Tuesday, February 12, 2013

Siapa Kata Duduk KL Senang?

Assalamualaikum. Apa khabar.
Meowwww.. Lama betul tak update ya? Rasa nak lempang diri sendiri je.
Bukan mudah k nak menulis sambil buat muka sibuk .Tak mudah.
Sibuk dengan praktikal katanye.. Amboi macam orang lain tak sibuk kowt

alolo janganla nangis.. 

Shhh .. Berbalik pada topik ya..


K,Siapa kata duduk KL senang?
Sebenarnya banyak benda yang kita perlu sabar dan sedar.
Patutla ramai orang berlari berganti-ganti nak duduk jauh dari bandar ye.. kos hidup kos hidup.. tahu tak apa itu kos hidup?????? *Amboi perlu ke ulang ayat sama 

Pendek cerita.. Ada halangan tertentu juga yang terpaksa AA tempuh sebelum dan selepas sampai di rumah sewa. Meh nak cerita *tutup suis lampu

1) Masa
- Niat abang untuk hantar AA ke rumah sewa terpaksa di tunda. Dia kena kerja pada waktu yang sepatutnya dia nak hantar AA. Ok tak marah cuma sedikit terkejut. Kenapa mesti bagitahu lambat.. Maybe ada hikmah disitu
-Pergi kerja 830 dan balik pulak 545. Penat tahu! Nak bagi anak itik tokwi makan pon tak sempat.. Amboi perumpamaan mana aku sebat ni

2) Kena paham jalan
-Kelemahan AA ialah mudahnya lupa simpang jalan/signboard/segala jenis tulisan kat jalan raya laa. Lebih-lebih lagi tempat baru. Dalam keadaan kritikal, terpaksa jugaklah tulis arrow dari kawasan A to B dalam notes. Nampak tak kegigihan hamba disituuuuu

-Baiklah, nak dijadikan cerita. Dari Cheras Perdana, den kena jelajah sendiri untuk sampai ke rumah sewa kat Gombak. By the way, tempat praktikal di Batu Caves. So, dekatla jugak... Abang suruh cari signboard Kuantan/Ipoh, ikut laluan MRR2. Okay alhamdulillah berjaya juga sampai ke rumah sewa. Barang-barang tak bawa banyak. Hanya yang perlu sahaja.. Next, baru abang hantar.

-Semua sendiri-sendiri. Itulah sebenarnya menjadikan kita seorang yang berdikari. Kan?

3) Keselamatan
-Boleh imagine, AA hanya guna gerak hati kalau berdepan dengan simpang 4 and roundabout.. Memanglah dia bagi direction tapi dekat highway awak,awak tak boleh bawa slow... Kena 'hon' dengan lori belakang ya awak.. Redah jugalah kan. Seram jugak lalu sebelah lori besar gedabak ni.. huhuhu

4) Berhati-hati dengan siapa kita bertanya
-Pada hari AA kena melapor ke tempat praktikal, AA salah tanya orang. Bantai dia bagi direction salah.. Terus sesat barat. Lawak pon ada... Sepatutnye kena ikut laluan "lurus" ,dia kata"belok kanan" .Its okay. Tak marah akak tu pon. Cuma kalau jumpa lagi sekali akak tu, rasa nak baling kuah kari je kat dia... *sambil patahkan lidi

5) Makanan
-Kenapa kalau kita sebut KL, mesti dikaitkan dengan "makanan mahal"?. For me,standard lah kan. Nak murah, masak sendiri lah munahhh.. Tapiiiiii wah ada tapi jugak. Kalau makan nasi ayam di gerai tepi jalan pon dah cecah RM10? What the duckkkk...So korang kena kaji tempat tersebut. Mana lagi kedai makan yg murah. Orang kata" murah dulu, sedap datang kemudian". Ececece
-Lagi satu, Kena berjimat cermat oii. Tak boleh makan mewah-mewah.

6) Cuaca
- Kadang-kadang kita akan rasa pelik. Ada tempat yang kena hujan,ada yang tidak. Pernah berlaku minggu sudah.. Mohon NASA buat kajian. Tapi serius tak beranilah merempit time hujan hujan,jalan licin kowt.. Den dah lah silau dengan lampu ni. Berteduhlah kat Shell or mana-mana dulu k

7) Roomate
-Actually, nak lebih selamat carilah roomate yang benar-benar memahami kita. Cara komunikasi yang baik dan bertolak ansur. Buat masa ini, roomate pon okaylh sebab dah lama kenal time study di UUM dulu..Setakat nak pinjam barang tu, no hal lahh...

8) Sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling
-Macam kita baru pindah ke rumah baru. Mestilah kita kena paham lifestyle di kawasan itu,jiran,kemudahan,kebersihan... Paling tidak, jangan susahkan orang lain dengan tabiat lama kita. Contohnya, suka buka sound kuat-kuat, tak suka tutup pintu. Kena pahamlah situasi yang lebih selesa. Kita nak selesa, orang lain pon nak jugak


CHOPPP!! Ingat nak buat mini-gathering kat Ikea.. awal bulan 3.Okay dok? Siapa nak joingggg. Komen pliss. Hoho..
K la. Setelah beberapa bulan tak update, tak tahu nak tulis apa. Mood ada,nak menulis je berat kemain tangan.. Bhahaha


NOTA KAKI : Rindu giler dengan zaman blogging macam dulu. Adakah awak merasai apa yang saya rasa?? :(