Wednesday, June 29, 2011

Nampak Benda Ini Kecil Kan?



------------------------------------------------------------------------

Kita seronok menonton cerita Nora Elena tetapi apabila selingan azan maghrib,kita tukar siaran lain?


Kita seronok makan Chicken Chop dan Nugget tetapi seorang anak miskin lalu kita sepak tulang ayam depan dia?


Kita menangis(berguling-guling)tengok ending cerita, hero & heroin tak dapat bersama-sama tetapi pernahkah kita terfikir bagaimanakah ending pasangan suami isteri di Negara Palestin ketika si suami sedang berjihad di medan perang?


Kita seronok bertepuk bertampar ketika makan di restoran KFC dan McD tetapi kenapa sebelum ini kita beria-ia memboikotnya walaupun pandang logo pun tak nak?


Kita tengok seorang menteri ini buat kebajikan  kepada anak yatim,bersugguh-sungguh untuk eratkan ekonomi dua negara,membina masjid dan pelbagai tetapi anak keluar mabuk malam-malam bagaimana pula ?


Kita jalan terliuk-liuk pakai baju singkat dan nampak pusat kerana cuaca panas tetapi kenapa mereka  yang bertudung dan pakai jubah boleh tersenyum apabila dengar alasan itu?


Kita hampir setiap hari check inbox didalam facebook tetapi bila kali terakhir kita buka kitab suci Al Quran?


Kita terasa lenguh menunggu imam habiskan bacaan doa yang terlalu panjang tetapi kenapa kita tak lenguh tengok orang berebut sebijik bola selama 2jam?


Korang..hmmm

Sekadar perkongsian,emak AA sebenarnya bukan seorang suri rumah sahaja tetapi seorang pakar psikologi juga..Kenapa AA kata begitu?Situasinya… Setiap kali solat jumaat,emak AA akan beri sejumlah wang untuk disedekahkan ke masjid..Walaupun kadang-kadang AA rasa nak jadi PEMBELOT pun ada ..mana taknye, mata tak berkelip-kelip tengok duit banyak dan keadaan pada masa itu pulak sangat-sangat pokai ..AA pun berkata pada diri


“Emak sedang berbicara dengan engkau Anif.. Dia mahu engkau jadi anak yang jujur dan suka menderma walau apa keadaan sekali pun”


Setelah setahun berlalu,syukur Alhamdulillah…
AA sudah berubah menjadi seorang yang mudah menderma(at least sedikit)..apabila kawan-kawan suruh pegang duit beratus-ratus,AA tak ada feeling nak curi pun


Nampak benda ini kecilkan?


AA ulang,nampak benda ini kecilkan??


Oleh itu,kadang-kadang benda kecil ini tak perlu kita belajar di sekolah pon tetapi berdasarkan pengalaman harian pun dah memadai.. Jadilah seorang yang prihatin pada setiap perkara dan teliti betul-betul apa yang telah/akan kita buat sepanjang tempoh hayat kita didunia ini..tetapi sering terlepas pandang ye tak?huhu..


Kadang-kadang AA terfikir,hukum karma itu benda kecil ke besar eh? Walaupun orang pandang sepi je benda ini.. Apapun,renung-renungkan..selamat beramal!! (tetibe lak ayat ni keluar ..motif?HAHA)

 thanks sebab sudi baca..jumpa lagi guys!! ^_^




NOTA KAKI:Salam Israk Mikraj ya kawan-kawan :)


**edit balik pada 6.40am,rabu




Monday, June 27, 2011

Bisik Buzz Itu Bus



bas! bas! bas!

