Mutakhir ini,kemuntahan isu demi isu seakan-akan berlumba2 nak masuk muka depan akhbar negara..Paling meletup ialah buang bayi..Semua pihak amatlah dukacita akan environment kotor seperti ini..Lagi di keji,lagi menjadi2..Lagi di papar,lagi tegar..
Tegasnya,dimanakah hilangnya sikap keperimanusian,nilai2 moral,etika hidup dan panduan agama anda,wahai si pelaku??????....Tidakkah si pelaku rasa bersalah dan berdosa,setelah puas menjadi 'pelakon terlampau'yang di pengarahkan oleh 'syaitan laknattullah'?..Kemudian,nekad membuang bayi yang suci murni tu ke kawasan2 yang tak sepatutnya...Gambar-gambar diatas,bukti perdana segala perbuatan si pelaku...Kalau anda rajin,bolehlah search di google untuk mengetahui statistik,kes2 terbaharu,dan pelbagai yang berkaitan..Penulis,rasa nak muntah maggie kalau nak paparkan segala kes melibatkan buang bayi di ruang blog yang terhad nie...Atas alasan,terlalu banyak nak tulis untuk tatapan adik2,kakak2,mak2,bapak2,pak cik2,mak cik2,nenek2 dan atuk2 sekalian...
Isu basi ini semakin & akan mendapat 'rating teratas',jika langkah pragmatik tidak diambil secara bijaksana.....Oleh itu,disini,penulis nak bagi cadangan laa untuk membanteras isu basi ini secara berkesan dan relevan....Antaranya.....
1>>>Semua parent,jgn duk goyang kaki atau leka kejar duit dan harta benda tapi sebaliknya,pantau anak2....Pemantauan melibatkan,dengan siapa anak keluar?Bila anak keluar?Tujuan berasas anak keluar?...Lebih2 lagi,pada waktu malam..
2>>>Parents kena had kan waktu keluar anak2 terutama anak gadis..Disaran,tetapkan tempoh tertentu untuk pulang ke rumah...cth,tak lebih pukul 9pm ke..Dan,kenakan hukuman jika anak gagal ikut...
3>>Jeritkan ke telinga anak2,hal yang berkaitan punca masalah2 sosial..Dan,beri mereka contoh kes buang bayi ini untuk menakutkan dan menyedarkan mereka.....Bukan buat tak tau jer....Selagi kita beri pesanan,lagi kukuhlah ingatan anak2 untuk menjaga perilaku...
4>>>Pegangan agama perlu dititikberatkan..Kebanyakan si pelaku,buta dan jahil agama..Oleh sebab itu,tak sedar mana baik dan buruk...mana zalim dan mana perikemanusian...Disaran,manusia2 yang lemah agama nie,perlu mantapkan lagi soal berkaitan fardhu ain spt solat dan diikuti fardhu kifayah spt ilmu semasa....Bimbingan ibu-bapa,guru2 dan masyarakat 'cemeti' utama dalam mencegah barah yang semakin membusuk nie...
5>>Pihak kerajaan dan bukan kerajaan pun ada tanggungjawab besar jugak dik..Kerana,mereka sendi utama negara....Baik,kerajaan boleh juga naikkan jumlah denda dan sebat...hantar si pelaku dan bakal menjadi si pelaku(jika perlu) ke pusat pemantapan akidah...cth,rumah pengasih..
6>>>Media massa juga ada peranan gak.....Bukan duk huha-huha keliling peminat dengan program hiburan tapi,beri pendedahan kepada penonton akan punca dan kesan perbuatan keji nie secara meluap2...Iklan kesedaran pulak,menjadi perangsang untuk mereka berubah bukan bertambah indah...Ingat!..iklan perlu betul2 menyedarkan...
7>>>Jaga pergaulan antara laki dan perempuan...Sekarang ni,pergaulan bebas tanpa muhrim semakin melebih2...mula2 kata nak studi sama lama2 berenjut sama..Tegasnya,jangan biarkan diri anda studi berdua-duaan tanpa pihak lain..Apabila bisikan setan dan nafsu serakah berduet bersama2 dalam lagu..haaa...sape nak jawab???Jadi,eloklah kawal diri anda ya dan ibu bapa tegurlah...selagi terdaya...
NOTA KAKI: Buang bayi dan buang akal ada persamaan tak??Fikir2kan...