Monday, November 15, 2010

Diet Untuk Golongan Darah O?


Salam Paradigma..


Diet?Darah O?ape ni..?ok2....ini hanya kajian dari luar negara je..Memandangkan aku pon berdarah O,so,why not aku kongsi info mengenai diet secara sihat dalam pengambilan makanan yang sesuai mengikut keutamaan pada darah yang mengalir dalam bdan kita rite....Hakikatnya,bukan untuk perempuan sahaja malah laki2 pon leh gak refer info ini..^^




>>> Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging. Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:

• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang

Snek : Teh herba

Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal

Snek : Sepotong kuih

Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak...


NOTA KAKI: Diet untuk sihat tidak mengapa..asalkan tak memudaratkan kesihatan diri.. .INGAT TUH!!

Sunday, November 14, 2010

Rah5ia Diri Disebalik Nom6or

                   Hari ini,aku terpanggil pulak untuk berkongsi nombor peribadi aku .Setelah ditambah tarikh lahir secara 1 per 1,(cth,1+7+7+2+0+1+0)dapatla no keramat aku iaitu 5.Secara umumnya,ramai orang percaya nombor boleh membawa keburukan &kebaikan...*Wallahu alam..Pun begitu,ada juga mempercayai nombor2 sume ni membawa semangat secara semulajadi pada diri individu tu la..Ada satu artikel pernah aku selongkar,nombor2 ni ada hubungkait gak ngan planet masa kelahiran kita ke bumi yg sementara ini..itu secara saintifik yg dipanggil ilmu metafizikla..Ada paham??huhu..Okei2,tanpa mengomel panjang,no aku ialah...(smbil bunyi sound effect cam citer Nightmare^^ )....5!!!!!!!!! sape sama ngn aku??angkat kening cepat!!!! (mcmla aku nmpak.ha3)...Di bawah ni,antara kajian yg menerangkan sifat nombor aku la.. ada beberapa betui gak..huhu...layannn..



Haikk..ayat terakhir tu paling aku ske beb.."Jika anda tidak mampu membuat keputusan,ingatkan 5,nescaya mudah semuanya." haha..yolah tuh kan..apepun,ini hanya kajian dan rujukan menyeluruh untuk kita muhasabah diri.Tidak perlulah beria2 kita taksub @percaya bulat ya adik2,akak2 n abg2??huhu..kat bawah ni pulak apa pulak??? Yang ini...Kalau nak tau PASANGAN IDEAL berdasarkan tarikh lahir la..Aku punya tarikh lahir -21hb(yg di bulat tu)












eh yeke????so,apa pulak ciri2 no6 dan no9 ya..so,kita survey jap..




  






   hmm..dah dapat gambaran awal.So,bolehlah aku 'usha' my sweetheart berdasarkan no ni ye x...just saje2 je .kui3...Seperti aku beritahu tadi,hanya sebagai rujukan je..orait??Baik..andai anda ada maklumat tambahan mengenai no 5 atau mahu berkongsi no anda?share la..huhu..

NOTA KAKI: No 5 itu adalah unsur tanah iaitu neutral(leh ngam) ngan semua unsur baik besi,air atau api mahupun kayu..Bagaimana pula anda??