Wednesday, November 17, 2010

Harry Potter & Harry Rayyer

                                                                &




Assalamualaikum dan...




SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA.. MAAF ZAHIR DAN BATIN ..:)
>> 1st(nak luah sesua2 leh tak)..nape thn ni raya haji cam kureng ya??mmm...tahla.maybe aku nak exam kan..so,tu sebab xde feel.,Haha..
>>2nd.. adik beradik aku ramai xbalik lerr..bosan2... mak aku masak bkan main banyak lagi.. macam kat hotel plak rasanya..Cadang nak pergi umah akak aku kat Kuala Pilah..last2 cancel..die keje plakss....xde rejeki owang kata..
>>3rd.... aku nak balik UUM lusa...??uwaaa......xmo exam!!aku xbaca buku pun duk umah..aihh..ape nak jadi ni!! Apepun,pada yg pulang ke kampung tu,berhati2 dijalan raya dan biarlah bersederhana dalam kita meraikannya..;)




Okei2...sementara tu,hari ni bermulanya tayangan perdana HARRY POTTER AND THE DEATHLY HALLOWS*bhg 1 kut.. kan2??huhu....tapi xleh tgk la dik ,kak n bang...raya haji 1st ko mengelintin2 nak p wayang kan..pe kess...sure ko kemaruk p panjat pintu TGV n GSC tu.hahaha....rilex la lu bro..sok lusa ada lagi masa..Tapi,maybe aku akan habiskan final dulu la(smbil tggalkan spek mata)... xde masa kut nak jengah pawagam... apepun,cant wait mehh....Dapatkah Voldemort tewaskan Harry....??? Manakah Harry akan bersembunyi???Rakan2 Harry bagaimana pula??? kita saksikan la sendiri ya.... 


Lagi satu,tayangan cerita 2ALAM pun serentak hari ini..adesss...40 JUTA kau target ya DR ROZMEY...??!!! wah3..lenggang kangkung ko bersorak ya ..kau hengat senang2 nak dapat sasaran camtu?? xpela kan...kita tengokkan jela..yang penting???? walaupun ada gak mulut2 longkang kata....."dia ni dah cam bapak ayam pon ade""eleh,duk tayang hero penyedap dia lerr tu..padahal citer hampehh"..aihh..ape2 jela ..tak baik kata begitu ..Kita kena support gak industri perfileman tanah air... walaupun???haha... k la..nak mencekik kuih raya & nasi himmpittttttttttt...jommm!!!!! adiosa.....salam...


NOTA KAKI: Doakanlah semoga jemaah haji Malaysia selamat pulang dengan hendakNya..Amiiinn..

Tuesday, November 16, 2010

Terpaksa Aku Qurbankan

      Sempena hari raya aidiladha ni,aku sudah ambil keputusan utk "QURBAN" YM dan MY SPACE!! ....huwa!!! [sedih gakla..dah setahun lebih kan..smpai frenz kat mspace :600 lebih n ym: 81 org).:'( ]Aku tak perlukannya lagi.Aku semakin alpa.Aku semakin hampir ke lurah kehinaan dan kejahilan.Oleh itu,amatlah bijaksana tindakan aku ini..Tidak perlu was-was..Sudah lama aku fikirkan semua ini.Maaf Yuckksss hud1..anda salah sasaran untuk menjahanamkan aku sebagai seorang Muslim.. Perasaan sedih menggunung melihat anak2 islam(aku lebih suka bicara islam dari melayu) semakin hanyut mengejar identiti,membuang masa berfoya-foya di alam siber,hausnya nilai ketamadunan dalam diri,lenyap sudah budi pekerti dan menjadi hamba eksperimen si sial Yuckksss hud1(takleh direct tulis nama negara haram tu,nnt dia spam aku)..Tahniah ...Kau menjadikan alat2 'seperti ini' untuk menjatuhkan keupaayan kami yang mujahid bermandikan darah syahid..Tapi,kau berjaya memasung kehendak kami dengan memperkenalkan segala agenda baharu..Bijak2...

