Friday, December 31, 2010

PERISA DAN PEWARNA 2010

:)(:
1>>hilang HP tersayang *hampir pengsan
2>>lappy rosak *lebih sekali
3>>sepupu tersayang KAHWIN.kak long.semoga bahagia ;)
4>>jenjalan ngn FAMILI..dari UUM-Kulim-Kangar*fenat but fun
5>>Azam nak AKTIF kat Kolej Kediaman .Pelbagai pengalaman manis!!.ya..BERJAYA! *smbil jalan mendada.wah!ha3
6>>treatmen' muka.. puas!
7>> akhirnya.. Berjaya jua wat rambut KOREA! (=,=)
8>>thn ni lor aku start wat FACEBOOK,BLOG n .... *blurr
9>>tutup ACCOUNT MYSPACE ..sedih...tisu plez
10>>dapat salam DR MAHATHIR! ..teruja.mcm2 ter....
11>>pointer sem 2..NAIK!! :)
12>>banjir...uish..dasat..smpai tunda flightbalik ke U..*cuti lama.i like.
13>>tahun gado kut.. saya xbersalah.. :p
14>>pandai jua guna ADOBE PHOTOSHOP..lol
15>> atuk belah abah,telah pergi ke RAHMATULLAH.. :(
16>>sepupu kene JAIL. duhh..
17>>tukar bilik KOLEJ..*sem3
18>>start guna BROADBAND.Berperang dengan masa dan disiplin.Dan,beginilah..ON9 dan diri,mmg xdpt dipisahkan.Itu fakta. :p
19>>90% maklumat dalam laptop HILANG..sob3..*rs cam nak cekik diri
20>>single kembali..*no luv no cry.cewah..
21>>sem 3 paling MENAKUTKAN!! ..Esaimen last minit +exam kurang turbo+Lec foreigner*bla3 cmne pon,saya xphm
NOTA KAKI: friends kat fb=765,blog=28.tq guyz :)

Thursday, December 30, 2010

7 Tips Dari Skema ke Sengal

(p/s: idea ini tidak diplagiat dari mana2 sumber) 
Salam Neraca Sengalan..

Hari ini aku nak sengal boleh tak?hehehe(smbil main layang2 dalam bas)....Ok2,aku nak bagi tips la kalau mana2 pihak yang bapak skema tu nak berhijrah jadi sengal(aku xla sangat..sikit2 je.he4)..Kalau rasa-rasa berkenan bolehlah ikut..tapi kalo rasa nak muntah hijau,xpaksa..(xde paksaan dlm perkahwinan ya..tetiberrr)huhu..ouh k..dari banyak mukadimah,lagi korang berkeruk2 kepala& amik keputusan nak lari dari blog aku kan..kikiki..let me tell..


1)Kalau korang jenis yang suka sikat belah tengah(i likee..) dan suka kancing butang smpai dagu,hope hentikan lah(xpaksa ya)...Bukan apa,dari penampilan sebegitu orang dah awal2 claim korang tu bapakla skema tahap unta ..So,tips nya..cuba bela panjang2 n buat tochang..gerenti meletupppp!!haha..kalau yang kerinting macam orang asli tu,boleh la stereka kat umah sendiri..suruhlah adik2 kau yang buat..pastu,buat rambut cam tomoksssssss baru bkn tomoksssssss lama..kikiki..dia contoh terbaikla dari skema ke sengal sikit(dulu cam innocent,skunk cam happy go lucky rite)..Then,bab butang pulak..xyahla over2 nak butang abis..cuba cabut je butang tu semua..pkaila blazer dalam,t-shirt kat luarrr..ok kan???kikikiki...try la!!!(bapak sengal rupe eh..haha)

2)Kalau yang jenis suka punctual masa datang ceramah tu,harap2 takyah lah skema benar...mesti hampeh,dasar hampeh gak masa yang dah ditetapkan tuh..Apetaknye,kata start pkul 8.30pm...last2,start pkul 12.00pm(over je)..xpayahla meon oiiiiii ko skema sgt punctualll..Dgrlah tips aku ni..datangla lewat2 sikit.Agak2 kereta penceramah dah dtg,baru lah serbu masuk dewan kan.Dari kita duk bercerabihhhhhhhhhh n merungut sampai berbuih2 cam sabun mulut longkang korang tu..baik lambatkan dalam 3jam je ke..kikikiki..(pandai2 la korang pk..ada aku kesah???)


