Friday, September 16, 2016

Budjet Trip - Macau


Info : Macau (Las Vegas Asia) yang terletak di pantai tenggara China, merupakan kawasan khas pentadbiran negara. Sebagai  Pusat Perjudian terkenal di Asia , ia adalah tempat untuk mencari budaya Cina tradisional sambil menikmati eksotik bangunan Portugis. 


Kebanyakan bangunan bersejarah di Macau mempunyai dua sebutan , satu dengan bahasa Inggeris , satu lagi dengan bahasa Portugis.

Kenapa nak pergi bercuti ke Macau?

Eh alang -alang dah sampai Hong Kong, rugi lah kalau engko tak sampai ke sini. Seberang pulau saje jemah oii. Naik apa??


SESAT???

Seawal jam 7.00 pagi aku dah keluar dari Hostel, terus ke Terminal Ferry. Punyelah excited kan! Haha.. Kalau jalan kaki dalam 20-25min jugak laa.. Smpai saje kat kaunter ferry, tunjuk tiket asal..

Amoi Kaunter : No .. No..
Aku : I wanna go to Macau. This is my ticket. 1 Person, return
Amoi Kaunter : No.. Your ticket, MACAU TAIPA. Wrong terminal.
Aku : What?? I do not understand
Amoi Kaunter : Hey sir, here... (sambil tunjuk peta dan MRT - ke Terminal Ferry yang betul)
Aku : Aduhaii, time is running out. Help me sis! (cuak dah)
Amoi Kaunter : Go go, dont wrong again. (sambil bagi peta n timetable )




Rupa-rupanya, tiket aku tue kena naik ke Macau Taipa Ferry Terminal (ferry murah).. BUKAN China Ferry Terminal ( ferry mahal). Nasib baik tak tertinggal ferry. Kahkah

Dah sampai ferry terminal( HK- Macau).. Kena lepas imegresen dulu yaa, baru boleh naik.

Keadaan di dalam Ferry. Kerusi selesa tapi sayang takde wifi =="
Harga tiket sehala : COTAI JET  HKD160.00
Masa Perjalanan : 1 Jam 30 Min


Bas free dari Ferry Terminal ke City of Dream & The Venetian.


City of Dream. 
Ada pelbagai game dan kasino dalam ni.. 


The Venetian.

 Salah satu hotel termewah di Macau. Boleh lihat betapa cantik dan uniknya bangunan di sini.. Seakan-akan anda berada di Venice

Sight Seeing : Grand Lisboa

Dari City of Dream dan The Venetian, driver bas turunkan penumpang ke sini.. Grand Lisboa - Salah satu Casino dan hotel paling mewah di sini . Bangunan cantik -cantik kowt.
Disebabkan terlalu cantik, aku amik laa picture... Tiba- Tiba.... *bunyi suspen*

DI SULUH DAN DI KEJAR

Aku kena suluh dengan laser oleh pegawai casino tu. Aku cuak giler time ni..Dah ler sorang2... Haaa terus lari cari eskalator...Naik tingkat 2. Pengalaman berani mati beteii. Hhaha



Sight Seeing : Senado Square

Selepas kes kena suluh dan kejar tadi, aku terus cari tempat nie.. Rugi lerr kalau dah sampai sini tapi tak selfie. Hahhaa

Info : Senado Square ini bangunan ciri2 Portugis di sekitar memang cantik dan unik.. antaranya Wlyn dan Sand. Shopping sourvenir yang murah (keychain/ tshirt) .. Nak ke sini, jalan terus arah kanan dari Grand Lisboa tadi.


 Sight Seeing : Ruins of St Paul

Info : Ruin of St. Paul merupakan bangunan sisa-sisa gereja katolik peninggalan bangsa Portugis di Macau. Dibangun pada abad ke 16, dulunya Gereja St. Paul ini merupakan gereja katolik terbesar di Asia. Sehingga banyak jutawan dan bangsawan yang berlumba-lumba memberikan bantuan dan derma untuk gereja ini. Camtulah sejarahnya dan kekal sampai hari nie.




Lautan manusia berkerumun nak sampai ke sini.Dapat plak time musim panas kan.. Memang rimas,lapar dan haus lah..Adoi macam2... So tak boleh lama, dalam 15 minit saje.. Aku cari mangsa untuk amik gambar aku. Hhahaa nasib baik ada minah Japan yang sporting :P



Jadual perjalanan bas

SALAH BAS PULAK!

Dari Ruins of St Paul, terus cari Grand Lisboa tadi. Mak aihhh.. jauh betei aku berjalan.. Rasa macam nak tercabut kaki.. Beli lah buah Epal dan Air Kosong.. Nak beli makanan lain, agak suspicious sket.. Mostly non halal...

So bila dah sampai Grand Lisboa, haruslah cari bas yang drop aku ke sini tadi..

Dalam 1/2 jam aku tunggu. Tak sampai2 ! Aikk.. Mana ni.. Jam dah menunjukkan 4.30pm.. Ferry balik jam 6.45pm :(

Aku tanya orang kat situ. Semua tak tahu!! Geram lak aiii (Psst : orang kat sini tak friendly macam HK)
Tanya polis bantuan, dia kata tunggu kat Lane D. Okaylah... Bila pergi kaunter tiket (tanya bas Ferry ke?) , orang kaunter tiket tu suh aku baca jadual..sambil tunjuk2 guna tangan dia dengan nada tinggi... Abah dia.. Aku nie pelancong, apa salahnya kau cakap baik2

Aku malas nak gaduh, terus beli tiket.. Naik bas.. Bila dalam bas, aku dah start tak sedap hati.. "Betul ke bas ni? asal laluan dia macam errrr ..."  - Sampai ke ferry terminal (Turun).

WEH ASAL TERMINAL FERRY NI LAIN MACAM !

Arrghh sesat lagi. Demm! Apa lagi terus berlari cari Customer Service.. Dia cakap, aku salah terminal.. Ini terminal untuk Turbo Jet (tiket mahal), aku punye Cotai Jet (tiket murah). Hahahha 

Rupanya aku tak keseorangan...Ada 2 orang mat salleh pon sesat jugak . Dia nak ke Airport, so kami tunggu bas sama- sama.. Jam dah pukul 5.15pm.Aduh nak naik teksi macam mahal. Pasrah jelaa.... dalam 10 minit, bas pon tiba. Lega gilerr...

ALHAMDULILLAH, AKU BERJAYA SAMPAI KE TERMINAL YANG BETUL DAN SEMPAT NAIK FERRY. HAHAHA


Bajet / Itinerary DI SINI.  




4 comments:

zarul farhana said...

ramainya

Anif Abdullah| AA said...

zarul farhana : kat Ruins of St Paul tu ke..? Mmg ramai giler. Bersesak2 org nak naik tangga tu :D

Unknown said...

Nak tanye,bas dekat macau tu kene bayar eh? And tiket ferry tu beli kat mane?

David Millar said...


Appreciate you sharing, great article.Really looking forward to read more. Really Great.