Monday, May 16, 2011

Monolog 16 Mei


How well do you know yourself? Ok.come ..do read dis entry together..

free personality quizNo asks me to describe myself but,it just share ....heres some Q & A  about "Muhammad Hanif  Abdullah" dan ......


 Q:Anda siapa?
A:Muhammad Hanif Bin Abdullah.

Q:Umur?
A:Ada Facebook saya tak?tengok info la broo.

Q:Anda sekarang belajar dimana?dan ceritakan secara ringkas.
A: Saya belajar di UUM dalam jurusan BBA Logistic & Transportation.Saya mohon jurusan ini bukan realiti kehendak diri tapi,cikgu suruh.Dia kata,peluang kamu cerah dalam bidang ini.Saya nampak kamu boleh pergi jauh.Dengan itu,saya terus apply..dalam masa yang sama saya gagal ketika temuduga guru..

Q:Jadi,dialah sumber inspirasi kamu?Sempena hari guru pada esok hari apa kata-kata yang ingin kamu berikan.
A: Saya suka soalan itu. haha (ketawa kecil).Saya seorang yang amat menghargai orang lain apatah lagi orang yang banyak memberi saya rangsangan positif,ilmu dan pengetahuan. Bukan untuk beliau sahaja,tapi kepada semua warga pendidik jua.. Selamat Hari Guru! Pengorbananmu amat saya hargai........Syukran!

Q:Saya dapat dengar nada suara anda agak terharu disitu.Jika tidak keterlaluan,adakah ada guru lain yang membongkar keupayaan awak sehingga berada si tahap ini?
A: Terima kasih sebenarnya paling hujung tali saya boleh simpulkan.Mereka banyak memberi saya semangat,inspirasi dan banyak lagi..Malah,mendidik saya menjadi orang yang tidur kepada orang yang berlari tanpa melihat duri di tepi..Anda ada guru...saya ada guru..Jadi,itu sudah cukup menjawab sebahagian daripada soalan anda....Sebenarnya,saya kenal potensi diri sejak tingkatan 3...Namun,dari segi akademik,saya akui..masih 'sengal'ketika itu.Sedikit demi sedikit,guru 'itu' mendidik saya begaimana sebenarnya mengenal ilmu pengetahuan dari aspek agama islam... Natijahnya,saya cemerlang dalam peperiksaan..walaupun pada awalnya,saya antara pelajar tercorot..Maaf..Jawapan agak panjang..

Q:Jika anda berada dihadapan guru-guru ketika ini..hmm..Agaknya,apakah reaksi anda ya..

A: Saya tidak suka soalan anda.. Sesungguhnya,saya akan tertunduk malu..senyum tak kata apa-apa... Haha..gurau saje. Saya akan happy la!! Nak belanja mereka semua makan dan tanpa ada noktah dalam perbualan!! hahaha (ketawa kecil) dem.. love them!!

Q: Soalan terahir.Anda kenal saya?
A: Soalan yang saya tunggu-tunggu..Baiklah,saya tahu..Anda ialah Muhammad Hanif Bin Abdullah yang lama kan??


Q: Berani awak bertanya ya...Siapa tukang tanya sekarang?awak atau saya?Baiklah, itulah jawapan yang saya tunggu-tunggu juga...
A: Terima kasih kenal saya lagi. Semoga awak kekal jadi 'jilid lama' saya dan 'tegur'jika saya.. saya alpa esok hari.Sekian...


**monolog seketika

SAYA SAYANG SEKOLAH² SAYA *ayat tak leh blaa..

Ok.tiba-tiba tergerak hati pula nak tayang picture lama-lama..Banyak sudah di albumkan :)
Rindu baii.. Jom pergi sekolah balik!

1st School:SMADATA







 2nd School: SMKDUMA






Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979
10 PERKARA AKU NAK BUAT BALIK BILA FIKIR TENTANG SEKOLAH:

1- Siap sedia untuk perhimpunan pagi pada hari Isnin dan Jumaat ..Pakai kemas².Ok,aku dikedudukan nombor 2 bila beratur( ciss..dalam hati teringin nak tinggi)

2- Buat-buat nyanyi bila time lagu negaraku dan sekolah (xsenonoh kau anif.haha)

3- Ucap,"Selamat Pagi Cikgu" "Asalammualaikum Cikgu" "Syukran Jazilan Ya Ustaz/Ustazah" (huu..indu baii)

4- Setiap malam sabtu/ahad,tanya mak..Mana stoking?kapurkiwi kasut?(mak kata: tulaa..sok nak sekolah baru nak cari..glurrrp)

5- Tanya kawan dah siap nota dan latihan ke belum.haha.. (apa lagi.nak copy lerr)

6- Siap sedia kuku dalam keadaan pendek..Rambut pendek.. kalau tak,nayaa.. (letak atas meja.cepat!)

