Wednesday, August 31, 2011

Wordless Wednesday #6: Hantu Raya Balik Rumah

woot! woot! 
tajuk nak interframe lebih siuttt!!!
Apsal semua blogger story pasal raya ni?
AA nak jugak beb...Yeahh!!! sebelum itu,
nak wish..

Salam Kemederkaan!!

Raya,raya jugak... hari kemerdekaan negara kita jangan dilupakan k..ececehh

MERDEKA 3x!!

Sementara menunggu tetamu dari Korea jiran tetangga,so AA pon ambil peluang untuk
upload picture sat.. sikit pon jadi lerr..yeh yeh..


Semalam 1 syawal,AA spend time dengan kawan-kawan menganjing di Facebook..
perrrrgh, hanya dua rumah jew,kami spend time beraya dari jam 4.30 petang sampailah pukul 6.30 petang.. kau mampu!!???
waduhhh, ni la padahnya bila dapat kawan-kawan kaki bual..memang berbual lah jawabnye..
Duduk beraya ni memang jadi hantu hantu raya lah kekdahnyerr..

nampak lemang,ngap! nampak kuih pelik sikit ngap! nampak nasi impit yang tak berapa impit ngap!
perrrgh,naik buncit perut AA nih wa cakap luuu..*ukur perut ngan tali tip

itulah raya... Sape yang bercita-cita tinggi nak maintain slim tu,gua celup tangan korang kat minyak panas nnt !
takde maknenyerr nak slim...:p
lain lah AA, semulajadi slim river wa cakap... kekekeke


 KIRI: Ain ,AA, Idial dan Nazatul
TUKANG SNAP PIC: Linda

 control ayu n encem je masing2...hahaha..



muka mintak penampaq!!
nak nombor phone? :p

Kitorang banyak habiskan masa di rumah,Linda dan Idial(adik beradik) nih..
Masing-masing suka menganjing mulut Kelly fairy (betul ke tak eja ni)
hahaha..sengalation betul...
Btw,siyes best giler dapat friend macam korang..
 hahaha  :)


siapakah budak ni?
comel tak?
rasa nak culik tak?
haa,yang ini namanye ..lupa plak nama betul dia..tapi nama manja dia,Lolat!! hehehe
anak buah kepada Linda dan Idial nih..

nangis sebab berebut permainan dengan abang dia kut... hehe..


"alololo..meh sini kat pakcik anif... "








NOTA KAKI: Jangan Jadi Hantu Raya di Hari Raya...

Saturday, August 27, 2011

Tips Elak Kecurian Selipar Semasa Solat Raya



Wah, siap mangga lagi ..hahaha




1)Parking di Tempat Strategik
-Memandangkan solat raya merupakan solat feveret umat islam,so kebarangkalian untuk hilang selipar memang cerah kalau korang letak merata-merata..  Sebaik-baiknya,parking lah selipar buatan gombak korang tu di tempat yang orang taknak jenguk pon..Misalnya,

-tepi selipar yang koyak rabak,jadi.. pencuri itu ada feeling bersalah nak curi .wahahaha
-Suruk paling bawah sekali kat para/rak selipar tu.. So,diorang tak perasan sangat
-letak bawah tempurung
-dalam pasu bunga
-dalam bakul motor
-tutup dengan daun pisang

2) Letak Nota Cinta
-Kalau boleh sebelum nak masuk masjid tu ,korang letak lah nota cinta kat selipar canggih korang tu yang berbunyi macam ini..

“awak…jangan curik selipar saya,nanti tuhan marah..” kalau nak letak signature kau pon boleh..wahahaha. eh apsal nak letak signature plak.. ingat artis? ~Cepuk kang

 "aku korek idung sebab dah berjaya culik selipar hang..keh3!!"