3)Kalau korang jenis suka bawak buku berbakul2 dan alat tulis seguni masa datang kelas tu,..harap,hentikanlah ya..Macamlah apa yang korang angkut tu,lecturer tu kesah sangat kan..Lecture duk bebel depan,korang???mcm aku xtau..duk baca paper ..lagi2 time presentation kwn2 kan..kikikiki...So,bawak mana yang perlu je..pensel/pen sbtg jadi la..buku tu,bawak yang nipis atau kompom lecturer akan buat latihan laa dlm buku tuh..kalau x,bwk nota hampeh korang tu jerk la...kikikiki.(mcm aku je tuh..;p)

4)Okei..seterusnya,kalau korang jenis selalu dengar lagu nasyid je.Sampai dalam lappy & hp korang tuh busung dah ngan lagu2 nasyid yang ala2 zaman raihan dulu kan..hmmm...aku bukan nak suh korang jadi malaun,tapi sengal2 kan la hari tuh dengan layan lagu genre lain pulak kan..Contohnya,layan lagu rakyat ke..hahaha..gurau je.layan la plak,Bunkface ke..Jefry din ke..Ning ke..Lady Gagap ke..kikiki...nanti kalau orang tanya lagu latest,xdela korang panik nak cari google kan..kikiki..


5)Kalau korang jenis suka makan kat umah je dan liat nak makan kat luar,pe kata try sesuatu yang lain..Skema ke tu??cam xde kaitan je..kikiki...Camni,korang rasa dah set time..nak balik time2 sekian..dan makan..(mana duk umah sendiri la)..Sampai kantin punyela besar gedabak,korang sanggup makan kat umah yang mngambil masa perjalan 3-4jam nak sampai kan..punyela skema gak tuh,so....tryla makan kat kantin plak..ngan kwan2...sian kawan tu.xde teman..kikiki...


6)Kalu korang jenis suka bawak buku dimana2 jua seperti di tuilet,surau,bawah jambatan,laut,masa berkawad dan sewaktu dengannya,hentikan lah...osahh boto la ekau ni jang/daro..tgk!dah kuar longhat aku dah..kikiki...So,senang2 je korang dapat title skema kan..so,nak sengal mudah je....koyakkan muka surat yang korang nak baca & bru bawak g mana2 korang ske...kikiki..mudah kan???kalo sayang nak koyak,salin lu dalam buku 555...kikiki...xla orang panggil skema lagikkk..tryla ...;)

7)Kalau korang jenis suka bawak kereta kat highway speed dia 10-30 tuh,hentikan lah!!! (ade ke?)..Buat letisss je orang belakang korang nak tunggu bila korang nak terjun kereta kan..Tak dapat aku bayang,kalau trella kat blakang kereta kancil hodoh korang kan..mesti histeria mamat pemandu tuh.kikikiki...So,tips sengalnya..Bawakla laju2 giler .Time selekoh tuh,bawak 120 ke...Ade beran..??mesti korang kata aku sengal ke ape kan..hehehehe...ape plak?xtry xtau...kalau nampak traffic lite tu,selamba je la jalan...peduli ape kan..bukan ade polis pun..kikiki..Pastu,jenguk2 la peti surat korang dalam masa seminggu ya..kikikiki..

Okehh..itu sahaja tips yang aku ade..Kalau ada lagik,nnt aku buzz' korang la ya..wa chow lu..adiosa!!!!!!!!^^

Wednesday, December 29, 2010

Tahniah Malaysia!

                     

       Akhirnya..Keputusan Malaysia lawan Indonesia Live Final Kedua (2nd Leg) AFF Piala Suzuki 2010 di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta berpihak kepada Malaysia..dengan kemenangan 4-2(walaupun kalah ditempat lawan.)...Sekalung tahniah buat skuad harimau!!!(ngaummmmmmmmmmmmmmmm!!)Umumnya,mereka dah tunjuk prestasi yang membrangsangkan..Raja Gopal pasti senyum dalam tido la pasni.kikikiki....Sangat seronok sebenarnya,rata2 persembahan pasukan kita mencapai apa yang dikehendaki seluruhnya warga malaysia..Ya,Malaysia boleh(menaip ngn penuh xcited joyah oii).....Teruskan kecemerlangan buat pemain2 Malaysia..Bagi pemain seniorrrrrrrr...amik contoh ya..Persembahan ini yang kami mahu!! ;))))

Tuesday, December 28, 2010

Perempuan Berkalung Sorban.Tontonlah!

Salam Paradigma...


 
                      Rasa terpanggil pula hati ini untuk ringankan jari menaip blog mengenai sebuah filem yang hebat dari Indonesia iaitu Perempuan Berkalung Sorban.Filem ini arahan Hanung Bramantyo dan adaptasi dari novel unggul karya Abidah Khalieqy.Umumnya,filem ini mngisarkan dunia pengajian pondok di pendalaman Indon.. Aku tertanya-tanya juga kenapakah filem hebat ini tidak ditayangkan di Malaysia?malangnya,kisah merapu sahaja disajikan oleh stesen tv ke penonton!! Sungguh menyedihkan..Visual dan nilai estetika filem ni,tidak ada dalam drama2 sampah yg di import ke sini..Btul.xtipu..
            Selain itu,persoalan islam yang mula membusuk kini dibongkar secara telus oleh penulis novel itu.Ini bukan isu remeh.Didalam filem ni kita akan temui kmurnian dan kesucian Islam khususnya.....Nah,isu besar yang dibongkar dalamnya juga berkaitan darjat seseorang wanita untuk mengemis sedikit kebebasan dibunuh tanpa rasa belas kasihan..Wanita islam seolah2 dipijak apabila semata2 untuk memenuhi fahaman sebahagian 'orang agama' yang ditertutup neraca paradigma nya..
           Pendek kata,wanita islam perlu berbangga menonton filem ni.Anda akan tersentuh dengan perjuangan halus wanita2 ketika itu agar dapat keluar dari kepungan ortodoks agama..Aku sudah 2x tonton filem ni..agak terharu !! bersama keluarga terchenta lagi bermkna..hehe.. Jadi,tontonlah filem ini wahai pembaca2 sekalian..bukan hanya tonton semata2 tapi berfikir sedalam2 nya ape yang cuba disampaikan dalam filem ni..Itu sahaja!!

