Tuesday, September 25, 2012

Mencari Tempat Praktikal / Internship






Assalamualaikum.
Entri super serious.

Hari ini den nak post sesuatu yang serius ,sepanjang 3 tahun menjadi pelajar di UUM. Nah, sudah tiba masanya untuk den melalui suatu peringkat yang lebih crucial.

Insya Allah , pada 4 Februari – 26 Mei 2013, saya Muhammad Hanif Abdullah seorang pelajar business admin (logistics and transportation) akan mula menjalankan latihan industri (LI),praktikal atau internship di sebuah organisasi. Sesuatu yang mendebarkan bukan?

Sepanjang di Kedah ini, banyak sudah den belajar menjadi insan yang berdikari, utamakan kasih sayang dengan orang jauh, kenali diri sendiri, hamba Allah yang banyak kekurangan dan ilmu pengetahuan, dan banyak juga bertemu dengan pelbagai kerenah manusia. Ada yang membantu dan ada menjatuhkan. Cukup ku hargai. Cuma cuma cuma,yang belum ialah menzahirkan atau mengaplikasikan apa yang kita pelajari secara “real”. 

Sememangnya den dah bersedia . Namun begitu, tipulah kalau tak di tanya dengan soalan popular semester (akhir) ini :

“kau dah cari tempat praktikal ke belum?”
“dapat company mana? Ada elaun x?”
“kau pilih tempat praktikal kat company swasta atau government?”

 OKAY FINE. Hampir setiap hari, Semua persoalan ini masih berlegar-legar di benak fikiranku 
Sedikit sebanyak, muncul juga bisikan negatif (tak cool) yang macam ini 

“alaaa.. kau guna kabel boleh laaaa.. aku ni sape je?”
“result korang gempak.. no wonderrrr lah”

Buat masa ini, den masih tercari- cari tempat praktikal yang benar-benar sesuai dan menepati kehendak course. Sebab nanti kena buat report kan, so kena pilih tempat yang related..

Jika tak keterlaluan, den mahu company terbabit menyediakan elaun ataupun tempat penginapan ( memilih sgt ke camne?)
Sebenarnya ada beberapa company di Shah Alam dan Kuala Lumpur  telah memberi respon yang baik. 
Misalnya,

Diorang nak buat interview plak. Tak tahu bilanya..

Konsertium Logistik Berhad.. (belum bagi comfirmation lagi)

Di bawah ini merupakan subjek major dalam couse saya:


Kalau boleh, den nak buat praktikal di sekitar Seremban (mahu try area dekat2 umah), Cheras (dekat dengan rumah abang), dan Shah Alam ( company banyak kan?) Tapi ...... kalau tak dapat dekat area tersebut, for sure nak juga sekitar Kuala Lumpur ,Selangor. Malas laaa jauh2 weh. Nanti melibatkan kos lain plak kann

Untuk itu, 
Anep nak sangat minta PANDANGAN atau IDEA dari kalian semua. Bantulah saya..
Kalau ada kawan atau pernah berpengalaman dengan sesuatu syarikat.  DI PERSILAKAN. . URGENT SANGAT NI :(

Kepada COMPANY yang mahu mencari praktikal student dan related dengan course saya, boleh email di sini: dokumen89@gmail.com ataupon di FACEBOOK
Kerjasama anda semua amat saya hargai. Thanks :)



NOTA KAKI: Antara entri yang paling serius tahun ini. Selepas ini, dah busy dengan research/assignment woii. Take care semua. Jumpa lagi, Bye.

Monday, September 17, 2012

Nombor Phone Anuar Zain



Assalamualaikum. Abaikan tajuk di atas naaa :p
Pergh...Kemain lama sungguh tak update blog. Sampai password pon tanya orang sebelah, over tak haku?
Wokeh hari ini nak cerita tu takde lah cerita mana. Sebab aku pon tak reti nak cerita apa. Haa apa ni? apa ni ?


Begini ceritanya, sabtu lalu (15 Sept) UUM telah menganjurkan Konsert DiRaja Menjunjung Kasih Universiti Utara Malaysia kali yang ke berapa tah.
Pada awalnya, AA tak pergi pon konsert nie. Yerlah tiket mahal dan tiada member nak pergi.Lagipun, elehh Anuar Zain je ponn. Lain lah Adele ke... Wan Maimunah ke... Azwan Ali ke datang, aku pergi lah. Kann *fuuuu

Tetibe time petang sebelum konsert tersebut bermula,AA dapat mesej yang berbunyi begini. 

XYZ : Nak tiket free konsert diraja?

Muka haku terus berubah jadi begini. Serius tak tipu!

Nak tengok tiket itu? 

Haaaaaaa... ini dia

In short, AA rasa bertuah lah dapat offer dari seseorang untuk hadirkan diri ke Konsert DiRaja ini. Tiket ada RM30 dan RM50. So, nak berterima kasihlah pada beliau. Bukan senang kan nak hadir dengan tiket vip .Hiks. Pergi sana, syukur dapat jumpa kawan sama kolej. Tak lah bosan sangat.

Untuk itu, beberapa gambar untuk tatapanssssssss !!!

Duduk belakang media. Sempat main -main mata dengan reporter weh.. Kehkeh








Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Tiada masalah cuaca atau technical. Music arrangement dari Istana Budaya, best gilerrr!
Anuar Zain telah menyampaikan beberapa lagu berhantu beliau seperti Lelaki ini, Ketulusan Hati, Cinta Harus Memiliki, Ajariku (lagu baru kut) dan Sedetik Lebih.Suara dia perghhh.. Memang ramai melting!

Untuk informasi tambahan ,baca di ruangan myMetro ini 

Okaylah sampai di sini sahaja perkongsian. Haha,Kbai.



NOTA KAKI: Selepas ini busy kemana pula ya? Mungkin ke Shah Alam :D