     Aku juga ingin delete FACEBOOK.Malangnya,atas pujukan rakan-rakan,hasrat berkecai...Lagipun,FB hanya boleh DEACTIVATE..Itulah masalahnya..Sekali kau masuk gelanggang,kau tidak boleh berpaling..Ya,aku terima hakikat itu seadanya...Pada kawan2,janganlah leka lagi seperti aku..Salah seorang hamba rangkaian sosial..Jujurnya,aku sangat obses dengan semua ini.Aku boleh bertahan berjaga malam sampai pukul 5AM dan membuang masa berjam2 ..Subhanallah..Masa sekolah dulu,aku takde macam ni..paling lewat aku tido pun pukul 12. Rutin harian dipenuhi perkara berfaedah seperti membaca buku(apa jua genre)..Tak dapat dinafikan ler,leka main game,karok,merayap n menonton tv..tapi kadar yang sederhana.. Jadi aku perlu berubah!!!! aku perlu fokus pada masa hadapan bukan masa sekarang...!! usaha berterusan pada masa kini Anif,bukan bersorak buat keputusan pada masa sekarang...!! 

          Many say social networks are a huge waste of time, and they speak the truth.Very truth too,it would be damage our lifes as well....I do have my doubts ..I'll give up all the social networks, but slowly and surely I'll minimize the big timewasters...Actually,i don't want to consider them as timewasters because I still feel guilty while chatting and come in ""world notifications""...  sial Yuckssss hud1!!!!! ...You know, the little voice in my head saying: "you could be studying now"…im trying to remind u guys..they all want to attack us by this rubbish way..so,look 4ward!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


NOTA KAKI: "Ya Allah,tamatkanlah bagi kami hidup kami ini dengan kesudahan yang baik& janganlah ia Engkau tamatkan dengan kesudahan yang buruk"..

Monday, November 15, 2010

Diet Untuk Golongan Darah O?


Salam Paradigma..


Diet?Darah O?ape ni..?ok2....ini hanya kajian dari luar negara je..Memandangkan aku pon berdarah O,so,why not aku kongsi info mengenai diet secara sihat dalam pengambilan makanan yang sesuai mengikut keutamaan pada darah yang mengalir dalam bdan kita rite....Hakikatnya,bukan untuk perempuan sahaja malah laki2 pon leh gak refer info ini..^^




>>> Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging. Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:

• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang

Snek : Teh herba

Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal

Snek : Sepotong kuih

Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak...


NOTA KAKI: Diet untuk sihat tidak mengapa..asalkan tak memudaratkan kesihatan diri.. .INGAT TUH!!

Sunday, November 14, 2010

Rah5ia Diri Disebalik Nom6or

                   Hari ini,aku terpanggil pulak untuk berkongsi nombor peribadi aku .Setelah ditambah tarikh lahir secara 1 per 1,(cth,1+7+7+2+0+1+0)dapatla no keramat aku iaitu 5.Secara umumnya,ramai orang percaya nombor boleh membawa keburukan &kebaikan...*Wallahu alam..Pun begitu,ada juga mempercayai nombor2 sume ni membawa semangat secara semulajadi pada diri individu tu la..Ada satu artikel pernah aku selongkar,nombor2 ni ada hubungkait gak ngan planet masa kelahiran kita ke bumi yg sementara ini..itu secara saintifik yg dipanggil ilmu metafizikla..Ada paham??huhu..Okei2,tanpa mengomel panjang,no aku ialah...(smbil bunyi sound effect cam citer Nightmare^^ )....5!!!!!!!!! sape sama ngn aku??angkat kening cepat!!!! (mcmla aku nmpak.ha3)...Di bawah ni,antara kajian yg menerangkan sifat nombor aku la.. ada beberapa betui gak..huhu...layannn..



Haikk..ayat terakhir tu paling aku ske beb.."Jika anda tidak mampu membuat keputusan,ingatkan 5,nescaya mudah semuanya." haha..yolah tuh kan..apepun,ini hanya kajian dan rujukan menyeluruh untuk kita muhasabah diri.Tidak perlulah beria2 kita taksub @percaya bulat ya adik2,akak2 n abg2??huhu..kat bawah ni pulak apa pulak??? Yang ini...Kalau nak tau PASANGAN IDEAL berdasarkan tarikh lahir la..Aku punya tarikh lahir -21hb(yg di bulat tu)












eh yeke????so,apa pulak ciri2 no6 dan no9 ya..so,kita survey jap..




