Saturday, January 28, 2012

Tips Nak Tahu Siapa Stalker Facebook Kita

Sekadar berkongsi,
Tercetus hasil dari pengalaman diri sendiri dan rakan-rakan..

1)Suka Like : Setiapkali korang upload picture,tulis status. Asyik dia sahaja yang like @ orang pertama like. 

2)Chat : Dia suka offline. Kalau dia online,orang tahu dia sedang stalker kita (i think). Jadi,dia bertindak untuk jadi hero kepada wall or segala aktiviti kita. Bahaya kan?

3)Tak suka komen? : Ada juga dapat aduan dari kawan-kawan AA,mereka ini suka like dan kalau komen pon sekejap ada..sekejap takde. Bila di tanya,ada hal itu ini. Rupa-rupanya? Haha

4)Jeles Tak Menentu : Pernah juga terjadi pada diri AA dan kawan-kawan.Mereka ini kalau kita update status (in relationship or lain-lain),dia kan tanya untuk ketahui lebih lanjut. Kalau bukan pada komen,pada chat/inbox pon jadi.. Pernah tak berperasaan aneh sebegitu?

5)Profile Picture : Orang kata stalker sejati ni paranoid,dia suka letak DP yang bukan pic dia.Susah dow nak jumpa pic yang asli. Misalnye,gambar artis .. kereta lahh. Haha

6)Tahu Saje : Kita tak borak dengan dia pon,tapi dia tahu saje kita ni belajar dekat mana… Umur berapa.. Demam ke.. Haha

7) Mutual Friend Dia : Tak ade plak yang kita kenal.. Kalau ada,boleh tahu dia ni camner kan.. Err...

8)Khabar Angin : Kawan-kawan mula perasan,seseorang yang bernama stalker ini suka bercerita dengan kawan korang.. Tak pula berani nak story someting dengan korang. Contohnye, dia suka Si A tapi dia citer dengan Si B saje.. Sebab Si B ini baik dengan A .Jadi dia bolehlah tahu sedikit sebanyak life Si A. Caring takpe. Jangan simpan dalam diam sudah la kann.. Tatuttt...

Stalker ada jenis yang psiko,caring dan friendly. Cara approach sahaja yang berbeza.. Hati-hati ya my readers.. err.. kalau yang jenis psiko lahh. Nak tanya,seseorang yang bernama Hacker ni boleh dikategorikan sebagai Stalker juga ke ek?? Hmm,I think so.. kan?

sedang chatting dengan stalker ,MAYBE? hahahak








NOTA KAKI: Jangan suka melayan SANGAT orang yang tak dikenali. Agak-agaklaa..

Monday, January 23, 2012

Kepala Gatal

Salam. Gongxi. Gongxi.
Uol Sihat? Maaplah ye. Nafsu nak blogging semakin parah dan kritikal sekarang ni. Camno tu.. Nak berubek kampung ke doktor ha? Takde makne .. Dah malas tu tetap malas kan. Apo layi..?? Lagi-lagi nak naip panjang-panjang. Perhh.. Kunyahan anak kucing lagi laju lah berbanding dengan cara AA menaip semenjak habis exam ni.. Hahaharemmm


Ok,punch line kau lambatlah anep.Back to stori...


"Mak aii.. hantu pon pandai guna shampu eh. Keh keh"




Lokasi: di kedai runcit sambil berdiri melihat shampu
 

“dik nak beli apa?”


“nak beli pashmina kak. PASHMINA”


“salah kedai lah dik. tengok macam nak beli shampoo je..yeke?


“ ha’ah.”  (Dalam hati: Pandai pun. Rasa nak cium tangan akak ni je sebab friendly SANGAT tapi sayang soalan tak kene)


Belek dan kekal membelek. Tengok warranty takde. OK blaa.

Patah balik, bukan syampu khas untuk kepala je kan. Mana ade warranty.. Apa ngigau kau anepp?

KEPALA GATAILAH..!!

Sekarang ada 3 pilihan
1) Clear
2) Head n Shoulder (bahu? apa kene mengena eh)
H    3) Produk XX  (Wah! Macam dalam iklan Dynamo plak kasi rahsia itu produk.Keh Keh)


Nyata sekali ketiga-tiga produk ini mendorong keputusan AA untuk cuba pakai selama 44 hari dekat rumah jew.. Lepas itu,buat testimoni dalam akhbar KOSMO sambil buat peace.Aci tak?
 Tak tahu nak beli produk mana ha. Sebelum ini DAH pernah guna ketiga-tiga produk ini. Tapi still gatai lahhhhh! Adakah tuan dia yang gatai sebenarnye ni? Choi.. (sambil tepuk bahu cashier laju-laju)


Jadi. Ulang balik pergerakan awal tadi iaitu “Belek dan kekal membelek” beberapa minit.

Ok. Dekat rumah dah ada shampoo free. Buat apa nak beli,ye tak? Cuti sem lah anep oii.. Sebulan pulak. Haa.. Terus tak jadi beli. Apa kenama aku ni? 


“dik camner.. nak beli?”


“ Takpelah. Heee”


Terus berlari anak meninggalkan kedai berkenaan. Nak beli apa selepas itu,den pun terus lupa. Balik rumah terus teringat. Apa ke sengal nye kan? Adehh

Jap. Jap. Sebenarnye nak bagitahu,den dah start cuti sem !!! 
Sampai pertengahan bulan 2 woi. Dengar tak woi.Jom couple woi! #tetibe





NOTA KAKI: Orang kata,Limau nipis boleh hilangkan kelemumur kan?Adui,tak selesa bai