"oh bebas,jangan sampai terbabassss"(perosak lagu KOOL :p)
Siapa kat sini suka naik bas?sila angkat kening anda .HAHA


fulamak..steady lah makcik.. (credit to google)
bas yang AA selalu naik (credit to google)

Kejap.. Kejap..hari ini mahu bisik buzz tentang bas leh??
tau tak,AA paling benci tunggu bas..Ouch! kalau bas itu jenis punctual no prob la..Ini sampai gugur bulu hidung memang tak boleh maafkan ah..
AA akan mengalami situasi ini ketika mahu pulang ke universiti..ok fine dari Seremban-UUM..lama siutt.. 8jam tuh..kau mampoo??!!(mata jeling)
Ringkasnya,
bas paling best..Mayang Sari,Pancaran Matahari ..
bas yang tak best- Supernice ..for me la..tak taula korang an ^_^

SIAPA KATA DI DALAM BAS TAK BEST??? Ok nak citer..

-Dapat tengok drama sebabak cik kiah,cik tipah dan 3 orang cameraman bergosip tu..Bukan senang! Korang taw tak,AA ni rajin gak memerhati gelagat penumpang. Nak kata hobi bukan tapi entahla.. Im not a stalker k...

-Semua berlumba-lumba pasang ringtone paling kuat dan lagu terbaru..Erk.. Dalam hati AA "Hoi.. Orang mahu tido la.grrr" - "macam dia sorang je ade hp..motip?"

-Kalau bas short distance, berlakulah aksi berebut sit.. HAHA.. Paling kasihan,mereka yang berbadan besorr. Diorang baru nak masuk gear,si kurus dah duduk... HAHA..tak baik dowh gelak..korang nie!!

-Alahaiii.. Pak cik driver ni.Korang perasan tak,rata-rata driver ni suka tangkap feeling ah.. Ada tu,suka bukak lagu 60an ah.. Perhhh,kaki masing-masing mula ah nak twiss kan?kan?... HAHA

-Selain itu,AA suka juga baca luahan perasaan di belakang sit..Memang terbaik ah!! Sebagai contoh ayatnya:
"mat anak pak tempe jahat..mencik..mencik!!"
"tasha <3 iwan"
"adik kesunyian?call lah nombor ini 013-9876543"

-Cuci mata? Korang ni memang lah.. AA baik kut.. AA duduk diam-diam je..sambil melihat keindahan alam diluar jendela..wah kepoyoan disitu.HAHA

TAPI ADA JUGAK YANG TAK SYOK!!!
-Kalau short distance,orang yang kita usha atau main kenyit-kenyit mata tu,sekejap je boleh...dalam 5-10 min macam tuh,tengok-tengok dia dah blaa...HAHA (Padan ah muka korang an)

-Argghhhhh!! den tak suko orang berdengkurr beb.. Kalau bas long distance,lagi AA tension .. So terpaksalah pasang MP3 sekuat hati..HAHA. Pihak pengurusan bas,apa kata anda kenakan cas tambahan pada mereka.. (perr..agak-agak kejam tak?)

-OK yang ini tiada maaf bagimu,bau gila hapak ketiak si mat bangla..Adess.. AA sanggup tukar sit kalau tak tahan sangat.. #!@%^*
-Last but not least,kondusi bas itu sendiri. Contohnya, Takde tong sampah.. Loceng tak berfungsi.. Enjin high pitch.. Kedekut air-cond ..Chewing gum bersepah-sepah..  Choi..!! (manyak susah woo)
--------------------------------------

** Diharapkan sistem perkhidmatan bas di negara kita menjadi lebih efisen,sistematik dan berkualiti lah pada masa akan datang..Hari ini baik dah cuma kita mahu lebih baik lagi ^_^

**Kawan-kawan.. jom lawat blog follower AA
yang ke-555 ini(cam bese,no best je AA promot)--> katakbodoh


NOTA KAKI: Tak pernah naik bas Sani Express :p

Friday, June 24, 2011

Cubalah Bermesra Dengan Follower Kita (Bhg Akhir)


Salam Readers!! 

gambar sekadar hiasan..*gigih edit semalam.HAHA. smart tak??saje ty pendapat uols

