Kita boleh jadi manusia dalam situasi yang pertama(pic 1)..
Kita juga boleh jadi manusia dalam situasi yang kedua(pic 2)..
Andaian rapuh dari AA,
SITUASI PERTAMA:
-Mungkin dia pernah buat baik, tapi orang tak pernah hargai :(
-Mungkin niat dia nak tolong orang lain, tetapi kemampuan diri terbatas..
Jadi,baik dia pilih situasi nombor dua
-Tak berapa jelas, "nak suruh buat ape" ..Bila dah jelas, baru boleh bagi answer
-Masa orang nak mintak tolong, masa itu la busy.. Err..
SITUASI KEDUA:
-Dia memang mata duitan
-Barangkali dia tak mampu buat jikalau tiada imbuhan/ganjaran
-Dia memang perlu buat macam itu atas sebab-sebab tertentu. Cth..betul2 kesempitan
-Otak bisnez = Win-win situation?
- Mungkin sebahagian income dia.. Jadi, kalau takde duit.. Dia nak makan ape..
Korang pernah tak alami salah satu daripada situasi dia atas? atau, maybe kedua-duanye..
Tapi selalunya,
BOLEH JADI SERBA SALAH.. JIKA ADA SIMTOM-SIMTOM....?
Family= " ala.. dengan famili pon nak berkira.. "
#Kita bukan tak nak berkira.. Contoh,suruh jemput dia dari N9 ke Perak. Ya,Jauh.. Korang nak mintak duit minyak or senyap?
Kawan= "ala Munah.. dengan rumet pon nak berkira.."
#Kita bukan tak nak berkira.. Contoh, dia suka suruh kita tapau makanan. Hati mahu menolong..Tapi kita sendiri pon cukup-cukup je.. Nak dahulukan duit sendiri or asyik mintak?
Kadang-kadang.. Orang ta paham..
Kita akan rasa tersepit, mahu jaga hati sendiri or mereka...Pernah jadi?
NOTA KAKI 1: Duit VS Kebajikan = ???
NOTA KAKI 2: Semalam kawan AA tanya kat Fb, nape selalu tulih entri panjang-panjang.. ~Ok, kali ini pendek kut..Kan? :P
