Monday, August 6, 2012

Tips 10 Perkara Penting Untuk "Dikongsi" Dalam Facebook






1)Tarikh lahir
Mendedahkan tarikh lahir sebenar korang adalah sangat berisiko tinggi apabila institusi kewangan memerlukan maklumat tersebut untuk kad kredit dan penyata bank. Malah, ia turut mendekatkan korang kepada kecurian identiti. But,it depends....

2) Nama ibu
Korang perlu ingat bahawa banyak laman web yang menggunakan nama ibu sebagai soalan keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan dan maklumat peribadi mengenai anda menerusi dalam talian.

3) Alamat rumah anda
Tidak perlu rasanya paparkan alamat kediaman korang kepada umum kerana penjenayah kini semakin licik mencari rumah yang kosong menerusi dalam talian apabila anda ‘update’- “Yeay, kat Pulau Langkawi ni uols, cuti-cuti Malaysia.” (Pfffttt)

4) Perjalanan jauh dari rumah
Status yang memberitahu ketiadaan korang dirumah dalam sesuatu tempoh yang panjang tidaklah menarik perhatian jiran untuk memantau rumah engkorang tu sebaliknya menarik perhatian ‘orang lain’.


5) Meninggalkan rumah dalam tempoh yang singkat
Jika korang ‘check-in’ sama ada hospital atau di pusat membeli-belah turut memberikan potensi kepada pencuri untuk memecah masuk ke rumah anda.

6) Gambar yang tidak sesuai
Zaman teknologi tinggi kini membolehkan sesiapa sahaja untuk memuat turun, berkongsi malah menjadikan ia sebagai bahan ‘pemuas nafsu’. Lagi-lagi pompuan. Ingat!

7) Pengakuan atau kekecewaan
Ramai yang suka menyatakan perasaan marah atau benci terhadap seseorang, terutama apabila melibatkan majikan dan pekerja. Jangan ‘maki’ majikan korang jika mempunyai masalah di pejabat kerana ada mata yang memerhati dan mulut yang melaporkan..Hoho

8) Nombor telefon
Memaparkan nombor telefon menerusi laman sosial adalah tidak wajar kerana korang berpotensi untuk menerima panggilan dari jurujual (telemarketers), ‘stalkers’ dan rakan kepada rakan korang.. Kalau nak jual sesuatu barang, camne plak ?.. PM sudah..

9) Mengira detik percutian anda
Lebih baik korang memberitahu rakan-rakan korang berkenaan percutian selepas pulang dari bercuti daripada korang berkongsi perkiraan detik percutian sebelum pergi bercuti.

10) Gambar di dalam rumah
Mempunyai lappy yang baru? Rumah di lengkapi dengan barang-barang berharga? Suami baru membelikan rambut palsu dari Dubai? Semua itu akan membuatkan si ‘cemburu’ akan bertambah cemburu dan peluang untuk si pencuri menceroboh rumah korang sangatlah tinggi.

**11. Status Dalam B.I
Mesti akan ada orang kata kita berlagak..Ye dak? Huhuhu





Baru potong rambut. Ringan sikit kepala. Nsib baik x buat botak.hoho *selekeh






NOTA KAKI:  Facebook dah tak privacy macam dulu. Kita like picture orang lain pon, dah naik notification . So hati-hati :)
NOTA KAKI 2 : Nak try buat "Comment moderation" plak ah.. huhu

43 comments:

Syarifah Nadia Syed Mohsin said...

yup..makin canggih teknologi.. makin bahaya.. huhu

shamyheart said...

bkn je fb, twitter, whassap semua perlu lebih hati2. Jgn bg alamat rumah, no hp kpd umum. Nak cerita boleh tp jgn over.
Lg satu, psl biz on9 buat duit. Jgn duk tunjuk duit berkepok2. Lg senang org nk rompak, culik, bunuh. Na uzubillah

anamizu said...

aah tu la psl.nyampah arrr fesbuk skg.. LIKE gambar pon cepaaaat je kuar kat newsfeed. tah pape.. mcm haremm je.. xleh nk hidden lgsung.. pfftttt~

Ceiler Mun said...

emmm.. hensem.

Ukhtifarhana said...

that's rite..

CikTeddyCorner said...

ade jugak terselit no 11 tu.haha
dah lama x update status..wee~

kajaharuna said...

ha'a la.. tak penah terpikir pulak semua ni.. lagi-lagi pasal nak keluar ruma post kat fb.. huh.. bahaye!!

Aelin Kent said...