Entry lalu AA ada sentuh mengenai tips untuk bermesra dengan follower kita kan?kali ini mahu beri lebih sedikit info khas untuk anda.. Seperti yang dijanjikan,plan jangka panjang blog ini ialah'blogging & inspirasi'..hehe. Jom! teruskan pembacaan anda :)

Baiklah,kali ini mahu dedahkan 'Punca Penghalang Kemesraan Antara Kita dengan Follower'

1)Internet Slow
-Apabila line internet slow macam siput vavi,mulalah mood kita berubah jadi kurang baik rite?lagi-lagi yang menggunakan berukband.HAHA..Apabila mahu menjejakkan kaki ke blog follower kita,loading terlalu lama sehingga kita rasa bosan dan keciwa.. Jadi bukan bermakna kita takde niat mahu singgah kan?

2)Aku Busy Kau Hadoo!!??
-Kebanyakan blogger hari ini dari kalangan student .Tak kiralah dari peringkat sek menengah atau ipta/ipts. Kadang-kadang,time nak baca entry kawan-kawan memang takkan sempat ah.. terutama time exam/kenduri esaimen KAN?HAHA.. Oleh itu,kita kena cari waktu terluanglah dik kalau nak bermesra dengan follower kita.. Ngam?

3)Blog Photostat
-Berdasarkan pengalaman AA berkecimpung dalam dunia blog ini,(wah ayat)rata-rata yang jadikan blognya sebagai ruang untuk 'copy'segala bahan dari internet memang sunyi ah dari follower/tetamu .Betul tak?Lorr..tak caya?Baiklah AA ambil contoh,blog photostat ini dia copy artikel dari news online,rencana dan sumber-sumber lain bulat-bulat..Malah,ada juga sanggup copy artikel original dari blogger lain..Tak salah untuk beri info pada pembaca tapi biarlah dengan cara yang sihat ya dik?Orang pun naik bosan kalau entry itu panjang menjela-jela dan tiada gaya penulisan yang santai..

4)Blog Diari Online
-Ada diantara kita gemar berkongsi rutin kehidupan dirinya dengan orang lain. Jadi wujudlah jenis blog macam ini.. Kadang-kadang kita terlupa,apabila TIADA KELAINAN dalam penulisan kita atau orang cakap,"lagi-lagi luahan perasaan..takde benda lain gaknye" ini menjadi penghalang follower untuk mendekati kita..Nampak? Ada tu,AA pernah blogwalking blog someone ni,kita rasa keberatan nak komen sebab takut tersalah cakap,buat dia sensitip atau busy body kann? jadi ini boleh dikatakan punca keretakan kita dengan follower la..

5)Terlalu Gedik
-Opss...point kali ini agak terlalu berterus terang..HAHA.Jangan marah noo,ada diantara blogger itu suka sangat show off segala benda yang dia ada.Contohnya,gambar dia seksi ,ayat terlampau gedik dan macam-macam lah.. Itu blog dia,lantaklah kan. Tapi ingat!! Tak semua suka dik.. Laki-laki lagi lah tak suka.. Terus lari dan tak kunjung-kunjung blog korang..Nampak?Oleh itu,perbaiki diri kita sebelum perkara buruk berlaku .Contohnya,kena cemuh kat Anonymous dan haters kita.. HUHU  ** sorila AA suka berterus terang

6)Boleh Dimaafkan atau Sebaliknya??
-Penghalang kemesraan boleh juga berlaku melibatkan faktor-faktor tententu..Antaranya, tulisan terlalu kecil,warna yang terlalu menyerlah,berat,takde shoutbox,tukar URL dan macam-macam.. Sama ada perkara ini boleh dimaafkan atau sebaliknya ianya terpulang pada diri sendiri.. Tugas kita memanglah nak rapat dengan follower kita tapi bila dah berlaku perkara seperti ini bak kata kump JAMBU,"Ape pun tak boleh!!" ye tak?HAHA..