  






   hmm..dah dapat gambaran awal.So,bolehlah aku 'usha' my sweetheart berdasarkan no ni ye x...just saje2 je .kui3...Seperti aku beritahu tadi,hanya sebagai rujukan je..orait??Baik..andai anda ada maklumat tambahan mengenai no 5 atau mahu berkongsi no anda?share la..huhu..

NOTA KAKI: No 5 itu adalah unsur tanah iaitu neutral(leh ngam) ngan semua unsur baik besi,air atau api mahupun kayu..Bagaimana pula anda??

Saturday, November 13, 2010

Bergosip dengan Fazli Zainal


>>> Post kali ni saje je beb.Bukan bangga ke ape..dulu²,time aku aktif MySpace,memang selalooooo gakla aku bergosip nagn artis. Haha..^^ ada gak yang balas cam peserta² One In A Milion.. saje menyebok an..hahaha..tapi yang sombong tu sure ada(malas sebut nama)..

>>> Dialog kat atas tuh mmg sempoi la..hanya sebahagian je aku post..ada ke dia kata aku cm budak sekolah rendah???!!**pasan jap..hik2... 


>>> masa konvo di UUM dulu,dia ada dtg.. nak jumpa or amik pic bagai tu xde kojo den dowh..*aku bkn fanatik sgt ngoi ...


>>>perr,dia suh aku pegi jom heboh kat p.pinang nun..uiyaiii...xdo den dowh aiii..kat S.Petani pon den xpoyi..haha...busy beb.studi week time tuh.. ;)

NOTA KAKI: popular ke??haha..tetttttttttt..

Thursday, November 11, 2010

10 Persembahan Terbaik CT

Salam Paradigma..

"kan,lagi-lagi dia..xde org lain ke?""ahh,muakla..asyik dia aje yang menang""adess,napela ko xpakai tudung betul2 ct oii"dan pelbagai..itu adalah antara lontaran kata-kata yg amat popular dalam kalangan pemerhati industri hiburan terutama 'pencemuh sejati'.kikiki..Semua hampir cakna akan realiti itu..Baik,itu sekadar selingan saje..Disini,aku paparkan 10 persembahan ct yang paling best bagi aku la..tak kesah la korunk suka atau x..tapi bila tgk semua persembahan di bawah ni,ada diantaranya boleh meremang bulu tengkuk,terpaku dan terpesona..*yes,she's pretty.he4 ..hakikatnya,biarlah kita berbalik pada bakat seseorang rite..??..ok..ENJOY..!! ;D



10.
>>Ct n Gareth Gates..Say it isn't so,live at MTVAA2004..
>>Gandingan yang hebat..tahniah..;D
PART TEPUKAN GEMURUH: Ms kemunculan ct n gandingan bersama


09.
 >>ketika di AJL96..ct dominasi semua ,haha...
>>ada anuar zain..kene ikat.fun...
>>AJL kali ni,memang popular dgn pakaian pengantin(ziana pon)..ok,trend..haha..^^
>>PART TEPUKAN GEMURUH: slpas note tinggi'demi pertahankan kebahagian..."


08.
 >>antara lagu yang amat sukar pernah dibawa dia dlm muzik2..
>>mengejutkan orang ramaikrn beliau gagal mara ke final AJL2007..its ok..gantinya,Destinasi Cinta..haha..
>>PART TEPUKAN GEMURUH:habis note tggi 'Walaupun,himpunkan sesuatu...'


 07.
 >>Ok,persembahan lagu Kekasihku ini pun antara lagu paling sukar..*dia kata..tp okla..last2,menang gak Lagu Kategori Balada Terbaik AJL2000..
>>PART TEPUKAN GEMURUH: 'Kekasihku....(note tinggi)"


 06.
 >>Ok..lagu berhantu ni,dominasi semua jugak..sbb??maybe hasil kerja Pak Ngah yang paling terbaik termsuk persembahan n mutu lagu..Tahniah..;)
>>PART TEPUKAN GEMURUH: masa kanak2 ini menari dgn lincah bersama ct..comei kut..haha.. 


 05.
 >>Ok,lagu KuMilikmu versi kali ni mmg best..  dia combine,hip-hop,koir n tarian tap..Tahniah..menang persembahan terbaik ms AJL2003..huhu..
>>PART TEPUKAN GEMURUH: masa kemunculan hip-hop peerempuan & tarian tap..


