOK
Kerjasama anda semua amat saya hargai. Thanks :)



NOTA KAKI: Antara entri yang paling serius tahun ini. Selepas ini, dah busy dengan research/assignment woii. Take care semua. Jumpa lagi, Bye.

28 comments:

  1. pg je la yg mana2 pun..
    jgn memilih sgt!
    huhuhu

    ReplyDelete
  2. pening bukan?? saya pon tgah tgu confirmation dr company.. dan saya pon amek coz logistics gak.. hehe

    ReplyDelete
  3. @Lelaki Ini tulaa.. buat masa ni aku kena identify mana yg terbaik.thanks :)

    ReplyDelete
  4. rindu zaman2 praktikal dulu..hehehehe

    ReplyDelete
  5. saya syorkan anda mulalah gunakan akaun nama emel yg > formal untuk urusan praktikal/kerja..

    All the best! :)

    ReplyDelete
  6. hehe aku pun dok pening nak carik ni

    ReplyDelete
  7. ala couse kau ni belambak company kat area sh alam..

    baru baru ni ada jobstreet fair kat mid valley, byk gak company nak cari budak LI..

    sbnrya company tempat aku kerja ni pun company logistic gak.. cold Chain Network puchong.. tapi tak tahu la pula diorng nak ambik budak LI ke tak, sbb diorng tengah cut cost..

    pendapat aku, nak experience gi ambik company suwasta, cari yg GLC.. gomen rasanya ko takkan belajar banyak..

    lgi pun swasta dia bagi elaun, dulu tempat aku ni diorng bagi dalam 500 sebulan.. lepas la kan duit makan..
    lagi kalau performance ok ada potensi soon diorang akn ambik ko kerja..pendapat aku la..
    ok good luck..

    ReplyDelete
  8. Kalau dapat tempat yang bagi elau pun dah ok dah tu Nep.. Aku doakan yang terbaik untuk kau..

    ReplyDelete
  9. @boni kacak praktikal katne dulu? fuhh.. saya plak yang cuak ni. huhu

    ReplyDelete
  10. @Ash Give aku memang manfaatkan internet yg ada.. hari2 check email tgok apa feedback company yg aku apply, kat jobstreet,mudah n website company..

    memang nak cari GLC, tp pointer kurang baik lah. aku cuba sebaik mungkin..

    one thing, elaun lah kan.. bila 4 bulan tu at least boleh cover duit makan or transport..company ko mcm menarik je. hehe

    anyway thanks abu :)

    ReplyDelete
  11. @Yousof ko nampak aku kat twitter happy je kann, sebenarnya dalam hati hanya Allah saje tahu.. thanks doakan ye :)

    ReplyDelete
  12. mengikut pengalaman sya jgn minta gomen kay.. takde benda yg hang bleh blaja kat sana.. better pegi minta kat private..insyaAllah ada yg nak amik. Sya dulu LI kat gomen. nak buat report memang susah giler..

    INGAT TAW!!! pilih PRIVATE :)

    ReplyDelete
  13. @inche hlovate thanks awak.. dah abis praktikal la eh? ok2 :)

    ReplyDelete
  14. haah betol mcm Abu ckp tu nep..
    kalo dpt yg swasta plus bg elaun
    ok arr gak.. blh la lps nk idop
    kan ? moge2 dipermudahkanlah :)

    ReplyDelete
  15. semakin berusia..wajib la kita mkin berdikari

    ReplyDelete
  16. pilih swasta atau glc. Kalau kerajaan, xdpt diserap kerja.
    Good luck ye

    ReplyDelete
  17. Anip, mana2 pun kos tinggi.. Nak2 kl shah alam tu.. Kalau dpt kt area2 rumah mmg bgus dpt jimat sume.. Tp kalau blm dpt grab aje peluang yg ada.. Tp ssh jugak nnti nk pk duit sewa lg.. Biasalah org buat praktikal kat negeri masing2.. Elaun kalau dapat pun tak sama rm500 dik.. Hikhik..

    ReplyDelete
  18. aku baru ni pernah intern dekat Panasonic, under Logistics group. ofis dia dekat Mid Valley. ada elaun makan n parking (kalau bawak keta). kira ok gak la elaun dia. nak ke?? nanti aku try tanya supervisor aku tu.

    ReplyDelete
  19. awk da dpt tmpt prctcal kew??sy pun nga crik2 nie bfre due dte 15 feb...sy prktkal stat mac 2013 smpai june...if awk ade tau mne2 cmpany yg nk gne stdnt prctcal gtau yea..sy bch in buss mgt..add fb sy wunny quera :)

    ReplyDelete
  20. ASSALAMUALAIKUM..tuan umahh...tumpang wat iklan promote diri sendri sat ek hehe..mntk tolong eh,hehe

    assalam,, saya Leftenan Muda Norfatehah berumur 22 tahun, pelajar akhir IJAZAH MARKETING memerlukan tempat praktikal bermula 4 FEB 2013 selama 20 MINGGU. Kepada sesiapa yang berminat boleh emel saya di sitinorfatehah.mz@gmail.com

    keutamaan di negeri terengganu, pahang & kelantan. namun lain2 negeri turut di pertimbangkan :)

    terima kasih.

    ReplyDelete
  21. Wah....AA dah dapat tempat utk internship dah pun hehe tahniah!

    ReplyDelete
  22. Internship Kat mana? Boleh tau tak company apa je yang tawarkan tempat untuk student logistics

    ReplyDelete
  23. kepada pelejar diluar sana hati-hati bila apply tempat praktikal. cubalah bertanya kepada senior terlebih dahulu. kebanyakkan pelajar kena buli. maksud buli itu ialah buat kerja yang tak ada kaitan langsung dengan bidang pengajian atau buat kerja personal staff tertentu (yang ni ramai tak perasan).

    Jom Baca Company Review

    ReplyDelete

jom couple, then kahwin
hai people, thanks komen!