7) Tersadai dan Usang
-Blog yang sudah lama tak update ,AA suka labelkan sebagai blog tersadai atau usang.HAHA.. Cuba bayangkan,last entry dia 2,3 bulan lalu.. Nampak sangat dia dah tak aktif blogging rite?so,kalau blogger itu nak 'tangkap' balik hati follower dia memang susahla dik.. Silap hari bulan,follower kita pon dah lupe samaada pernah jadi follower dia or tak.HAHA.. Jadi,rajin-rajinlah update blog kita..at least kurang seminggu 1 entry. Ngam??


***Jadi,itu sahaja info yang ingin AA kongsikan.. 

Pada blogger baru,cubalah berkenalan dengan blogger lama dan belajar lebih mendalam kekuatan blog dia.. Malah,blogger lama pula silalah beri sokongan dan dorongan pada blogger baru.All in all,win-win situation rite??HEHE..




NOTA KAKI: Orang tak akan menghargai hasil penulisan kita jika kita sendiri pon tak reti nak menghargai penulisan sendiri



Wednesday, June 22, 2011

Cubalah Bermesra Dengan Follower Kita


Salam Readers!!

janganlah buat follower kita menangis. **tetibe lak AA nak jadi prihatin hari ni.HUHU

1)Ingat Nama
-Latihlah diri kita mengingati nama follower kita..AA tak kata semua follower tapi sebahagian la.Menyebut nama mereka muzik paling indah ditelinganya.Ramai blogger sukar mengingati nama followernya.Agree?'kalau macam itu sila buat tangan macam saya'..HUHU Kalau nama blog dia "isesyna.blogspot.com" takkan kita nak panggil cik isesyna or weh bro/minah..alangkah indah jika ingat nickname dia..Kalau tak tahu,cubalah bertanya..Walaupun dalam hati kita berkata-kata.."eh eh kau sape nak ingat nama kau?..kau diva ke?..kau retiss ke?..perlu ke?" Jangan tak tahu,jika kita ingat nama follower kita,ianya satu penghargaan!!

2)Susah Sangat Ke Nak Komen
-dik..akak..abg..susah sangat ke nak komen blog follower kita?Cuba kita bayangkan perasaan dia bila buat entry yang gempak dan best tapi sunyi dari komen.Kasihan dik..Cubalah kita bermesra dan tunjukkan rasa penghargaan kita pada dia yang telah sudi jadi follower kita.Hal ini banyak saya dengar dan berlaku pada bloggers yang baru.. its ok.Sebagai blogger baru,itu normal dik.. tabahkan hati.Ingat! "what u give,u get back!"(eg. jika kita komen blog orang lain,orang akan komen blog kita)

3)Shoutbox itu memanggil-manggil kita
-Korang sedia maklum kan..tempat nak borak,tegur sapa,jejak bw dengan blogger ialah melalui shoutbox/cbox... Kadang-kadang kita lupa nak tulis "hai"di shoutbox follower kita..Malah,ada segelintir itu ambil kesempatan untuk promosi blog/entry dia semata-mata..contohnya,"jom entry baru! cara nak lari rumah!!" Paling menyedihkan,ada tu guna software autoblogwalking!! padahal dia tak singgah pun blog orang tu..Ok,nak dedah di sini..AA selalu jumpa ayat ini lebih dari 20 shoutbox.."tuttt(nama dirahsiakan) from egypt,bw here" weh mangkuk!!! kau tak singgah pon blog dia tapi kau guna taktik kotor untuk naikkan traffik blog kau sendiri.. sian blogger baru tu kau taw..tolong ah jangan pentingkan diri sendiri!! (AA bila orang guna taktik kotor mula ah naik hangin satu badan)