 04.
 >>visual persembahan mantap,pentas pelik,pakaian n mekap yang cantik..
>>Vokal ct terpancar masa intro lagu cindai..
>>ketika ni,masa APM2009.. dia diminta nyanyi lagu Cindai n Ditaman Teman..
>>PART TEPUKAN GEMURUH: masa habis intro cindai


 03.
 >> Antara persembahan dia paling terbaik masa di Konsert Albert Hall London,06..Dialah dihati versi harmoni.. >,<
>> Lenggok vokal dan penguasaan note rendah amat baik..Tahniah..
>>PART TEPUKAN GEMURUH: ketika memainkan suara pd note rendah


 02.
 >>Lagu Untukmu gandingan penyanyi asal ,Lan Meet Uncle Hussin n CT..di AJL24
>>Kualiti vokal CT terpancar...ketika versi lagu dipelbagai pd peringkat awal dan pertengahan arrangement lagu..
>>PART TEPUKAN GEMURUH: habisnya note tinggi 'pernahkah engkau fikirkan ..Oh cukuplahhhh..'& habis persembahan.


01.
>>Persembahan paling menjadi tumpuan semua penonton..perr..sume terpaku..padanlah menang Persembahan Terbaik,AJL2002..terbaik!!!
>>Kualiti suara yg hebat,persembahan tarian memukau,penguasaan pentas yg mantap dll...
>>..Namun,kalah ditgn Waheeda-Wasini..huuu..tapi its ok.Sbb,Wasini pun lagu fenomena gak thn ni..haha..fight2..
>>PART TEPUKAN GEMURUH: masa tarian serentak & intro

NOTA KAKI: Sukar nak cari penyanyi yang betul2 berbakat dan cukup pakej..Adakah ciri2 penyanyi legenda semakin haus..??Fikir2kan lah..


KALAU BERPACARAN =)


[Sohaimi Mior Hassan]
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibubapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Chorus:
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

[Ana Raffali]
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarlah rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasih mu disambar buaya

ulang chorus

[Altimet]
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Aku lah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

**ulang chorus 2 kali



         KOMEN PENDENGAR :

Lady Gaga said ...
wow..i love dis song..i want to dance now..yeah!
   October 30,2010 11:17PM

Barrack Obama said ...
OMG..pretty much! well done guys..:)
   November 1,2010 8:45PM

Lee Min Ho said ...
Hahaha..agree wif lady diana.. opss lady gaga, unexpected..like it. go go!!
   November 3,2010 9:13AM

Cik Melah Blink Blink said ...
salam..eh,ramai gak penyanyi terkenal suke lagu ni ya..acik mmg suke sgtla..sambil tumis bawang sempat lagi acik b'dendang kat dapur.Wakakakka.. last2,periuk acik terbalik..adoiii..sedih-sedih..
   November 3,2010 5:25PM




NOTA KAKI: terhibur dengan lagu ni..:) Gandingan baru n lama..very fresh..tapi sayang..kejap sgt lagu ni..apepun,layannnnn :D

ACADEMIK CALENDAR SESSION A102 ,UUM



 SUMBER: http://www.facebook.com/group.php?gid=278461308303
To members of we are uum students batch 09/10 and we ROXX! :D

SESSION A102 (JANUARY 2011 - MAY 2011)
__________________________________________________________
15 January 2011 - 02 February 2011 (3 weeks) - Learning period

03 February 2011 - 11 February 2011 (1 week) - Chinese New Year/ Mid semester holiday

12 February 2011 - 28 April 2011 (11 weeks) - Learning period

29 April 2011 - 06 May 2011 (1 week) - Study week

7 May 2011 - 26 May 2011 (3 weeks) - Exam period

27 May 2011 - 09 September 2011 (15 weeks) - Semester break


Public Holidays
* Hari Raya Qurban - 17-18 Nov 2010
* Christmas - 25 December 2010
* Chinese New Year - 3-4 February 2011
* Labour Day - 1 May 2011
* Wesak Day - 17 May 2011

For More details official Announcement of MPP please visit One Click UUM Homepage http://www.webstats.com/uum1


KOMEN PENULIS


-Ouh..ok fine.Sem depan aku masuk lewat dari sebelumnya.Mungkin,akibat banjir tempoh hari sehingga peperiksaan terpaksa dilewatkan & menggugat cuti2 kami..OMG,kawan2 aku dari Universiti lain dah berjoget2 sakan kat umah..aku plak paksa-rela duk ngadap buku(yela tu..laptop adela) sambil hati kecil berkata2.."bilalah nak abis final ni..!!".. bila jadual berubah mcam2 perancangan terpaksa dibatalkan.. termasuk reunion f5,2006 aku..walaupun????aku tunjangnye..last2..??haha..xpe2..partner sejati aku ade**Kan Ipah!!..ngeh3..