3) Selipar Aku Jenama Gucci,Korang Ada?
-Berdasarkan statistik yang AA peroleh dari responden yang wajar kena cepuk, diorang nie gemar benar pakai selipar canggih datang kat masjid.. Datang masjid nak solat,bukan nak bergaya dik oii… Jadi sewajarnya,pakai selipar yang biasa-biasa jer.. Jangan terlalu mahal.. Jangan lerlalu lusuh ..Orang tak tanya pon berapa harga selipar korang tu derr..wahaha

4) Saiz dan Reka Bentuk Itu Penting
-Kebanyakan yang suka curik selipar ni memang dah terdesak sangat beb.. Diorang akan kebas apabila mana yang dekat depan mata dan senang pakai .. So,apa kata korang pakai selipar yang b’saiz budak kecik ,macam baby kiko tu..Nak berzip-zip bagai.. Ada bunyi nyet-nyet-nyet…wahahaha..
Sebelum nak kena curik,sure pencuri ni pikir empat juta kali laa nak sarung @ tak.. Lagi-lagi kalau ada bunyi,memang kantui lah kan..hahahak…

5) Bukan Nak Makan Je Doa
- Ok,sebaik-baiknya korang berdoalah pada Tuhan agar korang selamat pergi dan balik.. Bukan naik kenderaan je beb kena selamat,sebelum nak naik kenderaan tu kita pakai apa?selipar la dik.. Jadi,doalah dalam hati agar selipar itu berada pada tempatnya. Orang kata bersusah-susah dahulu..Bersenang-senang kemudian..~ Eh macam tak kena je pribahasa tu..wahahaha..

6) No Selipar,No Hilang!
-Kalau nak lebih nostalgia dipagi raya, tak payah pakai selipar jela aihh..Senang!!  Jadi,hati kita nak solat raya pon tak gelisah ala resah rindu diamuk sakit rindu..ehh?? *pengsan

7) Bawak Pak @ Mak Guard Sementara
-Kalau payah sangat,korang bawak lerr sesiapa yang boleh dipercayai untuk menjaga selipar buatan Gombak korang tu..  kalau hilang jugak, AA tak tahu lah nak kata apa.. Memang malang of the year la jawabnye .Adehh..


"hello adik.. mana mau lari dengan selipar itu.. "






NOTA KAKI:AA nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfiti dan Salam Kemerdekaan kepada semua.. Hati-hati semasa memandu ya    *ucapan ini tidak direkod mana-mana stesen tb

Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday #5: Shopping



di Jalan TAR,Kuala Lumpur

Sebelum nak jenguk kedai di Jalan TAR nih,1stly..korang kena pikir mana nak parking dulu weh..
Oleh sebab my driver nih agak pro jalan ni, dia sorok kereta corok mana tah.. 
Kalau tak ,kena laa charge(kat kaw parking)--> rm15+ ..hahaha..

Mula-mula takut jugak nak datang sini..
Al maklumlah, sejak kes simbah asid yang semakin menular kebelakangan nih..
Gugup jantung den!!  huhu..


Pandai jugak abang nih pilih tudung dan shawl untuk wife dia..huhu
"pilih bang..jangan tak pilih.."

Oleh sebab suasana kat luar terlalu crowded n gerimis, sempat snap dalam kedai je..
takut aihh ..macam-macam jenis orang kat cni..hahaha


pening ahh.. macam2 fesen ade..wahaha
anggaran lebih 50 booth dibuka,smpai nak pusing balik ke Sogo panjang laluan booth tuh.hahak

 My driver @abang.. 
Busy benar mamat nih, asyik dengan BerakBlackberry dia jew.. grrr
Nasib baik datang ke sini, dia nak belanja..whahaha..


 Sebelum balik umah, cuci mata sat depan Pavi nih... 
Kau mampu dik nak shopping barang2 kat sini?berangannnnn yolaa...hahaha..



Baju Melayu tahun ini, biru=perpaduan dan konon ala2 korea
Korang plak warna apa tahun nih? biruuuu?hijau?hehe..

rm:90 80

My Driver: dik... Kau minat warna ni.. pilihlah warna oren ni
AA: ah taknak lahh.. tahun ni nak terai kelainan sikit.. Malas nak pakai butang.huhu...

 Selain beli baju melayu,
AA beli kasut dan t-shirt jugak..malas nak upload.wahahaha
so over all,bawah rm200 jugak laa.. (yang ini pakai duit sendiri k)


 Apsal macam gaya Dr Rozmey ni..
Lempang nak??!!!
Saje nak tunjuk rambut baru beb..Wahahaha
baru layer cut semalam  ^^



NOTA KAKI: Tahun ini tetibe spend lebih sikit. Tahun sebelum ini, feeling nak exam jew..
takde masa pikir shopping2 nih..wahaha..yang penting ,berlandaskan kemampuan.