4)Buat Contest atau Segmen
-Buat masa sekarang ramai blogger mula keluar dari kepompong sendiri.Mereka sudah pandai buat contest/segmen sendiri.. Tahniah!! Mana yang tak taw,kaedah ini banyak manfaatnya.Bukan sekadar untuk meramaikan follower kita,tapi untuk merapatkan silaturrahim antara blogger..Ok,blogger yang begitu sinonim dengan kaedah ini ialah Ben Ashaari.. Boleh dikatakan,setiap orang begitu agresif untuk menyertai setiap segmen yang beliau kendalikan.. itu salah satu usaha baik beliau.Kita? (AA belum aa kesempatan nak buat.hehe..sabar noo)

5)Jangan Pilih Kasih
-Ramai antara kita suka komen pada blog yang hebat/otai..yang beribu-ribu follower-nya SAHAJA(even entry dia biasa je).Namun, kadang-kadang kita terlupa nak jadi'sang pemerhati'pada follower kita yang blog dia bawah 200 and above.. Nape dik??entry dia tak best ke? jangan begitu.. Cuba bayangkan,Fatin Liyana komen blog kita yang hanya ada 140 follower sahaja..Bangga tak uols?? pasti blogger itu bersemangat nak buat yang terbaik untuk blog dia rite?? secara psikologi memang begitulah dik..Oleh itu,jangan lah kita pilih kasih ya..(wah ayat AA jambu lak ai)

6)Bukan Mahu Bodek/Menjatuhkan Dia
-Sesekali apabila kita singgah blog follower kita,apa salahnya kita puji blog dia..Contohnya,"wah..ada layout baru la..nice!!".Selain itu,apabila blog follower kita ada sesuatu yang boleh mengganggu konsentrasi pembacaan kita,apa salahnya kita tegur dia secara baik.Contohnya,"awak.. blog awak berat loadingla..maybe awak boleh kurangkan widget tutttt"-"Leha,cuba awak guna kaedah komen pop up..more friendly la..hehe".Nampak?? kita bukan mahu bodek atau menjatuhkan dia tapi mahu tampil sebagai orang yang "alert" pada blog dia..itu sahaja dik..

7)Relaks dan Sopan
-Kadang-kadang apabila kita naik feeling atau excited nak komen blog dia,sampai kita tersalah taip.HAHA.. itu tak mustahil berlaku.Ingat!! perkara ini boleh mengundang bahaya kalau perkataan itu tersilap dan mengakibatkan salah paham..Contohnya,"saya"TAPI TERTULIS "sayang"..Kita pon bukannya rajin benor nak tengok balik komen yang lepas-lepas..abis baca terus lari kan?HAHA.. Selain itu,gunalah ayat yang sopan..panggil nama dia or awak..Actually AA tak berapa suka kalau orang tulis,"weh bro"-"ek eleh kau perempuan"-"bangang lak ai" ..Ingat! bahasa penulisan mewakili penulisnya..paham dik?


itu sahaja,to new blogger jangan sedih-sedih la..you have to strong enough k!!

NOTA KAKI: Kita tidak boleh puaskan hati semua orang,tapi tak rugi jika kita berusaha menghargai orang lain

***entry ini AA tulis secara jujur.Maafkan AA jika tersalah cakap(muka tak bersalah.hee)

Hari Ini Mahu Senyum

 
Senyum

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...
 **lama dah tak tengok iklan sambil play lagu ini kat tv..damn miss it!! jom nyanyi sama-sama!!**

KENAPA ANDA DAN AA PERLU SENYUM HARI-HARI?
-Kerana ianya sedekah kan.Jika beri senyuman dengan ibu bapa atau guru?banyak pahala :)

-orang kata lebih manis kita senyum dari bicara sebabnya bila kita start buka mulut je,belum tentu orang suka
-Dr Fadzilah Kamsah kata,senyum itu mampu membina personaliti menarik..betul juga!! let say,AA suka tengok Dato CT masa menyanyi..alahaii,dahla suara merdu lepas tu,tak kedekut senyuman pulak..untung Datuk K...HUHU
.
-senyum itu senjata.sebab?kalau korang gelabah dan kaku masa atas stage,apa agaknya tindakan paling bijak perlu ambil ?Of course la,kita senyum rite??selain itu,banyak manfaatnya lagi-lagi semasa temuduga..merawat pesakit dll..