-Amboi30x..Ewah300x...ape lagik..??haaa..memang melompat sambil bersyair ler aku kan bila dengar,sem break aku 15 minggu..diulang...15 minggu!!!!!..Ya Ampun,kalo camtu macam2 planning la aku sok..keje?honeymoon?umrah?huahuahua!!!... Perkara ni belum tentu AKAN dilaksanakan sebab masih dalam perancangan kan..Kalo ade pertukaran,aku terima jelah..tapi kalau pihak U nak bagi peluang cuti yang berdekad2 lamanya tuh,,,haiii..bukan setakat tapak tangan aku tadah,mcam2 benda la aku leh tadah..janji???????? cuti2 Malaysia mak esah oiii..okeila..penat2..wa chow lu..wasalam..^^




NOTA KAKI: Cuti umum di Malaysia mengalahkan cuti umum dinegara luar..Adakah bangsa Malaysia mempunyai pelbagai etnik atau orang kita terlalu banyak rehat faktor perdananya?..Fikir-fikirkanlah..

Wednesday, November 10, 2010

Puisi: Merintih di Bawah Lembayung Emosi


Seolah-olah ku tak berkaki..
kerna hanya emosiku berlari,
Seolah-olah ku tak bertangan..
kerna hanya perasaanku menyentuh,
Seolah-olah ku tak bermulut..
kerna hanya sangkar kalbuku nan berbisik,
Diri merintih ,emosi menepis..
Jiwa celaru,fikiran meluru..
Nafsu berbicara angkuh,
Namun,egoku gigih mengelak persoalan..
Itulah aku saat ini..
Itulah aku ...
Oh Tuhan,layakkah aku merangkul sebuah cinta suci..
Oh Tuhan,haruskah aku berpaling dari hakikat ini..
Sesungguhnya,rohku menunduk patuh..
enggan berganjak dari putus asa..
enggan bertingkah dari kayangan dusta..
kerna srikandi cinta ini meronta-ronta untuk dimiliki seseorang..
seseorang, yang pastinya bukanlah kamu..tapi dia..
timbuskanlah nafas cintaku ini kerna aku bukan untukmu..
maaf..maaf atas kekhilafan ini..
benar,malam ini kuditegur oleh pasrahmu..
aku mendengar rintihan itu..tapi kau juga harus memahami..
lembayung emosi itu biarlah kita layarkan di laut kenangan..
moga indraloka terulung akan muncul dalam hayatmu..


                                               Hasil nukilan,
             Anif Abdullah

Saturday, November 6, 2010

JIKA AKU KENANG BALIK..URM....

Hye.Hello.Yo Wassup'.Sawadikap.Assalamualaikum..


 (p/s: ayat2 post kali ni agak sempoi sikit.maap..sy amat martabat BM..tp kali ni je eh ;p..tenkiu..)

Hari ini aku tetiba pulak nak share moment2 best aku tak kira la masa di sekolah rendah or menengah or luar..yang ni,yang aku ingat je weh..al maklumlah dah tua kan..(ngaku pon)..ngeh4...Jika aku kenang balik ..urm...