Tuesday, August 23, 2011

Tips Menakutkan Anak-Anak Dari Main Mercun



umur bebudak macam nih pikir seronok je aihh.. tampaq satgi baru taw *eh macam kenal ayat ni :p



 TIPS GILERR DARI MR AA:

1)      1) Selain guna rotan.. Apa kata, Ikat anak-anak dekat pokok kelapa sambil beri tazkirah tentang keburukan mercun itu. Bentangkan slide show mengenai kesan buruk pada keselamatan diri sendiri dan orang lain .Kadar masa,terpulang…  No iklan. No Talian hayat *wah!


2)     2)Takut-takutkan mereka.. Misalnya “Jika adek main  mercun senyap-senyap… mama tak mahu beri duit raya lagi.. “.. “kalau adek main mercun dengan  Syed Mohammed Sharifuddin  (nama penuh spela aku petik ni) anak Pak Seman tuh, mama pergi KB mall.. adek jangan menyesal nanti !! "
     
     3)  Kawal pergerakan anak-anak.  Kalau boleh,upah 3 orang pak guard yang bermisai lentik untuk memantau pergerakan anak-anak ketika bermain diluar rumah… kalau ada papehal, roger je.. hahaha


  4)Sentiasa ber-twitter dengan guru-guru sekolah mereka... Jika didapati anak-anak bawak mercun, Cikgu dah ada lesen hijau laaa untuk  rampas ,ambik tindakan ataupun jual …..errrr…kat sape eh…haa,dekat mama balik… lepas itu,mama pulak up status dekat wall cikgu.. cikgu dan mama pulak yang main sesama..hahaha (apa aku taip nih)


5)      5)Tunjukkan dekat anak-anak mengenai mangsa mercun yang ada dalam petikan akhbar . Pastikan bukan majalah Mangga. .Anak-anak tak boleh tengok model iklan kolam renang semasa bulan puasa k..hahak..Kalau anak-anak tak takut dan berkata “ elehhh.. tangan kiri je kudung.. tangan kana ada lagi buuu” , sumbat surat khabar itu di dalam mulut mereka. Kalau menangis, pastikan keadaan reda dulu.. Dalam beberapa minit, takutkan balik..Erkk..

Alahai siannye dik.. Pakcik Anif dah kabo.. Jangan main,nak jugak main.. 

6)Isi masa lapang dengan anak-anak.  Kalau boleh, cuba luangkan masa menonton cerita  SI CAPIK sambil-sambil buat kuih mazolla tu... Kalau anak-anak tertidur, pastikan kita dodoikan anak-anak dengan lagu tema  SI CAPIK itu.. whahaha

7)      7)Guna alternatif lain yang menghiburkan jugak. Jika mereka teringin sangat untuk merasai suasana hari raya, beli bunga api sudahhhh la.. hmm..Tak kisah yang macam mana. Janji murah dan tak ada dum dam dum dam (feat ewahh..waka..waka)... Ngam?


bunga api macam ini okei kut dan selamat lagik kan? kan? ^^



eh kenapa kat TV takde iklan pun uar-uar tentang bahaya mercun ni? kenapa? kenapaaaa?
asyik-asyik pasal mega sale... kuih raya.. .mega sale ..kuih raya.. *pengsan





NOTA KAKI: Tahun ini AA badjet baik wooo.. Tak main mercun pon.. kekeke

Sunday, August 21, 2011

Ending Cerita Yang Wajib Ada Semasa Raya


eh Rosyam Nor dan Wan Maimunah pinjam pic kejap ya :P


Anak atau Emak Mati 


                 Kalau korang perasan, hampir setiap tahun kita akan di sajikan dengan drama air mata. Semua pengarah pecah kepala kut nak buat stori feling-feeling sedih. Hope abang Rasyid Sibir tak baca..Paling berjaya membuat AA meraung ialah sama ada anak atau emak akan mati sebab kena langgar dekat kereta …Alahaiii….Lepas tu,time plak macam kene jew dengan 1 Syawal.. perrrrr… Kalau pembawa watak jadi mak,AA sure akan bagi award pelakon terbaik dekat Fauziah Nawi dan Wan Maimunah..hehe..

Bertaubat 


-          Sebelum bertaubat, sure laa pelakon-pelakon akan mabuk-mabuk…rogol sana sini..Eh tapi kenapa harus ada rogol?hehehe..  Kalau tengok ramai-ramai dengan family,bukan main kena sumpah seranah weh… Sebab watak yang dilakonkan itu sangat luar biasa..Sampai Shahir pun dapat idea nak buat title lagu (apa merepek ni)...Sebagai contoh lah kan, dari seorang pelacur,berubah jadi ustazah.. Dari seorang perogol jadi cikgu pendidikan seni(yeke?).. Dari kaki clubbing berubah jadi AJK masjid.. Wah!! Paling bagus lepas tengok cerita macam ini,ada ler keinsafan jugak kan..