KENAPA HARI INI AA SENYUM LEBIH?
1) Sebabnya,hari ini dapat juga den melihat result peperiksaan..walaupun tak dekan,tapi alhamdulillah..lulus semua mata pelajaran..paling tak boleh bla subjek principle of eco..dapat B-.Perr...dah la lecturer selalu tak masuk kelas,carry mark rendah giler..aih,kadang-kadang ada keajaiban ya.Allah Maha Adil..by the way,i have to get super owesome result soon and there is my humble promise..aja-aja fightingggg!!!!! HAHA..

fuh,tumpang gembira la tengok kejayaan kawan-kawan..ada yang pointer gempak 3.74..3.68.padahal kos BBA tuh!! (kau hengat senang??very tough bai)
hmm.. for nex sem ..all i need,i willing..so no matter what..really to beat it!!!!!!!!! (ceh sekarang bukan main semangat nak studi,bila kat uni??haramm)

2) Fuh!! tamat sudah tengok drama Oh Sujung Vs Karl.Walaupun ada 16 episod tapi tak terasa lama pun sebab best sangat.. ada unsur kekeluargaan,romantik dan drama..sob3(jangan tak tau hantu koran nih beb).AA cadangkan,korang tengokla drama korea ni..tak rugi baii.Oh ye,citer ni lama dah..tahun 2005 kut :)


NOTA KAKI: Senyum tak perlu kata apa-apa

Sunday, June 19, 2011

Yeah! Header Baru


Header Baru?
kann..
shantek ke?
retiss ke?
perlu ke?
haha
(ciss)


header yang comot. Tapi nice jugak kan? angguk cepat!! HUA4


TAHU TAK KEBAIKAN HEADER BLOG NI?OK BIAR AA TERANGKAN

-dapat menarik minat bloggers lain untuk datang ke blog kita
-the owner blogger itu akan dipuji berbakul-bakul
-berpotensi dapat hadiah kalau join contest ‘header paling shantek’
-orang mudah ingat blog kita selain entry yang menarik
-label permulaan produk kita dalam penulisan

BETUL TAK?

OK,kat bawah ini antara koleksi header ah.. Sehingga ada tuh pernah mendapat kritikan pedas suatu ketika dahulu.HAHA

zaman bru nak kenal blog.HAHA..time ini,follower pun baru 36 macam tuu.

zaman ni,hanya kenal pyzam.com je..HAHA

 header yang paling dapat kritikan pedas.HAHA

 header paling AA sayang .Tak silap,time guna header ini ah dapat follower beratus-ratus. ok,TERIMA KASIH semua yang sudi datang blog ini..**tetiba touching plak.adeii.

SESUNGGUHNYA,INSAN KERDIL BERNAMA anif abdullah INI AMAT-AMAT MENYAYANGI KORANG ..SERIUS! ^^


NOTA KAKI: Header bukan kepala untuk disekeh tapi untuk diletak pada bahu  followers-nya .fikir-fikir kann *ayat gila dah muncul

Friday, June 17, 2011

Fatin Liyana dan Mr AA Ada Persamaan


Salam Readers!! 

Nampak tak tajuk diatas tu?bukan main vougehh(bak kata coursemate ku)lagi an .. ala bukan persamaan dari segi gadjet,stuff or what so ever  Just sama,Fatin Liyana ni gurlsweet yang berasal dari N.Sembilan rupanya(kalau tak silap)huhuhu...baru den tahu baii.. So,kalau FL ni cadang nak apply di Hospital Tunku Jaafar Seremban,ambui dekat benar kak jah oii dengan Mr AA... HAHA.Sudah!! jangan verangan kamu.. Macam la dia kenal ya tak.. hee..


 entah2 FL sama hobi dengan AA,ske main badminton,HAHA *ok jgn caya*

Actually hari ini AA nak share sedikit vocab/loghat Negeri Sembilan.Al maklumlah,dah 22 tahun hidup di sini.Mustahil lah kita tak nak share dengan orang lain kan..JOM SAMA-SAMA BELAJAR!!(apa yang den tau yola ..ngam?)


