Sunday, October 16, 2011

5 Sebab Aku Suka Wan Maimunah


 lagi.. :P



1)Bakat Seorang Pelakon
- Nak tahu tak, kelebihan yang ada dalam diri WM ni, bagi lah apa jua watak pada beliau,sure dia boleh bawa dengan berkesan dan sesungguh terutama dalam cerita yang memerlukan air mata sebaldi..Contohnya…Lupa lahh.Hehehe.. Ada sekali semasa dia jadi artis undangan didalam rancangan Jangan Tidur Lagi,ada game yang berkonsepkan siapa paling cepat keluarkan mata.. peghhh…dengan mudahnya dia boleh menangis.. Tak sampai 30 saat…Huh!

2)Ramai Dah Pilih Lica dan Pajura
-Oleh sebab taknak bergaduh dengan peminat lain,AA pon terus memilih pelakon yang matang dan veteran. Kaya dengan pengalaman..? eh apa ni.. ta paham.. Wahaha.Wait.. lagipun sape je nak marah ..Pangkat mak-mak kita jugak.Lainlahh lica curihati eh hani.. Berebut nak..huh! (koyak –koyakkan tisu dengan manja)

3) Tak Jemu
- Cerita melayu hari ini banyak mengambil pelakon baru untuk jadi mak-mak.. Hello, pakai dai &terlampau ikut skrip tak syok lahh.. Macam tak ada kimia wa cakap luu.. Kebiasaannya macam pelakon kesukaan ramai spt Fauziah Nawi(leleh),Maimun Talib(garang2),Norlia Ghani(laser era) orang dah agak watak apa diorang nak bawak.. Kalau WM,cerita gila-gila macam ‘mak hayam’,ibu tiri dan orang giler pon jadi.. 

4)Watak Mak
-Kalau watak yang memerlukan scene lipat kain,sapu sampah,anyam ketupat, sudah semesti lah watak mak-mak kan? Tak kan nak bagi pada Lindsay Lohan pulak.. WM main peranan sebagai mak memang menjadi. Tetiba rasa redup mata dan sejuk hati.Ececehh.. Muka paling rajin jadi anak-anak ialah macam Rosyam Nor ,Jasmin Hamid,Elly Suriati (bapak ganas tgok dia lakon)dan lainlain

5) Tiada Kontroversi
-Pernahkah WM di kontroversi dengan sesiapa?Setakat hari ini takde pulak dengar..Kalau pelakon yang pernah kena banned tu,lain lah..Oh siapakah,siapakah itu?Hehe.. Pelakon baru wajar mencontohi beliau heh! Bukan terus hanyut dengan cerita cinta moyet sana sini kan? Lepas tu.... tenggelam..


Bukan setakat itu,blogger/member pon suka sangat sakat dan scandalkan guwa dengan Wan Maimunah dalam percintaan facebook woo!! Den sajo gatai-gatai lotak DP Wan Maimunah kann.. Padan mukoo! heh.heh. Takpe,guwa sporting  ^^







" jom balika jom balikaa... saya ni bodyguard AA taw!..k bai"









NOTA KAKI:  Sori sangat KAWAN.. kebelakangan ini AA sibuklah.. Takde masa nak bw. Jumlah komen pon merudum. huhu..

Saturday, October 15, 2011

Tersenyum Dalam Kesilapan






Wahh. .Tajuk macam judul lagu pulak.. kau hadoo? hehe

Perasaan Kawan Perlu Dijaga Tetapi... 
Perasan tak, kebanyakan kawan rapat kita susah sangat nak tegur kesilapan yang telah kita lakukan.. Misalnya,jika kita ponten' (sebut pelat ) kelas, Makan Maggi, Tidur lewat mengadap Fesbuk, Download Movie berjam-jam..(bukan AA tp contoh je )  Nampak macam remeh dan tidak perlu dikongkong. Tetapi, segala penyakit ini boleh membawa kesan buruk pada diri kita kelak.. Niat kawan rapat kita untuk menberatkan mulut pada awalnya nak jaga perasaan kita ..Jangan bagi sentap.. Nanti kalau sentap, takde member nak pergi shopping..makan..gossip.. Sebenarnya,sekali kawan kita biarkan.. Lagi laaa kita tak rasa benda itu salah walhal,memang salah..Jadi nak siapa tegur? Famili kita tolak ketepi sebab mereka jauh dari kita ketika studi..

Biar Sentap Sekali.. Baru kita boleh berfikir
Kalau kawan yang tidak rapat,lebih cenderung untuk bertukar-tukar idea.. Bercakap pun tidaklah terlalu mesra. Borak pon sekadar- street to the point.. Misalnya,dalam kumpulan esaimen. Tetapi boleh menjadi boring jugak.. Tidak ada idea menarik untuk meneruskan perbualan .Sometime,mereka boleh jadi penasihat dan pemerhati luaran kita.. Contohnya, "eh u look i jenis orang yang macam mana eh... " "entah.. tapi i tengok u  suka cakap tergagap-gagap..Maybe u boleh berlatih lagi untuk jadi good presenter...".. Kita pun boleh muhasabah diri dan fikir sejenak.. tapi kita boleh terima kenyataan itu sebab bukan kawan rapat kita pun.. Kalau nak jeling lelama pon takpe,sebab kawan dalam tugasan jew..(ceh )  Hee.Xdela.. Mana tahu boleh jadi kawan rapat sok lusa..


AA ada ingat kata-kata ini..
"Kau baik laa weh" si A kata
"Kau ni cantik laa" si B kata
"Kau bijak ah" si C kata
--See? Puji la sangtt orang tu kann.Ianya datang dari hati atau bibir? AA tak nak sentuh bab hipokrit.. Err jadi panjang pulak entri kang,,hmm... persoalan ini ,kita just berkata dalam hati.. "hmm.. dia saje nak test iman aku kut"-- "doa ni.. aminnn" --  ngaaaaaa...

AA selalu lupa diri.. Bahaya kan?
Kalau ada orang puji ,AA selalu senyum sendirian. Sampai lupa kita belum capai tahap sepatutnya. Pencapaian masih biasa-biasa.. Dalam terbuai-buai dengan pujian,sehingga kita terus alpa.. Dan baru tahu,perspektif orang berbeza-beza... si A kata bagus.. si B kata sebaliknya.. Disitu,kita dah scanning mana silap dan kekurangan diri... "Oh.. Itulah aku.. orang puji sikit terus buat kerja ala kadar je..well,dah orang kata bagus kann "  Jadi, kesilapan yang didiamkan ini lebih bahaya secara halusnya.. Semoga AA dan korang,akan dapat kawan sekaligus penasihat yang bagus... Sama-sama saling memupuk teguran membina... 

Tegur Untuk Diri Sendiri
Anif, kau dah besar.. Kena pikir panjang siapa penasihat kau selepas ini.. tetapi carilah penasihat yang betul-betul matang,sahsiah dan open minded..Ya Allah ketemukan lah ia untukku.. 





NOTA KAKI1: Dah tersungkur,baru tahu.. Kawan sendiri yang tolak,selama ini kita salahkan kawan esaimen pulak.. *sindiran je
NOTA KAKI2 : Siapa nak daftar churp-churp disini..