Monday, September 14, 2015

Percutian Bajet ke Pulau Tioman


Assalamualaikum backpackers & readers,

Lama betul tak menulis. Rasa janggal masih menebal.
 Fuh ! Fuhh! Tiup ‘habuk’ kat my blog. Hehehe


Baiklah, entri kali ini AA nak share pengalaman sepanjang bercuti di Pulau Tioman, Pahang selama 3H2M.


Sesi mencari ikan duyung. Kbaii


Tak berapa nak sunset... Boleh la dari takde. Kah!


HARI 1 :

Dari Bahau – Muadzam Shah – Mersing.  Perjalanan ambil masa 5jam sebab driver terlajak nak ke Kuantan. KO RASA? .. Nasib baik boleh U-Turn. Haish. Alhamdulillah. Sampai ke Jeti Mersing , Jam 5.45am.

6.30am – Bergerak ke Jeti Kg Genting, Pulau Tioman. Orang ramai giler baq hang. Al maklumlah cuti hari kemerdekaan. Masing-masing bawa famili nak merayap.
8.30am – Check in @ Dumba Bay Resort.  Rehat zzzz
12.00pm – Misi mencari sepinggan nasi dan secawan air. Gila tak!
2.00pm – Tengok sukaneka dari group lain. Seronok pulak.
3.00pm – Usha tempat beli barang- barang seperti keychain, fridge magnet, jajan . Mahal? YES. Standard lah kot tempat pelancongan kan.
6.00pm – Berendam dalam air. Kah !
9.00pm – Lepas makan tak tahu nak buat apa @ Kafe. YES! Nasib baik ada wifi. Nak lepak @ bilik takde tv atau wifi.  Bosan derr. Kemudian, ada group A yang terdiri daripada sweet couple tengah test- test mic. Eh nak berjoget –joget ke apa? Hahaha. Rupa –rupanya, nak karokkkk
Mustahil kami nak tengok saja kann. Terus join sekakiiii. Hahaha buat konsert free plak malam tu.  Thank you guys sebab sporting.

@ Pulau Renggis.. 2,3 kali jugak terminum air laut. Choyy !

Suasana yang cantik @ Pulau Renggis


HARI 2 :

9.00am – Snorkeling day. Semua group dah excited wehh. Kami naik speed boat tak naik feri. Tak tahu kenape. Chalet dari group lain, naik feri pulak.
10.40am - @ Pulau Renggis. What a beautiful coral kat sini. Nemo main cuit –cuit je. Superb!
12.00 pm - @ Taman Laut. Boleh baca sini  
Ceritanya, kami kat sini boleh snorkeling gymrama secara bebas. Tempat dia lebih luas. Nak bagi ikan makan pon boleh. RM1.50/ botol.
2.00 pm - @ Zon Duty Free. One good thing is… Kami tak bawa wallet. So tengok jela orang beli barang. Sedehhh
3.00pm - @ Pulau Tomok. Snorkeling buat kali ke 3, dengan matahari tinggi terpacak? Ada best. Ada tak best.

Best – Dapat tengok lebih banyak coral, ikan2, air tak sejuk macam 1st place
Tak Best – Diserang ‘something’ sebabnya tiba –tiba lengan dan kaki den gatai2. Apa kesss

4.00pm – Pulang ke sarang. Hehe. Naik kembang jari sebab seharian jadi ikan duyung?
9.00pm – Malam BBQ. I like ! Semua pakat berebut nak ayam bakar, sotong bakar, kerang bakar, udang bakar. Makan ramai –ramai, berkongsi cerita. Terutama  Abang Wan, selaku kapten speedboat kami. Dia lah paling havoc. Hehe
12.00am – Merdeka ! Merdeka ! Merdeka!
1st time sambut hari kemerdekaan di pulau. Part main baling2 mercun , mana lah diorang dapat mercun berkotak- kotak tu ekk.



HARI 3 :
7.40am – Sarapan pagi dan check out. Huhh sedih.
8.00am - @Jeti Kg Genting. Tunggu feri nak balik ke darat .Paling kelakar, janji pukul 8am tapi pukul 10am baru sampai. Memang cari nahassssss ! Orang kata, situasi macam ni dah galak kali berlaku. This is not cool. Pelancong harapkan sesuatu yang manis untuk dibawa pulang. At the end, begini pula jadinya. Pihak berkenaan please be noted.

BAJET:

Penginapan/ Aktiviti laut/ Makan pagi dan malam / Tiket Feri = RM350
Minyak kereta = RM80 +
Life Jacket = RM 15
Ole –ole =  RM 25
Makan sendiri= RM 20



Last but not least, terima kasih tak terhingga diucapkan kepada team Dumba Bay, terutama Kak Yati, Abang Is, Abang Wan , Amirul dan sewaktu dengannya. InsyaAllah jika ada masa , kita jumpa lagi.


NOTA KAKI : Bawa bukti tanda kita sudah bayar deposit

11 comments:

Jiran Sebelah said...

best nya.. Pulau nie bukak setiap tahun ke? Ke musim tgkujuh dia tutup

Anif Abdullah| AA said...

@Jiran Sebelah Haah, buka setiap tahun. Cuma aktiviti kat laut tak digalakkan :)

Uncle Zuan said...

aku tak pernah gi tioman haha

Sha My heart said...

wah, bestnya..

Aah, kak sha dalam rancangan (in planning) untuk berkahwin. Nak kad, nak bagi macam mana ya?

Anif Abdullah| AA said...

@Uncle Zuan haaa try jgn xtry hehe

Anif Abdullah| AA said...

@Sha My heart waaaaa tahniah2.. PM kat facebook la sis hehe

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

anamizu said...

oit anip. selamat tahun 2016. nk wish hepy new year tp mcm dah lewat 2 minggu kikiki. bila nak hapdet bog ni? by sawang dah tu hehehe

Wan Tioman said...

Assalamualaikum.. hai
apa khabar?
tadi saje nak membaca blog.. tetiba abang terjumpa blog awak...


kalau nak masuk pulau bagi tahu la ye.. :-)

www.wanpulautioman.blogspot.com
trusted kapten :-)

Percutian Pulau said...

Assalamualaikuim. selamat petang.. abang wan nak bagi tahu jika ingin tiket feri boleh hubungi abang. abang berniaga tiket feri.

Tioman Ferry Ticket Reservations

Percutian Pulau said...

Assalamualaikum.. selamat malam..
Maaf tuan blog, abang wan tioman disini :-)

jika tuan puan ingin mendapatkan ticket feri boleh layari link sebelah -->> Booking Ferry Ticket
© www.percutianpulautioman.blogspot.com