1.      Rebas-  gerimis

2.      Dokek- dekat

3.      Mada- blur

4.      Bercerabih- membebel

5.      Eden,esei- saya/aku

6.      Jang- orang bujang but prefer laki-laki

7.      Mentedarah- makan dengan banyak.Tak silap negeri lain pun ada

8.      Baeh-belasah

9.      Bingai,badigol,bongok-sengal

10.  Bega,bogik –degil

11.  Melepet-tak sure loghat n9 ke tak.HAHA.. Tapi bermaksud,kena lenggek

12.  Hobin/dobik- pukul / belasah

13.  Hongeh- kenyang sangat

14.  Menteneng - gemuk

15.  Ghoman - raut wajah

16.  Pelaih - endah / ambil tahu

17.  Jewat - capai

18.  Lelan - cuai 

19.  Dodat - minum terus tanpa cawan

20.  Belobau - terjatuh

21.  Ontok ontok - duduk diam diam

22.  Tak senegheh/semonggah- tak senonoh

23.  Berembat- bergaduh secara kasar

24.  Boleng- bogel

25.  Bersulumeh- comot

26.  Osah eh – Bukan main ~kut..HAHA.. lupela :p

27.  Mendosup- Gambaran tentang sesuatu yang sangat laju

28.  Cilanat- bodoss

29.  Hampeh- Kurang asam

30.  Bolo(bela)-baiki

Jadi loghat nombor manakah korang selalu dengar??HAHA (komen)




TAHU TAK!

-Belajar loghat nogori ni sebonar eh lawak kalau kito dongar boto-boto.

-Pado AA ,antaro kebanyakan longat kek Melaysia nilah kan loghat nogori paling sonang sobab –dio cumo adjust belakang perkataan yo ..ado hurup [o]
**paham tak?HEEE

-Paling menjadi/ngam loghat n9,kalau korang tengok di tv lah kan..dari pelawak seperti Nabil dan Ebby Yus.. Lain-lain biasa je..

-Orang kata jangan kahwin dengan anak perempuan n9 nanti ‘jadi miskin’ hem,. !! FishTW..Itu hanya pemikirian ortodoks dari sebahagian orang yang tak tahu menahu apa itu perbezaan adat dan keperluan semasa.Tak dinafikan,masih ada sesetengah tempat mengamalkannya.Tapi zaman sekarang,more to harta sepencarian .its common to consult.Ok? jangan risau.

BAIKLAH, ITU SAHAJA TOPIK KITA BELAJAR HARI INI.. JUMPA KORANG DILAIN HARI ... 


Nota Kaki: Baru tahu,Abang Ipar AA sepupu dengan Nubhan

Thursday, June 16, 2011

Misteri DiSebalik Karak

Salam Readers!

Malam semalam AA ada post status di Fb yang ada unsur-unsur seremmmm.Begini,
Bukan main ramai menggigil ketakutan..HAHA..rilex la..
paling lawak,





 sebenarnya,ayat status itu AA copy dari laman forum.tolong jangan marah AA..bukan nak menakutkan korang,just nak share je pasal kemisterian lebuhraya Karak .Al maklumlah,selepas sahaja tonton filem Karak 2bminggu lalu,AA rasa terpanggil untuk mkaji apa jenis hantu atau rahsia yang sebenar-benarnya jalan lama itu..