NOTA KAKI: Rating dan kualiti .Manakah pilihan anda?Fikir2kan lah..

Monday, December 27, 2010

Coincidence Enough!

  Im not agressive person.But,since me kindly to submitting the person who weird enough on fb,im feeling out of security recently..Ok,the story mori was began when i've got the private msg as sounds as...:::


(he)>> "best la klu dapt hisp **** anif "[delivered me,a blowjob video too)


(me)>>"OMG..who are u?telling me now..dunt messed up my mind "[ouchh..down me]
.
.
.
.
               (loading ||||||||82%...)i dunno to express my face at the
moment,yeah,1st...shocking..haha!! damn despredo u man.. no guarantee u can send it anymore,for sure i will remove or block u dude(rasa xkejam kan?!)...the best reason,i do not know u..!! puzzle me to detailing about u..just nick name(dislike to say .ha3) and the rubbish pic.. sorry to say,i do LOVE to friend everybody k...But,isn't necessarily he or she requests bad things in which make others inconvenience..
 ....and at the same day,i've got special guest too..wah3,he msg me that failed to add me..*serve u rite..others ok jep..no probs..but,what wrongs?then,he replied..

(he)>>"bro blh add aku tak...aku nak add ko tp tak blh...tak tahu knp.."
(me)>>"sape ni?org lain boleh je add.."
(he)>>"tu lah psl aku pun naik hairan..maybe aku pakai phone kot....tak pe ko add je aku...aku just nak buat member..."
**then bla3..so tired....once again,the person who do not have ALL pic as real face..adessss.. there is 'diva 4ever n ever'of being me inconvenient....but..but,i requests his pic to know..he gave..(ok kan..at least jujur)
            
    Hopefully,they try not hack my account la..seems risk of my personal life indeed...


LAST BUT NOT LEAST:..I began to ask myself a series of questions in order to get a fix on my mind and needs in different areas of my life to be better wif others**xkira siapa kau..aku ok jep..

Saturday, December 25, 2010

Anugerah Skrin 2010 & Merry Christmas

Keputusan penuh Anugerah Skrin 2010:



Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2010:
Kategori Filem
Filem Terbaik: Muallaf
Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Bront Palarae (Belukar)
Pelakon Wanita Terbaik Filem: Sharifah Amani (Muallaf)
Pengarah Terbaik Filem: Yasmin Ahmad (Muallaf)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Fazura (Pisau Cukur)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Aaron Aziz (Evolusi KL Drift 2)
Lakon Layar Terbaik Filem: Shamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2)
Kategori Drama/Drama Bersiri/Drama Komedi Bersiri
Drama Terbaik: Antara Garisan
Pelakon Lelaki Terbaik: Fauzi Nawawi (Sebelum Akhirat)
Pelakon Wanita Terbaik: Norkhiriah (Antara Garisan)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Azma Aizal Yusoof (Antara Garisan)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Fadilah Mansor (Sebelum Akhirat)
Pengarah Terbaik: Murali Abdullah (Sebelum Akhirat)
Lakon TV Terbaik : Shahrul Ezad Mohamedin (Antara Garisan)
Drama Rantaian Terbaik: Nur Kasih
Drama Komedi Terbaik: Simpang 3
Kategori Penerbitan Dalaman
Dokumentari atau Majalah Terbaik: Epik Suatu Ketika (Laskar Senoi) (Astro Prima)
Bual Bicara Terbaik: Isu Khas Gaza Palestin Kami Bersamamu (RTM)
Rancangan Muzikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu 24 (TV3)
Rancangan Hiburan Terbaik: Anugerah Bintang Popular
Rancangan Realiti Terbaik: Showdown 2010 Episod 10 (8TV)
Laporan Khas/ Berita Terbaik: Aduan Rakyat Berbumbung Langit (TV3)
Videografi Terbaik: Datang Bulan
Anugerah Yasmin Ahmad: Shaheizy Sam
KOMEN PENULIS:
IBU JARI NAIK... 
- Buat julung kalinya gandingan mantop pengacara malam tu iaitu Awal dan Vee(Vanida Imran)..Not bad!! sgt neutral dan xbuat2..;)
-Noorkhiriah n Syarifah Amani menang!! lakonan mereka sangat terbilang..wajar diberi penghargaan..;)
-Mostly,semua yang menang amatlah layak..tahniah30X...huhu...
-Pakaian artis semua xnak kalah..Paling vouge dan gorgeous antaranya,Vee,Erra Fazirra,Nasha Aziz(love her..;p),Lisa Surihani dan Erma Fatima..;))
-Persembahan pembukaan yang memukau..Jac,Adibah Nor & Noryn..Roses color and they take the best shot..;)
-Mia sara berjaya mencuri pandangan umum..she was adorable..;))

