Showing posts with label cerita sedih. Show all posts
Showing posts with label cerita sedih. Show all posts

Sunday, October 16, 2011

5 Sebab Aku Suka Wan Maimunah


 lagi.. :P



1)Bakat Seorang Pelakon
- Nak tahu tak, kelebihan yang ada dalam diri WM ni, bagi lah apa jua watak pada beliau,sure dia boleh bawa dengan berkesan dan sesungguh terutama dalam cerita yang memerlukan air mata sebaldi..Contohnya…Lupa lahh.Hehehe.. Ada sekali semasa dia jadi artis undangan didalam rancangan Jangan Tidur Lagi,ada game yang berkonsepkan siapa paling cepat keluarkan mata.. peghhh…dengan mudahnya dia boleh menangis.. Tak sampai 30 saat…Huh!

2)Ramai Dah Pilih Lica dan Pajura
-Oleh sebab taknak bergaduh dengan peminat lain,AA pon terus memilih pelakon yang matang dan veteran. Kaya dengan pengalaman..? eh apa ni.. ta paham.. Wahaha.Wait.. lagipun sape je nak marah ..Pangkat mak-mak kita jugak.Lainlahh lica curihati eh hani.. Berebut nak..huh! (koyak –koyakkan tisu dengan manja)

3) Tak Jemu
- Cerita melayu hari ini banyak mengambil pelakon baru untuk jadi mak-mak.. Hello, pakai dai &terlampau ikut skrip tak syok lahh.. Macam tak ada kimia wa cakap luu.. Kebiasaannya macam pelakon kesukaan ramai spt Fauziah Nawi(leleh),Maimun Talib(garang2),Norlia Ghani(laser era) orang dah agak watak apa diorang nak bawak.. Kalau WM,cerita gila-gila macam ‘mak hayam’,ibu tiri dan orang giler pon jadi.. 

4)Watak Mak
-Kalau watak yang memerlukan scene lipat kain,sapu sampah,anyam ketupat, sudah semesti lah watak mak-mak kan? Tak kan nak bagi pada Lindsay Lohan pulak.. WM main peranan sebagai mak memang menjadi. Tetiba rasa redup mata dan sejuk hati.Ececehh.. Muka paling rajin jadi anak-anak ialah macam Rosyam Nor ,Jasmin Hamid,Elly Suriati (bapak ganas tgok dia lakon)dan lainlain

5) Tiada Kontroversi
-Pernahkah WM di kontroversi dengan sesiapa?Setakat hari ini takde pulak dengar..Kalau pelakon yang pernah kena banned tu,lain lah..Oh siapakah,siapakah itu?Hehe.. Pelakon baru wajar mencontohi beliau heh! Bukan terus hanyut dengan cerita cinta moyet sana sini kan? Lepas tu.... tenggelam..


Bukan setakat itu,blogger/member pon suka sangat sakat dan scandalkan guwa dengan Wan Maimunah dalam percintaan facebook woo!! Den sajo gatai-gatai lotak DP Wan Maimunah kann.. Padan mukoo! heh.heh. Takpe,guwa sporting  ^^







" jom balika jom balikaa... saya ni bodyguard AA taw!..k bai"









NOTA KAKI:  Sori sangat KAWAN.. kebelakangan ini AA sibuklah.. Takde masa nak bw. Jumlah komen pon merudum. huhu..

Sunday, August 21, 2011

Ending Cerita Yang Wajib Ada Semasa Raya


eh Rosyam Nor dan Wan Maimunah pinjam pic kejap ya :P


Anak atau Emak Mati 


                 Kalau korang perasan, hampir setiap tahun kita akan di sajikan dengan drama air mata. Semua pengarah pecah kepala kut nak buat stori feling-feeling sedih. Hope abang Rasyid Sibir tak baca..Paling berjaya membuat AA meraung ialah sama ada anak atau emak akan mati sebab kena langgar dekat kereta …Alahaiii….Lepas tu,time plak macam kene jew dengan 1 Syawal.. perrrrr… Kalau pembawa watak jadi mak,AA sure akan bagi award pelakon terbaik dekat Fauziah Nawi dan Wan Maimunah..hehe..

