Kemain lagi tajuk kann..
dalam ENTRY MINGGU LEPAS,
masih ingat lagi tak dialog ini..
(shrett..shrett!! --> sound effect setelah di-plashback)
Sebelum itu,nak berpantun 4 kerat boleh...?? ehem.. ehem..
"Korek Hidung Rasa Bahagia,
Jiran Sebelah Sibuk Nak Cuba,
Pestime Naik Flight Rasa Gelisah Di Dada,
Tapi Sebabkan Report Esaimen Ku Redah Sahaja"
Walaupun pantun itu berbunyi hodoh,tapi saya rasa patut berPERASAN hensem lagi bergaya pada esok hari .. Sudah berangan duapolohsaat,si pramugari dekat airport A,Setar itu akan berkata begini...
"encik anif.. ada apa-apa yang boleh saya tolong?"
"boleh.. berikan saya jus oyen "
"baik,encik anif" --> eh mana dia taw nama guwa
"opss. kasi straw lebih" "nakal.. babap nak?
"......."
Dialog di atas hanya rekaan dan angan-angan je beb .. tetapi,
TAK SANGKA ... Selepas Check in t'jumpa pulak..eh cam tak best je ayat terjumpa..haa,terserempak pulak dengan,
Nampak tak?Wiwit... Kak Adibah Noor beb! :D *adibah je..tu pon heboh
Teruja laa. Sebab minat sangat dengan bakat lakonan dan nyanyian dia. Hope dia minat jugak baca blog aku ni :P
Kitorang jadi konpius: Samaada aku yang terlebih kurus,atau dia yang terlebih besar..Kekeke..
ANTARA DIALOG YANG SEMPAT DIRAKAM (siyes tak tipu.. jika mahu bedahlah dada ini )
AA: Hai Kak Dibah.. Apa khabar.
Adibah Noor: hai. sihat je.
AA: i nak bergambar dengan u boleh? *muka teruja
Adibah Noor: Sure. Nak berdiri atau duduk sebelah i?
AA: err.. duduk lah. hehe
Adibah Noor: U buat three eh ..ok..ok.. i buat two(peace).. Hehe
********************** SETELAH PICTURE DIAMBIL****************
Kami borak,borak dan borak... (takleh citer di sini heh, nanti takde privacy.. ecehh)
p/s: dia sangat sempoi dan kelakar :D
dan, ENTRY LEPAS ada juga tulih dialog begini : "Hope dapat duduk tepi tingkap.. Boleh cuci mata tengok keadaan kat luar flight kan.. ececehh.."
Alhamdulillah..AA dan kawan lagi sorang dapat sit tepi tingkap.. ( Tutup mulut menahan sebak didada)
Sampai owang yang duduk sebolah den pun naik hairan....Apo hal budak ni tak toleh-toleh arah dio. Hehek. ~Bukan apa,kusyuk sangat tengok keadaan di bawah..
serius, sangat cantik!
Tetapi tak puas lahh. Sekejap sangat seyh. 40min je.. Baru nak korek idung,tup tup dah sampai LCCT .. Alhamdulillah,akhirnya selamat sampai.. ^^
Hah.. Pramugari cantik cantik tak?
~Boleh lah.
Hah.. Pramugara ramai tak?
~tak nampak pon
Hah.. Gayat tak tengok bawah?
~tak,jiwa saya kental
Hah..
~apa hah..hah? Pang nak!!
~~Antara soklan feveret dari kawan-kawan. Terasa diri ini seperti retis pulak.. eh.. :P ~~
Dah. Dah. Orang yang baru turun dari flight kena tidur awal. Jadi,saya tido lahh ye. Nite.
NOTA KAKI: Ala.. Lupa nak mintak nombor Kak Dibah (motif?)
NOTA KAKI: Ingat nak hapdet pasal Anugerah Skrin 2011.. Tapi kang banyak sangat kondem,orang marah pulak.zzz dulu ye :)