     Kejap Betul Dah Jadi Tua 

-          Pada ending cerita , kita akan tertanya-tanya.. eh yang tua ni siapa pulak? Nyatakan padaku siapa? Siapa dia (jerit kt tepi telinga kuceng.haha) Lahh... Rupa-rupanya,selama 1 jam 45 minit cerita nih rolling adalah betul-betul mengisahkan hidup dia masa muda-muda dulu.. Cehh…  Tangkap feeling beb bila dia ceritakan balik pada cucu cicit nya..   Paling kantui bila dah tua, warna rambut mesti kena putih ada gimik uban.. Pakai spek kat hidung sampai AA risau dah macam nak jatuh jew spek dia aihh.. Jalan terbongkok-bongkok.. Selendang tak matching dengan warna langsir ..erkk..dan macam-macam lagi..hehehe


Mayat berulat-ulat


            Pada yang dah biasa tengok cerita anak derhaka  dengan  ibubapa,sure dah dapat agak ending cerita macam ini.. hehe.. Paling sadis,anak ini tak sempat nak memohon maaf dengan emak dia.. Emak pulak tak dapat terima perbuatan kotor anaknya itu… Isy-isy.. Mintak-mintak dijauhkan..


Watak ayah? Eh sure akan jadi cool dan relax jew.. Best sebenarnya main watak jadi ayah ni.. Kalau tak ada scene baca paper.. Cangkul tanah.. batuk-batuk sambil tengok wallet, itu dah kira fail untuk ditayangkan di hari raya ya.. TV3 dan Astro sure reject ~Harap maklum..hehe… Tetiba teringat dengan Jalil Hamid laa.. Alahai.. Lama tak dengar lagu Raya dia..hehe


Adik-beradik Terpisah


                  Nak dijadikan citer, masa kecik-kecik diorang ini dah lama terpisah rupanya. Bila dah besar, masing-masing ada gaya dan perangai tertentu.. Jadi,scene paling popular  nak temukan mereka ini ialah terlanggar bahu.. Jatuh cinta… Kena ragut.. Korek punya korek,sama ayah rupanya.. Cehhh…. 



Perkara –perkara yang membantu untuk  semua penonton meraung ialah:


-Lagu raya yang tangkap feeling diputarkan dow.Misalnya, Sudirman- Dari Jauhku Pohon Maaf.. Aisyah-Pulanglah ..Uwaaaa!!!*sob sob.. sambil rotate hingus supaya xjatuh

-Gema takbir raya yang membuatkan penonton koyak-koyak baju sebab sedih gilerr... Serius dow.. Sebab itu orang kata, sebelum raya jangan takbir... Nanti penghuni kubur akan menangis..Wallahu Alam ..


-Rumah kayu yang dah usang gilerr.. Siapa yang pernah tengok cerita Pondok Buruk sure tahu? Sedih giler kau..


-Anak ramai tapi ayah kurang mampu nak buat kerja.. Kasihan sangat.. Bercucuran air mata jantan AA nih....


-Berlakon di tepi sawah.. Tetapi kenapa mesti sawah? Apakah salah sawah itu.. *pengsan

-Wasiat terakhir semasa koma... Aduhaii....  *cop! doktor akan disalahkan sebab time panggil, dia ilang :p






NOTA KAKI: Sila sediakan lebih banyak tisu dirumah anda.. Sekian.

Saturday, August 20, 2011

Majlis Berbuka Puasa di Hotel SK Negeri Sembilan

Salam Ramadhan untuk hari ke 20..

Minggu lepas, AA dan classmate ada buat majlis berbuka puasa di Hotel Seri Klawang Klewon , Negeri Sembilan.
Majlis berbuka puasa ini bolehlah dikatakan reunion f6 kami jugakla..Lebih kurang 25 orang yang hadir (gigih ni datang) termasuklah abang senior f6 dan adik beradik mereka mereka...Dijemput ke? tuttt... Hahaha..

