Saturday, January 28, 2012

Tips Nak Tahu Siapa Stalker Facebook Kita

Sekadar berkongsi,
Tercetus hasil dari pengalaman diri sendiri dan rakan-rakan..

1)Suka Like : Setiapkali korang upload picture,tulis status. Asyik dia sahaja yang like @ orang pertama like. 

2)Chat : Dia suka offline. Kalau dia online,orang tahu dia sedang stalker kita (i think). Jadi,dia bertindak untuk jadi hero kepada wall or segala aktiviti kita. Bahaya kan?

3)Tak suka komen? : Ada juga dapat aduan dari kawan-kawan AA,mereka ini suka like dan kalau komen pon sekejap ada..sekejap takde. Bila di tanya,ada hal itu ini. Rupa-rupanya? Haha

4)Jeles Tak Menentu : Pernah juga terjadi pada diri AA dan kawan-kawan.Mereka ini kalau kita update status (in relationship or lain-lain),dia kan tanya untuk ketahui lebih lanjut. Kalau bukan pada komen,pada chat/inbox pon jadi.. Pernah tak berperasaan aneh sebegitu?

5)Profile Picture : Orang kata stalker sejati ni paranoid,dia suka letak DP yang bukan pic dia.Susah dow nak jumpa pic yang asli. Misalnye,gambar artis .. kereta lahh. Haha

6)Tahu Saje : Kita tak borak dengan dia pon,tapi dia tahu saje kita ni belajar dekat mana… Umur berapa.. Demam ke.. Haha

7) Mutual Friend Dia : Tak ade plak yang kita kenal.. Kalau ada,boleh tahu dia ni camner kan.. Err...

8)Khabar Angin : Kawan-kawan mula perasan,seseorang yang bernama stalker ini suka bercerita dengan kawan korang.. Tak pula berani nak story someting dengan korang. Contohnye, dia suka Si A tapi dia citer dengan Si B saje.. Sebab Si B ini baik dengan A .Jadi dia bolehlah tahu sedikit sebanyak life Si A. Caring takpe. Jangan simpan dalam diam sudah la kann.. Tatuttt...

Stalker ada jenis yang psiko,caring dan friendly. Cara approach sahaja yang berbeza.. Hati-hati ya my readers.. err.. kalau yang jenis psiko lahh. Nak tanya,seseorang yang bernama Hacker ni boleh dikategorikan sebagai Stalker juga ke ek?? Hmm,I think so.. kan?

sedang chatting dengan stalker ,MAYBE? hahahak








NOTA KAKI: Jangan suka melayan SANGAT orang yang tak dikenali. Agak-agaklaa..

Monday, January 23, 2012

Kepala Gatal

Salam. Gongxi. Gongxi.
Uol Sihat? Maaplah ye. Nafsu nak blogging semakin parah dan kritikal sekarang ni. Camno tu.. Nak berubek kampung ke doktor ha? Takde makne .. Dah malas tu tetap malas kan. Apo layi..?? Lagi-lagi nak naip panjang-panjang. Perhh.. Kunyahan anak kucing lagi laju lah berbanding dengan cara AA menaip semenjak habis exam ni.. Hahaharemmm


Ok,punch line kau lambatlah anep.Back to stori...


"Mak aii.. hantu pon pandai guna shampu eh. Keh keh"




Lokasi: di kedai runcit sambil berdiri melihat shampu
 

“dik nak beli apa?”


“nak beli pashmina kak. PASHMINA”


“salah kedai lah dik. tengok macam nak beli shampoo je..yeke?


“ ha’ah.”  (Dalam hati: Pandai pun. Rasa nak cium tangan akak ni je sebab friendly SANGAT tapi sayang soalan tak kene)


Belek dan kekal membelek. Tengok warranty takde. OK blaa.

Patah balik, bukan syampu khas untuk kepala je kan. Mana ade warranty.. Apa ngigau kau anepp?

KEPALA GATAILAH..!!

