Tuesday, September 20, 2016

Budget Trip - Guangzhou, China


Sambungan dari entri Budget Trip - Macau dan Budget Trip - HK 


Info : Kredit


Guangzhou merupakan kota Ke 3 Terbesar di China dan Terbesar di selatan China. Penduduknya dianggarkan seramai 12.7 JUTA orang dan kedudukannya Kira-kira 120 kilometer dari Hong Kong dan 145 dari Macau. Guangzhou Pernah Menjadi tuan rumah Kepada Sukan Asia Pada Tahun 2010 . Guangzhou merupakan Tempat memborong Utama didunia ... Sebut Sahaja nak Borong APA ... Semuanya Ada di Guangzhou.






TIPS DARI HK - GUANGZHOU


1. Jika dari Tsim Sha Tsui Station , sila turun ke Lo Wu Station (last station)

2. Ikut laluan 'Visitors' , pergi ke Kastam untuk check out passport.
3. Buat Visa On Arrival (valid 5 hari sahaja untuk ke Shenzhen, kena cas RMB168). Kalau Visa di China, Its okay. Abaikan step nie. Psstt.. Niat asal nak ke Shenzhen sahaja. Tapi kebetulan jumpa lak backpacker lain, dia ajak ke Guangzhou. So proceed jelaa. Haha #beranimati
4. Beli tiket train Shenzhen - Guangzhou (return, lebih kurang RM160 )



 Tiket nak ke Guangzhou. Dah beli simpan elok2. 







Bila dah sampai Guangzhou, aku terus amik gambar. Nanti takdelaa sesat kan.


5. Ambil gambar Terminal train nie siap2, nanti nak balik senang. Mostly driver teksi tak paham English. So, tunjuk saje gambar. Haha

6. Kalau nak cari tempat tido, pergi website Booking.com (aku suka guna sebab booking tanpa bayaran) atau Agoda (mostly kena bayar dulu tp dpt point)
7. Tandas di Guangzhou agak &%#$@. Kena bawak botol air / wet tissue.



Pelik tapi benar.. Masuk saje dalam teksi, terus nampak palang2 ni kat tengah2 seat.. MOTIF?? Hahaha .Untuk safety kot.




8. Tukar siap2 duit Won kat Malaysia. Bukan nak cakap apa, member pernah kena tipu sebab dapat duit palsu. Ish ishh.. Oleh sebab aku pergi 'secara redah', so redha jelaaa



Shopping punye pasal sampai lupa nak lunch. fuhhh. #lapargilertimenie

Butik yang jual pakaian lelaki.  RMB100 boleh dapat 4 helai baju. MURAH KAN? RMB10 lebih kurang RM6 saje beb. Haaa borong lerr apa lagi :))

Mostly pakaian kena beli secara pukal, tak leh beli sehelai dua helai...

Selepas tu, menjadi msalah dari segi komunikasi. Most of then cant speak in english..Thats y ramai orang pergi ikot Tour & Travel

By da way, jalan2 sehari memang tak cukup. Kena spend more than 3 days. 




Bajet/ Itinerary  DI SINI :)



Friday, September 16, 2016

Budjet Trip - Macau


Info : Macau (Las Vegas Asia) yang terletak di pantai tenggara China, merupakan kawasan khas pentadbiran negara. Sebagai  Pusat Perjudian terkenal di Asia , ia adalah tempat untuk mencari budaya Cina tradisional sambil menikmati eksotik bangunan Portugis. 


Kebanyakan bangunan bersejarah di Macau mempunyai dua sebutan , satu dengan bahasa Inggeris , satu lagi dengan bahasa Portugis.

Kenapa nak pergi bercuti ke Macau?

Eh alang -alang dah sampai Hong Kong, rugi lah kalau engko tak sampai ke sini. Seberang pulau saje jemah oii. Naik apa??


SESAT???

Seawal jam 7.00 pagi aku dah keluar dari Hostel, terus ke Terminal Ferry. Punyelah excited kan! Haha.. Kalau jalan kaki dalam 20-25min jugak laa.. Smpai saje kat kaunter ferry, tunjuk tiket asal..

