Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Wednesday, September 21, 2011

Ada Sesuatu Yang Kita Terlepas Pandang?


eh wan maimunah lagi.. sejuk mataku memandangnya.. :)

Assalamualaikum,hari ini cadang nak bagi entri motivasi sikit . Hope korang suka.. Rasa suka kut kan?? :P
Tahu tak, di dunia ini ada dua bentuk penciptaan Allah Taala

1)Secara langsung
2)Secara tidak langsung

Secara langsung, bolehlah diterangkan seperti langit,hutan,sungai dan lain-lain. Ayat mudahnya,apa jua yang ada di bumi secara semua jadi. Paham?

Manakala secara tidak langsung pulak,bangunan,perabut ,pakaian dan sewaktu dengannya.
AA nak tanya,antara kedua-dua jenis ini manakah yang lebih menenangkan jiwa dan hati kita apabila kita lihat lama-lama? Sudah pasti jawapan korang- Penciptaan dari Yang Maha Esa.

Ouhhhh.. Baru Aku Sedar!

-Kepada pembaca yang disayangi, siapa yang suka sangat tengok langit? Sila angkat kening.. Hehe..Apabila kita lihat langit,sure kita akan rasa nyaman,lapang dan tenang jew.. Betul tak?Kenapa langit? Baiklah.. Kita akan paham erti ketenangan yang sebenar-benarnya jika dikaitkan dengan Allah. Benar… Pandang langit dah tenang,tapi bukan langit itu yang menenangkan kita.. Tetapi ketenangan itu dari Allah dan tandanya,Dia 'dekat' dengan kita. Subhanallah..

“Pandang dan hayatilah alam ini dengan pandangan hati”

“Dialah yang menghidupkan dan mematikan,dan Dialah yang mengatur pertukaran malam dan siang.Apakah kamu tidak berfikir mengenainya?” (surah al-Mukminun 23:80)

AA suka pijak mereka tetapi mereka hebat!

Hampir setiap hari, AA akan pijak dia. Dimana-mana  sahaja,dia tetap meng’karpet’kan laluan kita. Agak-agak hebat tak dia? SUDAH SEMESTINYA HEBAT! Dia itu,AA tujukan pada rumput. Rumput ini kalau kita lihat dari matakasar memang biaserrrrr jew..  Jikalau dari sudut motivasi, rumput ini sangat tabah dan cekal sebenarnya. Buat macam mana pun, dia tetap tumbuh menghijau.. Tak merajuk pada tanah. Tanah pon ada kawan kan.

 Ok, kita dah dapat point disini betui tak?Pertama, Jangan hina benda yang remeh pada pandangan mata kita tapi hakikatnya benda itu ada unsur  positif yang perlu kita learn more… Kedua, belajar menghargai ciptaan Allah Taala. Cuba korang duduk kawasan berbukit,baru korang tahu penting atau tidak rumput ini (misal,elak hakisan tanah)

Selain rumput, kita selalu jugak pijak semut kan? Kasihan semut itu. Mereka penat buat rumah,esok hari kita dah runtuhkan. Mereka berhijrah…  Tia-tiba,banjir pulak . Mereka mati. Adakah itu takdir haiwan bernama semut? Oh tidak… Kita kena berlajar dari segi survival . Sambil menasihatkan diri jugak, benda ini remeh je. Tapi kita kena belajar dari remeh dah jadikan panduan pada hal yang lebih besar. Semut ini sangat rajin dan suka tolong menolong.Alangkah indahnya jika semua manusia ada sifat begini..

Manusia: “ah.. kau buatlah sorang-sorang.. aku malas lah.. nak main facebook sat”
Semut: “Kita kena berusaha keras. Kita ramai musuh. Jadi,Jangan tunggu lagi mari kita berkerja sama”

Di dalam badan Orang Jepun ada sifat semut?

Orang boleh kata apa sahaja tentang semut sebab dia binatang,tetapi orang akan terdiam apabila berkata tentang manusia yang di-bar code  budaya Jepun. AA nak sangat pergi Jepun,Serius! Sejak tengok citer GTO,semakin membuak-buak untuk ke sana.. Mahu belajar BUDAYA,GAYA HIDUP,PROFESIONALISME mereka!

**symbol “ = “ialah ada persamaan

Semut=Jepun =Kecik=Laju=Lincah=Teamwork=Rajin=Pulun=> Berjaya

Semut ada markas,Jepun ada negara sendiri yang GAH!

Lecturer AA ada citer tadi, dia kata budaya kerja kat sana@Jepun.... Sebelum balik dari kerja, mereka akan turunkan komputer letak bawah meja ... Licinkan meja dari sebarang alatan/tugasan..... Naikkan kerusi atas meja dik! Ok,korang gelak,macam budak sekolah ye dak.. Tapi, budaya mereka, kalau kerja tak abis.. akan terus buat ikut arahan! Bila dah abis... Mereka akan habiskan terus, feel free jew balik rumah.. Fun!Rest!... Lepas tuh,esok awal-awal pagi, turunkan kerusi.... Lap meja dari sebarang habuk.. Lap dekstop ...Even dah 10 tahun pon, still nampak baru dekstop tu woi!!  

