Sunday, October 31, 2010

Kahwin??Ya..

            Benarlah..ajal,maut,jodoh dan rezeki semuanya memang telah ditetapkan oleh Maha Pencipta..Hari ini,30 Oktober 2010...tanggal bersejarah buat rakan aku iaitu Azreen Mahat,yakni rakan sepejuagan semasa sekolah rendah di SKPS dahulu.. (rindunya 6 Arif..2001).


           Jika diimbau 11 tahun lalu,beliau ni seorang yang lemah lembut,aktif bernasyid dan olahraga...Kami dulu,rapat gak..Yela,beliau nie kawan dimana aku n geng gila2 lain tak lepasla berkongsi cerita2 di tv..(cth,cite cina petang di tv3)..rumah sukan pon sama(yeah!! hidup umah Hijau)..haha!!!! ..Masa sekolah menengah pula, naik bas sama..bas Along..(dari form1-5 kut aku naik..fuh)..


     Hari ini juga,aku saksi utama melihat titisan air mata beliau..bersama suami tercinta di atas pelamin (masa renjis merenjis)..Terharu la gak..aku n rakan2 lain..terutama Shikin..Over tul minah ni..sje je wat 'havoc'n 'goshipp practically everywhere'..haha..^^"..apepun jua,layan!!!..


         Keadaan sedikit hambar,apabila dejay gagal mainkan lagu-lagu pengantin..Haiyooo!! orang lain yg nak kahwin,dejay plak gabra ke ape kan..ada aku kesah???haha..^^


Untuk itu,disini aku paparkan lar sedikit pic semasa majlis berlangsung..

Arin & suami
Mengatur langkah ..untuk direnjis..


Wah!! kami semua terpegun..walaupun??ha3.





meriah! lagi2 kehadiran minah2 vouge iaitu shikin..mama n rabi..okei..Mr Jejanz plak,..amin,ali,jon,**sepul,bong(xd dlm pic)n aku ler! ngeh3^^



Oh tidak.. semua mmg kaki posing kan.nak wat cmne..nsib tak runtuh pelamin tuh..kikiki..^^

...By da way,semuanya berjalan dgn lancar..aku n rakan2 dtg dalam pukul 12.45pm.. 15 minit kemudian,majlis berdentam dentum dengan paluan kompang..Untuk pe?? Sesi red carpet la makcik n pakcik oii.. Hm...Terasa kejap je masa ni ..Aku rasa mcm bru je abis sekolah rendah(melampau sek rendah)..haha..yela,tup2 kawan2 dah sampai seru..Giliran aku pulak??haaa..tak dapek den nak nolong eh..hihihik...lambat lagi ya..study 1st.. Aku takkan pikir kahwin or something like that semasa belajar..This is my rule that has to be followed..Okei lah..nak chow lu..papai..^^


NOTA KAKI: Pada lelaki di luar sana kahwin bukan senang..hantaran sekarang pun berlipat kali ganda..jadi,bersedialah kita dari segi apapun..

No comments: