Tuesday, September 20, 2016

Budget Trip - Guangzhou, China


Sambungan dari entri Budget Trip - Macau dan Budget Trip - HK 


Info : Kredit


Guangzhou merupakan kota Ke 3 Terbesar di China dan Terbesar di selatan China. Penduduknya dianggarkan seramai 12.7 JUTA orang dan kedudukannya Kira-kira 120 kilometer dari Hong Kong dan 145 dari Macau. Guangzhou Pernah Menjadi tuan rumah Kepada Sukan Asia Pada Tahun 2010 . Guangzhou merupakan Tempat memborong Utama didunia ... Sebut Sahaja nak Borong APA ... Semuanya Ada di Guangzhou.






TIPS DARI HK - GUANGZHOU


1. Jika dari Tsim Sha Tsui Station , sila turun ke Lo Wu Station (last station)

2. Ikut laluan 'Visitors' , pergi ke Kastam untuk check out passport.
3. Buat Visa On Arrival (valid 5 hari sahaja untuk ke Shenzhen, kena cas RMB168). Kalau Visa di China, Its okay. Abaikan step nie. Psstt.. Niat asal nak ke Shenzhen sahaja. Tapi kebetulan jumpa lak backpacker lain, dia ajak ke Guangzhou. So proceed jelaa. Haha #beranimati
4. Beli tiket train Shenzhen - Guangzhou (return, lebih kurang RM160 )



 Tiket nak ke Guangzhou. Dah beli simpan elok2. 







Bila dah sampai Guangzhou, aku terus amik gambar. Nanti takdelaa sesat kan.


5. Ambil gambar Terminal train nie siap2, nanti nak balik senang. Mostly driver teksi tak paham English. So, tunjuk saje gambar. Haha

6. Kalau nak cari tempat tido, pergi website Booking.com (aku suka guna sebab booking tanpa bayaran) atau Agoda (mostly kena bayar dulu tp dpt point)
7. Tandas di Guangzhou agak &%#$@. Kena bawak botol air / wet tissue.



Pelik tapi benar.. Masuk saje dalam teksi, terus nampak palang2 ni kat tengah2 seat.. MOTIF?? Hahaha .Untuk safety kot.




8. Tukar siap2 duit Won kat Malaysia. Bukan nak cakap apa, member pernah kena tipu sebab dapat duit palsu. Ish ishh.. Oleh sebab aku pergi 'secara redah', so redha jelaaa



Shopping punye pasal sampai lupa nak lunch. fuhhh. #lapargilertimenie

Butik yang jual pakaian lelaki.  RMB100 boleh dapat 4 helai baju. MURAH KAN? RMB10 lebih kurang RM6 saje beb. Haaa borong lerr apa lagi :))

Mostly pakaian kena beli secara pukal, tak leh beli sehelai dua helai...

Selepas tu, menjadi msalah dari segi komunikasi. Most of then cant speak in english..Thats y ramai orang pergi ikot Tour & Travel

By da way, jalan2 sehari memang tak cukup. Kena spend more than 3 days. 




Bajet/ Itinerary  DI SINI :)



1 comment:

Intan Saffyna said...

hi,saya singgah follow awak :)