IBU JARI TURUN...
- Iklan terlalu lama..(ketuat punggung tggu nak siar kembali..doii)
-Ramai juga penerima anugerah xhadir..ada hantar wakil &ada yang tidak..(baju xtempah ke ape..rugi sgt)
-Suara penyanyi seakan-akan tenggelam..whats wrong?sound system terlalu kuat ka?bosan!!
-Maybe tahun ni suam2 suku sahaja..persembahan artis rata-rata average..not out standing as i watched before,terlalu tgk skrip..but,time Rosyam,Erra dan Lisa i like..hehe..
-Wah2..ada yang terlebih seksa(seksi plus2)..tak mo sebut nama..hehe..time penyampai  hadiah,Erra,Eja & Aziz Satar paling mencuit hati.."ada yang sinis..bommm!! hamik ko..sexy sgt kan.."bisik hatiku




Baiklah..seterusnya, Wishing all of penganut kristian la kan....

MERRY CHRISTMAS :)

Thursday, December 23, 2010

Apabila Hati Berpuisi Tanpa Suara

                          Jubin nirmala hatiku masih menebal dengan perasaan hampa teramat..Masakan tidak,sejak kehilangan 'dia',hati ini rasa sunyi sangat..rawan sangat..Tanggal 13hb itu,doktrin keseronokanku untuk pulang ke kampung dan merdeka dari penjara peperiksaan terus disambut perasaan hiba nan lara..Ya,semua itu sudah tertulis..semua ini telah tersurat..Ku akui..Kadang-kadang hatiku berseleroh sendiri,pasti Tuhan ingin hadiahkan sesuatu yang berharga setelah hak sementaraku di rampas oleh hamba yang bijak mencuri peluang..Benak hati sungguh tak merelai..Siapapun pasti begitu jua yakni sakit hati tak terkira..Sesuatu yang berharga,mempunyai sentimental value,keistimewaan dan kenangan terbilang telah dirampas sekelip mata..Dari sudut lain,aku juga harus menuding jari pada diri.Kau begitu cuai Hanif..sudah lama kau tangguh rasa berhati-hati itu..atas keputusan kau yang sangat longlai dan sangat akur pada kehendak itu,inilah implikasinya... Getir untuk kupadam sejarah hitam ini,aku tekad agar ..sentiasa berhati-hati dengan apa jua situasi..selain itu,bijak mengawal 'dia' ketika dimana-mana.. Ingat Hanif,manusia sentiasa memburu peluang negatif dari positif..Mungkin,aku mangsa yang ke berapa aku tidak tau..Itu kepastian yang belum kubongkar..Biarlah..Aku redha apa jua yang terjadi..
                       Walaupun jubin nirmala hatiku berbisik hampa,aku terima seadanya.. Ingat Hanif,Allah itu pemberi hikmah paling kaya..Dia tahu apa yang kita tidak tahu..  Akhir bicara,ku harap 'dia'bahagia bersama dengan pemilik'palsu'.Cintaku padamu tetap utuh dan ampuh bak karang dilautan yang tak terhakis dimamah samudera..Selamat tinggal 'sayang'.. semadimu bersama puisiku.. . . .

Tuesday, December 21, 2010

Eksperimenku: Lagu Note Paling Tinggi



Salam Paradigma ..


         Mutakhir ini,aku seringkali mencipta andaian ..bagaimana range suara seseorang penyanyi itu diukur..bagaimana vokal,pitching,key note dan jenis suara itu di intrepretasi secara tepat..Sesungguhnya,eksperimenku mula mendapat hasil cemerlang apabila aku berjaya men'download' software yang boleh kita tahu note seseorang..yakni bukan penyanyi sahaja bahkan suara sendiri juga(melalak sorang2 la kan.kut2 leh capai note tinggi).Nah,sudah terang lagi bersuluh.. Aku memulakan eksperimen demi eksperimen dengan memilih lagu yang bernada tinggi..samaada lagu didalam ataupun diluar negara..Amat banyak untuk aku pamerkan eksperimen ini secara menyeluruh..dari segi pengiraan range suara note rendah(octave 1) sampaila ke note tinggi(octave 10>>) ..
Baiklah,disini aku senaraikan antara lagu yang bernada tinggi dan sukar dinyanyikan dalam arena muzik universalnya..disertai note2 tinggi yang telah dicapai oleh penyanyi itu sendiri ..tak kira studio version,unplugged atau LIVE..*Hanya nada tinggi saja di rekod dalam eksperimenku,Harap maklum.TQ.







