Wednesday, June 15, 2011

Wordless Wednesday #1



































NOTA KAKI: Korang describe la sendiri..haha..pic AA masa pergi Perlis thn lepas ^-^

Monday, June 13, 2011

Sepah Hina Kaum Wanita?





               Hari ini abang AA memang rajin giler beli paper sampai 2 jenis,Utusan dan Berita Minggu.Selalunya Metro,tapi hari ini maybe dah habis..Masa selak-selak paper Utusan tadi,ternampak ruangan artikel tentang surat dari pembaca-BUKAN NAK KATA

AA tengok tajuk pun dah gempak,SEPAH HINA KAUM WANITA.sebabnya?Begini ceritanya(sambil wat muka ayu.hua3)...Seorang pembaca ini dia meluahkan rasa kecewa terhadap persembahan kumpulan Sepah yang sanggup menghina kaum wanita dengan melakonkan watak jenaka wanita sedang mengandung dan bersalin.Beliau(pengomen tak bernama.Aik..sembunyi identiti nampak)itu anggap jenaka kumpulan itu sudah keterlaluan dan mempersendakan kaum wanita. Pulakk dah.. 


OMG!! Hahaha..




adakah sebab ini?huhu..


jika satu penghinaan,habis yang gelak ini lelaki ke?




KOMEN AA TENTANG PERSEMBAHAN KUMPULAN SEPAH:

-Sepah antara kumpulan feveret AA dalam MaharajaLawak.Korang tak tengok?ok,sila search di Youtube ya.Setiap minggu memang AA tak pernah keciwaaa dengan persembahan mereka.

-Sepah ini suka menampilkan lawak yang sempoi dan bersahaja.

-Banyak-banyak persembahan kumpulan Sepah,AA paling suka lawak giler diorang pada minggu ke4..HAHAH..dan yang rewang dan kaki dianggap lengkuas  tu,den golak sampai berguling-guling bai.. ..minggu ke 8 rite??HAHA



KOMEN AA TENTANG KAITAN HINA KAUM WANITA ITU:

-AA cabar kepada kaum hawa yang tidak puas hati tentang persembahan kump  Sepah itu sila komen dalam entry ni. Ngam?? 

-AA tak rasa pun itu bentuk penghinaan.Cuba awak lihat persembahan Jozan.AA rasa golongan maknyah pon tak sentap la..dorang faham,dalam jenaka itu Jozan dankumpulan lain CUBA beri suntikan nasihat dan teguran secara halus.Bukan secara hentam keromo je.Bak kata Mamat Khalid,mereka buat research dahulu.Jadi,macam kump Sepah juga.Cuba pahamkan betul-betul.Apa mesej yang ingin mereka tampilkan.Ok?

-Pada yang keciwa itu,anda tengok sampai habis tak persembahan itu.All in all,yang dikatakan nak bersalin itu bukanlah ‘betul-betul bersalin’ tapi sebaliknya mahu buang air besar ye tak?.Jadi,AA tak paham dari segi apa kump Sepah ini telah m'hina kaum wanita. Adakah sebab guna vakum tu??(komen jangan tak komen)

Benarlah,kita tak boleh nak jaga hati semua orang kan.AA tak berpihak pada mana-mana pihak kerana penilaian masing-masing berbeza gitu :)





NOTA KAKI:AA rasa agak geli dengan persembahan Jozan pada minggu ke10 tu.HAHA.BTW,they are very talented guys!! Really gud acting.HUHU