>>>SEMASA DI SEKOLAH RENDAH(SKPS)<<<

- time aku darjah 1,abg ak akan belikan aku kek HERO(xtaula ade lagi ke x skunk)kat kedai Acik Manap(kedai paling murah beb kat area umah ak)..haha... ms nak pergi sekolah jep..huhu..
-aku n kawan(iwan..mn kau??) selalu gak mengutuk dak perempuan..haha..asal tgk dak perempuan terkencing dlm seluar ke.. pakaian xcntik ke..pemadam percalar2 ke..haha..siut gakla aku nih.. 
-nakal kut aku nih..keje sek selalu xwat..tiru jep..sampai subjek math,aku selalu dapat failed..OMG..dari cikgu Rima Melor smpaila cikgu Sapiah(garang gilerr)..haha..dalam kelas selalu dapat corot..kecuali darjah 3-5 la...aku bijak sikit..ngeh3..darjah 6...??nakal beb..
-cikgu Petra!!! my beloved sir..oh tidak.. tetiba nak dtg umah aku..xsilap,bkn time raya pon..xpela..dia dtg time aku n abah baru balik dari dgr ceramah kat masjid(baik aku..;p)...
-Cikgu Sapiah yang garang gilerrr,selalu pndg enteng aku..ingat aku xleh dpt best UPSR...??2A gak..subjek dia,math dpt B je...tp okla..ni lah kesannya..duk meniru lagi..haha..
-umah sukan aku selalu menang .hahaha..yeahh!! hidup umah hijau!! sbb??ceh..aku bkn atlet sgt,,tp okeila..menyumbang gak..lagi2 time olahraga..tp xleh lawan ratu pecut(Norlida Alias)..n raja pecut(Hafizan)..haha..ske giler tgk dowang lari..bestnye time sukan dari thn..1999-2001...rindu!!!








>>>SEMASA DI SEKOLAH MENENGAH(SMA DATA)<<<

-cikgu Suryani..cikgu BM aku dari F1-F3...xpernah marah aku even aku ada wat perkara yang xpatut..contoh,xdtg masa hari gotong royong,keje xhantar n myk lgila..sbb???haaa..abg n akak aku sume sekolah cni dulu2..so,dia kenal la..dari yusniwati,pie,ecah n hambali..fuh..boleh ingat kan???so,selalu tanya khabar adik-beradik aku...paling dia ske tanya akak aku..masa amik STAM di Maahad Ahmadi,N9...huhu..
-selalu sampai awal sekolah dari owang lain..awal giler..pukul 6.45am..sbb??bas sekolah ni amik 2 trip .so,aku trip 1 st..bila sampai sekolah awal..?haa..mcm2 keje nakal aku wat..check bawah meja kwn2 mna tau ade nota ke..tulis bnda xpatut ke..grafiti ke..haha..**sori kantuikan di sini..lalallala

-Jadi anak angkat  2 Ustazah..Ustazah Nur Afizah n Ustazah Habibah..sbb??tahla..aku pon xingat..tapi rasanya..Okei aku citer yang Ustazah Afizah ya..masa PMR,ada prog MENTOR-MENTI..so,kami terlibat ngan program ni la..rasa thn ni jep..thn hadapan nye plak,dah xde..TAPI!! ,kami still kontek..cuma dia pindah pulak masa aku F4..sedih beb..skunk xtau dia dimana..hope dia sehat!!...Okeh,Ustazah Habibah pulak,masa aku F5..aku agak aktif la dalam PBSM..jadi AJK pe tah..haha..tapi aku n kawan2 la ,3 owang jd anak angkat dia..antara yang best,dapat jalan2 gi umah dia n kami ms raya...lepak2 kat dalam koperasi...hantar adik F1 ke sek lain(kami fasi..so,familiar ngan adik2 F1)...dan lain2...

