"apsal pic i ade sini AA.. nak kene cabai ?!!"
1) Goyang dan Urut Kaki
Ketika kita sedang sibuk melayan facebook,blogwalking dan lipat kain…Mudah betul kaki kita diserang kebas -kebas..Betul tak?Oleh itu.. Tiada sesiapa melarang kalau kau nak hentak-hentak kaki 10 minit sekali sekala..Kemudian,manjakan kaki..Urut perlahan-lahan…Pandang kedepan.. Rehatkan diri(apsal macam kawad pulak nih?)..Insya Allah berkesan. Lepas tuh,sebaik saje selesai urut kaki menjadi kebebasan untuk kau bau tangan tadi. Hahaha..
lebih kurang camni ler selipar nye
2) Pakai selipar comel.. apa tuh?
-Di dalam rumah AA nie,macam-macam koleksi selipar ada. Selipar hello kitty,rambu ramba, semua ada la.. Ingat! selipar bukan sahaja digunakan untuk pergi ke toilet dan bersiar-siar di taman astakona jiran sebelah tapi boleh juga kita disesuaikan pemakaiannya untuk keselesaan di dalam rumah.. Misalnya, ketika duduk menghadap komputer,kita boleh pakai selipar menutup kaki.. Ianya dapat mengawal kesejukan kaki korang yang wangi tuh. Kalau nak pakai stoking pun boleh. Tapi macam orang baru lepas bersalin lah pulak.. Hehek
3)Jangan duduk bersimpuh terlalu lama di atas Simen/Marmar?
-Sebenarnya ramai tak tahu bahawa simen dan marble/marmar ini punca utama ,orang mengalami sakit-sakit sendi pada bahagian kaki. Cuba korang try duduk bersimpuh sambil anyam ketupat dalam tempoh yang begitu lama.. Sure kaki diserang kebas-kebas. Jadi,elakkan lah duduk terlalu lama ya. Kalau duduk atas karpet rasanya tak takde masalah kan?. Lagi satu! Jangan sesekali tidur lelama macam tak reti-reti nak bangun,nanti satu badan kau sengal-sengal. Paham tuh? Wah macam mak nenek pulak mulut nih.
4) Bedak talkum pun boleh !
-Selain itu, kalau rasa kaki tu seremm-seremmm sejuk dah nak naik kebas,cepat-cepat lah lumurkan bedak talkum. Tak kesahlah jenama Safi ke.. Dashing ke..Ianya sedikit sebanyak dapat mengurangkan kekebasan kaki.." Orang cakapla,bukan AA cakap..Hehek" Lepas tuh, kalau mak kau jerit mana p ilang bedak dia..Haaa, Cepat-cepat lah korang letak balik ke tempat asal. Tak pasal-pasal pipi kebas kena lompang nanti! Hehek
"milah!! mana bedak aku...?!
5) Beberapa batang serai katernye!
-Ada petua lain mengatakan,ambil beberapa batang serai .Kemudian,kasi giling sikit dan letak pada kaki yang kebas itu. Mak aih.. Berrrrrrgitu harum kaki kau dah sama dengan bau rendang jiran sebelah hah.. Kekeke.. Kalau tak berkesan jangan serang AA pulak ya.. sumber di ambil dekat SINI
Ada kaedah lain?
Kongsi lah di sini ya ^^
Btw,nak bagitahu nie.. AA rindu giler kat korang!! ~ Maluu la. =,='
NOTA KAKI: kat Fb ramai dah suh den hapdet.…Huhu.Gigih menaip nie..

