Showing posts with label blackout. Show all posts
Showing posts with label blackout. Show all posts

Thursday, November 17, 2011

Aktiviti Yang Korang Selalu Buat Ketika Blackout

Assalamualaikum. 
Wiwit .Sekarang orang sibuk yer b'cerita pasal isu si pelakon bernama Zarina Anjoulie
Ahh lantak,malas amik pot



ehem2,kalau berlaku blackout atau ketiadaan elektrik, apakah benda kreatip yang korang selalu pikir nak buat ??   tentu macam-macam kann.. ???
 
1)Main Nyuruk -Nyuruk
-Seingat AA.. Pada zaman muda-muda dulu, asyik nak buat benda seronok jew.. Langsung tak rasa bersalah..Sampai hantu jelling-jeling tepi tingkap pun tak perasan..Lastly, kena ceramah dengan mak abah sebab main tak hengat :)

ini bukan AA lor


2) Korek Idung

Mai dekat sikit telinga korang. yerr korang lahh.. nak habaq sat,
"err..sangat syok taw korek idung time gelap-gelap..Orang bukan nampak pun.. Lalala"

Sungguh!

KEBETULAN, Pada esok hari pula...


“Munah, mak skodeng kau semalam..  Bertuah punya badakbudak! Dah takde tempat lain ke kau nak calit taik hidung?  Tepi pintu bilik aku jugak menjadi pilihan.. phuii !! 
Itulah orang kata, cakap siang dengar-dengar.. cakap malam pandang-pandang..errr


3)Titik-titik lilin
-“anipppp (bukan nma sebenar), kau jangan main lilin tuuu.. terpadam lagi sekali, kau siap!!”
“Ba..baik mak”
Sedar-sedar,12 ekor semut aku titik –titik dengan lilin.. Nakal seyhh.. Kemudian,titik-titik pulak dekat tapak tangan ~ecehhh..nak tunjuk hero lah konon.. Hahaha


 haaaaaaaaa.. lebih kurang begini lah
4)Main Wayang kulit?
 -Bila masing-masing tiada haluan hidup ketika gelap gelita,mula lah create benda yang seronok dan penuh berimaginasi. Buat bayang-bayang arnab laa ..rusa  laa..dengan jari jemari. Kreatif kan?

5)Borak-borak Pasal Kak Limah
-Duduk sambil terkebil-kebil memang bosan ya amat lahhh sebab tiada benda nak buat.Jadi,masing-masing mulalah berborak-borak tanpa henti.. Cehhh, kalau time tiada elektrik saje .. time itulahh diorang nak cerita pasal hantu kopek laa.. saka rimau laa.. Hoi hoi, cerita lain kali boleh? ~Feel jadi seram sejuk woo. #pitam 20saat

6) Cuit-cuitan Menjadi Rinduan #macam tajuk lagu pulekk
-Kadang-kadang, macam best pulak main cuit-cuit orang nih. Pernah satu malam, semasa duduk asrama dulu.. Kawan AA ini memang kaki menyakat. Selesai saje prep,AA dan rakan yang rajin pon pulanglah ke bilik tidur.. Malangnya pada hari kejadian, tiada elektrik pulak. Si kaki menyakat ini kemain dia menyuruk dekat belakang locker sambil berselubung dengan selimut putih..Perghhhhhhh, sekali dia sergah.. tercabut rambut palsu den.. Hahaha ,bongok betui!

7) Kipas..Kipas!
-Masing-masing start berkelakuan seperti kura-kura tersampuk lerrr mencari something untuk mengipas diri sendiri .Gasaklahh !  Dengan buku…dengan kertas..dengan penutup tapawe pun jadi?? Hehe

8)Main Permainan Yang Guna Bateri
-Misalnya, kalau dulu-dulu main Brick Game je pon dah melompat tinggi-tinggi sebab tiada orang kacau... Hahaha.. Tapi sekarang zaman dah berubah, segala jenis game ada dalam Laptop ,application yang perbagai dalam Smartphone lagi.. Macam-macam kan? Untunglah budak sekarang!



NOTA KAKI1 : Erti kata lain, sentiasalah pasang bateri laptop anda semasa membuat esaimen :)
NOTA KAKI: tahniah pasukan Malaysia!  united we stand :D