Dulu-dulu,memang popular dengan ruangan kongsi cerita hantu bersama Isma Halil di THR rite?akak AA gemar dengar .dahla malam jumaat,seram bai...so,AA tak nak dengar time tu.Lagipun budak-budak tak boleh tido lewat(eceh..alasan ;P)  .Ok selepas itu tergendala kan???jeng4...sebab?? no comment





KEMISTERIAN YANG PALING POPULAR DILEBUHRAYA KARAK:

1-Perempuan kebaya tanpa kepala
         -yang ini tak tahula apa kesahnya..maybe kena langgar kut
2-Kereta wolkwagen kuning
          -orang kata,kalau kita potong kereta nie ..dia muncul lagi ..dan lagi depan kereta kita.pulak dahh..
3-si suami mati dibaham oleh cryptid(tak sure binatang or sebaliknya) di bumbung kereta
           -orang kata,kes ini paling popular..dalam x-file polis,sebab??maybe taknak menakut-nakutkan orang ramai..sebab itu dalam cerita 360 tadi tak sebut perihal nie..
4-si anak cari emak dia yang hilang
            -anak yang berpakaian sekolah dan muncul apabila orang hendak cari tandas
5-pontianak kacau pemandu yang lalu lintas
            -susah nak cakap,maybe pontianak ini dah terdesak nak kahwin.HAHA

6-ada pocong baring atas jalan tiba-tiba
            -aduhai.. takde rumah ke ape hantu nie..serius seremm kalau korang nampak..







SEBAHAGIAN LEBUHRAYA YANG PALING MISTERI SELAIN KARAK

-Lebuhraya Bentung-Gua Musang(area bukit 7)
-Jelapang
-Merapoh
-Tangkak(area Johor-Melaka)
-Bukit Tangga(sejujurnya,bukit tangga ini lebih seremm dari bukit putus)
-Grik




PALING MISTERI AA JUMPA PASAL KARAK

-Ada orang kata lah kan,seorang Sheikh ni dia mengembara dari Gua Karak tu terus ke ke Gua Batu Caves...tapi rasanya bukan pakai jasad dia tapi roh/soul dia kut...seharian perjalanan..
-Kan tadi AA ada kata suami yang mati atas bumbung itu,menyerupai seperti kelawar jadian(besar setinggi manusia) atau macam cerita JEEPERS CREEPERS rupanya..adesss!!
-Rupa-rupanya,lebuhraya karak ini dibina atas tanah perkuburan orang asli???ini semua kerja komunis la..kalau tak,memang takkanla jadi seremm camni..ciss..
-Ada pontianak di situ..tips:kawan sekolah AA kata,kalau pontianak ni dia mengilai kuat tandanya,dia jauh dari kita..kalau dekat,dia tak ngilai???OMG
-istilah/maksud Karak tiada dalam Dewan Bahasa..(ok,im shocking!)dari segi ejaan pon dah seremm kan,'Karak' pusing kiri-kanan pon tetap tak berubah.. adakah ada kena mengena dengan bahasa orang asli?orang lupa  nak kaji asal-usulnya?

...................
INGAT!!


-kawasan hutan macam ini,korang jagalah pertuturan..kalau terbau/terlihat apa-apa janganlah tegur..

-kalau nak jalan jauh tu,pastikan bawak rakan korang..at least 1/2 orang ok??
-jangan sesekali berlagak hebat kalau pergi korang tak kena ganggu,balik korang selamat juga..

-pastikan bawak kenderaan dalam area pukul 10pm ke bawah..set??

-make sure baca surah kursi atau apa-apa bacaan sebelum bertolak.. doa itu kan senjata..

-------------------------------------------------------

jam sudah menunjukkan pukul 2.30am..sambil buka surah yasin pon,perasaan cuak still ada ni..aduhh..okeila,'dia'macam tak bagi AA cerita lebih-lebih aje.. (^_#)

OKEILAH.CHOWW!!







NOTA KAKI: Orang kata bila jalan itu dah hanyir darah,'dia'sure nak darah lagi