Saturday, November 5, 2011

Gempak Tak Tajuk Ini?..."DATING bersama ADIBAH NOOR"


Kemain lagi tajuk kann..
dalam ENTRY MINGGU LEPAS,
masih ingat lagi tak dialog ini..

(shrett..shrett!! --> sound effect setelah di-plashback)



Sebelum itu,nak berpantun 4 kerat boleh...?? ehem.. ehem.. 
"Korek Hidung Rasa Bahagia,
Jiran Sebelah Sibuk Nak Cuba,
Pestime Naik Flight Rasa Gelisah Di Dada,
Tapi Sebabkan Report Esaimen Ku Redah Sahaja"

Walaupun pantun itu berbunyi hodoh,tapi saya rasa patut berPERASAN hensem lagi bergaya pada esok hari .. Sudah berangan duapolohsaat,si pramugari dekat airport A,Setar itu akan berkata begini...

"encik anif.. ada apa-apa yang boleh saya tolong?"
"boleh.. berikan saya jus oyen "
"baik,encik anif" --> eh mana dia taw nama guwa
"opss. kasi straw lebih"
"nakal.. babap nak?
"......."




Dialog di atas hanya rekaan dan angan-angan je beb .. tetapi,


TAK SANGKA ... Selepas Check in t'jumpa pulak..eh cam tak best je ayat terjumpa..haa,terserempak pulak dengan,


Nampak tak?Wiwit... Kak Adibah Noor beb! :D  *adibah je..tu pon heboh
Teruja laa. Sebab minat sangat dengan bakat lakonan dan nyanyian dia. Hope dia minat jugak baca blog aku ni :P


Kitorang jadi konpius: Samaada aku yang terlebih kurus,atau dia yang terlebih besar..Kekeke..


ANTARA DIALOG YANG SEMPAT DIRAKAM (siyes tak tipu.. jika mahu bedahlah dada ini )

AA: Hai Kak Dibah.. Apa khabar.
Adibah Noor: hai. sihat je.
AA: i nak bergambar dengan u boleh? *muka teruja
Adibah Noor: Sure. Nak berdiri atau duduk sebelah i?
AA: err.. duduk lah. hehe
Adibah Noor: U buat three eh ..ok..ok.. i buat two(peace).. Hehe

********************** SETELAH PICTURE DIAMBIL****************

      Kami borak,borak dan borak...  (takleh citer di sini heh, nanti takde privacy.. ecehh)

p/s: dia sangat sempoi dan kelakar :D

dan, ENTRY LEPAS ada juga tulih dialog begini : "Hope dapat duduk tepi tingkap.. Boleh cuci mata tengok keadaan kat luar flight kan.. ececehh.."


Alhamdulillah..AA dan kawan lagi sorang dapat sit tepi tingkap.. ( Tutup mulut menahan sebak didada)
Sampai owang yang duduk sebolah den pun naik hairan....Apo hal budak ni tak toleh-toleh arah dio. Hehek. ~Bukan apa,kusyuk sangat tengok keadaan di bawah..


serius, sangat cantik!


Tetapi tak puas lahh. Sekejap sangat seyh. 40min je.. Baru nak korek idung,tup tup dah sampai LCCT .. Alhamdulillah,akhirnya selamat sampai..  ^^

Hah.. Pramugari cantik cantik tak?
~Boleh lah. 
Hah.. Pramugara ramai tak?
~tak nampak pon
Hah.. Gayat tak tengok bawah?
~tak,jiwa saya kental
Hah.. 
~apa hah..hah? Pang nak!!

~~Antara soklan feveret dari kawan-kawan. Terasa diri ini seperti retis pulak.. eh.. :P ~~
Dah. Dah. Orang yang baru turun dari flight kena tidur awal. Jadi,saya tido lahh ye. Nite. 


NOTA KAKI: Ala.. Lupa nak mintak nombor Kak Dibah (motif?)
NOTA KAKI: Ingat nak hapdet pasal Anugerah Skrin 2011.. Tapi kang banyak sangat kondem,orang marah pulak.zzz dulu ye :)

Friday, November 4, 2011

Tips Mengelak Kaki Dari Kebas



 "apsal pic i ade sini AA.. nak kene cabai ?!!"

1) Goyang dan Urut Kaki
 Ketika kita sedang sibuk melayan facebook,blogwalking dan lipat kain…Mudah betul kaki kita diserang kebas -kebas..Betul tak?Oleh itu.. Tiada sesiapa melarang kalau kau nak hentak-hentak kaki 10 minit sekali sekala..Kemudian,manjakan kaki..Urut perlahan-lahan…Pandang kedepan.. Rehatkan diri(apsal macam kawad pulak nih?)..Insya Allah berkesan. Lepas tuh,sebaik saje selesai urut kaki menjadi kebebasan untuk kau bau tangan tadi.  Hahaha.. 

 lebih kurang camni ler selipar nye
2) Pakai selipar comel.. apa tuh?
-Di dalam rumah AA nie,macam-macam koleksi selipar ada. Selipar hello kitty,rambu ramba, semua ada la.. Ingat! selipar bukan sahaja digunakan untuk pergi ke toilet dan bersiar-siar di taman astakona jiran sebelah tapi boleh juga kita disesuaikan pemakaiannya untuk keselesaan di dalam rumah.. Misalnya, ketika duduk menghadap komputer,kita boleh pakai selipar menutup kaki.. Ianya dapat mengawal kesejukan kaki korang yang wangi tuh. Kalau nak pakai stoking pun boleh. Tapi macam orang baru lepas bersalin lah pulak.. Hehek


3)Jangan duduk bersimpuh terlalu lama di atas Simen/Marmar?
-Sebenarnya ramai tak tahu bahawa simen dan marble/marmar ini punca utama ,orang mengalami sakit-sakit sendi pada bahagian kaki. Cuba korang try duduk bersimpuh sambil anyam ketupat dalam tempoh yang begitu lama.. Sure kaki diserang kebas-kebas. Jadi,elakkan lah duduk terlalu lama ya.  Kalau duduk atas karpet rasanya tak takde masalah kan?. Lagi satu! Jangan sesekali tidur lelama macam tak reti-reti nak bangun,nanti satu badan kau sengal-sengal. Paham tuh? Wah macam mak nenek pulak mulut nih.

4) Bedak talkum pun boleh !
-Selain itu, kalau rasa kaki tu seremm-seremmm sejuk dah nak naik kebas,cepat-cepat lah lumurkan bedak talkum. Tak kesahlah jenama Safi ke.. Dashing ke..Ianya sedikit sebanyak dapat mengurangkan kekebasan kaki.." Orang cakapla,bukan AA cakap..Hehek" Lepas tuh, kalau mak kau jerit mana p ilang bedak dia..Haaa, Cepat-cepat lah korang letak balik ke tempat asal. Tak pasal-pasal pipi kebas kena lompang nanti! Hehek

 "milah!! mana bedak aku...?!

5) Beberapa batang serai katernye!
-Ada petua lain mengatakan,ambil beberapa batang serai .Kemudian,kasi giling sikit dan letak pada kaki yang kebas itu. Mak aih.. Berrrrrrgitu harum kaki kau dah sama dengan bau rendang jiran sebelah hah.. Kekeke.. Kalau tak berkesan jangan serang AA pulak ya.. sumber di ambil dekat SINI



 Ada kaedah lain?
Kongsi lah di sini  ya ^^
Btw,nak bagitahu nie.. AA rindu giler kat korang!! ~ Maluu la. =,='







NOTA KAKI: kat Fb ramai dah suh den hapdet.…Huhu.Gigih menaip nie..