Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Saturday, October 15, 2011

Tersenyum Dalam Kesilapan






Wahh. .Tajuk macam judul lagu pulak.. kau hadoo? hehe

Perasaan Kawan Perlu Dijaga Tetapi... 
Perasan tak, kebanyakan kawan rapat kita susah sangat nak tegur kesilapan yang telah kita lakukan.. Misalnya,jika kita ponten' (sebut pelat ) kelas, Makan Maggi, Tidur lewat mengadap Fesbuk, Download Movie berjam-jam..(bukan AA tp contoh je )  Nampak macam remeh dan tidak perlu dikongkong. Tetapi, segala penyakit ini boleh membawa kesan buruk pada diri kita kelak.. Niat kawan rapat kita untuk menberatkan mulut pada awalnya nak jaga perasaan kita ..Jangan bagi sentap.. Nanti kalau sentap, takde member nak pergi shopping..makan..gossip.. Sebenarnya,sekali kawan kita biarkan.. Lagi laaa kita tak rasa benda itu salah walhal,memang salah..Jadi nak siapa tegur? Famili kita tolak ketepi sebab mereka jauh dari kita ketika studi..

Biar Sentap Sekali.. Baru kita boleh berfikir
Kalau kawan yang tidak rapat,lebih cenderung untuk bertukar-tukar idea.. Bercakap pun tidaklah terlalu mesra. Borak pon sekadar- street to the point.. Misalnya,dalam kumpulan esaimen. Tetapi boleh menjadi boring jugak.. Tidak ada idea menarik untuk meneruskan perbualan .Sometime,mereka boleh jadi penasihat dan pemerhati luaran kita.. Contohnya, "eh u look i jenis orang yang macam mana eh... " "entah.. tapi i tengok u  suka cakap tergagap-gagap..Maybe u boleh berlatih lagi untuk jadi good presenter...".. Kita pun boleh muhasabah diri dan fikir sejenak.. tapi kita boleh terima kenyataan itu sebab bukan kawan rapat kita pun.. Kalau nak jeling lelama pon takpe,sebab kawan dalam tugasan jew..(ceh )  Hee.Xdela.. Mana tahu boleh jadi kawan rapat sok lusa..


AA ada ingat kata-kata ini..
"Kau baik laa weh" si A kata
"Kau ni cantik laa" si B kata
"Kau bijak ah" si C kata
--See? Puji la sangtt orang tu kann.Ianya datang dari hati atau bibir? AA tak nak sentuh bab hipokrit.. Err jadi panjang pulak entri kang,,hmm... persoalan ini ,kita just berkata dalam hati.. "hmm.. dia saje nak test iman aku kut"-- "doa ni.. aminnn" --  ngaaaaaa...

AA selalu lupa diri.. Bahaya kan?
Kalau ada orang puji ,AA selalu senyum sendirian. Sampai lupa kita belum capai tahap sepatutnya. Pencapaian masih biasa-biasa.. Dalam terbuai-buai dengan pujian,sehingga kita terus alpa.. Dan baru tahu,perspektif orang berbeza-beza... si A kata bagus.. si B kata sebaliknya.. Disitu,kita dah scanning mana silap dan kekurangan diri... "Oh.. Itulah aku.. orang puji sikit terus buat kerja ala kadar je..well,dah orang kata bagus kann "  Jadi, kesilapan yang didiamkan ini lebih bahaya secara halusnya.. Semoga AA dan korang,akan dapat kawan sekaligus penasihat yang bagus... Sama-sama saling memupuk teguran membina... 

Tegur Untuk Diri Sendiri
Anif, kau dah besar.. Kena pikir panjang siapa penasihat kau selepas ini.. tetapi carilah penasihat yang betul-betul matang,sahsiah dan open minded..Ya Allah ketemukan lah ia untukku.. 





NOTA KAKI1: Dah tersungkur,baru tahu.. Kawan sendiri yang tolak,selama ini kita salahkan kawan esaimen pulak.. *sindiran je
NOTA KAKI2 : Siapa nak daftar churp-churp disini.. 

Monday, August 15, 2011

Kenapa Mudah Sangat Nak Kata Orang Gay?


apa kena-mengena Wan Maimunah dalam citer ni..??hehehe..




 Selamat Berpuasa untuk hari yang ke 15. Jap,boleh main lagu raya tak time-time sekarang???? hehe...Mana taw kut2 tak boleh.. :p

Ok,tajuk macam panass jew..Ha,memang panas pon!
Hari ini AA nak tanyalah.. Salah ke kalau kita dah berkawan rapat dengan seseorang  itu dan kita selesa keluar dengar dia jew..

Terutama lelaki sama lelaki.. Perempuan sama perempuan..

AA perhatiikan sekarang ini, orang suka sangat me-label seseorang itu gay (lesbian tak sure lah plak)walhal diorang hanya berkawan saje..  Kalau dah kawan rapat sure la pergi mana-mana berdua betul tak? Lagi-lagi kalau sama kepala…Adehhh..

Kadang-kadang keluar jugak ayat keluhan macam ini..

 “Berkawan dengan lelaki orang kata gay.. berkawan dengan pompuan nanti orang kata mengatal..kalau berkawan dengan binatang orang kata gilerr … so nak berkawan dengan sape aihh..”

Haiyooo..  pada sesiapa yang suka melabel orang itu macam itu..macam ini, hentikanlah beb.. Tak membawa apa-apa faedah pon beb

Kalau solo macam AA nih lagi sakit kut.. Mana-mana orang lah kan,tak percaya kita solo .. Walhal nak bercinta ni bukan macam beli kuih kat bazaar betul tak?(acik nak kuih donut sehenggit!! huhu)
 Takpelahh.. mulut orang nie memang kita tak boleh tutup ye tak?hhmmm...

 Percayalah.. Kalau nak ber-couple bagai ni bila-bila masa boleh.. Tapi dah tak nak ..Orang lain tak boleh paksa… Studi lagi penting kut sekarang ni..  Ewah..studi blog taw laa..hehe
Dah ! entri pendek jelaa eh.. Panjang-panjang kang korang  boring pengsan plak nanti..hahak



(mood: jadi siyes sekejap..hehek)






NOTA KAKI: Fitnah Lebih berbahaya dari membunuh weh!