Amoi Kaunter : No .. No..
Aku : I wanna go to Macau. This is my ticket. 1 Person, return
Amoi Kaunter : No.. Your ticket, MACAU TAIPA. Wrong terminal.
Aku : What?? I do not understand
Amoi Kaunter : Hey sir, here... (sambil tunjuk peta dan MRT - ke Terminal Ferry yang betul)
Aku : Aduhaii, time is running out. Help me sis! (cuak dah)
Amoi Kaunter : Go go, dont wrong again. (sambil bagi peta n timetable )




Rupa-rupanya, tiket aku tue kena naik ke Macau Taipa Ferry Terminal (ferry murah).. BUKAN China Ferry Terminal ( ferry mahal). Nasib baik tak tertinggal ferry. Kahkah

Dah sampai ferry terminal( HK- Macau).. Kena lepas imegresen dulu yaa, baru boleh naik.

Keadaan di dalam Ferry. Kerusi selesa tapi sayang takde wifi =="
Harga tiket sehala : COTAI JET  HKD160.00
Masa Perjalanan : 1 Jam 30 Min


Bas free dari Ferry Terminal ke City of Dream & The Venetian.


City of Dream. 
Ada pelbagai game dan kasino dalam ni.. 


The Venetian.

 Salah satu hotel termewah di Macau. Boleh lihat betapa cantik dan uniknya bangunan di sini.. Seakan-akan anda berada di Venice

Sight Seeing : Grand Lisboa

Dari City of Dream dan The Venetian, driver bas turunkan penumpang ke sini.. Grand Lisboa - Salah satu Casino dan hotel paling mewah di sini . Bangunan cantik -cantik kowt.
Disebabkan terlalu cantik, aku amik laa picture... Tiba- Tiba.... *bunyi suspen*

DI SULUH DAN DI KEJAR

Aku kena suluh dengan laser oleh pegawai casino tu. Aku cuak giler time ni..Dah ler sorang2... Haaa terus lari cari eskalator...Naik tingkat 2. Pengalaman berani mati beteii. Hhaha



Sight Seeing : Senado Square

Selepas kes kena suluh dan kejar tadi, aku terus cari tempat nie.. Rugi lerr kalau dah sampai sini tapi tak selfie. Hahhaa

Info : Senado Square ini bangunan ciri2 Portugis di sekitar memang cantik dan unik.. antaranya Wlyn dan Sand. Shopping sourvenir yang murah (keychain/ tshirt) .. Nak ke sini, jalan terus arah kanan dari Grand Lisboa tadi.


 Sight Seeing : Ruins of St Paul

Info : Ruin of St. Paul merupakan bangunan sisa-sisa gereja katolik peninggalan bangsa Portugis di Macau. Dibangun pada abad ke 16, dulunya Gereja St. Paul ini merupakan gereja katolik terbesar di Asia. Sehingga banyak jutawan dan bangsawan yang berlumba-lumba memberikan bantuan dan derma untuk gereja ini. Camtulah sejarahnya dan kekal sampai hari nie.




Lautan manusia berkerumun nak sampai ke sini.Dapat plak time musim panas kan.. Memang rimas,lapar dan haus lah..Adoi macam2... So tak boleh lama, dalam 15 minit saje.. Aku cari mangsa untuk amik gambar aku. Hhahaa nasib baik ada minah Japan yang sporting :P



Jadual perjalanan bas

SALAH BAS PULAK!

Dari Ruins of St Paul, terus cari Grand Lisboa tadi. Mak aihhh.. jauh betei aku berjalan.. Rasa macam nak tercabut kaki.. Beli lah buah Epal dan Air Kosong.. Nak beli makanan lain, agak suspicious sket.. Mostly non halal...

So bila dah sampai Grand Lisboa, haruslah cari bas yang drop aku ke sini tadi..

