Showing posts with label couple. Show all posts
Showing posts with label couple. Show all posts

Monday, July 18, 2011

Tips Menjaga Hati Hubby Anda


gambar hiasan jerr : SuJu -Its you


1>Tolong jangan curangi dia,jika dia komited dalam perhubungan. So untuk gugirl di luar sana,Listen! hari ini sukar untuk mencari lelaki yang benar-benar jujur (taw) apatah lagi ikhlas dan komited ketika berchenta.. Jika korang mendapat satu,usah permainkan dia.. Lelaki atau perempuan ,uols have no point to do that ..Kemungkinan korang takkan jumpa lagi yang serupa.

  • pssstt: kalau main facebook tu, jangan cari skandal nooo..

2>Jangan ada rahsia kecuali sesuatu yang memang patut korang rahsiakan ..Misalnya,sejarah hitam yang pernah berlaku ke atas diri korang.. Seboleh-bolehnya,usah diceritakan.. nanti dia akan keciwa,marah dan tidak mustahil juga akan pergi. Tentu taknak kan?

  • pssstt: AA bocorkan rahsia jap,lelaki ni memang pandai baca suara perempuan..kalau asyik tergagap-gagap masa dating, Hati-hati ok

3>Terima dia seadanya.Hendak cari lelaki bagus 100% memang susah ah.. dan memang takkan jumpa  (kut)..Begitu lelaki, AA lelaki  pon camtu.. Nak cari perempuan bagus 100% memang demand ah.. Why not,bertolak ansur dan saling memahami.. Jadi,sama-sama dapat manfaat kan?

  • pssstt: AA suka tido lepas zuhur, so ex AA dulu takkan mesej ah time camtu.. walaupun hal kecil tapi sudah cukup memahami rite?

4>Teruskan keserasian itu. Pendek kata,usah layan dengan lelaki lain lebih-lebih. Layan yang berlebihan tak kesahla dengan kawan baik pun,memang hubby korang akan rasa sentap dan menimbulkan kecemburuan ah..Lelaki yang komited ni, dia rasa seperti bertanding ..maksudnya,dia sanggup berbuat sesuatu yang tak terjangka..  Apakah? HUHU

  • pssstt: lelaki akan mudah dijangkiti bakteria 'egobetuimamatnih' ,Jikalau korang dah buatkan dia merajuk(sesekali).. so pandai-pandailah pujuk plak..HEHE

5>Last sekali, jangan sangka hati lelaki keras macam batu... Jika korang pandai berperanan, hati hubby korang tu boleh cair seperti coklat Cadbury yang dibiarkan di tengah-tengah cahaya matahari..WAHH GITUU.. Oleh itu,gunakan pendekatan yang mempamerkan kejujuran,ke'caring'an dan kelembutan..haa,korang akan disayangi setengah mati wooo.. Percayalah..

  • pssstt:  sebab itu ada je lelaki menangis beria-ria mengalahkan pempuan kalau telah ditinggalkan kekasih hati




                 Baiklah itu sahaja tips yang ingin AA kongsikan.Semoga perhubungan cinta korang akan kekal selama-lamanya..Doa ni weh..HUHU.. Pada yang single (available/not) tu,mungkin boleh guna pakai tips ni pada masa akan dating datang..HEHE..  
Hari ini baru pasang header baru. Fuh, gigih edit..Smart tak?KEKEKE.. OK.. Mahu berundur.. Permisiiiiiiiiiiiiiiii!! :D




NOTA KAKI 1: Suka dengar lagu Rem-Selingkar kasih :)
NOTA KAKI 2:Alang-alang dah sampai sini,PLEASE DO ANSWER survey Nuffnang AA tue yerk .HEHE