OCTAVE 7


1)Dato' CT- Dealova
 >>lagu ni beliau nyanyi masa zoon in,tv2..pada awalnya hanya note c#6 sahaja...2nd round eksperimenku,beliau berjaya samapi note yang amat tinggi smpai ke E7..sememangnya lagu asal Once terbabit sukar jika pndai mengalunkan..tapi xsume berjaya deliver dengan penuh feel..but i thought ct who done very well..i salute her ever..



2)Roxette- It Musnt Been Love
>>Merupakan lagu lama dalam eksperimenku kali ni..Beliau berjaya capai note yang sangat tinggi..Iaitu D#7..beliau berjaya mencapai sharp..tahniah30x!!



3)Christina Aguilera-The Voice Within
>>Salah satu lagu C.A paling susah untuk dibawa oleh mana2 penyanyi..Lagu ni berjaya smpai note C#7.. Tak silap pernah dibawa oleh Dina semasa dlam pertandingan Malaysian Idol dulu kala..


OCTAVE 6


1)Celion Dion
-The Power Of Love
>>Korang sume mesti bersetuju dengan aku..Lagu ni merupakan antara lagu paling susah sepanjang zaman..Celine pernah mendapat gelaran 'pnyanyi no1 dunia'oleh sebab keupayaan beliau membawa lagu yang bernada tinggi..perrr..xde sape leh lawan dia beb..Berdasarkan eksperimenku,lagu ni banyak bermain note seperti..F6,C6,Eb6,C#6 dan Eb6 kembali..aduiii,tercabut anak tokak den kalo den nyanyi.haha..!!
-My Heart Will Go On
>>Lagu ni pun sangat susah beb..banyak bermain note tinggi seperti Ab5,Eb6...C6 dan turun balik Ab5..
-I Love U
>>Lagu ni pun tak nak kalah...bermain note tinggi seperti..A5,Ab5 dan c6.
-Because U Loved Me
>>Majoriti akan kata lagu ni paling feel dalam lagu C.D..yupp..to me yes..Namun,berjaya smpai ke nada Bd5 dan terus ke D6..****Lagu All By Myself pon xkurang hebatnya,,aku xde lagu tu.hehe..so xde dlm list..




2)Mariah Carey 
-My All
>>Majoriti pasti menjangkakan sesuatu yang luar biasa dari M.C..Ya,beliau penyanyi paling versatile dalam bermain note rendah dan tinggi..Untuk lagu ni,beliau mencapai note Bb5,A5,C6  n turun balik Ab4..
-Never Too Far
>>Lagu ni secara umumnya,berjaya mengetengahkan kualiti suara beliau dari segi note rendah hingga ke tinggi..Hasilnya,berjaya mencpai note D6,E5 dan B5..
3)Dato' CT
-Rangkaian Lagu Balada ketika Konsert di ROyal Albert Hall(Jerat percintaan,aku cinta padamu,diari hatimu,purnama merindu & kau kekasihku)
>>Beliau terkenal dengan suara lunak,flexibel dan xsumbang..Dalam penyampaian lagu2 popular ni,banyak sangat note2 tinggi telah berjaya beliau capai seperti..Purnama Merindu( C#6)..# bermaksud sharp ye..bila sharp tu pham2 la..perfect lontaran vokalnya...Kau Kekasihku juga mencapai note C6..lain2 hanya 5..
-Purnama Merindu
>>Lagu ni agak merintih2 dengan perasaan..Selain tu,berjaya dengan capaian note C#6!!!


4)Jaclyn Victor
-Because of U(LIVE)
>> Lontaran vokal penyanyi ini usah diragui..berhak diberi tepukan paling gemuruh..cuma ada segelintir yang berpandangan meleset apabila berkata,"beliau menyanyi tanpa feel hanya menjerit..hanya lagu Bertamu Dikalbu berjaya setakat ini berjaya menambat semua pendengar"..Itu hanya pandangan segelintir pihak k..Baik lagu ni,mencapai note Eb5 dan terus ke D6??!! wow,aku rasa Kelly Clarkson pon belum tentu mencapai note setinggi ni..but,fine..both of them have powerful voice..


-Cinta(ABP06)
>>Persembahan ini xketerlaluan untuk dikata begitu menyentuh kalbu audien ..gandingan Jac &  Misha..Masing2 berkongsi range suara yang besar...bermula ngan note Ab4,C5 dan terus melonjak Eb6..Paduan suara mereka amat dasyat..Korang boleh dengar sendiri ketika persembahan ni..fuh!!


-Menghitung Hari
>>Lagu asal Kris Dayanti ini,bijak disampaikan oleh Jac apabila berjaya mengalunkan key rendah dan tinggi sehingga bisa menaikkan bulu roma awam..huhu..berjaya mencapai banyak note tinggi seperti..G4,E6,B5,D6,D6..keupayaan Jac sudah menyamai keupayaan Celine Dion!!??sedangkan suara mereka berlainan falsetto dan dinamiknya..Mungkin Jac berjaya dari segi ini..
-Lady Marmalade(Malaysian Idol)
>>Lagu ni mendapat pujian majoriti juri (kecuali Roslan Aziz..grrr)..mencapai note setinggi C#5,B5 dan D6..


