Tuesday, September 25, 2012

Mencari Tempat Praktikal / Internship






Assalamualaikum.
Entri super serious.

Hari ini den nak post sesuatu yang serius ,sepanjang 3 tahun menjadi pelajar di UUM. Nah, sudah tiba masanya untuk den melalui suatu peringkat yang lebih crucial.

Insya Allah , pada 4 Februari – 26 Mei 2013, saya Muhammad Hanif Abdullah seorang pelajar business admin (logistics and transportation) akan mula menjalankan latihan industri (LI),praktikal atau internship di sebuah organisasi. Sesuatu yang mendebarkan bukan?

Sepanjang di Kedah ini, banyak sudah den belajar menjadi insan yang berdikari, utamakan kasih sayang dengan orang jauh, kenali diri sendiri, hamba Allah yang banyak kekurangan dan ilmu pengetahuan, dan banyak juga bertemu dengan pelbagai kerenah manusia. Ada yang membantu dan ada menjatuhkan. Cukup ku hargai. Cuma cuma cuma,yang belum ialah menzahirkan atau mengaplikasikan apa yang kita pelajari secara “real”. 

Sememangnya den dah bersedia . Namun begitu, tipulah kalau tak di tanya dengan soalan popular semester (akhir) ini :

“kau dah cari tempat praktikal ke belum?”
“dapat company mana? Ada elaun x?”
“kau pilih tempat praktikal kat company swasta atau government?”

 OKAY FINE. Hampir setiap hari, Semua persoalan ini masih berlegar-legar di benak fikiranku 
Sedikit sebanyak, muncul juga bisikan negatif (tak cool) yang macam ini 

“alaaa.. kau guna kabel boleh laaaa.. aku ni sape je?”
“result korang gempak.. no wonderrrr lah”

Buat masa ini, den masih tercari- cari tempat praktikal yang benar-benar sesuai dan menepati kehendak course. Sebab nanti kena buat report kan, so kena pilih tempat yang related..

Jika tak keterlaluan, den mahu company terbabit menyediakan elaun ataupun tempat penginapan ( memilih sgt ke camne?)
Sebenarnya ada beberapa company di Shah Alam dan Kuala Lumpur  telah memberi respon yang baik. 
Misalnya,

Diorang nak buat interview plak. Tak tahu bilanya..

Konsertium Logistik Berhad.. (belum bagi comfirmation lagi)

Di bawah ini merupakan subjek major dalam couse saya:


Kalau boleh, den nak buat praktikal di sekitar Seremban (mahu try area dekat2 umah), Cheras (dekat dengan rumah abang), dan Shah Alam ( company banyak kan?) Tapi ...... kalau tak dapat dekat area tersebut, for sure nak juga sekitar Kuala Lumpur ,Selangor. Malas laaa jauh2 weh. Nanti melibatkan kos lain plak kann

Untuk itu, 
Anep nak sangat minta PANDANGAN atau IDEA dari kalian semua. Bantulah saya..
Kalau ada kawan atau pernah berpengalaman dengan sesuatu syarikat.  DI PERSILAKAN. . URGENT SANGAT NI :(

Kepada COMPANY yang mahu mencari praktikal student dan related dengan course saya, boleh email di sini: dokumen89@gmail.com ataupon di FACEBOOK
Kerjasama anda semua amat saya hargai. Thanks :)



NOTA KAKI: Antara entri yang paling serius tahun ini. Selepas ini, dah busy dengan research/assignment woii. Take care semua. Jumpa lagi, Bye.

26 comments:

Lelaki Ini said...

pg je la yg mana2 pun..
jgn memilih sgt!
huhuhu

pelangi said...

pening bukan?? saya pon tgah tgu confirmation dr company.. dan saya pon amek coz logistics gak.. hehe

anif abdullah| AA said...

@Lelaki Ini tulaa.. buat masa ni aku kena identify mana yg terbaik.thanks :)

anif abdullah| AA said...

@pelangi awak apply company apa? bila prak?

boni kacak said...

rindu zaman2 praktikal dulu..hehehehe

blog-tips-kurus said...

saya syorkan anda mulalah gunakan akaun nama emel yg > formal untuk urusan praktikal/kerja..

