Showing posts with label weird. Show all posts
Showing posts with label weird. Show all posts

Thursday, July 28, 2011

Takde Kutu Ke Rambut Kau?

      Setiap orang ada rambut kan.. Sebab rambut ini merupakan mahkota parade paling berharga bagi setiap insan terutama kaum wanita lah..Ape-apehal orang akan belanja lebih untuk rambut berbanding anggota badan lain.. Ada orang kata,muka kurengg pun tapi still nampak cantik dan encem kalau pandai menggayakannya mengikut bentuk muka kalian ah kan..

Pernah tak korang terfikir, satu hari nanti kita tak perlukan tukang gunting rambut lagi dah..Macam mana tu?
Seperti mana apek kat bawah ni...cer cer tengok!!


dia bukan nak pergi sawah ye..Harap maklum.MUAHAHA

pergh... penuh bergaya dengan rambutnya.. Korang hadoooo???

bersama isterinya.. bukan panjang woii!

amik kau.. sekali tengok macam ular baii... HAHA


 takde kutu ke weh?? aduii


siap sedia untuk pergi keje.. tak silap,dah 20 tahun dia mcam ni..
perr, tahan pulak kulit kepala dia..


AA pakai shampoo hari-hari pon gatal kulit pale weh.. Shampoo ape eh sangat bagus untuk hilangkan kelemumur ni?? ataupun korang ada petua tak?? Share ah.. huk huk huk..




NOTA KAKI: Begitu diskriminasi dengan orang yang ada kutu weh :p

Friday, July 15, 2011

Signifikannya Nombor 721

Assalamualaikum ..

Hari ini rasa terpanggil untuk update blog jap..  sebelum ini punyela malas. Bukan apa nak update pon takleh,line maxis buat hal ah..Geram btul..



Dalam ruangan sedikit ni,AA nak ucapkan tahniah dan terima kasih kepada follower yang ke 721.. iaitu cik Lola Lavender. AA tak dapat balas kunjungan sebabnya,awak tak letak LINK BLOG. Sudah pasti ,sukar untuk AA jejak kembali..

yellow square is her =)
 
Jika awak datang ke blog buruk ni,silalah komen dan tinggalkan URL ek..HUHU
berbalik pada topik asal,kenapa no 721 ini begitu signifikan kepada AA .Sebenarnya, no 721 itu ada maksud tertentu..iaitu

 7: nombor feveret 
21: tarikh lahir AA.. the exact day of birth is 21 November 198*..

so, thats why la nombor ini mempunyai kaitan rapat dalam hidupku...sampaikan email pun ada 721: anip_721@yahoo.com ..in short, kalau apa-apa yg berkenaan nombor 7 &21 pon AA rasa BESTT .haha..Masa pakai nombor phone maxis dulu pon ,  i got dis one 0172196*** ..Nombor ini AA pakai dari 2004-2010 .. Selepas itu, curang kepada Upax Celcom pulak,HAHA
 Kemudian, berkenaan dengan no 721 ini pon AA ada perasan, masa SPM dulu-dulu no gilirannya (gigih nak hingatkan kembali)..it was,NC421C021 ... U SEE?? ..
Masuk pulak universiti, pun ada kaitan dengan nombor 721 ini.HAHA..
 baru perasan.kos yang AA dapat skunk pilihan ke 7 dalam borang UPU dulu.. AA ingat bukan ape,pilihan no 1 dan 2 tu gagal masa interview medsi..sob3... Lastly,dapat nombor 7
no matrik AA ialah: 196072
 * kat UUM ni sume start 19****

 nombor bilik pulak: 2A215
jumlah kredit sem pertama: 21
Last but not least,
nama penuh : MUHAMMAD HANIF ABDULLAH .. ada 21 huruf?
hari lahir: TUESDAY .. 7 huruf??
Wah banyak pulak kebetulan kan.. DAH! malas kaji lebih-lebih karang menyeramkan pulak jadinya..
Bak kata penyanyi ieda moin,dia takleh jumpa no 4..kalau tak, mesti membawa sesuatu makna BAIK ATAU BURUK.. Macam-macam lah ..


Esok pagi nak pergi amik lesen KERETA.. Aduhai,apsal rasa cuak lain macam ni eh.. Hope segalanya berjalan dengan lancar.Terima kasih Syufaat,ada teman jugak nak pergi esok..GUYS, WISH ME LUCK!!



NOTA KAKI 1:Suka dengar lagu Kebetulan atau suratan
NOTA KAKI 2: Amat dialu-alukan sape2 yang nak exchange link dlm bloglist :)

Saturday, July 9, 2011

Kronologi Manusia Berbulu


Salam Readers!!
(p/s: Penulis tidak akan bertanggungjawab sekiranya pembaca didapati terkena heart attack..wah over!)