5)Ziana Zain
-Kesuma Hati
>>Nah..lagu ni bagi aku paling susah dalam rangkaian lagu ZZ..Terlalu banyak note tinggi sehingga ZZ pun xmampu untuk bawa dalam persembahannya(cubalah cri kat mn2 persembahan..pasti dia xnyanyi)..Lagu ni mempertaruhkan vokal yg dasyat..Antara notenya, C#5,C6,D6,Bb6 dan D6,,fuh!!!
-Kasihku Pertahankan
>>Lagu ni pun xnak kalah..Lagu lama beliau gak ni..mencapai note A5,D6 dan D5..


6)Christina Aguilera- Hurt
>>Merupakan lagu rintihan perasaan paling berjaya dinyanyikan oleh beliau..meskipun bertarung nyawa untuk  menyampaikan range setinggi yang boleh..Beliau berjaya mencapai note C6,B5 dan E6..Range suara beliau amat tinggi yang kadangkala disalahertikan sebagai menjerit..Ya saya(ceh tetiba saya) setuju jugak..Contohnya ketika Grammy Award 2thn lalu..Lagu Another Man kut..


7)Blue Central- Hit Em Up Style
>>Ramai yang menyangka,suara beliau boleh menaikkan namanya ke arah yang lebih baik.Namun,kemana beliau hari ni?Maybe ada masalah dari segi promosi dan publisiti..Lagu rancak ni berjaya mencapai oktave 6 dan notenya D..tahniah,,love dis songs...!!


8)Tony Braxton- Unbreak My Heart
>>Lagu yang menjadi tsunami pertengah 90an seketika dulu.,.Lagu menyentuh kalbu ni berjaya mencapai note E5,F5 dan sudah pasti C6!!


9)Agnes Matahariku
>>Ok..salah seorang penyanyi Indon yang berjaya capai note tertinggi dalam kajian aku...huhu..lagu best ni berjaya mencapai note D5,D6 dan D5..


10)Fauziah Latif - Enggan
>> Lagu ni aku ambil kerana banyak bermain dengan nada tinggi..sesungguhnya ramalan ku tepat.hehe...Lagu ni mencapai note B5,C6 dan A5..*teratai layu ditasik madu pon ok..tapi xtry lagik..;)


11)Liza Hanim- Gelisah Mimpi
>>Lagu ni tak hairanlah menang sebagai Vokal Terbaik AJL02..Kemampuan beliau menyanyikan lagu ni amat dasyat sekali..Cuma kenyaringannya kdg2 tenggelam..tapi,berjaya smpai note C5 n terus D6..huhu!!


OCTAVE 5


1)Aishah-Cinta Beralih Arah >>D5
2)Ziana Zain(AJL98)>>G5
3)""      ""  -Madah Berhelah>>E5**kalau LIVE maybe leh sampai 6
4)""       ""   -Kemelut dimuara kasih(konsert unppluged>>A5
5)""        "" -Putus Terpaksa>>Eb5
6)Jac-Hush Hush>>A5
7)"" ""-Gemilang(Final M.Idol)>> Eb5
8)""    ""-Cinta tiada Akhirnya>>Eb5
9)Mariah Carey & Whitney-When U Believe>> F#5
10)Dato CT-Ketika Cinta>>C#5(lontaran suara Haaa...haaa)
11)" "" ""      -Sendirian>>C#5
12)Nikki Astria-Samar Bayangan>>D5
13)Ning Baizura-Curiga>>paling banyak mencapai note C5 dan D#5
14)Syafinaz-Ingin Bersamamu>>labih kurang lagu Curiga..banyak note E5 dan C5
15)Aishah-Kemaafan Dendam Yang Terindah>>E5


OCTAVE 4


1)Deja MOss dan Fiq>> Ab4
2)Aishah-Camar Yang Pulang>>Ab4
3)Safura-Sedalam Mana Cintamu-A4

Setakat itu sahaja lembaran eksperimenku pada note2 lagu bernada tinggi yang sempat aku rekodla..(fuh.letih beb secara manual)...Suara sendiri??biar diriku sahaja yang tahu .hihihi..k la..choww..
;)
:)
:)

NOTA KAKI: Zaman sekarang populariti lebih utama daripada suara setinggi manapun??hmm..Fikir2kan..

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H

As i wrote on facebook status yesterday..once again,May the dawning of this New Year, fill your heart with new hopes, open up new horizons and bring for you promises of brighter tomorrows. May you all have a great New Year.. aminn...dunno,i feel great today!! LOVE THE PEACE ENVIRONMENT!! all focus on exam i think..hehe..

