Tuesday, October 11, 2011

Hafal Kamus






Eh pasal entri Siapa Yang Wrong Number Sebenarnya Ni? I bukan retis la.. I ada betis je hoi!

 eh.. 

Ehem-ehem berbalik pada tajuk.... Tahu tak, masa sekolah dulu, AA selalu berangan = nak cakap omputeh didalam rumah.. Makan   
mee pakai chopstick sambil tengok mak jah winfrey.. Makan kek keju sampai comot-comot dan ditegur dalam english oleh my sis, “hey,what is this.. better u go to toilet heh!” 
Dalam suasana rumah yang fully cakap BM,memang payah laa nak cakap omputih kan. Kalau ada pon,

“im sorry”
“what?”
“thank you”

Itu sahaja.Boleh bilang dengan hidung. Kalau speaking banyak sikit,dah pandai macam caripah amani.. kang kena banned dalam umah sendiri,siapa nak bela anak kesayangan Abdullah ni? Heh!
Itu belum lagi berangan nak hapal kamus tebal-tebal. Zaman sebelum kelahiran kamus besta,AA guna kamus setebal bibir negro tu la. Hari-hari selak. Satu perkataan,duopuluhminit. Sementra nunggu akak cari makne “scheduling”, AA merangkak ke dapur untuk goreng cekodok dan keropok lekor dulu. Wahaha..  Last-last,mencekik je lebih..  Pergi kelas,kena cubit ngan teacher sebab tak abis cari makne. Hamik!
Namun sejak masuk uni & ada binatang(google translate) ni,




 Memudahkan ku untuk membuat esaimen dan slide ..Walaupun, tahap keyakinan ke’transelat’an itu wajar ditertawakan.. Lalala..  Orang kata salah satu alternatif lah jugak kan?Tapi jangan bergantung harap 100%.. Kalau semua nak ditranselet dalam BM, nanti kau nak makan hape jika duduk belajar di negara eropah?? Camne nak keje dengan 8tv? Tak sihat gak kalau tak reti goreng dalam english kannn.... 

Kalau dah malas nak baca buku ala-ala TIMES,baca blog Azham Vosovic ni pun dah boleh improve ur language.. Azham jangan sesegan nak kembang idung ya..("oo") Siyes,jangan sia-siakan peluang nak belajar bahasa international ni.. Dekat universiti,over all pakai english.. Nak cari sumber BM memang susah? Dapat pulak jenis lecturer yang "eh bm?Tak koser i nak bacaaaa... "(gedik ta?) Wahaha.. Jadi kawan-kawan, berakit-rakit ke hulu sampai ketepian ..er.. lepas tu ape tah..




NOTA KAKI: Nak cara cepat atau lambat?

Saturday, October 8, 2011

Siapa Yang Wrong Number Sebenarnya Ni?

Assalamualaikum. Lama sangat tak hapdet blog ini.. 
Busy katenyer.. Hehehe *hentak-hentak kaki
Hari ini nak bebel sikit boleh? Err..Semalam tengah sedap korek idung sambil dengar lagu Zaitun Sameon,then ada dapat mesej berbaur tak puas hati.. Macam nak ajak masuk WWE pulak kann.. Grrr..


Mesej pertama :

Sejurus dapat mesej macam ini, AA terus balas.. "call awak? sory.." 
time tu memang takde selera makan nak taip panjang-panjang.. 
Tak tahu la lelaki/pompuan ni..

Mesej kedua: 
Kemudian, dapat mesej sebegini dalam around tengahari tadi(keesokan hari)
ouh.. yang ini laa nombor 
yang 'mendakwa' AA call dia..
Jadi,AA pon say sori la.. malas nak pikir banyak

Mesej ketiga:


Selepas dapat mesej dari tuan punye henpon (mesej kedua), tetibe dapat mesej dari budak semalam yang tak puas hati kenapa call kawan dia.. eh.. apa ni? 
Kenapa baru sekarang nak balas...?
Perlu ke wakil-wakil?
Ada niat tersembunyi ke...?
Okey, AA nampak sesuatu yang tak kena disini.. Jadi AA pon selidik laa macam ala-ala cerita 
CSI tapi versi Sintok kaedahnyerr...Hehehe
Cuba korang bezakan kedua-dua picture dekat bawah nih..



(1)

(2)

Selain henpon yang tak secanggih Galaxy ,apa yang korang nampak??
Err.. Sure la dari segi [masa] mesej itu sampai kann..
Mesej pertama dan kedua,lebih kurang jew time dia..
Apa ni wehh??
Nak tipu pon agak-agaklaa.. Silap orang lah beb..
Masalahnya bukan apa,si kawan empunya henpon (yg 'mendakwa' AA call dia) kenapa
tak mesej semalam jew? Dan... Kalau AA nak bersangka baik pon,maybe kebetulan kut
time dia nak mesej tuhh.. What??

YANG PELIK :
1) AA dah check history 'DIALLED & ANSWERED",kenapa tiada dalam list no mereka??
2) Group member esaimen? Peserta projek AA? = No!
3)Hantu Kak Limah...?? Eiwwww.... Simpang!! (bak kata ucop wilcha)

KEBENARAN TERUS DI CARI:
 Setelah dapat mesej-mesej annoying macam ini, AA ambik keputusan 
untuk mesej mereka, bunyik macam ini..
" Can u give me what the specific time I have called you if I had known you were available?  "
Dua-dua makhluk ini senyap!?
Tak paham laa... 


" Mr AA ,kalau u kena kacau i boleh help u "
"Ngaaaaaaaaaa... Larikk!!"

guys,im not the person who take so easy ah benda-benda gini..  tak ke benda ini menyusahkan orang lain? Dahlaa belajar jauh-jauh.. Banyak benda nak pikir.. Takde masa nak layan benda anoyying macam ini.. Wah, bunyik macam marah pulak kann.. Huhu... AA bukan jenis pemarah orangnyerr...Hope,sesiapa yang ada terima panggilan sesat.. Mesti tertanya-tanya siapakah gerangan itu.. Macam tu takpela,bukan dia sengaja call.. Camne pulak orang yang tak pernah call (nombor in/out of de list) dan tetibe kena serang?? Hmm.. Its ok.. AA ini baik orangnye, ececehh

"saya maafkan awak.. lain kali kita jangan nak tipu or manipulasi nombor orang laa.tq"
(bajet budak dua orang itu baca blog anif abdullah ni je ..huhu)





NOTA KAKI: Rambut sama hitam,hati lain-lain munah oii