Bertaubat 


-          Sebelum bertaubat, sure laa pelakon-pelakon akan mabuk-mabuk…rogol sana sini..Eh tapi kenapa harus ada rogol?hehehe..  Kalau tengok ramai-ramai dengan family,bukan main kena sumpah seranah weh… Sebab watak yang dilakonkan itu sangat luar biasa..Sampai Shahir pun dapat idea nak buat title lagu (apa merepek ni)...Sebagai contoh lah kan, dari seorang pelacur,berubah jadi ustazah.. Dari seorang perogol jadi cikgu pendidikan seni(yeke?).. Dari kaki clubbing berubah jadi AJK masjid.. Wah!! Paling bagus lepas tengok cerita macam ini,ada ler keinsafan jugak kan..

     Kejap Betul Dah Jadi Tua 

-          Pada ending cerita , kita akan tertanya-tanya.. eh yang tua ni siapa pulak? Nyatakan padaku siapa? Siapa dia (jerit kt tepi telinga kuceng.haha) Lahh... Rupa-rupanya,selama 1 jam 45 minit cerita nih rolling adalah betul-betul mengisahkan hidup dia masa muda-muda dulu.. Cehh…  Tangkap feeling beb bila dia ceritakan balik pada cucu cicit nya..   Paling kantui bila dah tua, warna rambut mesti kena putih ada gimik uban.. Pakai spek kat hidung sampai AA risau dah macam nak jatuh jew spek dia aihh.. Jalan terbongkok-bongkok.. Selendang tak matching dengan warna langsir ..erkk..dan macam-macam lagi..hehehe


Mayat berulat-ulat


            Pada yang dah biasa tengok cerita anak derhaka  dengan  ibubapa,sure dah dapat agak ending cerita macam ini.. hehe.. Paling sadis,anak ini tak sempat nak memohon maaf dengan emak dia.. Emak pulak tak dapat terima perbuatan kotor anaknya itu… Isy-isy.. Mintak-mintak dijauhkan..


Watak ayah? Eh sure akan jadi cool dan relax jew.. Best sebenarnya main watak jadi ayah ni.. Kalau tak ada scene baca paper.. Cangkul tanah.. batuk-batuk sambil tengok wallet, itu dah kira fail untuk ditayangkan di hari raya ya.. TV3 dan Astro sure reject ~Harap maklum..hehe… Tetiba teringat dengan Jalil Hamid laa.. Alahai.. Lama tak dengar lagu Raya dia..hehe


Adik-beradik Terpisah


                  Nak dijadikan citer, masa kecik-kecik diorang ini dah lama terpisah rupanya. Bila dah besar, masing-masing ada gaya dan perangai tertentu.. Jadi,scene paling popular  nak temukan mereka ini ialah terlanggar bahu.. Jatuh cinta… Kena ragut.. Korek punya korek,sama ayah rupanya.. Cehhh…. 



Perkara –perkara yang membantu untuk  semua penonton meraung ialah:


-Lagu raya yang tangkap feeling diputarkan dow.Misalnya, Sudirman- Dari Jauhku Pohon Maaf.. Aisyah-Pulanglah ..Uwaaaa!!!*sob sob.. sambil rotate hingus supaya xjatuh

-Gema takbir raya yang membuatkan penonton koyak-koyak baju sebab sedih gilerr... Serius dow.. Sebab itu orang kata, sebelum raya jangan takbir... Nanti penghuni kubur akan menangis..Wallahu Alam ..


-Rumah kayu yang dah usang gilerr.. Siapa yang pernah tengok cerita Pondok Buruk sure tahu? Sedih giler kau..


-Anak ramai tapi ayah kurang mampu nak buat kerja.. Kasihan sangat.. Bercucuran air mata jantan AA nih....


-Berlakon di tepi sawah.. Tetapi kenapa mesti sawah? Apakah salah sawah itu.. *pengsan

-Wasiat terakhir semasa koma... Aduhaii....  *cop! doktor akan disalahkan sebab time panggil, dia ilang :p






NOTA KAKI: Sila sediakan lebih banyak tisu dirumah anda.. Sekian.