Showing posts with label pada suatu hari. Show all posts
Showing posts with label pada suatu hari. Show all posts

Tuesday, July 10, 2012

Kelebihan Kuku Panjang





1)      Senjata

Jenab : Weh. Aku nak gaduh dengan kau ni . Nampak tak niat jahat aku?
Peah : Jangannnnnnnnnnnnnnnnnnn
Jenab: Peduli apa. Kau perampas !

Peah dan Jenab: (pertarungan pon bermula)

Jenab: Adoii sakittt badan aku ,Okaylah. Aku kalahh T___T
Peah : Hahaha..Inilah senjata aku, kuku serigala .. Woof~Woof

2)      Memasak? "sorryy!"

Mak : Peahhhh.. oo Peahh . Macam biasa !!! (sambil flip hair di dapur)
Peah:  Tak boleh mak.
Mak : Apa yang tak boleh??
Peah: Mak nak suruh Peah tolong masak sekali dekat dapur kan. 
         Sekarang memang tak boleh.
Mak: Jangan sampai aku update status dekat facebook , “Peah anak derhaka sebab melawan cakap mak sendiri.” Haaaa.. 
Peah: Errr..Kuku orang dah di sapu cat. Maaf mak. Maaf..
Mak : Sakit hati iniiiiiiiiiiiiiii.. Sakit !!!!!!!!!

3)      Gigi putih lagi bersinar

Dengan ada kuku yang panjanggggg ,korang boleh cuci kotoran degil di gigi dengan mudah. Sambil dengar lagu awallah dongdang, apa salahhhhhhhhh kan. Tak perlu beli pencungkil gigi.Semua tu mahal. Bhahaha. 
Best kan alasan-alasan kat atas ?




Dengar sini !
- Biar muka tak cun tapi pembersih. betul tak? barulah orang selesa dengan penampilan kita.
-Dalam seminggu cubalah potong sekali. Susah ke dik? Oh lupaaaa.. Nak cantik :) 

NAK CANTIK????????




"tatap kuku aku... pendek ke panjang? TATAPPPPP!! "





NOTA KAKI: Peah bukan nama sebenarrrr .Bhahaha

Thursday, July 5, 2012

Pada Suatu Hari : Gunting Rambut



Pada suatu hari,


Meon atau nama K-Popnye, Lee Mee On bercita-cita tinggi untuk pergi gunting rambut di Kedai yang ber-motto "Style Guntingku Gagah Di Muara" .Hamik kau nama.Bhahaha.Emak dia asyik tegur dengan rambut yang dah panjang sangat itu.Tapi,malangnya...


masalah : rambut sempong/tak rata


Luahan Hati Meon : Patutlah rambut aku sempong,time kerja sibuklah nak berborak-borak dengan kawan sebelah macam 300 tahun tak jumpa..Orang mintak lain,dia buat lain.. Sobss.. "I hate u" *hentak kaki


masalah: siaran radio yang tersekat-sekat.. jadah tak paham bahasa itu jugeks

Luahan Hati Meon: Ini aku marah ni.ahhhh! aku marah, aku terkencing sini kang. Boleh tak perlahan kan radio ni . Langsung tak paham weh. Sengau plak tuh.. 

masalah: kegatalan kaki angkara nyamuk 

Luahan Hati Meon: Nakhoromm kau nyamuk.. Dah camne aku nak menggaru ni ,tangan jauh nak capai kat kaki. At last, tahan jerrrrrrrrrrrrrrrrrrrr... (istifar dalam hati) Kau mampoo peah?

Itulah kisah sedih saya untuk hari ini. Saya kecewa. Sekian.




NOTA KAKI: Bersedialah menghadapi sebarang kemungkinan :D

Wednesday, March 21, 2012

Pada Suatu Hari : SPM oi

Assalamualaikum dan muah muah 380291 kali :)
rindu aku tak? Haha

Eh hari ini keputusan SPM keluar kan? Perghh.. kemain semua orang berlari 400x100 keliling sekolah nak jumpa cikgu balik .. Rindunya zaman zaman nak ambik result ni..Dapat jumpa kawan sekelas.Then, nombor henpon macam +013..+017 yang tak pernah muncul pon ,tiba-tiba ada dalam  inbox henpon untuk tanye result SPM.. Haha

Kepada adik-adik yang akan ambik result SPM tu,abam AA nak ucap GUD LUCK k!! tahniahlah kalau kamu semua berjaya dengan cemerlang.. Kepada yang kurang cemerlang tu,jangan bersedih umpama cinderella kehilangan kasut eh? Usaha lagi ye dik.. Perjalanan masih panjang :)
#wah abang2 sangat arini

Di Twitter pula,lain plak citer.. Siap ada lagu soundtrack bagai.. Haha








Saleh (my jiran yang gila) ..Dah lama kut,aku tak popularkan kau kat sini. Haha

Psttt : follow my twitter :P

 NOTA AA : Air mata paling best ialah cemerlang pada hari yang dinanti-nantikan - May Allah bless uols :D

Thursday, March 1, 2012

Pada Suatu Hari : Google Translate

Pada suatu hari,
Ketika bulan gerhana....

