Thursday, June 9, 2016

Percutian Bajet ke Seoul : Fully Hong, N Seoul Tower dan Dongdaemun Design Plaza

Sambungan dari entri Trip to Busan : Mr Egg Guesthouse, Gamcheon Culture Village


Busan Station - KTX - Seoul Station


Selesai check out dari Mr Egg Guesthouse, kami terus ke Busan Station. Memandangkan train KTX kami jam 9.30am jadi kena sampai awal.. Takde lah terkejar-kejar kan.. Oh ya, train diorang sangat punctual. Lmbat seminit, babai lah jawabnya..

Harga tiket train Busan - Seoul (one way) = 59,800won


Beginilah keadaan di dalam train. Free wifi , jual air dan junk food jugak.

Train KTX nie memang laju berdesup...Kadang2 pening jugak. Haha. Oleh sebab ada Wifi di dalam train, tak lah terasa lama sangat. Hohoho. Kami tiba di Seoul Station around 11.45am. As usual... selfie , cari toilet dan baca map. Maklum lah style backpacking , semua benda kita manage sendiri. 

Fully Hong Hostel

Direction :

  • Seoul Station – Jongno 3(sam)- ga Station (Tmoney)
(Line 1 – Aliran Uijeongbu) 7MIN
Ø  Check in




Inilah rupa Hostel kami di Seoul. Sebelah tu kedai makan.

Once again, kami pending sekejap bila carik hostel. Puas ke hulu ke hilir baca signboard jalan, tak jugak jumpa... Landmark kami ialah Lotte Mall but still.. tak jumpa..banyak butik saje area sini. So, pakat tanya orang yang lalu lalang .Nasib baik area Seoul ni diorang boleh speaking .Tak lah pening sgt.. Rupanya, blakang kedai kosmetik jer. Fuhh



Nahh ! After check in. Memang berbeza btul situasi di hostel sini. Meriah baq hangg!  Owner dia sporting dan friendly. Okay yang ramai-ramai tue sape???

Mereka adalah traveller dari all around the world - Peru, USA, Korea dan.... MALAYSIA! Tak yah teka. baju merah tu laa. Hi Bella! I just mentioned your name here. LOL

Bilik kitorang. A lil bit small but still ohsem. 

N Seoul Tower

Direction : 

  • Jongno 3(sam)- ga Station – Chungmuro Station (TMoney) 4MIN
(Transfer Line 3 – AliranSuseo)
  • Chungmuro Station –Myeongdong Station (TMoney)
(Transfer Line 4- Aliran Seoul Station) 4MIN
  • Keluar Exit 4, jln terus dlm 15 min smpai jumpa intersection besar (Hoehyeon intersection), belok kiri (ikut direction ke Namsan Park/Namsan Tunnel), naik bukit sampai Namsan Oreumi Elevator.. Free jer.

Penat jugak mendaki ni, dengan matahari terpacak atas kepala... so kita bergambar dulu. Haha. 

Direction lain : 

·         Kalau naik bas = Myeongdong Station (Seoul Subway Line 4), Exit 1. Take the Namsan local bus 05 or Seoul City Tour bus. 

Pass masuk. Better beli ROUND TRIP TICKET. Murah sket (8500 won)
Sepanjang tempat penghadang, penuh dgn padlock warna warni. Haha


 Eh susah plak nak cabut menara ni . Heee



~ ehemmm 

Nak balik, ikut laluan Cable Car tadi. Make sure simpan tiket elok -elok naaa..  Jalan yang sama sampai ke Myeongdong Station. 

Dongdaemun Design Plaza

Direction : 

  • Jongno 3 (sam)-ga Station – Dongdaemun History and Culture Park Station (Tmoney)
(Line 5 – Aliran Wangsimni/Gangdong) 4MIN
 Exit 1


Serba sedikit tentang DDP.. 


Dongdaemun Design Plaza ( DDP ) menjadi mercu tanda terbaru dan paling ikonik dalam industri reka bentuk di Korea Selatan . Terletak di tengah - tengah kawasan Dongdaemun , DDP berfungsi sebagai tempat utama untuk persidangan , pameran , dan lain - lain acara dan majlis yang berkaitan dengan reka bentuk termasuklah fesyen dan seni moden .

Kredit : Muslimtravelbug

Nah ! Saya nak share beberapa gambar menarik sepanjang berada di DDP. Waktu gambar nie di ambil , dalam pukul 8pm. 

 C

Jumpa korean girls yang super cute n ohsem! Muka macam student kat area sini je. Haha



Cantik kan??? Tak dibenarkan masuk eh. Nanti kena renjatan elektrik hahahha



Pada yang excited nak datang Seoul tu, apa kata korang singgah la sini. Tak nyesal beb! Korang akan rasa fall in love dengan Korea, dada lapang dan seolah-olah berada di dunia futuristik. Wah over takkk. Haha



Bersambung.........





3 comments:

OneNita said...

ohsem weyhh...sila sambung lg...hehehhee

sweet gurl said...

seronok kan??? rasa macam nak fly lagi pi korea... Hahaha.. Akk ni pun dlm planning nak pergi bulan 10 ni... dah rasa mcm korea tu second hometown pula...

zarul farhana said...

train to Busan.. hihi...
seronoknya dapat smpai sna