Showing posts with label trip. Show all posts
Showing posts with label trip. Show all posts

Friday, October 21, 2011

Wordless Wed+Friday #8: Jalan-Jalan

Assalamualaikum.. 

Selasa lepas, AA dan classmates begitu gembira sekali..Sebab?main pusing-pusing area Penang,Kedah & Perlis tanpa pimpinan tangan mak ayah..err..


Sebenarnya,kami ditugaskan oleh lecturer subjek warehousing untuk buat site visit .Selepas itu, sebagai sebahagian daripada esaimen ..kenalah jugak buat report.. Sehari suntuk kami berjalan ^^
Amatlah bangga sekali sebab Majalah 3 sudi bekerjasama dengan kami untuk mendokumentarikan
report kami ini... Terima Kaseyy!!
(ok jangan cayer .Hehe)

Tempat Pertama: Kilang Hacks Malaysia,P.Pinang
NAK TAHU:
-Tak boleh bawa kamera,nanti pakcik polis tangkap "ya..saya akur encik"
-Kami dibawa ke tempat production dan pemprosesan gula-gula hacks.. Perrhh,hidung bagai dicucuk-cucuk tanpa henti oleh keharuman buah blackcurrant,lemon.. Memang rasa tak nak balik je dow.. Hahaha


Apabila staf diberi peluang menjadi artis... Sangat friendly ^^

Tempat Kedua: Beras Wangi Jati ,Pendang
NAK TAHU:
-Pernah dengar tak lagu "beras jati cap kapal layar..beras pilihan anda",Haa,disini lah kilang
beras itu.. Merupakan kilang proses beras yang paling besar di Malaysia (dengan gaya tangan sekali bercakap)
-Tak boleh ambik gambar jugak.. Nanti pakcik polis tangkap.."ya... saya akur encik"


-Selepas dengar taklimat dan slideshow,kami diberi demo cara pemprosesan beras perang.. Syok pulak tengok ^^
-Kebetulan pada masa itu,mereka ada buat LUCKY DRAW.. Memang bertuah seyh,guwa dan 2 orang rakan lain dapat beras perang (EcoBrown )5kg!! Sume pakat jelez! Wahahaha..

Ada gaya macam mangsa banjir ta? Hahaha.. (matiler aku)

Saya dapat beras free heh! (bukti:beg plastik cokelat)

Tempat Ketiga: Gudang Magnolia,Bukit Kayu Hitam
NAK TAHU:
-Kami diberi peluang untuk masuk ke dalam tempat penyimpanan aiskim ini..Serius,memang jadi aiskim ler sape duduk lama-lama.. Suhunya mencecah -12c ya adik-adik.. Sila buat muka pucat sekarang ~Ngaaaaa...
-Bateri kamera saya dan kawan-kawan serta merta kong!
-Bos kat sini baik hati..Kami diberi 4 kotak aiskim free beb! ^^
"kamu puji saya anif.. ??"
"ya.. saya puji incik.. akan datang saya datang lagi ya"
"........."

aiskim free 'kap kung kap ..sedap!'

Dah tak serupa mangsa banjir dah ni!~Masing-masing berebut nak pilih aiskim
"weh.. jangan malukan aku.. plez..plez" Hahaha

eh henpon cik dirla pun nak interframe jugak..? Hehe

Apsal rupa aku dah macam Kak Pah nih..Serupa tak?Kekeke..~
err...kekenyangan selepas makan aiskim maybe





NOTA KAKI: Pengalaman tak boleh dibeli dengan wang ringgit :)