Tuesday, February 12, 2013

29
KOMEN
Siapa Kata Duduk KL Senang?

Tuesday, February 12, 2013
Assalamualaikum. Apa khabar.
Meowwww.. Lama betul tak update ya? Rasa nak lempang diri sendiri je.
Bukan mudah k nak menulis sambil buat muka sibuk .Tak mudah.
Sibuk dengan praktikal katanye.. Amboi macam orang lain tak sibuk kowt

alolo janganla nangis.. 

Shhh .. Berbalik pada topik ya..


K,Siapa kata duduk KL senang?
Sebenarnya banyak benda yang kita perlu sabar dan sedar.
Patutla ramai orang berlari berganti-ganti nak duduk jauh dari bandar ye.. kos hidup kos hidup.. tahu tak apa itu kos hidup?????? *Amboi perlu ke ulang ayat sama 

Pendek cerita.. Ada halangan tertentu juga yang terpaksa AA tempuh sebelum dan selepas sampai di rumah sewa. Meh nak cerita *tutup suis lampu

1) Masa
- Niat abang untuk hantar AA ke rumah sewa terpaksa di tunda. Dia kena kerja pada waktu yang sepatutnya dia nak hantar AA. Ok tak marah cuma sedikit terkejut. Kenapa mesti bagitahu lambat.. Maybe ada hikmah disitu
-Pergi kerja 830 dan balik pulak 545. Penat tahu! Nak bagi anak itik tokwi makan pon tak sempat.. Amboi perumpamaan mana aku sebat ni

2) Kena paham jalan
-Kelemahan AA ialah mudahnya lupa simpang jalan/signboard/segala jenis tulisan kat jalan raya laa. Lebih-lebih lagi tempat baru. Dalam keadaan kritikal, terpaksa jugaklah tulis arrow dari kawasan A to B dalam notes. Nampak tak kegigihan hamba disituuuuu

-Baiklah, nak dijadikan cerita. Dari Cheras Perdana, den kena jelajah sendiri untuk sampai ke rumah sewa kat Gombak. By the way, tempat praktikal di Batu Caves. So, dekatla jugak... Abang suruh cari signboard Kuantan/Ipoh, ikut laluan MRR2. Okay alhamdulillah berjaya juga sampai ke rumah sewa. Barang-barang tak bawa banyak. Hanya yang perlu sahaja.. Next, baru abang hantar.

-Semua sendiri-sendiri. Itulah sebenarnya menjadikan kita seorang yang berdikari. Kan?

3) Keselamatan
-Boleh imagine, AA hanya guna gerak hati kalau berdepan dengan simpang 4 and roundabout.. Memanglah dia bagi direction tapi dekat highway awak,awak tak boleh bawa slow... Kena 'hon' dengan lori belakang ya awak.. Redah jugalah kan. Seram jugak lalu sebelah lori besar gedabak ni.. huhuhu

4) Berhati-hati dengan siapa kita bertanya
-Pada hari AA kena melapor ke tempat praktikal, AA salah tanya orang. Bantai dia bagi direction salah.. Terus sesat barat. Lawak pon ada... Sepatutnye kena ikut laluan "lurus" ,dia kata"belok kanan" .Its okay. Tak marah akak tu pon. Cuma kalau jumpa lagi sekali akak tu, rasa nak baling kuah kari je kat dia... *sambil patahkan lidi

5) Makanan
-Kenapa kalau kita sebut KL, mesti dikaitkan dengan "makanan mahal"?. For me,standard lah kan. Nak murah, masak sendiri lah munahhh.. Tapiiiiii wah ada tapi jugak. Kalau makan nasi ayam di gerai tepi jalan pon dah cecah RM10? What the duckkkk...So korang kena kaji tempat tersebut. Mana lagi kedai makan yg murah. Orang kata" murah dulu, sedap datang kemudian". Ececece
-Lagi satu, Kena berjimat cermat oii. Tak boleh makan mewah-mewah.