-Aku selalu tumpang cikgu2 balik dari sek..ahaha..yela,aku bkn duk asrama..ms F5 je(kejap je)..antara kereta Ust n Ustz yang pernah aku tumpang....Ustaz Romza,Ustaz Rosli(pengetua weh..dasat!),Ustaz Hafiza...Ustazah plak...Uztazah Asnur,Khadijah,Azyan,Khalijah..huhu..urm,diowang sume ajar aku masa f5..so,muka aku dah kenal r..n kami(geng ak) kamcing la ngn guru2..ngeh3..
-selalu dapat peluang ponteng kelas..opsss..nakai2 gakla aku ni..aku n membe2 aku ni jenis kamcing ngn guru2 amatla mudah..sampai pengetua n guru HEM pon ingat nama kami..adesss..paling syok,selalu lepas kat bilik guru HEM..hehe..duk bincang msalah budak nakal n hal semasa...hehe..
-selalu dapat makan dalam bilik masakan,,actually,khas untuk cikgu2 je..tp..WHO CARE???.haha....so,kami jadi kamcing la ngn acik kantin ni..selalu tgk cite'BAWANG MERAH BAWANG PUTIH' beb dalam bilik TV.hua3....budak2 lain,sume duk jeles..ada aku kesah..??haha...sampai arini,klo aku pergi sekolah lama ..mesti nak jumpa balik mereka..kdg2 dtg gak umah acik kantin ni masa raya..
-Ustaz n Ustazah(SMA DATA) dtg umah aku...?????ade gakla...antaranya,mak angkat aku..Ustazah habibah,Ustazah Asnur n Ustaz Romza..
-jadi Presiden Koperasi..ala 3bln je..haha...selalu je lepak2 kat dalam bilik koop..time aktif berniaga masa time rehat,KOKO n kelas tambahan..masyukk gakla..
-Perkhemahan peringkat sekolah n negeri..
-Bercuti/rombongan budak asrama..pergi Pulau Langkawi..
-masuk pertandingan catur..smpai peringkat zon je..
-masuk pertandingan english dialogue 3 thn berturut2...2004-2006...
-best student SPM2006..4a..






>>>SEMASA SEKOLAH MENENGAH (SMK DUMA)
-Masa F6..Dapat ulang alik dari umah ke sekolah naik motor!! yeah..merasa gak kan naik motor..
-Time pemilihan AJK je..mmg senangla dapat..coz,apa2 hal mesti F6 didahulukan..adess..memang penatla..dari Persatuan F6,PRS,Badan Pengawas,Pasukan Sukan dll...
-Kalo geng2 kami yang sumenya Badan Pengawas,mqjoriti cikgu kenal..hehe..kdg2 ske gak diperli oleh kwn2 kami..apetaknye,duk ngan cikgu je...eh ske ati la..haha..
-Best student STPM2008...ada lagi yg layak..nasib je kut..
-selalu kene marah kat Puan Che Su..smpai kene baling fail,halau dari kelas,berdiri 2jam,cikgu merajuk n mcm2la..adess....tapi thanks la Puan Che Su,yg ajar subjek P.Perniagaan..aku dpt A la paper (2)..klo kelas aku xkena hamun...mmg xkanla aku berjaya smpai ke menara gading n amik kos yang dia ajar ni..tq puan..
-Seriously,masa F6..mmg best gilerr2 r bdk kami...even ade 2 kelas...tapi selalu duk pindah2 kelas...ckgu pon duk pening mana 1 kelas kami..oh tidakk..rindunya korunk sume!!!!!!!!!!!!!!!! sume 1 kepala...yang skema jd sengal...yang gila2 terus gila..hahaha!!^^ 
-time spotcek...dpt tgk2 pe benda yang ada dlm beg or motor bdk2...ada aku kesah..?????Dapat plak aku jaga pintu gate kan time tuh...xkan dpt lepas korunk sume..anti aku..??Ouch...wrong person la beb..
-hari2 penting..cam Hari Guru n Hari Kantin..best!!! paling xleh blaa...hari kami as student F6 n paling senior kan..wat drama ms perhimpunan..tajuk???Si Tanggang..!!haha..layannnnnnnnnnn...
-pergi rombongan..antara yang aku ingat,pergi Melaka...UPM n UKM..Karangkraf Publication..Putrajaya..best!!






NOTA KAKI: Kalau diberi peluang untuk merasai kenangan semasa zaman sekolah..Nak sangat!!...masa zaman sekolahlah permulaan kita mengenal diri..kenal ABC n suka duka..;)

Monday, November 1, 2010

Refresh Filem Pilihan (2) :200 POUNDS BEAUTY (2006)



Salam Paradigma..

       Filem korea ini mula ditayangkan pada 2006 dan berinterpretasi dari sebuah komik Jepun.Cerita ini memaparkan seorang gadis (Hanna) yang berbadan gemuk dan hodoh tapi berbakat besar dalam bidang nyanyian.Namun,dijadikan sebagai batu loncatan untuk mempopularkan artis lain(Ammy) dengan menggunakan khidmat suara emasnya.Dengan itu,Hanna telah membuat keputusan utk menjalani pembedahan plastik untuk menjadi cantik sebab...?adakah kerana cinta atau impian menjadi penyanyi semata2..???...Baik,kepada yang belum saksi,saksikanlah..cerita ini mewakili juga kepada orang yang 'xmemiliki kecantikan'kerana jujurnya,kecantikan dalaman lebih bermakna dari kecantikan luaran...Percayalah,tak kekal pun...Pada yang taksub pada kecantikan,perlulah tonton cerita ini..Adakah anda sebahagian dari watak cerita ini @sebaliknya...

