Thursday, April 8, 2010

Program Sedetik Bersama Sejuta Kenangan


Pada Tanggal 3 April 2010,saya dan barisan ahli jawatankuasa bagi  Program Sedetik Bersama Sejuta Kenangan di bawah kelab Motivasi dan Fasilitator (MOFAS) DPP TNB,UUM telah mengadakan lawatan ke Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak Yatim Mak Teh,Kangar,Perlis.....Program ini merupakan anjuran dari Biro Pendidikan& Komuniti,Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa kolej kediaman kami..........Objektif perdana program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada anak-anak yatim Rumah Anak Yatim Mak Teh akan kepentingan pelajaran sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA..Selain tu.nak bangkitkanlah motivasi anak2 yatim tersebut untuk berjaya dalam pelajaran dan kehidupan...Oleh itu,kami selaku kelab yang prihatin amatlah teruja memberi pendedahan dan pendekatan yang mantap kepada adik2 terbabit.....Baik,kita bicara pula intipati yg dimuatkan dalam program ini ya...Pertama,kami tekankan konsep kerjasama la kan dalam kumpulan umpama LDK...Didalam LDK terbabit ada 2@3 peserta dan disertai 3 orang fasi..Bagi kumpulan saya,terimas diucapkan Safra dan akak Mahdina..kumpulan kita memang the best!!..Walaupun pada awal aktiviti perjalanan LDK terbabit agak pasif,Namun kami selaku fasi amatlah bertanggungjawab bagi memberi sesuatu yang terbaik dan menarik perhatian  adik2 terbabit ...Amatlah sukar.Namun,semuanya menjadi aktif jua setelah aktiviti LDK kedua dijalankan....
Dalam LDK ke2 ini kami perlu meyelami isi hati mereka..Saya mmg suka bab bagi pendapat dan dengari masalah orang lain ni...huhu..Adik2 terbabit mula berinteraksi dengan kami dan komunikasi 2 hala pun berlaku dengan jayanya...Tahniah!!...
Baiklah,bagi sebelah petang pula,terlalu banyak aktiviti yang diselitkan oleh AJK Aktiviti iaitu Kak Ain,Mun,Khairul dan Saiful...Antaranya,sesi melihat video mengenai perjalanan kelab MOFAS ini sepanjang tahun....Selain tu,sukaneka yang terbaik juga ada juga...antaranya....cari gula didalam tepung,kotak beracun,sibuta,snow white dan sebagainya...Kalau nak cakap semua memang takkan abis sampai tahun depan..haha..Apapun,segalanya berjalan dengan lancar...Selepas maghrib,kami semua mengambil keputusan untuk pulang ke universiti...Walaupun masing2 penat,tetapi semangat kekitaan kami dari pelbagai bangsa(1 Malaysia la tipah oi)mampu jua menghadapi segala rintangan......Terima kasih kepada semua yang terlibat....Saya sebagai penulis blog ini amatlah berbesar hati agar program seperti akan terus dijalankan pada masa akan datang...Sekian..Salam Paradigma..

No comments: