Showing posts with label mencari tempat praktikal. Show all posts
Showing posts with label mencari tempat praktikal. Show all posts

Tuesday, September 25, 2012

Mencari Tempat Praktikal / Internship






Assalamualaikum.
Entri super serious.

Hari ini den nak post sesuatu yang serius ,sepanjang 3 tahun menjadi pelajar di UUM. Nah, sudah tiba masanya untuk den melalui suatu peringkat yang lebih crucial.

Insya Allah , pada 4 Februari – 26 Mei 2013, saya Muhammad Hanif Abdullah seorang pelajar business admin (logistics and transportation) akan mula menjalankan latihan industri (LI),praktikal atau internship di sebuah organisasi. Sesuatu yang mendebarkan bukan?

Sepanjang di Kedah ini, banyak sudah den belajar menjadi insan yang berdikari, utamakan kasih sayang dengan orang jauh, kenali diri sendiri, hamba Allah yang banyak kekurangan dan ilmu pengetahuan, dan banyak juga bertemu dengan pelbagai kerenah manusia. Ada yang membantu dan ada menjatuhkan. Cukup ku hargai. Cuma cuma cuma,yang belum ialah menzahirkan atau mengaplikasikan apa yang kita pelajari secara “real”. 

Sememangnya den dah bersedia . Namun begitu, tipulah kalau tak di tanya dengan soalan popular semester (akhir) ini :

“kau dah cari tempat praktikal ke belum?”
“dapat company mana? Ada elaun x?”
“kau pilih tempat praktikal kat company swasta atau government?”

 OKAY FINE. Hampir setiap hari, Semua persoalan ini masih berlegar-legar di benak fikiranku 
Sedikit sebanyak, muncul juga bisikan negatif (tak cool) yang macam ini 

“alaaa.. kau guna kabel boleh laaaa.. aku ni sape je?”
“result korang gempak.. no wonderrrr lah”

Buat masa ini, den masih tercari- cari tempat praktikal yang benar-benar sesuai dan menepati kehendak course. Sebab nanti kena buat report kan, so kena pilih tempat yang related..

Jika tak keterlaluan, den mahu company terbabit menyediakan elaun ataupun tempat penginapan ( memilih sgt ke camne?)
Sebenarnya ada beberapa company di Shah Alam dan Kuala Lumpur  telah memberi respon yang baik. 
Misalnya,

Diorang nak buat interview plak. Tak tahu bilanya..

Konsertium Logistik Berhad.. (belum bagi comfirmation lagi)

Di bawah ini merupakan subjek major dalam couse saya:


Kalau boleh, den nak buat praktikal di sekitar Seremban (mahu try area dekat2 umah), Cheras (dekat dengan rumah abang), dan Shah Alam ( company banyak kan?) Tapi ...... kalau tak dapat dekat area tersebut, for sure nak juga sekitar Kuala Lumpur ,Selangor. Malas laaa jauh2 weh. Nanti melibatkan kos lain plak kann

Untuk itu, 
Anep nak sangat minta PANDANGAN atau IDEA dari kalian semua. Bantulah saya..
Kalau ada kawan atau pernah berpengalaman dengan sesuatu syarikat.  DI PERSILAKAN. . URGENT SANGAT NI :(

Kepada COMPANY yang mahu mencari praktikal student dan related dengan course saya, boleh email di sini: dokumen89@gmail.com ataupon di FACEBOOK
Kerjasama anda semua amat saya hargai. Thanks :)



NOTA KAKI: Antara entri yang paling serius tahun ini. Selepas ini, dah busy dengan research/assignment woii. Take care semua. Jumpa lagi, Bye.