6) Cuaca
- Kadang-kadang kita akan rasa pelik. Ada tempat yang kena hujan,ada yang tidak. Pernah berlaku minggu sudah.. Mohon NASA buat kajian. Tapi serius tak beranilah merempit time hujan hujan,jalan licin kowt.. Den dah lah silau dengan lampu ni. Berteduhlah kat Shell or mana-mana dulu k

7) Roomate
-Actually, nak lebih selamat carilah roomate yang benar-benar memahami kita. Cara komunikasi yang baik dan bertolak ansur. Buat masa ini, roomate pon okaylh sebab dah lama kenal time study di UUM dulu..Setakat nak pinjam barang tu, no hal lahh...

8) Sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling
-Macam kita baru pindah ke rumah baru. Mestilah kita kena paham lifestyle di kawasan itu,jiran,kemudahan,kebersihan... Paling tidak, jangan susahkan orang lain dengan tabiat lama kita. Contohnya, suka buka sound kuat-kuat, tak suka tutup pintu. Kena pahamlah situasi yang lebih selesa. Kita nak selesa, orang lain pon nak jugak


CHOPPP!! Ingat nak buat mini-gathering kat Ikea.. awal bulan 3.Okay dok? Siapa nak joingggg. Komen pliss. Hoho..
K la. Setelah beberapa bulan tak update, tak tahu nak tulis apa. Mood ada,nak menulis je berat kemain tangan.. Bhahaha


NOTA KAKI : Rindu giler dengan zaman blogging macam dulu. Adakah awak merasai apa yang saya rasa?? :(

Saturday, December 15, 2012

18
KOMEN
Mencari Tempat Praktikal / Internship (Part 2)

Saturday, December 15, 2012


hiks

Assalamualaikum and Hi Peeps ^^

Woo, lama betul tak update blog wa cakap luu
Being busy dengan research paper, invitations and else.
Hari ini tiba tiba pula jari jemari jadi ringan nak berkongsi kegembiraan dengan semua. Takpe kan?
Baiklah. Previously, AA ada post mengenai - Di mana tempat praktikal yang sesuai dan bla bla... right ? (sini)
Mostly pembaca memberi komen yang positif dan membina. Sesungguhnya komen tersebut AA jadikan "alarmer" dalam diri AA agar mampu buat pilihan yang terbaik sebelum menjalani Latihan Industri/ Praktikal.

Alhamdulillah setelah hampir 2 bulan mencari tempat LI yang sesuai dan AA boleh katakan more than 3 companies memberi memberi respond yang baik. Yang kurang baik, kita tolak tepi.
Tapi AA sudahpun buat keputusan yang sewajarnya. Jawapan yang keluar dari gerak hati orang kata. Ecece..
Company yang menjadi pilihan AA ialah Automotive Corporation Malaysia (ACM) di Batu Caves. 
Thanks to akak HR yang baik hati memilih AA untuk menjalani praktikal di sana. Terharu baq hang! 
Actually , im so happy sebab hasil usaha sendiri kann tanpa bantuan dari pihak Universiti or orang dalam :)





 Lagi sebulan setengah juga laa nak start training. Excited kemain kann. Haha
So selepas ini, fokus pada Final Exam pula. Tak perlu nak pening pening kepala kome nak mikiorrr nyeerr! Bhaha. Cuma yang menjadi masalah di sini ialah  " GI MANA SEY NAK CARI UMAH/BILIK SEWA?" Untuk pengetahuan semua, AA just dapat elaun saje dan penginapan itu usaha sendiri. Yelaaa..Nak berulang dari Cheras - Batu Caves jauh kan?

So antara alternatif yang AA cuba lakukan ialah,

1) Survey sendiri di internet kalau ada umah/bilik untuk di sewa
2) Minta tolong dari rakan-rakan yang stay di UIA. Rakan blogger yang jadi mangsa den ialah Ezay Hadry. LOL!
3) Bertanya juga pada rakan (blogger/uni) lain yang duduk area Batu Caves or Gombak. Help help ^^
4) Last choice is stay umah abang di Cheras dulu and then try tanya staff yang perlukan housemate.

Any idea?




NOTA KAKI: Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan :)
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger TemplatesBlogger Blog Templates;