Assalamualaikum backpackers & readers,
Lama betul tak menulis. Rasa janggal masih menebal.
Baiklah, entri kali ini AA nak share pengalaman sepanjang
bercuti di Pulau Tioman, Pahang selama 3H2M.
Sesi mencari ikan duyung. Kbaii |
HARI 1 :
Dari Bahau – Muadzam Shah – Mersing. Perjalanan ambil masa 5jam sebab driver
terlajak nak ke Kuantan. KO RASA? .. Nasib baik boleh U-Turn. Haish.
Alhamdulillah. Sampai ke Jeti Mersing , Jam 5.45am.
6.30am – Bergerak ke Jeti Kg Genting, Pulau Tioman. Orang
ramai giler baq hang. Al maklumlah cuti hari kemerdekaan. Masing-masing bawa famili nak merayap.
8.30am – Check in @ Dumba Bay Resort. Rehat zzzz
12.00pm – Misi mencari sepinggan nasi dan secawan air. Gila
tak!
2.00pm – Tengok sukaneka dari group lain. Seronok pulak.
3.00pm – Usha tempat beli barang- barang seperti keychain,
fridge magnet, jajan . Mahal? YES. Standard lah kot tempat pelancongan kan.
6.00pm – Berendam dalam air. Kah !
9.00pm – Lepas makan tak tahu nak buat apa @ Kafe. YES!
Nasib baik ada wifi. Nak lepak @ bilik takde tv atau wifi. Bosan derr. Kemudian, ada group A yang terdiri
daripada sweet couple tengah test- test mic. Eh nak berjoget –joget ke apa? Hahaha.
Rupa –rupanya, nak karokkkk
Mustahil kami nak tengok saja kann. Terus join sekakiiii.
Hahaha buat konsert free plak malam tu.
Thank you guys sebab sporting.
@ Pulau Renggis.. 2,3 kali jugak terminum air laut. Choyy ! |
Suasana yang cantik @ Pulau Renggis |
HARI 2 :
9.00am – Snorkeling day. Semua group dah excited wehh.
Kami naik speed boat tak naik feri. Tak tahu kenape. Chalet dari group lain,
naik feri pulak.
10.40am - @ Pulau Renggis. What a beautiful coral kat sini.
Nemo main cuit –cuit je. Superb!
12.00 pm - @ Taman Laut. Boleh baca sini
Ceritanya, kami kat sini boleh snorkeling gymrama secara bebas. Tempat dia lebih luas. Nak bagi ikan makan pon boleh. RM1.50/ botol.
2.00 pm - @ Zon Duty Free. One good thing is… Kami tak bawa
wallet. So tengok jela orang beli barang. Sedehhh
3.00pm - @ Pulau Tomok. Snorkeling buat kali ke 3, dengan
matahari tinggi terpacak? Ada best. Ada tak best.
Best – Dapat tengok lebih banyak coral, ikan2, air tak sejuk
macam 1st place
Tak Best – Diserang ‘something’ sebabnya tiba –tiba lengan dan
kaki den gatai2. Apa kesss
4.00pm – Pulang ke sarang. Hehe. Naik kembang jari sebab
seharian jadi ikan duyung?
9.00pm – Malam BBQ. I like ! Semua pakat berebut nak ayam
bakar, sotong bakar, kerang bakar, udang bakar. Makan ramai –ramai, berkongsi
cerita. Terutama Abang Wan, selaku
kapten speedboat kami. Dia lah paling havoc. Hehe
12.00am – Merdeka ! Merdeka ! Merdeka!
1st time sambut hari kemerdekaan di pulau. Part
main baling2 mercun , mana lah diorang dapat mercun berkotak- kotak tu ekk.
HARI 3 :
7.40am – Sarapan pagi dan check out. Huhh sedih.
8.00am - @Jeti Kg Genting. Tunggu feri nak balik ke darat .Paling
kelakar, janji pukul 8am tapi pukul 10am baru sampai. Memang cari nahassssss ! Orang
kata, situasi macam ni dah galak kali berlaku. This is not cool. Pelancong
harapkan sesuatu yang manis untuk dibawa pulang. At the end, begini pula
jadinya. Pihak berkenaan please be noted.
BAJET:
Penginapan/ Aktiviti laut/ Makan pagi dan malam / Tiket Feri
= RM350
Minyak kereta = RM80 +
Life Jacket = RM 15
Ole –ole = RM 25
Makan sendiri= RM 20
Last but not least, terima kasih tak terhingga diucapkan kepada team Dumba Bay, terutama Kak
Yati, Abang Is, Abang Wan , Amirul dan sewaktu dengannya. InsyaAllah jika ada
masa , kita jumpa lagi.
NOTA KAKI : Bawa bukti tanda kita sudah bayar deposit