Sekarang ada 3 pilihan
1) Clear
2) Head n Shoulder (bahu? apa kene mengena eh)
H    3) Produk XX  (Wah! Macam dalam iklan Dynamo plak kasi rahsia itu produk.Keh Keh)


Nyata sekali ketiga-tiga produk ini mendorong keputusan AA untuk cuba pakai selama 44 hari dekat rumah jew.. Lepas itu,buat testimoni dalam akhbar KOSMO sambil buat peace.Aci tak?
 Tak tahu nak beli produk mana ha. Sebelum ini DAH pernah guna ketiga-tiga produk ini. Tapi still gatai lahhhhh! Adakah tuan dia yang gatai sebenarnye ni? Choi.. (sambil tepuk bahu cashier laju-laju)


Jadi. Ulang balik pergerakan awal tadi iaitu “Belek dan kekal membelek” beberapa minit.

Ok. Dekat rumah dah ada shampoo free. Buat apa nak beli,ye tak? Cuti sem lah anep oii.. Sebulan pulak. Haa.. Terus tak jadi beli. Apa kenama aku ni? 


“dik camner.. nak beli?”


“ Takpelah. Heee”


Terus berlari anak meninggalkan kedai berkenaan. Nak beli apa selepas itu,den pun terus lupa. Balik rumah terus teringat. Apa ke sengal nye kan? Adehh

Jap. Jap. Sebenarnye nak bagitahu,den dah start cuti sem !!! 
Sampai pertengahan bulan 2 woi. Dengar tak woi.Jom couple woi! #tetibe





NOTA KAKI: Orang kata,Limau nipis boleh hilangkan kelemumur kan?Adui,tak selesa bai

Friday, January 13, 2012

Motif : " Hot Sangat ! "





Perasan tak?
Hahaha.. LIKE-kan jelaa ye .. Kang kecik hati pulok..  :P



NOTA KAKI: Siapa ada kawan yang bajet Hot & Spicy? Cececiter.. Haha

Sunday, January 8, 2012

Lagu Nasyid Hanya Di Putarkan Selepas Azan



 Alhamdulillah. kehadiran Maher Zain mampu membuka mata warga Malaysia .Cool kan?

Salam hadik-hadik,habang-habang n hakak-hakak? Sihat ke?
ok,berbalik pada topik semasa.

Korang perasan tak,dah lama kita tak dengar lagu nasyid on air dekat radio biasa..Misalnya,di errrrra fm,panas fm..  Perasan tak? perasan tak? (perlu ke aku ulang banyak kali?:p )

Apa yang AA perasan,lagu bserunsur keagamaan dan berbentuk islamik hanya di putar ketika:
1)Sebelum azan
2)Selepas azan
3)Selepas berbuka puasa
4)Sebelum orang p sembahyang jumaat
5)kalau ada kematian orang kenamaan

Saranan AA ada pihak berkenaan:
1)Janganlah jadikan dakwah berbentuk lagu dan muzik itu begitu sempit. Terutama ke arah islamik.. Sampai tiada lagi option,walhal patut lah diberi peluang kan... Pihak pengurusan/auditing lagu sila faham maksud saya eh..
2)Kami taknak radio anda jadi sejibik seperti IKIM,or someting else.. at least,berilah masa beberapa minit untuk kami jernihkan kembali hati yang keras ini .Rating dah tinggi,nak risau lagi ke? :)
3)Putarkan lagu yang orang biasa dah dengar pon okei. Misalnya lagu dari kumpulan Rabbani,Raihan,Hijjaz..Macam-macam kan.. Best.. err.. tak salahkan? 


"Hello, uols nak dengar lagu nasyid bukan dekat radio i wokayyyyss!! " (jari melentik)

Siapa kata?? Ingat tak dulu,lagu Sumaiyyah pernah tersenarai dalam carta radio errrrra beb. Lama giler kut lagu tu bertahan.. Sebabnya,lagu itu mendapat perhatian meluas di radio tak kira radio apa time tuu. Diberi peluang dan pendengar pon suka. Tiada masalah..

Jadi,haraplah radio tempatan kita berfikir sejenak.. Ouh,2012 dah ni kan. Nak urban urban pon beragaklahh .Tak semua penjual tempe di pasar malam,suka dengar lagu Lady Gaga kan??  :)



NOTA KAKI: Suka dengar lagu Saujana-Sekeping Hati

Friday, January 6, 2012

Comel ?Eh Comel ?Ya, Comel...