Monday, December 6, 2010

Family Day : Kulim ke Kangar

KULIM

 Selamat pengantin baru kak long (sepupu) n Sham..semoga bahagia sampai ke akhir hayat..Huhu
TARIKH: 27 NOV 2010
HARI :SABTU
TEMPAT:JUNJONG,KULIM KEDAH

 "Mai secawan..!!!"
 Masa hari langsung..Semua kaki pose..haha..
 Okei..i always there..
Exactly,my beloved parent..(pandang apakah?)
KANGAR
 My Big Family..di Homestay,Kangar..SANGAT PUAS HATI!!NICE HOME EVER!
DARI KIRI: Mak Lang,Abah,Angah Ije',Ina,Mak,Apis
DIHADAPAN: Abg Mie,Aku,Atuk*always legend..he4 n Kak Mawar
 Wowowow,,pisang ???Pelik tapi benar..beb..help me,what the hell of this sort bananas??
aku tagging di Facebook..sume blurring...Haha..
"Jalan-Jalan Cari......";p tah,aku pun xtau aku beli ape kat Padang Besar nie..Mmg mcm2 la jual..But quite expensive la..*not at all

FUH..DARI 27-28 NOV ...Jalan sakan..padahal exam 30hb,paper STID or applikasi kom..perr..mmg terbaik ah..But,for me..have FUN!!! Hehe..Bukan selalu rite cuti-cuti ngan family terchenta..Okei..Agak terlambat aku post this entry.Real exam that im facing!!! 13hb Dis baru abis..sucks!!Okey..Wish me Luck for Exam..^^

Wednesday, November 17, 2010

Harry Potter & Harry Rayyer

                                                                &




Assalamualaikum dan...




SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA.. MAAF ZAHIR DAN BATIN ..:)
>> 1st(nak luah sesua2 leh tak)..nape thn ni raya haji cam kureng ya??mmm...tahla.maybe aku nak exam kan..so,tu sebab xde feel.,Haha..
>>2nd.. adik beradik aku ramai xbalik lerr..bosan2... mak aku masak bkan main banyak lagi.. macam kat hotel plak rasanya..Cadang nak pergi umah akak aku kat Kuala Pilah..last2 cancel..die keje plakss....xde rejeki owang kata..
>>3rd.... aku nak balik UUM lusa...??uwaaa......xmo exam!!aku xbaca buku pun duk umah..aihh..ape nak jadi ni!! Apepun,pada yg pulang ke kampung tu,berhati2 dijalan raya dan biarlah bersederhana dalam kita meraikannya..;)




Okei2...sementara tu,hari ni bermulanya tayangan perdana HARRY POTTER AND THE DEATHLY HALLOWS*bhg 1 kut.. kan2??huhu....tapi xleh tgk la dik ,kak n bang...raya haji 1st ko mengelintin2 nak p wayang kan..pe kess...sure ko kemaruk p panjat pintu TGV n GSC tu.hahaha....rilex la lu bro..sok lusa ada lagi masa..Tapi,maybe aku akan habiskan final dulu la(smbil tggalkan spek mata)... xde masa kut nak jengah pawagam... apepun,cant wait mehh....Dapatkah Voldemort tewaskan Harry....??? Manakah Harry akan bersembunyi???Rakan2 Harry bagaimana pula??? kita saksikan la sendiri ya.... 


Lagi satu,tayangan cerita 2ALAM pun serentak hari ini..adesss...40 JUTA kau target ya DR ROZMEY...??!!! wah3..lenggang kangkung ko bersorak ya ..kau hengat senang2 nak dapat sasaran camtu?? xpela kan...kita tengokkan jela..yang penting???? walaupun ada gak mulut2 longkang kata....."dia ni dah cam bapak ayam pon ade""eleh,duk tayang hero penyedap dia lerr tu..padahal citer hampehh"..aihh..ape2 jela ..tak baik kata begitu ..Kita kena support gak industri perfileman tanah air... walaupun???haha... k la..nak mencekik kuih raya & nasi himmpittttttttttt...jommm!!!!! adiosa.....salam...


NOTA KAKI: Doakanlah semoga jemaah haji Malaysia selamat pulang dengan hendakNya..Amiiinn..

Tuesday, November 16, 2010

Terpaksa Aku Qurbankan

      Sempena hari raya aidiladha ni,aku sudah ambil keputusan utk "QURBAN" YM dan MY SPACE!! ....huwa!!! [sedih gakla..dah setahun lebih kan..smpai frenz kat mspace :600 lebih n ym: 81 org).:'( ]Aku tak perlukannya lagi.Aku semakin alpa.Aku semakin hampir ke lurah kehinaan dan kejahilan.Oleh itu,amatlah bijaksana tindakan aku ini..Tidak perlu was-was..Sudah lama aku fikirkan semua ini.Maaf Yuckksss hud1..anda salah sasaran untuk menjahanamkan aku sebagai seorang Muslim.. Perasaan sedih menggunung melihat anak2 islam(aku lebih suka bicara islam dari melayu) semakin hanyut mengejar identiti,membuang masa berfoya-foya di alam siber,hausnya nilai ketamadunan dalam diri,lenyap sudah budi pekerti dan menjadi hamba eksperimen si sial Yuckksss hud1(takleh direct tulis nama negara haram tu,nnt dia spam aku)..Tahniah ...Kau menjadikan alat2 'seperti ini' untuk menjatuhkan keupaayan kami yang mujahid bermandikan darah syahid..Tapi,kau berjaya memasung kehendak kami dengan memperkenalkan segala agenda baharu..Bijak2...