All the best! :)

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

hehe aku pun dok pening nak carik ni

Ash Give said...

ala couse kau ni belambak company kat area sh alam..

baru baru ni ada jobstreet fair kat mid valley, byk gak company nak cari budak LI..

sbnrya company tempat aku kerja ni pun company logistic gak.. cold Chain Network puchong.. tapi tak tahu la pula diorng nak ambik budak LI ke tak, sbb diorng tengah cut cost..

pendapat aku, nak experience gi ambik company suwasta, cari yg GLC.. gomen rasanya ko takkan belajar banyak..

lgi pun swasta dia bagi elaun, dulu tempat aku ni diorng bagi dalam 500 sebulan.. lepas la kan duit makan..
lagi kalau performance ok ada potensi soon diorang akn ambik ko kerja..pendapat aku la..
ok good luck..

Yousof said...

Kalau dapat tempat yang bagi elau pun dah ok dah tu Nep.. Aku doakan yang terbaik untuk kau..

anif abdullah| AA said...

@boni kacak praktikal katne dulu? fuhh.. saya plak yang cuak ni. huhu

anif abdullah| AA said...

@Muhammad Saiazuan Norhalik ko kos apa eh? haha. jom cari mencarikk. haha

anif abdullah| AA said...

@blog-tips-kurus ouh kurang sesuai eh? thanks ye :)

anif abdullah| AA said...

@Ash Give aku memang manfaatkan internet yg ada.. hari2 check email tgok apa feedback company yg aku apply, kat jobstreet,mudah n website company..

memang nak cari GLC, tp pointer kurang baik lah. aku cuba sebaik mungkin..

one thing, elaun lah kan.. bila 4 bulan tu at least boleh cover duit makan or transport..company ko mcm menarik je. hehe

anyway thanks abu :)

anif abdullah| AA said...

@Yousof ko nampak aku kat twitter happy je kann, sebenarnya dalam hati hanya Allah saje tahu.. thanks doakan ye :)

inche hlovate said...

mengikut pengalaman sya jgn minta gomen kay.. takde benda yg hang bleh blaja kat sana.. better pegi minta kat private..insyaAllah ada yg nak amik. Sya dulu LI kat gomen. nak buat report memang susah giler..

INGAT TAW!!! pilih PRIVATE :)

anif abdullah| AA said...

@inche hlovate thanks awak.. dah abis praktikal la eh? ok2 :)

anamizu kaito said...

haah betol mcm Abu ckp tu nep..
kalo dpt yg swasta plus bg elaun
ok arr gak.. blh la lps nk idop
kan ? moge2 dipermudahkanlah :)

Edy Fee said...

semakin berusia..wajib la kita mkin berdikari

Nizam Ijam said...

selamat mencari :)

sha my heart said...

pilih swasta atau glc. Kalau kerajaan, xdpt diserap kerja.
Good luck ye

Anis Anisa said...

nipp

Liyana Zahim said...

Anip, mana2 pun kos tinggi.. Nak2 kl shah alam tu.. Kalau dpt kt area2 rumah mmg bgus dpt jimat sume.. Tp kalau blm dpt grab aje peluang yg ada.. Tp ssh jugak nnti nk pk duit sewa lg.. Biasalah org buat praktikal kat negeri masing2.. Elaun kalau dapat pun tak sama rm500 dik.. Hikhik..

Haris Khairuddin said...

aku baru ni pernah intern dekat Panasonic, under Logistics group. ofis dia dekat Mid Valley. ada elaun makan n parking (kalau bawak keta). kira ok gak la elaun dia. nak ke?? nanti aku try tanya supervisor aku tu.

Anonymous said...

awk da dpt tmpt prctcal kew??sy pun nga crik2 nie bfre due dte 15 feb...sy prktkal stat mac 2013 smpai june...if awk ade tau mne2 cmpany yg nk gne stdnt prctcal gtau yea..sy bch in buss mgt..add fb sy wunny quera :)

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM..tuan umahh...tumpang wat iklan promote diri sendri sat ek hehe..mntk tolong eh,hehe

assalam,, saya Leftenan Muda Norfatehah berumur 22 tahun, pelajar akhir IJAZAH MARKETING memerlukan tempat praktikal bermula 4 FEB 2013 selama 20 MINGGU. Kepada sesiapa yang berminat boleh emel saya di sitinorfatehah.mz@gmail.com

keutamaan di negeri terengganu, pahang & kelantan. namun lain2 negeri turut di pertimbangkan :)

terima kasih.

Azham Vsvc said...

Wah....AA dah dapat tempat utk internship dah pun hehe tahniah!