 Ini entri,khas untuk mereka yang comel. Lalala
Hai comels!! Jom baca,

 comel plak si aflin nih bila jadi Datin Maimun. Hahaha
"tuhan tolong lembutkan hati dia...bla3"

Siapa rasa dia comel?
Eh korang memang comel pe.Serius...................doe!
Kalau korang pernah buat 10 perkara di bawah ni kan,memang sahh lahh comel................doe!


1> Masuk ke dalam bilik, lupa ape yang nak dibuat, keluar semula, baru ingat semula

2> Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni--> ♥

3> Masa kecil, lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit 

4> Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati

5> Cuba 'balance'kan suis lampu antara ON dan OFF :)

6> Beli getah bulat ,dan buat hurup 'A'.. 'V'..'Z'.Lepas tu,lastik orang

7> Baling kertas dekat bakul konon pro..rupanye,terpaksa bangun dan masukkan balik

8> Pakai baju terbaik, lepas kena tegur. Muka merah.. alololo

9> Main kejar-kejar dengan kucing pakai lidi.. 

10> Minum air milo dalam piring sebab boleh tiup kasi sejuk n hirup..Kan?

 11> Lepas basuh tangan, renjis dekat orang ye dak?
12> Main tekan-tekan nombor telefon dekat dlam TV. Lepas mak tahu,kene rotan.. err


Amacam,tersenyum sorang-sorang? Ececehhh..
Kan AA dah kata, sejak kecik lagi korang dah SEBATI dengan kecomelan.............doe!
Kalau umur dah 20+ tapi still buat juga,korang memang berhati comel ..........doe!
K lah, Nak tidooo dulu.. Babai :)


eh.. eh.. ??
yer..  saya tahu awak comel aflin,tak yah nak baring2 k? dah.. dah i chow dulu.. ^^

 

NOTA KAKI: Orang yang tak comel ialah gemar kutuk/maki orang lain mcm kes "budak pandai tu" 
Tak comel lah macam itu :)

Wednesday, January 4, 2012

Makanan Popular Selepas Balik Sekolah?


Eh Hari ini dah mula sekolah kan?
Wake up..Wake up!"
Mana lencana ?
 kuku dah potong?
Pensil cukup?
Pengasah 3 tahun lepas ada?
Kasut dah ikat ? Oh zigzag je ke.Ok.ok..
"Dah ready.. Jom naik kereta papa.. "wah, dah macam drama petang-petang pehal nip.Hahaha

Okeh, sebut pasal makanan popular selepas balik sekolah. Haa.. sure akan beli benda alah ni. Termasuklah den dulu.. Bukan time sekolah pon rajin. Hua Hua. Layannnzz :)

























"Dont say any wordsss!! "bak kata Ropi Cecupak. Haha..
Kenangan yang sangat epik dan menyodapkan (menyedapkan)


SEBELUM BELI JAJAN/CEKEDIS? 
1) Kumpul duit banyak-banyak. Lepas balik sekolah jew,serbu kedai Pak cik Seman or..... what? Dah tukar nama eh sekarang. Oh yer.. The Seman Enterprise. Hee..

2) Tak tahu pun makanan ini makanan ringan. Serius???Ya.. apabila tengok kanak-kanak lain beli tetibe rasa curious (betui ke ejaan ni?) Gasaklahh cuba kan.. Bila dah tahu ada bahan pewarna/perisa tambahan.. Tak nak beli.Be............tul  Dah tak nak beli dekat kedai tuh.Nak beli kat kedai lain..
Sebab makcik tu,kawan baik mak.. Huh,nakai :P

SELEPAS BELI JAJAN/CEKEDIS?
1) Buat sepah depan Tv. Banyak habuk depan Tv.Banyak tentera semut kerumun.
"Anif.. Kau lepas makan,tak reti-reti-reti-reti nak buang ? Eiii budak ni!"
"kejap lagi lah"

Ouh.itu suara kakak sebelum kahwin. Halus je. Sekarang dah kahwin,Masya Allah.. Tengok ,den dah terumpat akak sendiri. Hahah...

Walaupun sekarang di hadap dengan Cool Blog,Tutti Kejadahti, but... I still searching this kind of junk foods. Cool rite?

A.L.O.N.G Along!! Err.. Motiplahhhh





NOTA KAKI PERTAMA 2012: Baca doa sebelum makan :)