Dalam 1/2 jam aku tunggu. Tak sampai2 ! Aikk.. Mana ni.. Jam dah menunjukkan 4.30pm.. Ferry balik jam 6.45pm :(

Aku tanya orang kat situ. Semua tak tahu!! Geram lak aiii (Psst : orang kat sini tak friendly macam HK)
Tanya polis bantuan, dia kata tunggu kat Lane D. Okaylah... Bila pergi kaunter tiket (tanya bas Ferry ke?) , orang kaunter tiket tu suh aku baca jadual..sambil tunjuk2 guna tangan dia dengan nada tinggi... Abah dia.. Aku nie pelancong, apa salahnya kau cakap baik2

Aku malas nak gaduh, terus beli tiket.. Naik bas.. Bila dalam bas, aku dah start tak sedap hati.. "Betul ke bas ni? asal laluan dia macam errrr ..."  - Sampai ke ferry terminal (Turun).

WEH ASAL TERMINAL FERRY NI LAIN MACAM !

Arrghh sesat lagi. Demm! Apa lagi terus berlari cari Customer Service.. Dia cakap, aku salah terminal.. Ini terminal untuk Turbo Jet (tiket mahal), aku punye Cotai Jet (tiket murah). Hahahha 

Rupanya aku tak keseorangan...Ada 2 orang mat salleh pon sesat jugak . Dia nak ke Airport, so kami tunggu bas sama- sama.. Jam dah pukul 5.15pm.Aduh nak naik teksi macam mahal. Pasrah jelaa.... dalam 10 minit, bas pon tiba. Lega gilerr...

ALHAMDULILLAH, AKU BERJAYA SAMPAI KE TERMINAL YANG BETUL DAN SEMPAT NAIK FERRY. HAHAHA


Bajet / Itinerary DI SINI.  




Thursday, September 15, 2016

Budjet Trip - Hong Kong



Info : Hong Kong terbentuk dari gabungan beberapa wilayah iaitu Hong Kong Island, Kowloon, New Territories, Lantau Island dan jugak Outlying Islands. Tapi wilayah yang selalunya femes dikalangan pelancong adalah Hong Kong Island, Kowloon dan jugak Lantau Island.

Kenapa nak bercuti ke Hong Kong?

Sejujurnya, aku tak plan pun nak ke sini. Tapi seminggu selepas pulang dari Korea, aku nampak ada tiket murah ke HK.. Terus grab.. Hahaha
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke HK mengambil masa selama 3jam lebih juga. 



Memandangkan aku jenis kuat makan...perlulah kan... order meals atas flight. Keh keh.. alahai cenonet je bekas air tu... Sekali teguk je abis.


Setelah tiba di Airport HK...Claim luggage, cari map dan pergi kaunter customer service MTR di airport express station (Level 2) untuk beli Octopus Card (follow signboard yang ada logo train.. Aku buat mini research, kalau nak ke The Peak dan Ocean Park haruslah singgah ke kaunter China Travel Service atau CTS (ruang legar airport).. Harga lebih kurang saje dengan Ding Ding International Travel...


Bas dari mana nak ke mana ni? Okay bas nie , Bergerak dari Airport ke hotel - Cari signboard bus ke Tsim Tsa Tsui (TST), naik bas yang bernombor A21 (Citybus)  dan turun di pit stop : No.13 di Nathan Road



Perjalanan dari Airport nak ke Germany Hostel ( Chungking Mansion) around 40min jugak lorr... Then, aku masuk lah dalam bangunan Chungking Mansion nie.. Mak aihh, ramai giler orang asing... Seolah-olah kau berada di negara Pakistan, India, Vietnam. What the fishh.. Aku buat bodoh jelaa..Jalan lelaju sambil cari alamat hostel..Hahaha

Aku pilih bilik dorm jimat sket...RM46 / NIGHT. Jonathan (Africa)dan Dahlia (Indonesia) merupakan 'roomate' asal...Jgn terkejut memang bilik kami campur boy-girl.. Haha tapi..tapi.... Dahlia dah nak balik time aku sampai. So lepak sekejap saje.. Mat Salleh nie laa teman ak nak berborak selama 4hari di sini.

 Avenue of Stars - Symphony of light (start 8.00pm)
Tips : Jalan2 Avenue of Stars / Victoria Harbour / Peninsular Harbour Viewing Deck

Dari Tsim Sha Tsui Station. Gunakan exit menghala ke Sogo, dan ikut anak panah untuk exit ke Avenue of Star.

