eh Rosyam Nor dan Wan Maimunah pinjam pic kejap ya :P
Anak atau Emak Mati
Kalau korang perasan, hampir setiap tahun kita akan di sajikan dengan drama air mata. Semua pengarah pecah kepala kut nak buat stori feling-feeling sedih. Hope abang Rasyid Sibir tak baca..Paling berjaya membuat AA meraung ialah sama ada anak atau emak akan mati sebab kena langgar dekat kereta …Alahaiii….Lepas tu,time plak macam kene jew dengan 1 Syawal.. perrrrr… Kalau pembawa watak jadi mak,AA sure akan bagi award pelakon terbaik dekat Fauziah Nawi dan Wan Maimunah..hehe..
Bertaubat
- Sebelum bertaubat, sure laa pelakon-pelakon akan mabuk-mabuk…rogol sana sini..Eh tapi kenapa harus ada rogol?hehehe.. Kalau tengok ramai-ramai dengan family,bukan main kena sumpah seranah weh… Sebab watak yang dilakonkan itu sangat luar biasa..Sampai Shahir pun dapat idea nak buat title lagu (apa merepek ni)...Sebagai contoh lah kan, dari seorang pelacur,berubah jadi ustazah.. Dari seorang perogol jadi cikgu pendidikan seni(yeke?).. Dari kaki clubbing berubah jadi AJK masjid.. Wah!! Paling bagus lepas tengok cerita macam ini,ada ler keinsafan jugak kan..
Kejap Betul Dah Jadi Tua
- Pada ending cerita , kita akan tertanya-tanya.. eh yang tua ni siapa pulak? Nyatakan padaku siapa? Siapa dia (jerit kt tepi telinga kuceng.haha) Lahh... Rupa-rupanya,selama 1 jam 45 minit cerita nih rolling adalah betul-betul mengisahkan hidup dia masa muda-muda dulu.. Cehh… Tangkap feeling beb bila dia ceritakan balik pada cucu cicit nya.. Paling kantui bila dah tua, warna rambut mesti kena putih ada gimik uban.. Pakai spek kat hidung sampai AA risau dah macam nak jatuh jew spek dia aihh.. Jalan terbongkok-bongkok.. Selendang tak matching dengan warna langsir ..erkk..dan macam-macam lagi..hehehe
Mayat berulat-ulat
Pada yang dah biasa tengok cerita anak derhaka dengan ibubapa,sure dah dapat agak ending cerita macam ini.. hehe.. Paling sadis,anak ini tak sempat nak memohon maaf dengan emak dia.. Emak pulak tak dapat terima perbuatan kotor anaknya itu… Isy-isy.. Mintak-mintak dijauhkan..
Watak ayah? Eh sure akan jadi cool dan relax jew.. Best sebenarnya main watak jadi ayah ni.. Kalau tak ada scene baca paper.. Cangkul tanah.. batuk-batuk sambil tengok wallet, itu dah kira fail untuk ditayangkan di hari raya ya.. TV3 dan Astro sure reject ~Harap maklum..hehe… Tetiba teringat dengan Jalil Hamid laa.. Alahai.. Lama tak dengar lagu Raya dia..hehe
Adik-beradik Terpisah
Nak dijadikan citer, masa kecik-kecik diorang ini dah lama terpisah rupanya. Bila dah besar, masing-masing ada gaya dan perangai tertentu.. Jadi,scene paling popular nak temukan mereka ini ialah terlanggar bahu.. Jatuh cinta… Kena ragut.. Korek punya korek,sama ayah rupanya.. Cehhh….
Perkara –perkara yang membantu untuk semua penonton meraung ialah:
-Lagu raya yang tangkap feeling diputarkan dow.Misalnya, Sudirman- Dari Jauhku Pohon Maaf.. Aisyah-Pulanglah ..Uwaaaa!!!*sob sob.. sambil rotate hingus supaya xjatuh
-Gema takbir raya yang membuatkan penonton koyak-koyak baju sebab sedih gilerr... Serius dow.. Sebab itu orang kata, sebelum raya jangan takbir... Nanti penghuni kubur akan menangis..Wallahu Alam ..
-Rumah kayu yang dah usang gilerr.. Siapa yang pernah tengok cerita Pondok Buruk sure tahu? Sedih giler kau..
-Anak ramai tapi ayah kurang mampu nak buat kerja.. Kasihan sangat.. Bercucuran air mata jantan AA nih....
-Berlakon di tepi sawah.. Tetapi kenapa mesti sawah? Apakah salah sawah itu.. *pengsan
-Wasiat terakhir semasa koma... Aduhaii.... *cop! doktor akan disalahkan sebab time panggil, dia ilang :p
NOTA KAKI: Sila sediakan lebih banyak tisu dirumah anda.. Sekian.