      Oleh itu disini,aku paparkan sedikit babak2 yang menarik &memberi kesan kpd penonton khasnya..

>>>Babak Ketika Hanna Sebelum Cantik

Haha.. muka xbersalah je..^^
 >>>Babak Luar jangkaan..haha..^^










       1- Hanna dimalukan dgn memakai baju ketat & sama rekaan dgn Ammy..sian  sgt.
       2-Hanna terjatuh ketika rancak menyanyi..haha..kelakar je..
  3-Sang-jun cuba utk mencium smbil meraba2 bhg anggota pembedahahan  Hanna..   tetapi?berjayakah..??haha..
          4-Chung-Min tersalah orang ketika mencari Hanna di balai polis?haha..
>>>Sebelum & Selepas

Hanna & Jenny..

 >>> Babak Terpegun...haha

Semua macam xpercaya dgn kecantikan Jenny (asalnya,Hanna)
 >>> Babak Paling Sedih & Jujur

Gambar2 beserta dialog yang cukup menyentuh hati penonton..sob3.

Kesedihan mula terpancar..Termasuk peminat,rakan2 & penerbit

 >>>Koleksi Gambar Paling Cantik Bagiku^^[special edition]


>>> Babak Dialog Paling Penulis SUKA.. ^^

adegan antara company boss & Sang-jun..^^

NOTA KAKI: Kecantikan sebenar bukan bersandarkan rupa paras semata2..ianya lahir dari personaliti dalaman yang hebat..percayalah..;)

Refresh Filem Pilihan : MANN (1999)

Salam Paradigma..

           Kali ini merupakan percubaan pertama aku dalam memapar kembali filem terbaik,melibatkan babak2 terbaik seperti suka,duka,mendebarkan dan menepati kehendak penonton..Baik,aku memilih cerita Mann sebagai permulaan.Lain2,akan menyusul okei ^^ ..Kelainan dalam Refresh Filem Pilihan,ialah untuk membawa balik kenangan & memori penonton kepada filem2 yang hebat sehingga memberi kesan yang mendalam kepada diri aku atau anda semua(pengikut setia blog ini)..Hakikatnya,penulisan kali ini bukan bermotif seperti sinopsis atau plot cerita dari awal hingga akhir.Sebaliknya memmbawa kenangan lampau anda semua mengenai babak2 best @ dinanti2 @meremang bulu roma syang terdapat dalam filem aje.Jika mahu sinopsis cerita,silalah search ke http://en.wikipedia.org/wiki/ ya.Harap maklum..



>>Koleksi lagu Mann yang sedap giler <<

 
Kali Nagin (tarian yang best..#thanks Rani Mukherji ^^)


Lai Lai Lai (menari jer but fun)

Kehna Hai Tujhse (rancak gak lagu ni)

Khushiyan Aur Gham (tersentak jika betul2 hayati)

Mera Mann (kekeliruan perasaan Priya terpancar dlm lagu ni)

Tinak Tin Tana (diambil dari lagu Iwan-Yang Sedang2 Saja)

Chaha Hai Tujko (lagu paling sedih..Sob3)
Antara babak paling diingati dalam cerita Mann:

>>>Babak Luar Jangkaan..memang terbaik ahh..haha..^^

 >>>Babak Paling Sedih.. ;'(

 >>>Babak Paling Mendebarkan ..(sound effect main peranan pnting time ni)

 >>>Babak Tampar-menampar...Hahahaha..memang kelakar ^^

 >>>Babak Bersama Si Comel..( alololo..so sweet)..


Demikianlah antara cebisan memori yang memberi impak kepada penonton khasnya peminat filem Bollywood hujung 90an...Sekian..

NOTA KAKI: Kebanyakan filem Bollywood 90an masih terngiang2 difikiran penonton sehinga kini..Sebaliknya,filem hari ini???begitukah???Fikir2kan lah..