The Peak
Tips : Direction to The Peak by MTR train :

 Tsim Sha Tsui MTR - Central MTR(HK Island) Masa: 5 min and  Exit J2, dan naik tangga ke ground level. Pusing ke kanan ke Chater Garden. Kemudian anda perlu melintas Queen’s Road Central dan jalan terus menuju Garden road. Anda akan melepasi Bank of China Tower (kiri)dan Cheong Kong Center(kanan) anda... Lintas traffic Light..dan St John Chathedral di sebelah kanan . Kemudian berjalan terus ke The Peak Tram Station dan ambil tram untuk naik ke The Peak.

Actually mudah jer nak pergi Peak Tram ni sebab sebaik anda sampai di Central Station ni akan nampak direction tulis ke Peak Tram. Keluar ajer di J2 memang akan nampak signboard tulis Peak Tram....so ikut ajerlah. Sehinggalah anda akan sampai ke tempat yang dituju. Mudah sangat.
OPEN:
 8.00 -23.00 : Sabtu,Ahad & Public Holiday
 10.00 - 23.00 : Weekdays

Ocean Park


 MTR menghala ke MTR Admiralty (Exit B).
 dah sampai tu nanti cari City Route Bus No.629. bas ni memang menghala khas ke main entrance Ocean Park.
 perjalanan bas ke Ocean Park lebih kurang 25 minit. tiket bas untuk dewasa (HK 10.60)
           2 Zon utama:
1) The Waterfront (Aqua City, Amazing Asian Animals, Whiskers Harbour)*Naik kete kabel/ ocean express train
2) The Summit (Polar Adventure, Rainforest, Thrill Mountain, Adventure Land, Marine World)
OPEN :
10.00 - 22.00

Sight Seeing : Tamar Park 

Sight Seeing : Hong Kong Museum of Art

Sight Seeing : Victoria Habour

Itinerary di bawah ni included perjalanan di Macau, Shenzhen dan Guangzhou. So korang boleh devide damaged cost ikot tempat. Haha

Rough itinerary/ Total budget per 1pax
Day 1 (HK, in HKD)
The Peak + Ocean Park - 408
Octopus Card - 150 (50 dapat masa refund)
Bus (Airport to Tsim Sha Tsui) -33
Germany Hostel, Tsim Sha Tsui -300
Mineral water - 11
Air tin - 5
Day 2 (Macau, in HKD)
HK to Macau (ferry return) -300
Apple - 4
Twister Water - 8
Salah naik bas - 3.2
Tiket bas ke Ferry Terminal (Cotai Jet) - 4.2
** NEXT ENTRY

DAY 3 (Shenzhen/Guangzhou, in Yuan RMB)
One day pass - 65 *HKD
Shenzhen to Guangzhou (Railway return) (160)
Taxi (Total - 100)
Tropica Water -4.5
Sprite - 4.5
T-Shirt 4 helai - 100
T-Shirt 2 helai -50
Shenzhen - Jalan2 sekitar WIndows Of The World & MRT - 10
Visa On Arrival - 168
** NEXT ENTRY

Day 4 (HK, in HKD)
Octopus Card (Top up) - 100
Pepsi - 4.5
Refund /Balance Octopus Card - 50
TOTAL : 2039.9 HKD ~ RM1070.60
Flight Ticket KL-HK-KL/ Luggage~ RM480
GRAND TOTAL : Setelah di-convert... RM1550.60 :)

TT

Tuesday, September 13, 2016

Budjet Trip - Bandung, Indonesia

Assalamualaikum,
Peace be upon you.