     Aku juga ingin delete FACEBOOK.Malangnya,atas pujukan rakan-rakan,hasrat berkecai...Lagipun,FB hanya boleh DEACTIVATE..Itulah masalahnya..Sekali kau masuk gelanggang,kau tidak boleh berpaling..Ya,aku terima hakikat itu seadanya...Pada kawan2,janganlah leka lagi seperti aku..Salah seorang hamba rangkaian sosial..Jujurnya,aku sangat obses dengan semua ini.Aku boleh bertahan berjaga malam sampai pukul 5AM dan membuang masa berjam2 ..Subhanallah..Masa sekolah dulu,aku takde macam ni..paling lewat aku tido pun pukul 12. Rutin harian dipenuhi perkara berfaedah seperti membaca buku(apa jua genre)..Tak dapat dinafikan ler,leka main game,karok,merayap n menonton tv..tapi kadar yang sederhana.. Jadi aku perlu berubah!!!! aku perlu fokus pada masa hadapan bukan masa sekarang...!! usaha berterusan pada masa kini Anif,bukan bersorak buat keputusan pada masa sekarang...!! 

          Many say social networks are a huge waste of time, and they speak the truth.Very truth too,it would be damage our lifes as well....I do have my doubts ..I'll give up all the social networks, but slowly and surely I'll minimize the big timewasters...Actually,i don't want to consider them as timewasters because I still feel guilty while chatting and come in ""world notifications""...  sial Yuckssss hud1!!!!! ...You know, the little voice in my head saying: "you could be studying now"…im trying to remind u guys..they all want to attack us by this rubbish way..so,look 4ward!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


NOTA KAKI: "Ya Allah,tamatkanlah bagi kami hidup kami ini dengan kesudahan yang baik& janganlah ia Engkau tamatkan dengan kesudahan yang buruk"..

Monday, November 15, 2010

Diet Untuk Golongan Darah O?


Salam Paradigma..


Diet?Darah O?ape ni..?ok2....ini hanya kajian dari luar negara je..Memandangkan aku pon berdarah O,so,why not aku kongsi info mengenai diet secara sihat dalam pengambilan makanan yang sesuai mengikut keutamaan pada darah yang mengalir dalam bdan kita rite....Hakikatnya,bukan untuk perempuan sahaja malah laki2 pon leh gak refer info ini..^^




>>> Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging. Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:

• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang

Snek : Teh herba

Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal

Snek : Sepotong kuih

Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak...


NOTA KAKI: Diet untuk sihat tidak mengapa..asalkan tak memudaratkan kesihatan diri.. .INGAT TUH!!

Sunday, November 14, 2010

Rah5ia Diri Disebalik Nom6or

                   Hari ini,aku terpanggil pulak untuk berkongsi nombor peribadi aku .Setelah ditambah tarikh lahir secara 1 per 1,(cth,1+7+7+2+0+1+0)dapatla no keramat aku iaitu 5.Secara umumnya,ramai orang percaya nombor boleh membawa keburukan &kebaikan...*Wallahu alam..Pun begitu,ada juga mempercayai nombor2 sume ni membawa semangat secara semulajadi pada diri individu tu la..Ada satu artikel pernah aku selongkar,nombor2 ni ada hubungkait gak ngan planet masa kelahiran kita ke bumi yg sementara ini..itu secara saintifik yg dipanggil ilmu metafizikla..Ada paham??huhu..Okei2,tanpa mengomel panjang,no aku ialah...(smbil bunyi sound effect cam citer Nightmare^^ )....5!!!!!!!!! sape sama ngn aku??angkat kening cepat!!!! (mcmla aku nmpak.ha3)...Di bawah ni,antara kajian yg menerangkan sifat nombor aku la.. ada beberapa betui gak..huhu...layannn..



Haikk..ayat terakhir tu paling aku ske beb.."Jika anda tidak mampu membuat keputusan,ingatkan 5,nescaya mudah semuanya." haha..yolah tuh kan..apepun,ini hanya kajian dan rujukan menyeluruh untuk kita muhasabah diri.Tidak perlulah beria2 kita taksub @percaya bulat ya adik2,akak2 n abg2??huhu..kat bawah ni pulak apa pulak??? Yang ini...Kalau nak tau PASANGAN IDEAL berdasarkan tarikh lahir la..Aku punya tarikh lahir -21hb(yg di bulat tu)












eh yeke????so,apa pulak ciri2 no6 dan no9 ya..so,kita survey jap..




  






   hmm..dah dapat gambaran awal.So,bolehlah aku 'usha' my sweetheart berdasarkan no ni ye x...just saje2 je .kui3...Seperti aku beritahu tadi,hanya sebagai rujukan je..orait??Baik..andai anda ada maklumat tambahan mengenai no 5 atau mahu berkongsi no anda?share la..huhu..

NOTA KAKI: No 5 itu adalah unsur tanah iaitu neutral(leh ngam) ngan semua unsur baik besi,air atau api mahupun kayu..Bagaimana pula anda??