Tuesday, June 7, 2016

Percutian Bajet ke Busan : Mr Egg Guesthouse, Gamcheon Culture Village dan Busan Tower

Annyeong Haseyo !

Fuhh, lama giler tak menulis kat blog. Entri kali ini, saya tergerak hati nak berkongsi pengalaman sebagai backpacker di bumi Korea Selatan selama 5H4M. 

Flight dari KL - Busan (01:15 - 08.30) 

Proses imegresen berjalan dengan lancar. Tidak kepincangan, Gituhh. Setibanya di Gimhae International Airport (Busan), saya dah plan nak reload kad T-Money kat mana- mana store. Jumpa 7E, zappppp masukkan 20,000 won. 

Pssttt .... T-Money= Touch N Go versi Korea
Misi pertama,  mencari arah subway ke Busan Station sebab nak beli tiket siap-siap ke Seoul nanti. Untuk makluman, saya beli tiket ini secara direct BUKAN secara online. So dangerous sebenarnya, yelah takut tiket sold out. Redah jelaa konsepnya. Haha.

Ada beberapa cara untuk ke Seoul. 

1. KTX (keretapi laju, 3hours)  ***PILIHAN KU

2. Mungunghwa (keretapi slow, ada byak stop, 6 hours)

3. By bus (7 hours)


 kredit : sitisakinahmunirah
@Busan Station ; Naik eskalator dan cari kaunter tiket KTX



Mr Egg Guesthouse

Direction : Laluan ke Jungang Station ( Exit 5) . 5 minit kalau jalan kaki.


 Exit 5 dah betul , kami siap printed location lagi. Tapiiiii tak jumpa landmark utama iaitu Standard Chartered Bank. Aduhaii blurr terus.. Dengan suhu sejuk 16c. Terketar2 jugak. Tanpa buang masa, kami lelambai mesra kat 2 orang amoi yang tengah lalu lalang ke arah kami. Macam bercakap antara itik dan ayam dow. Hah. Diorang tak berapa fasih english. Tulaa masalahnya. Okay takpe, kami pon follow lah gerak tangan diorang ke arah Barat..... Still tak jumpa! 

Rasanya dah 2,3 kali pusing Map ni. Tak gak jumpa-jumpa landmark. So, kami try jalan ke arah 7E.  Nampak ada beberapa bank kat sini. Sooooooo, terus keluar mentol kat atas kepala.. Mesti ada Bank lain di sekitar sini. Jalan lagi... Yesss, jumpa Standard Chartered Bank sebaris 7E tadi... Syukur! Hehe


Hostel ini bertentangan dengan Standard Chartered Bank. Agak tersorok sket.


Nampak tak? Nama dah get ready untuk check in. Punyelaa excited kan. Gila tak! Sampai2 je terus pay directly, angkut barang. Fyi, kami sampai awal dalam jam 12.30tgh. Dah email siap-siap, boleh check in terussss. Haha. So tak lah risau sangat.


 Most recommended lah pada backpacker yang nak stay sini. Ada kelengkapan untuk memasak, b'fast provided, Simple but nice. 8/10

Gamcheon Cultural Village

Direction :

Snap dari dinding hostel. Bagus lah diorang ni. Macam taw2 je kami nak ke sini. Hahaha

Direction lain :
- Keluar dari Busan Station (KTX) masuk semula Busan Subway Station (masuk exit sama masa keluar td)
Busan Station – Toseong Station (One Day Pass) (Line 1 – Aliran Sinpyeong)

 Keluar Exit 6, jln kaki 50m sampai simpang, amek kanan, jalan 100m, tunggu bas no 1-1 @2 @ 2-1 (guna Tmoney), stop dkat depan sekolah atas bukit. Jeling2 sket kat luar, Nampak ada signboard school zone tu.

Kami nak save masa,so naik teksi jer. Haha. Bayaran dalam 1000won sorang. 

Ahjumma yang sangat sporting. Hehe






Kreatif kan? 


Not sure diorang jual apa. Tapi nampak macam jeli kristal. Tak berani plak den nak beli. Kah!



Busan Tower 

Asalnya, kami plan nak pergi Taejongdae Park selepas keluar dari Gamcheon C.V. Tapi tengok muka masing-masing dah penat.. Terus balik ke Hostel. Again, naik teksi. Bas ada lalu tapi time kami nak balik, takde plakk. Takpe jimat masa dan tenaga!




Dalam pukul 9.00 mlm, terus gerak ke Busan Tower. Alahhh dekat sangat dari Mr Egg, around 300m saje. Malam tu, sejuk jugak laa so takde terasa jauh nak mendaki naik tangga. Hihi








Nak naik Busan Tower nie, kena bayar 10,000won.. 
Pada awalnya malas nak naik sebab dah ngantuk, 
lepas tue Ajusshi yang jaga kaunter tiket tu nampak kitorang duk usha tiket lagi...terus diorg bagi diskaun jadi 8,000won (Share harga tiket).. Thanks Ajusshi. Hehe. Teruja jugak lah kan bila sampai atas tu, dapat tengok seluruh permandangan bandar Busan. Subhanallah...Cantik sangat.



Bersambung.......







1 comment:

YouSOF said...

Pergh serius seronok! Serius seronok dapat pengalaman ronda2 kat negara orang ni kan. kawan ni nak jejak kaki ke Sabah Sarawak pun blm dpt lagi ni hehehe