Agak-agak,bila lah budaya camtuh nak ada kat orang kita ya?? Hmm....

Wake Up!

Sia-sia sahaja kawan, kita pikul buku teks seberat 4 kilogram, 500muka sura,dibalut cantik-cantik – tetapi gagal untuk memahami dari sudut mata hati. Sekadar menghafal,its nothing!
Sia-sia sahaja cikgu,kita suruh anak murid datang kelas pandang tulisan marker pen.. Conteng sana-sini BUKU LATIHAN, tetapi tak nak suruh belajar diluar kelas.. Suruh tengok segala penciptaan yang teragung dari Allah Taala, Subhanallah..(wahai cikgu.. tak luak pun silibus kalau duk 1 jam/minggu di luar kelas, suruh pelajar bukak mata hati ..AA berani bersuara sbb ramai cikgu nak kejar A+++ jew. Sori,i got xperience)


NOTA KAKI: Semasa taip post ini, tetiba air mata berlinang..Maybe ..erm, I dunno.. 

Wednesday, June 29, 2011

Nampak Benda Ini Kecil Kan?



------------------------------------------------------------------------

Kita seronok menonton cerita Nora Elena tetapi apabila selingan azan maghrib,kita tukar siaran lain?


Kita seronok makan Chicken Chop dan Nugget tetapi seorang anak miskin lalu kita sepak tulang ayam depan dia?


Kita menangis(berguling-guling)tengok ending cerita, hero & heroin tak dapat bersama-sama tetapi pernahkah kita terfikir bagaimanakah ending pasangan suami isteri di Negara Palestin ketika si suami sedang berjihad di medan perang?


Kita seronok bertepuk bertampar ketika makan di restoran KFC dan McD tetapi kenapa sebelum ini kita beria-ia memboikotnya walaupun pandang logo pun tak nak?


Kita tengok seorang menteri ini buat kebajikan  kepada anak yatim,bersugguh-sungguh untuk eratkan ekonomi dua negara,membina masjid dan pelbagai tetapi anak keluar mabuk malam-malam bagaimana pula ?


Kita jalan terliuk-liuk pakai baju singkat dan nampak pusat kerana cuaca panas tetapi kenapa mereka  yang bertudung dan pakai jubah boleh tersenyum apabila dengar alasan itu?


Kita hampir setiap hari check inbox didalam facebook tetapi bila kali terakhir kita buka kitab suci Al Quran?


Kita terasa lenguh menunggu imam habiskan bacaan doa yang terlalu panjang tetapi kenapa kita tak lenguh tengok orang berebut sebijik bola selama 2jam?


Korang..hmmm

Sekadar perkongsian,emak AA sebenarnya bukan seorang suri rumah sahaja tetapi seorang pakar psikologi juga..Kenapa AA kata begitu?Situasinya… Setiap kali solat jumaat,emak AA akan beri sejumlah wang untuk disedekahkan ke masjid..Walaupun kadang-kadang AA rasa nak jadi PEMBELOT pun ada ..mana taknye, mata tak berkelip-kelip tengok duit banyak dan keadaan pada masa itu pulak sangat-sangat pokai ..AA pun berkata pada diri


“Emak sedang berbicara dengan engkau Anif.. Dia mahu engkau jadi anak yang jujur dan suka menderma walau apa keadaan sekali pun”


Setelah setahun berlalu,syukur Alhamdulillah…
AA sudah berubah menjadi seorang yang mudah menderma(at least sedikit)..apabila kawan-kawan suruh pegang duit beratus-ratus,AA tak ada feeling nak curi pun


Nampak benda ini kecilkan?


AA ulang,nampak benda ini kecilkan??


Oleh itu,kadang-kadang benda kecil ini tak perlu kita belajar di sekolah pon tetapi berdasarkan pengalaman harian pun dah memadai.. Jadilah seorang yang prihatin pada setiap perkara dan teliti betul-betul apa yang telah/akan kita buat sepanjang tempoh hayat kita didunia ini..tetapi sering terlepas pandang ye tak?huhu..


Kadang-kadang AA terfikir,hukum karma itu benda kecil ke besar eh? Walaupun orang pandang sepi je benda ini.. Apapun,renung-renungkan..selamat beramal!! (tetibe lak ayat ni keluar ..motif?HAHA)

 thanks sebab sudi baca..jumpa lagi guys!! ^_^




NOTA KAKI:Salam Israk Mikraj ya kawan-kawan :)


**edit balik pada 6.40am,rabu