Salam Readers!
Malam semalam AA ada post status di Fb yang ada unsur-unsur seremmmm.Begini,
Bukan main ramai menggigil ketakutan..HAHA..rilex la..
paling lawak,
sebenarnya,ayat status itu AA copy dari laman forum.tolong jangan marah AA..bukan nak menakutkan korang,just nak share je pasal kemisterian lebuhraya Karak .Al maklumlah,selepas sahaja tonton filem Karak 2bminggu lalu,AA rasa terpanggil untuk mkaji apa jenis hantu atau rahsia yang sebenar-benarnya jalan lama itu..
Dulu-dulu,memang popular dengan ruangan kongsi cerita hantu bersama Isma Halil di THR rite?akak AA gemar dengar .dahla malam jumaat,seram bai...so,AA tak nak dengar time tu.Lagipun budak-budak tak boleh tido lewat(eceh..alasan ;P) .Ok selepas itu tergendala kan???jeng4...sebab?? no comment
KEMISTERIAN YANG PALING POPULAR DILEBUHRAYA KARAK:
1-Perempuan kebaya tanpa kepala
-yang ini tak tahula apa kesahnya..maybe kena langgar kut
2-Kereta wolkwagen kuning
-orang kata,kalau kita potong kereta nie ..dia muncul lagi ..dan lagi depan kereta kita.pulak dahh..
3-si suami mati dibaham oleh cryptid(tak sure binatang or sebaliknya) di bumbung kereta
-orang kata,kes ini paling popular..dalam x-file polis,sebab??maybe taknak menakut-nakutkan orang ramai..sebab itu dalam cerita 360 tadi tak sebut perihal nie..
4-si anak cari emak dia yang hilang
-anak yang berpakaian sekolah dan muncul apabila orang hendak cari tandas
5-pontianak kacau pemandu yang lalu lintas
-susah nak cakap,maybe pontianak ini dah terdesak nak kahwin.HAHA
6-ada pocong baring atas jalan tiba-tiba
-aduhai.. takde rumah ke ape hantu nie..serius seremm kalau korang nampak..
SEBAHAGIAN LEBUHRAYA YANG PALING MISTERI SELAIN KARAK
-Lebuhraya Bentung-Gua Musang(area bukit 7)
-Jelapang
-Merapoh
-Tangkak(area Johor-Melaka)
-Bukit Tangga(sejujurnya,bukit tangga ini lebih seremm dari bukit putus)
-Grik
PALING MISTERI AA JUMPA PASAL KARAK
-Ada orang kata lah kan,seorang Sheikh ni dia mengembara dari Gua Karak tu terus ke ke Gua Batu Caves...tapi rasanya bukan pakai jasad dia tapi roh/soul dia kut...seharian perjalanan..
-Kan tadi AA ada kata suami yang mati atas bumbung itu,menyerupai seperti kelawar jadian(besar setinggi manusia) atau macam cerita JEEPERS CREEPERS rupanya..adesss!!
-Rupa-rupanya,lebuhraya karak ini dibina atas tanah perkuburan orang asli???ini semua kerja komunis la..kalau tak,memang takkanla jadi seremm camni..ciss..
-Ada pontianak di situ..tips:kawan sekolah AA kata,kalau pontianak ni dia mengilai kuat tandanya,dia jauh dari kita..kalau dekat,dia tak ngilai???OMG
-istilah/maksud Karak tiada dalam Dewan Bahasa..(ok,im shocking!)dari segi ejaan pon dah seremm kan,'Karak' pusing kiri-kanan pon tetap tak berubah.. adakah ada kena mengena dengan bahasa orang asli?orang lupa nak kaji asal-usulnya?
...................
INGAT!!
-kawasan hutan macam ini,korang jagalah pertuturan..kalau terbau/terlihat apa-apa janganlah tegur..
-kalau nak jalan jauh tu,pastikan bawak rakan korang..at least 1/2 orang ok??
-jangan sesekali berlagak hebat kalau pergi korang tak kena ganggu,balik korang selamat juga..
-pastikan bawak kenderaan dalam area pukul 10pm ke bawah..set??
-make sure baca surah kursi atau apa-apa bacaan sebelum bertolak.. doa itu kan senjata..
-------------------------------------------------------
-kawasan hutan macam ini,korang jagalah pertuturan..kalau terbau/terlihat apa-apa janganlah tegur..
-kalau nak jalan jauh tu,pastikan bawak rakan korang..at least 1/2 orang ok??
-jangan sesekali berlagak hebat kalau pergi korang tak kena ganggu,balik korang selamat juga..
-pastikan bawak kenderaan dalam area pukul 10pm ke bawah..set??
-make sure baca surah kursi atau apa-apa bacaan sebelum bertolak.. doa itu kan senjata..
-------------------------------------------------------
jam sudah menunjukkan pukul 2.30am..sambil buka surah yasin pon,perasaan cuak still ada ni..aduhh..okeila,'dia'macam tak bagi AA cerita lebih-lebih aje.. (^_#)
OKEILAH.CHOWW!!
NOTA KAKI: Orang kata bila jalan itu dah hanyir darah,'dia'sure nak darah lagi

