Monday, July 4, 2011

Babak Popular Drama Melayu

Salam Readers!..Stalker!Silent Reader!
*bunyi unggas*

Siapa suka drama melayu kat sini??
sila luruskan jari manis anda cepattt!...!! WAHAHAHA

jom merepek lagi kerepek bersama-sama AA hari ini.. ^^
asyik beri tips je ..sesekali nak merepek apa salah kan?? HAHA
bosan- bosan,AA pon ambik keputusan melatih diri melukis guna PAINT ni..
tak tahulah jadi apa..EXPERT TAK??..HAHA *gelak paksa*



















**sila tafsirkan sendiri gambar terbabit 




NOTA KAKI: Adess..berpeluh ketiak lukis benda alah ni,KOMEN JANGAN TAK KOMEN..hehe

Sunday, July 3, 2011

Ini Rahsia Blogwalking Aku ..Korang Pula Bagaimana?



jika blogwalking guna berukband macam ni lerr..huhu..


1)Simpan Blog Yang Ada Link

-Jika anda terserempak dengan blog yang ada link seperti pic dibawah,jangan terus tekan pangkah! Sebaiknya,simpan blog ini dalam bookmark korang. Kenapa AA kata begitu? jika korang ada masa terluang,korang tak perlu susah payah cari link tetapi klik sahaja senarai link didalam blog itu. Mudah kan?

cik hazwani.. minta kebenaran print skrin eh..*at the same time,nak promot blog hang ;p*




2)Masa Yang Strategik
-AA nak tanya,jika korang nak mintak penampar duit belanja dengan ayah/mak korang masa mood dia marah or cool?Sure dalam keadaan dia cool rite..Ok itu perumpamaan sahaja.Jangan kerut2 dahi k..HAHA..Begini,korang perlu tetapkan masa secara sistematik blog manakah perlu anda lawat ikut kelajuan internet korang.Baiklah biar AA bagi contoh mudah ya..
 

>>>Pukul 2pm-6pm..internet AA sangat slow jadi AA asingkan dan simpan dulu link (cepat2 stop bila rasa terlalu berat) yang mempunyai blog yang ringan

>>>Pukul  12-3am ..internet AA sangat laju jadi masa ini sesuai untuk terjah blog berat sahaja
Kesimpulan cara ini: Anda akan ceria semasa baca entry dia,ada mood untuk singgah lagi dan lain-lain .HEHE

INGAT!!

Korang boleh bahagikan beberapa blog dalam sehari yang ingin korang terjah.Contoh,10 blog pada waktu petang...10 blog pula waktu malam. Jangan paksa diri ya adik..abg ..akak sekalian.NGEH3



3) Jangan Curang
-Semasa blogwalking disarankan anda jangan curang dengan website lain ya.Fokus!! *wah gituu* Sebagai contoh,semasa blogwalking …korang  tiba-tiba rajin tak tentu pasal nak buka Metro Online la.. Youtube la.. Memang jadi slow lah loading blog dan menganggu proses ‘kekusyukan blogwalking’HAHA..Jika line korang laju seperti roket ,its ok..HEHE



4)Follow dan Komen
-Baiklah,rasanya semua blogger akan menggunakan kaedah ini kut.. Apabila selesai follow blog tersebut,terus komen entry latest blog itu.. Paling tidak ,tinggalkan kesan gincu pasa blog itu sebelum korang blaa.. HAHA..Yang ini bergantung pada blogger itu juga..Secara terus terang,AA lebih selesa komen pada blog yang guna pop-up window dan pada home page,dia letak 3 and above entry..Yang ini,AA setujulah dengan kata-kata Mr K Dah klik?..Betul gak kata dia kan??? Agak leceh dan bosan..Pada yang pasang read more tu,jangan marah noo.. Hm..pandangan/penulisan Mr K nie selalunya true color and gentlemen  HEHE


5)Link Blog Anda Sangat Berharga
-Kebanyakan blogger hari ini sangat mengutamakan pageview,SEO,traffic dan sebagainya.Jadi,pelbagai cara yang dilakukan untuk promosi link mereka.Paling popular,tinggalkan link di CBOX dan SHOUTMIX. Sebab itu tak hairanlah ada yang sanggup guna mesin autoblogwalking untuk menaikkan traffic mereka~~Tangan didada,mata ke atas... Selain itu,korang boleh promosi/ping blog ke Facebook,Twitter ,Friendster(ade ke?tetttt ) dan pelbagai alternative lagi..Bak kata Profesor Anif Eistein*erkk* "Semakin rajin anda blogwalking,semakin tinggilah kebarangkalian orang melwat blog anda"….Ngam??


Fakta: AA tak pernah join apa-apa segmen bloglist dari Ben Ashaari atau mana-mana blogger pun TETAPI entah macam mana baru kelmarin AA telah join segmen ini: Seminggu 100 Follower Kembali   Serius! Ramai yang terkejut dengan kenyataan AA ini.. Diorang tak percaya AA boleh dapat Follower ramai dengan cepat.. :P (dalam hati *lalalala*  )


Apsal sejak kebelakangan ini, AA begitu pemurah dengan tips eh??HAHA..Untuk korang(muah muah everyday)no hal beb..aiman tak kesah.. KIKIKIKI 


NOTA KAKI: Teringin nak buat Contest la..Hadiahnya kemungkinan handphone Nokia.Ada cadangan?