7- Waktu rehat,kami(pengawas) keluar duhulu..Tak perlu beratur/berebut.Haha..Baik-baik dengan makcik kantin,dapat makan free!!

8- Bila tiba waktu gotong royong atau koko,fikir alasan apa untuk tidak hadir(sesekali)..haha.. lagi-lagi masa merentas desa .Tapi,Lama² rajin baii (insap)

9- Aku suka ini.Waktu spotcheck.Masa ini,ramailah duk puji-puji..abg ni hensem la..cute la..sebab?tak nak kantui liquid/rambut berekor/bawa handphone dan macam-macam lagi..grr..

10-Sudah pasti...Peristiwa paling yang tak boleh lupa ialah Program Hari guru!!! :)

SELAMAT HARI GURU. JASA DAN PENGORBANANMU TETAP DIKENANG SEHINGGA BILA-BILA




NOTA KAKI: Masa sekolah rendah,cikgu selalu tanya"Anif,dah besar nanti kamu nak jadi apa?" "saya nak jadi cikgu,cikgu..." "bagusss...!!"

Sunday, May 8, 2011

Jang Geun Suk Bakal Datang Ke Malaysia


perhatian!
perhatian!!

Ceyh,cam nak wat announcement pula ye tak.haha..takde ape.
semalam,aku baru saje dapat beli majalah feveret aku . E-POP.
nak cite...dua kali aku datang bai kedai buku/majalah ni..
1st,takde. sebab,belum sampai..2nd,nasib ada tapi hujan pulaks.hua3..padan muka aku

OK,belek punya belek.
terlihat



WHAT THE FISH! Jang Geun Suk nak dtg Malaysia bai..perr.
patut lah budak pempuan tergilo-gilo dia ni.. muka aduhh..

perr..muka licin..macam gurl siakk..bak kata membe aku,JAMBU!!HA3

ni pulak..
muka aku kelaparan bai..haha!!*jangan tenung.bahaya!


bukan main seronok ya kau kiah! peah!anak ikan dtg

dengan baik hati,aku bagi taw sikit apa yang editor ni cakap..



:Meminati lakonan JGS.. dan ?Peluang berjumpa dengan beliau akhirnya! JGS akan berada di KLCC Plenary Hall
pada 4 JUN 2011..bermula jam 4 petang.Harga tiket terbahagi kepada 4 kategori iaitu Platinum,Gold,Silver dan Bronze.

Bagi EELS yang ingin beli
membeli tiket platinum boleh dapatkan maklumat lanjut melalui e-mel:
ticketing@rythm-land.com..
Untuk kategori lain-lain,boleh beli saje di laman web:www.airasiaredtix.com.

kalau korang mahu maklumat lanjut,boleh layari la kat Fb atau Twitter...'rythmland'



bagaimana peah?berminat?,harga berapa?mana den taw..haha
aku dah bagi info di situ.Masa free,boleh lah lawat dan jelajah ye.. :p

:Pada yang tak tahu sebab apa JGS datang Malaysia,ni den nak gtau sikit..
dia ni bukan saje pelakon tapi seorang penyanyi gak..so,kebetulan nak jumpa peminat2 ,dia ni nak nak promote EP pertamanya yang berjudul Lounge H the 1st dan album dia kut..haha..

:dalam majalah ni,ada contest juga.so,kalau rasa nak sangat berjumpa nagn mamat ni boleh lah beli E POP 2011 MEI.. 
RM 4 je peah..bukan mahal pun..hee..

:sekarang ini,memang fenomena K POP dan segala tentang artis korea la KAN.Sampai Malaysia pun NAK JUGAK tumpang sekaki.. ape tuh,akan datang grup, 24:7 dan Gula-Gula.. aih,aku malas komen lebih..sia-sia dapat dosa free nanti.wahaahaha.. 
padahal,kat fb duk ngata dah..mana taknye,baca blog-blog lain dan blog popular cik epal pun,pasal benda alah kumpulan M-Pop ni..hak3..


:aku pon salah seorang peminat korea gak ni..dalam hard disk je..lebihh 100gb je cerita Korea.Kalau penyanyi, aku kipas-susah-mati SuJu la..selain itu,minat gak music kump CN Blue,2PM,FT island,Big Bang,SNSD,Beast dll...*letih nak sebut bai
:aku minat music ,tarian dan cara pakaian mereka ni..memang SUPERB..tapi takdela,gila-gila nak tiru ..sebab muka aku pon bukan 'boyish'cam mereka bai.hahaha..so,tak layak nak jadi cmtu..



Huh,penat dah aku melalut.Eh jap.sapa-sapa yang ada citer korea Dream High,aku nak copy!haha.. nampak cam best..malas lak nak download.line slow cam siput sedut..duhh!!.. 
ok lah,sementara nak tunggu exam ke-2.. 
den nak blogwalking jap..adiosa!!!
TOLONG KLIK LINK BAWAH NI YA.TQ!:)
 KEMPEN DIGI I PHONE 4