10 perkara inilah yang selalu orang buat terutamanya wanita..

dah jadi apa-apa musibah, barulah terduduk..

trialtodelete said...

yeke org kata kita berlagak bila update status dlm bi?

mungkin, mungkin tdk..aku punya environment kat campus mostly bdk tesl..so kalau ckp mcm tu mmg nk kena pancung la haha

http://igossiprizal.blogspot.com/2012/08/isupport-dato-lee-chong-wei.html

inche hlovate said...

betul2..fb sekrg ni dah tkde privacy

Anif Abdullah| AA said...

@Syarifah Nadia Syed Mohsin btul2.. kena hati-hati skunk

Anif Abdullah| AA said...

@sha my heart setuju dgn akak.huhu

Anif Abdullah| AA said...

@anamizu kaito tula pasal..kantui je.haha

Anif Abdullah| AA said...

@Bella Bell thanks :)

Anif Abdullah| AA said...

@O CIKTEDDY nak selit gak.hehe..

Anif Abdullah| AA said...

@kajaharuna kalau artis,public figure lagi bahaya..

Anif Abdullah| AA said...

@Aelin Kent haa btul2.. beringat sebelum apa2 terjadi

Anif Abdullah| AA said...

@Rizal Sadiman maybe base on environment..huhu

Anif Abdullah| AA said...

@inche hlovate yeahh :)

Unknown said...

secret tarikh lahir jer, hehe

YouSOF said...

Teknologi memudahkan, teknologi menyusakan.. Terpulang kepada kita nak guna ke arah yang mana. ;)


Boleh tahu tak berapa harga rambut palsu si suami kepada contoh tadi tu? hahaha



Kemaskini status dengan BM baku adalah jauh lebih kool aku rasa lebih² lagi orang tu baru potong rambut! hihihi

iEdA said...

semua yg melibatkan teknologi ni bahaya sbb wat kita lbh mudah tdedah ngn pape bahaya :)

Cikgu Ma said...

mmg x patut mention benda2 ni kt fb..kalo bleh in relationship pun tak payah la habaq kat org...hehe

Anif Abdullah| AA said...

@amir aizat pon boleyhh. haha

Anif Abdullah| AA said...

@amir aizat harga rambut palsu itu, 40k. haha.. cool ke? *kembang idung

Anif Abdullah| AA said...

@iEdA musuh pon akan melompat gembira untuk wat pedajal..huhu

Anif Abdullah| AA said...

@Cikgu Ma biarlah rahsia.huhu

Unknown said...

Salam Ziarah Ramadhan...

Selamat Menjalani Ibadah Puasa dengan penuh istiqamah...

http://www.alifismail.com/2012/07/salam-ramadhan-al-mubarak.html

tuanseliper said...

kongsi nama suami boleh dak? hikshiks >,< *gedikohhh~

FiZah :D said...

stju..kdg2 fb ni penting gk.. =)

Aing said...

haah..betulah 2..fb dh x privasy..tahap ohsem pun dh kurng..aku ngn fb skrng ibarat musuh..sbb fb skrng dah dinodai..hukhuk tp aku suke je tngok gelagat mnusia yg dedah kepribadiannya sne sni..

emhh..apenakjadi..

nur anis said...

memang tak boleh nak privacy la dalam fb ni..huhu...

Anonymous said...

ok.gmbar hensem.

syhrh said...

hoho.tahu takpe.
sekarang semua personal bukan privacy lagi en.
haish!

CikTeddyCorner said...

awh abg anif x update lg -,-

Alif Haris said...

yup2. kena take note benda ni utk elak segala kebarangkalian yg tak best menimpa kita. huhu.
eh jap status BI orang anggap belagak? hahaha.

DUNIA sesawangku said...

terbaik.. nk kgsi ye.. Hehe :)

Unknown said...

Oppps, update status in English berlagaks yeah? Haha, terasa ni...hahahaha..baik minta maaf hahahahahha *joking!

ika said...

hha...meluat gila ngn FB skang...dh xprivate lgsg...=.=" buduh je si zack tu...memang kena hati2...

Abu Bagi said...

rambut palsu drpd DUbai..? pakah hahahaha..

tu la pasal.. jgn tunjukkan semua informasi dlm FB tu bahaya.. serius..

vendoline said...

gigh membace

Cendol said...

haha jgn dikongsi kan?:P
yelah mmg fb tu bkn private sgt.kita komen itu ini sume boleh nmpk.huh mak su cendol selalu je stalk cendol tngok komen hape ke nanti dia kabo opah.nak ckp hodoh2 pn payah.naseb baik dia takde belog.hahahakk
eh ade org kate belagak eh tulis status dlm bi?knape ngan dia?demam ke ape?

Unknown said...

aku memetik dari albert einstein 'i'm afraid the technology will surpass human interaction and the world will born a generation of idiots' dan ini benar..cuba renung-renungkan..hehe bkn nak cuba berbahasa inggeris tp mmg dlm inggeris :P