1> Kid Hairy Cina atau nama betul dia Yu Zhenhuan popular dah sekitar 2002 (Wah,time AA Tingkatan 1 kut).. Kanak-kanak ini sememangnya 'agak' berbulu dan menghadapi masalah pendengaran disebabkan rambut di telinganya. Yu dilahirkan di bandar Anshan dalam wilayah Cina Anshan pada tahun 1979 dan rambut-rambut ni mula lebat pada usia 2 tahun..Sekarang ni,budak ni dah besar pun.. Cer tengok picture bawah tu,dia dah bujang..



2> Yang ini pula,Jesus Aceves iaitu dilahirkan di Loreto ,Mexico.Merupakan orang kedua dalam keluarganya yang dilahirkan dengan keadaan yang jarang dikenali sebagai hypertrichosis. Mukanya dilindungi dengan rambut, membuat dia menyerupai serigala .. Kasihan jugak sebab orang gelarkan dia lelaki monyet.Amboi,kalau orang panggil korang camtu sentap tak?huuu.. Walaupun macam nie,dia dah berkahwin dan mempunyai dua orang anak perempuan taw.. Pada tahun 2007(not sure), Chuy ni masuk Ripleys Be or Not(ala dulu ada tayang ditv3)dan Guiness Record..



3> Selepas itu, saudara rapat Victor "Larry"(kiri) dan Gabriel "Danny"(kanan) Ramos Gomez ini pun menempuhi hidup sebagai orang berbulu.. Kedua-dua mereka ni mempunyai peluang untuk menjadi bintang TV apabila ditawarkan membintangi peranan dalam X-Files(lama dah tengok siri ni..so tak hengat part mana dorang berlakon)


 

4> Stephan Bibrowski atau lebih dikenali sebagai Lionel Man Lion(singa?).. Seluruh badan beliau telah ditutup dengan rambut panjang seolah-olah serupa singa(Kusmangatt..camne tu?tak miang ka?)..Stephan ni lahir kat Poland dan mak dia menyalahkan bapak eh sebab tengok singa masa mengandungkan Stephan ..Maybe kenan kut..kan?




5> Pruthviraj Patil telah dilahirkan di Mumbai, dengan "Sindrom Serigala" kerana yang dia mempunyai bulu penuh kat muka dan badan .Memang tebal giler.. Dia dan ibu bapanya telah mencuba pelbagai cara Ayurvedic tradisional(cara perubatan india la kiranya), pembedahan laser dan homeopati, untuk menyembuhkan penyakit nih tetapi tidak ada satu pun berjaya..Subhanallah.. Semua ini mesti ada hikmah.Allah Maha Mengetahui..



6> OK,Siapa kata wanita tak ada janggut?Mai baca sini.. Nama dia ni,Annie Jones dan merupakan seorang wanita dari Amerika yang berjanggut kat area Virginia. Namun,masih tak dapat sahkan lagi genetik dia ni..Haik? *pengsan

Tapi bila dah dewasa, Jones menjadi terkaya di negara ini sebagai"wanita berjanggut" dan bertindak sebagai jurucakap kat sane untuk satu program(ape tah).. .Kemudian dalam kerjayanya, Jones melawat ke Rusia dan terus  menjadi seorang ahli muzik. Kemudian,Jones berkahwin dengan Richard Elliot pada tahun 1881.. Pada tahun 1902 pulak, Jones sendiri meninggal dunia akibat tuberkulosis.



7> Sawadikappppp!! ha,dia ini sure la dari Thai.. Supatra Sasuphan namanya, seorang gadis yang berusia 13 mengalami "sindrom serigala" gak..
 
Kasihan sangat dengan  hidupnya  sebab  kanak-kanak lain  memanggil dia "muka monyet" dan "gadis serigala". Tetapi kini , Guinness Record  dia telah membuat beliau sangat popular di sekolah. Walaupun orang suka ejek dia tapi ada jugak orang hargai dia (at least)..Hasil kajian didapati,Supatra jadi camni  adalah disebabkan oleh kromosom yang rosak.



8>  Nama dia Julia Pastrana dan lahir di Mexico..Telinga dan hidung dia ni agak luar biasa dan giginya tidak teratur. Charles Darwin (masa zaman dia ni)menggambarkan beliau sebagai: "Julia Pastrana, penari Sepanyol, adalah seorang wanita yang amat halus, tetapi dia mempunyai janggut tebal maskulin dan dahi berbulu.. Agaknya,sebab itu muncul teori Darwin kut after keluar wujud orang begini..



 

9> Siapa pulak dia ni?Percilla telah dilahirkan di bandar Bayamon, Puerto Rico.Pada satu hari,ketika bayi laa .. ibu bapanya pergi ke New York City untuk check dia ni oleh pasukan doktor. Dia kekal di New York selama tujuh bulan sebelum kembali ke Puerto Rico. Malangnya cam xde kesan je..,Percilla meninggal dunia pada tahun 2001 di umur 89(pnjang hayat dia).. hmmm..









NOTA KAKI: Setiap apa yang dijadikan Tuhan,pasti ada hikmah sebalik kejadian itu.. Sama-samalahkita renungkan..