Monday, June 13, 2011

Sepah Hina Kaum Wanita?





               Hari ini abang AA memang rajin giler beli paper sampai 2 jenis,Utusan dan Berita Minggu.Selalunya Metro,tapi hari ini maybe dah habis..Masa selak-selak paper Utusan tadi,ternampak ruangan artikel tentang surat dari pembaca-BUKAN NAK KATA

AA tengok tajuk pun dah gempak,SEPAH HINA KAUM WANITA.sebabnya?Begini ceritanya(sambil wat muka ayu.hua3)...Seorang pembaca ini dia meluahkan rasa kecewa terhadap persembahan kumpulan Sepah yang sanggup menghina kaum wanita dengan melakonkan watak jenaka wanita sedang mengandung dan bersalin.Beliau(pengomen tak bernama.Aik..sembunyi identiti nampak)itu anggap jenaka kumpulan itu sudah keterlaluan dan mempersendakan kaum wanita. Pulakk dah.. 


OMG!! Hahaha..




adakah sebab ini?huhu..


jika satu penghinaan,habis yang gelak ini lelaki ke?




KOMEN AA TENTANG PERSEMBAHAN KUMPULAN SEPAH:

-Sepah antara kumpulan feveret AA dalam MaharajaLawak.Korang tak tengok?ok,sila search di Youtube ya.Setiap minggu memang AA tak pernah keciwaaa dengan persembahan mereka.

-Sepah ini suka menampilkan lawak yang sempoi dan bersahaja.

-Banyak-banyak persembahan kumpulan Sepah,AA paling suka lawak giler diorang pada minggu ke4..HAHAH..dan yang rewang dan kaki dianggap lengkuas  tu,den golak sampai berguling-guling bai.. ..minggu ke 8 rite??HAHA



KOMEN AA TENTANG KAITAN HINA KAUM WANITA ITU:

-AA cabar kepada kaum hawa yang tidak puas hati tentang persembahan kump  Sepah itu sila komen dalam entry ni. Ngam?? 

-AA tak rasa pun itu bentuk penghinaan.Cuba awak lihat persembahan Jozan.AA rasa golongan maknyah pon tak sentap la..dorang faham,dalam jenaka itu Jozan dankumpulan lain CUBA beri suntikan nasihat dan teguran secara halus.Bukan secara hentam keromo je.Bak kata Mamat Khalid,mereka buat research dahulu.Jadi,macam kump Sepah juga.Cuba pahamkan betul-betul.Apa mesej yang ingin mereka tampilkan.Ok?

-Pada yang keciwa itu,anda tengok sampai habis tak persembahan itu.All in all,yang dikatakan nak bersalin itu bukanlah ‘betul-betul bersalin’ tapi sebaliknya mahu buang air besar ye tak?.Jadi,AA tak paham dari segi apa kump Sepah ini telah m'hina kaum wanita. Adakah sebab guna vakum tu??(komen jangan tak komen)

Benarlah,kita tak boleh nak jaga hati semua orang kan.AA tak berpihak pada mana-mana pihak kerana penilaian masing-masing berbeza gitu :)





NOTA KAKI:AA rasa agak geli dengan persembahan Jozan pada minggu ke10 tu.HAHA.BTW,they are very talented guys!! Really gud acting.HUHU

Sunday, June 12, 2011

Soalan Kejam Apabila Usia Lanjut


1) Mak Esah: Tipah..bila kau nak kahwin ha???Umur dah separuh abad dah nie..

2) Shasha: Tipah aku tengok kau ni bukan main suka duduk sorang..Umur kau berapa sekarang ya?

3)Aiman: Kalau kau dah ada laki nanti tipah,kau nak anak berapa?Jiran sebelah kata kau ni sibuk bekerja saje..Betul ke?

4)Ibu: Aih..Ibu ada 8 orang anak.Semua orang dah kahwin tapi kini kau seorang je lagi tinggal Tipah..Bilalah agaknya ibu nak timang cucu ya tipah?hehe(gelak manja)

5)Mak Jemah: eh Tipah..kalau mak jodohkan kau dengan Sofian juling tu nak tak?ala,dia kaya,baik pulak tu..kamu diam je ni..setuju la eh..



PESANAN AA JIKA ANDA DI TEMPAT TIPAH:

-Jika korang akan atau telah ditanya soalan begitu,cuba tenangkan fikiran.Jangan marah-marah.Kemungkinan mereka amat ambil berat tentang masa depan kita yang tak mahu kita jadi bujang terlajak/andartu kelak

-Senyum tak perlu kata apa(padahal hati dah mencarut bagai.HAHA)

-Balas balik seperti mengatakan,kita hanya merancang tapi hanya Allah SWT sahaja yang menentukan jodoh kita,Kan?(wah,jawapan ala-ala ustzah korang bagi ya.HAHA)

-Buat muka sedih.Dengan berkata ,korang dah serik untuk bercinta dengan lelaki sebarangan..belum bersedia untuk hidup berdua.. belum beli rumah lagi...belum cukup untuk balas jasa ibubapa(perrr terbaik)

-Tutup telinga dan berkata”lalalalala”

-cuba ubah tajuk kepada tajuk yang lebih selamat.Jangan terlalu naïf dengan ubah tajuk perbualan yang ada kena mengena dengan perkahwinan juga.HAHA..Contohnya,pasal anak buah,cucu orang sevelah,harga mas kahwin,ok??? Bahaya-bahaya..

-Buat-buat menguap sambil tengok jam.

-Undur diri :buat helah seperti ada orang call,tertumpah air,kereta lupa kunci..erkk..HAHA

Bagaimana?jika korang muda lagi its ok.Jangan tak tahu,orang lelaki kalau umur dah 30 tahun sangat normal penerimaan masyarakat taw.Orang kata saham lagi naik..Kalau pempuan nie,AA dapati mereka dah gelisah and get ready krim anti penuaan al kesahnya...

TAPI..

Lelaki sekarang bukan zaman dahulu yang begitu mudah untuk menerima pempuan jika tak pandai serba serbi.Paling penting korang kena ambik perhatian seperti ini:

1-pandai masak dan tarik hati orang lain terutama orang tua.

2-pandai bawa diri dan ada sifat keibuan.

3-pandai bergaya dan mekap(simple but sweet).

4-kena ada malu-malu sikit dan elok budi pekerti.

Ok.itu sahaja untuk kali ini.Bertemu pada lain hari ya ..ADIOSSA!!




NOTA KAKI: Suka tengok cerita korea Oh Su Jung VS Karl.Macam ada kena-mengena dengan entri ini.