PELAKON UTAMA:

Kak Limah 

Setiap orang ada hobi masing -masing.
Ada yang suka melipat kain,
Ada yang suka like status facebook owang,
Ada yang suka mengumpul pembalut buku,
Malah ada yang suka conteng kasut kawan guna liquid paper,
TAPI..
Kak Limah tak lah sebegitu. Hobi Kak Limah lebih kepada ilmiah. Ecehh.. Hobi menakut-nakutkan orang ketika bulan mengambang sudah lama Kak Limah tinggalkan. 
Ianya menjadikan Kak Limah letih. Letih dik (T_T)
Jadi, Kak Limah sudah ada hobi baru iaitu bermain-main dengan google transelate.Wuhuu! =,='
Tengok sini!



tiba-tiba ketiak Kak Limah rasa berpeluh dan nak terlentang ketika membacanya?



#pitam 80 saat


Kak Limah tak sampai hati nak lihat .Ouh no!! 


Tba-tiba,Kak Limah berasa sangat hampa dan terdiam seribu bahasa. Kak Limah rasa nak merajuk dan larikan diri ke rumah jiran sebelah 3hari 2malam.. Kenapa nama Kak Limah di-transelate sedemikian rupa? 8 juta penonton suka lakonan akak.. Sampai hati google buat akak begini.


Akhirnya, Kak Limah ambil keputusan untuk tukar hobi iaitu.... (sambungan)


NOTA AA: Benda free tak semua betul :D

Tuesday, February 28, 2012

Pada Suatu Hari : Kongsi Air


Pada suatu hari.. 
Masa sekolah dulu, aku memang suka bawa air mineral & letak atas meja

Botol airku begitu gagah berdiri seperti tuannye.. Malah,bentuk badan dia juga gojes
sehingga boleh mencairkan pada sesiapa yang memandangnye..wiwit!!
Tapi- tapi..
Menjelang tengahari, hanya botol air aku sahaja yang masih penuh dengan air..
Tak tahu kenapa,dan tak sempat pulak buat kajian. Hihihi
Aku suka air sejuk saje.. tak retilah air mahal-mahal
Selepas itu,datang seorang mamat ini..
"nip nak air.."
"ok. ambiklah" nada suara seperti tarmimi siregar

Belum sempatku nyatakan syarat ..Dia sudahpun,

glurpp.. glurpp.. 5 teguk setengah mungkin =,='

Lalu ku bermonolog sendirian,

kenapa cara dia minum berbeza sungguh dengan aku?
botol tu kena mulut dia ke?
mulut dia busuk tak?
cantiknya kerongkong dia..eh?




"THANKS nip. Fuh,lega!"

terima kasih erra sebab memahami .sobss




NOTA AA : Tak suka orang minum air botol guwa kalau kena mulut #pitam

Monday, February 27, 2012

Pada Suatu Hari : Robeah Interframe


Pada suatu hari.. burung-burung pon berkicauan.. lembu-lembu pula bertepuk bertampar dengan seladang..
Bermula lah kisah tentang kehidupan seorang anak muda bernama Robeah.. Beliau bercita-cita untuk menjadi
seorang pelakon yang serba boleh..Ececehh.. Baca kisah selanjutnye..


PARA PELAKON: 

Robert Patinson @ Robeah (nama dalam facebook)

Dalam kisah ini,

Robeah jadi seorang yang kaki dancing..

Robeah juga jadi pelakon pembantu dalam Harry Potter siri yang.. err,tak pasti

sesekali Robeah juga muncul dalam adegan percintaan.. walaupun watak sipi2

juga...

eh Robeah juga tak digemari oleh Lord Voldemort..
Mungkin Robeah terlalu suka melompat?kita tak tahu =.='


Robeah pernah interframe atau muncul dalam cerita lama-lama..

Akhir sekali.. kisah Robeah mendapat perhatian dalam temu bual bersama Akak Oprah :D
Begitulah kisah untuk hari ini..
Robeah Interframe.. Di mana-mana sahaja dia berada.. Dia memang serba boleh :)
Kata-kata perangsang dalam kehidupan beliau ialah "andalah pelakon yang saya cari by Rosyam Nor" - kbai.



NOTA KAKI:  Tak salah melompat (nak interframe) tapi biarlah ikut situasi :D

Friday, February 24, 2012

Pada Suatu Hari : Vampire

Pada suatu hari ...

PARA PELAKON:

1) Vampire dari Kampung Janda Baik

2) Aziz Singah (suami)

3) Wan Maimunah (isteri)

Vampire : Aku adalah Vampire !!Aku adalah Vampire !! ~ Huarghhh!!
Aziz Singah : Yeke? Siapa cakap?
Vampire : Akulah cakap.. Huarghh!!
Aziz Singah : Macam tak kelakar je.. Vampire versi pompuan? ada ke?
Wan Maimunah: Abang jangan banyak tanya lah.. dia nak darah tuh ~ Larikk!!
Vampire : Aku tak kata pun nak kejar kau Munah.. Aku nak kejar laki kau ~ Hua.Hua.Hua
Wan Maimunah : Ok finee.. finee!


*****


Aziz Singah : Kau Vampire wati?
Vampire: grrrrrrrrrrrrr...jangan banyak tanye, bak sini leher!!
Aziz Singah : Orang tua kata kalau orang tu baik ,dia takkan kata diri dia baik..hmm, begitulerr....
So,aku andaikan kau ni bukan vampire lah kan? ~ okeilah.. Buatlah macam umah sendiri ye..
Vampire : grrrrrrrrrrr.. *tak paham*





Aziz Singah : Makanlah kuih yang ada atas meja tu.. Jangan malu-malu..
Vampire : *^&H%%$U$^ g** (google translate: aku nak darah kau ler orang tua..grrr)



NOTA KAKI: Orang baik akan layan tetamu dengan baik?? :D