Showing posts with label awet muda. Show all posts
Showing posts with label awet muda. Show all posts

Monday, September 5, 2011

Rahsia Nak Dapat Muka Tegang Macam Kak Nita


fuiyooo... cicak nak drift kat pipi dia pun segan! :P

            Zaman sekarang semua orang tarik-tarik rambut nak dapat muka cun melecun macam artis terutama perempuan laa .. Sampai ada yang sanggup melanggar perintah agama bagaii untuk memiliki kulit yang cantik beb...Misalnya,pembedahan plastik dan suntikan botox..Kenapa? kenapa? Eh pernah tak korang terfikir benda ini hanyalah membuang duit dan karen semata-mata untuk menegangkan kulit.. Cuba  ketahui rahsia nih.. Akak AA selalu amalkan...*wah dah macam jurucakap Avon plak aih



Bahan-Bahan yang diperlukan:


Telur burung unta@ayam dari Tesco
Tisu dari umah kenduri
Piring dari Mak Cik Jenab
Limau nipis lagi segar


Cara-caranya:


1) Ketuk telur korang eh telur burung unta@ayam yang dibeli dari Tesco itu dengan kapak ya.Ketuk perlahan-lahan.. Kasi lubang itu hujung telur.. 


2)Selepas itu, asingkan putih telur tadi didalam piring yang korang baru saje beli dari Mak Cik Jenab semalam.. Kalau nak dapat berkat,jangan tanggal harga lagi ya..hehe..Kemudian, perah limau nipis sepenuh hati korang dalam piring yang sama.. Kalau malas nak pergi kedai, korang mintaklah dekat jiran sebelah.. Macam tak biasa pulak aihh..hehehe,, Kacau kedua-dua bahan tu sampai sebati.


3) Ambil 2 atau 3 helai tisu dan rendam ke dalam piring itu tadi selama beberapa minit. Kalau korang nak berendam sekali pon takde hal.. hahaha


4)Lekatkan tisu tadi ke muka berkedut korang itu secara perlahan-lahan,haruslah,ada gaya-mutu-dan-keunggulan.. Kalau ganas,nanti tisu itu koyak plak..


5) Biarkan ianya sebegitu rupa selama 3 jam atau lebih.. Selepas itu,basuh muka dengan air paip dan bukannya air cincau plak eh…hehe..Hasilnya,korang akan dapatlah muka tegang macam Nek Kak Nita..Mudah tak?hehe… Guna jari pon boleh… Murah pon murah!


AMARAN!!


-Jangan guna tisu yang dah diguna orang lain.. Nanti ulat bersepah-sepah kat muka korang
-Hati-hati di kaw mata.. kalau kena sangat pedih woo!!

 iklan= Kawan AA cakap,rahsia kecantikan Nek Kak Nita,hanya ambik air wuduk je dow...takde botox2 nihh.. errr.... *pitam 3minggu




SELAMAT MENCUBA!! :)








NOTA KAKI: Petua ini sesuai juga untuk menghilangkan parut jerawat, sekadar perkongsian je..hehe..