Konsep cerita : Ringkas dan padat

Flight : Air Asia KL – Bandung –KL
Tarikh : Selasa , 30 Ogos 2016 – 1 Sept 2016 (3 hari 2 malam sahaja)

TRAVEL ITINERARY


Senarai aktiviti

Day 1

Lawatan Bandung Utara 
-  Rumah Kain/Kilang kain
-  Perusahaan Kopi Luwak
-  Lunch
-  Farm House
-  Toko 3 Factory
-  Jalan Riau Factory Outlet Area
-  Jalan Dago factory Outlet Area
Jalan Cihampelas
-  Check in Hotel

Day 2
Penjemputan selepas Breakfeast teus menuju
Lawatan Bandung Selatan
-  Kawah Putih
-  Strawberry Park
-  Lunch
-  Kedai Perfume
-  Bandung Studio
-  Mcd
-  Back to Hotel

Day 3
-  Free Schedule
-  Check out
-  OTW  Airport

Flight Ticket - RM165 return 
Luggage - RM67 balik
Shopping - Perfume Davidoff (RM20)
               Baju (RM50)
               Fridge Magnet (RM30)
Makanan - Tak ingat
Fees Admission - Trans Studio (RM67)
                        -  Kawah Putih - Tak ingat (bawah RM70)
                        - Farm House - Tak ingat
Hotel + Supir - RM1150 (RM165 per pax)

TIPS

  • Pilih tukang supir yang sporting and 'friendly' di kawasan Bandung. Bukan orang luar.
  • Keluar awal pagi kalau nak berjalan-jalan. Jalan sangat sibuk ya
  • Berani katakan TIDAK pada pengamin atau penjual jalanan
  • Mostly makanan halal. Jangan risau.
  • Berani tawar menawar untuk beli pakaian. InsyaAllah boleh dapat murah.. Mereka amat hargai customer dari Malaysia.
Sultan Raja Guesthouse



Bilik sangat selesa dan luas. 1 bilik ada 2 katil.


Bilik air pon cantik. Tapi last day, ada masalah air. Nasib baik den sempat mandi. LOL




Dari rumah kain, kami terus ke Perusahaan Kopi Luwak...
Masuk percuma.... Melainkan kalau nak order Kopi dan Makanan

Contoh Daily Food Menu yang perlu diberi kepada Si Luwak ini. 


Jeng..jeng..jeng.. Inilah dia Kopi Luwak.. Harga tak ingat tapi siyes SEDAP!

Pisang Cheese

Sengkong Keju . Kalau di Malaysia, ubi kayu lah.





Lunch..... Kami dibawa ke restoran ni. Dihidangkan dengan masakan Sunda. Best!

Kami ambil set yang ini. Memang berbaloi!



Farm House.....Susu Lembang yang fresh. Rasa lebih kurang macam Banana Uyun di Korea. LOL

Kambing di sini memang jinak. Boleh pegang lagi. Siap lerr untuk diQURBANkan. Haha


KAWAH PUTIH

Kawah Putih...
Waktu gambar diambil : 11.30 pagi.

Perlu naik Van/ Tuk Tuk untuk sampai ke sini. Boleh juga naik kereta sendiri tapi harga mahal lorr..
Dengan cuaca yang sejuk (lupa bawak sweater), laluan yang mencabar bagai. Haha


Ciaa ciaa ciaa
Ni bkn awek den.. akak den yoo


Strawberry Park.... Nak masuk kena bayar 10k dulu....Yang bestnya, kita boleh petik strawberry sendiri. 1KG / 100K rupiah. 
Aku petik dapatlah 18k.. Sebab banyak masuk dalam mulut sendiri je. Haha.

Cantik merahnya. Manis pon manis..

  Kedai Perfume paling popular dan murah ....Kebetulan nak beli tiket ke Trans Studio, kami singgah lah ke sini. 
Harga perfume memang tak masuk akal beb
30ML ; RM13
60ML ; RM20

Murah kan! 

aku pon beli lah satu..
Rugi plak tak beli banyak2. Haha

Balik saje dari hotel, terus spray. Memang sedap dan tahan lama.




Trans Studio Bandung.....
Pada sesiapa yang tak mampu pergi USS macam aku, boleh laa try Trans Studio ni.
Harga sangat murah.. Lebih kurang RM60+ 
Boleh main semua . Sebijik laa macam USS


Tayangan 4D Superheroes. Rasa macam real plak. Haha



Giant Swing.... Memang berderau darah naik benda alahh ni. Arghhh!


See you again.. Bye!

NOTA KAKI : Airport mereka takde pintu gate. Keluar masuk, lebih kurang saje. Kena alert.