Sempena majlis yang 'last minit' ni,memang tak plan nak pakai baju bertema-tema.. Janji matlamat asal nak berjumpa-jumpa dan makan sama dik... Dari slim melim dah jadi boroi... Dari single dah bole terus korek idung nak naik pelamin katanyer... Bguslaa..

Sebenarnya, time puasa dan raya laa kita dapat jumpa balik kawan-kawan lama ye tak?.. Al maklumlah masing- masing dah ada komitmen kan walaupun duduk sebelah umah..hahaha.. 

Alhamdulillah, tahun ini kami dipertemukan juga dalam bulan yang penuh keberkatan ini..Nak beritahu laa...Walaupun dah bertahun-tahun kami semua tidak bersua muka,tapi dalam majlis tuu tak rasa sedikit kekok dan masalah pun.. Rasa macam baru habis kelas pengajian perniagaan je.. Hahaha.. Perniagaan? well,di dalam kelas itulah kami semua menjadi rapat gilerrr ... so many kenangan pahit,manis,tawar,payau..erkk...semua ade laa.. Hahaha.. 

Dikesempatan ini, AA nak ucap terima kasihlah kapada korang(all members termasuk yg xpat dtg) kerana telah menceriakan hidupku.. sob3...
Walaupun kita semua adalah kelompok kecil dalam kalangan sekolah tu,tapi semangat kengkawan dan dorongan guru-guru berjaya membangkitkan semangat kami semua to stay there.. ^^
Tak boleh nak bayangkan  kenangan kita semua walau hanya 2 tahun bersama-sama..
Rasa nak kembali ke zaman sekolah je beb..... sob3...
 Melantak selagi boleh.. Bayar mahal woo.. Sayang beb kalau tak abis kann,ahaha.. Buffet kan, biasa la tuhhh.. :)


Selepas berbuka.. Beginilah gayanye.. Semua perut ke depan ,tak tahu nak bual apa dah..haha.

Jejaka macho di tasik madu..hahaha..
Dari kiri: Amin, Ali dan Fathur..

Dari kiri: Yaya@ Diyana, Diva @Fatin dan ..........


 Kalau bab gossip mereka sentiasa juara.. haha.. Diva@ Fatin nie Ketua Pengawas kami.. well, memang tak reti lor duk diam... Sekarang dah jadi Mrs J Putrajaya yew Fatin.. hahahahak *matiler aku


Apsal AA tiada di sini.. Ouh lupa,time ni tengah makan ais kim dekat luar.. Lalalala

Sekali tengok diorang ni bajet ada rupa macam retis lerr plak aihhh.. kan? kan? ^^
dari kiri : Fatin Liyana, Cik Epal dan Hanis Zalika.. 



Sedap-sedap ^^

***SEKIAN***



NOTA KAKI: Tinggal 3,4 keping lagi nak bagi kad raya ni.. Tak tahu nak bagi siapa.. Sape nak?  ^^

Friday, August 19, 2011

Maxis Buat Diriku Sesat



 Wan Maimunah pun nangis sebab AA tak online.. *pengsan



Salam Ramadhan kali ke..ermm.. 19!!!
Ya Allah..Punya la rindu kat korang (tangan didada mata tak turun2) Ya Ampunnnn..Ramai yang kata AA sesat masa travelling..  melarikan diri laa..sombong dah jadi otai la... Mboiiiiiiiiii Korang!!(buat gaya cik temah terlepas payung)....Kalau rindu pun janganla sampai post kat Facebook weh..  segan pok cik! hahaha.. Jap,sebelum itu nak mintak maaf laa dekat kawan-kawan semua..  Rasa serba salah pulak tak sempat nak balas kunjungan dan muahh2 kat blog korang.. Bukan apa,ni semua salah MAXIS!!! grrrrrrrrrr...lagi sekali..grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr... 

Sejak 2,3 hari ini line maxis(AA guna berukband k) ada masalah pulak aihh.. Apa pun tak boleh!! 

Sebenarnya,badan dan kaki masih lenguh-lenguh lagi ni. Apakah? Apakah?.. Shopping raya la beb.. Hari ini sehari suntuk pusing Kuala Lumpur dan Seremban naik kereta kuda ala-ala Cinderela tuhhh..erkk (sila muntah!) 

Gilerr ah.. Jalan TAR memang bestt kali ni shopping.. Orang tak putus-putus datang dow..Harga pakaian pon murahh.. Ampangan pon not bad!!

Okeylaaa..Next entri AA citer ek.. mata dah tak larat nii..nak rest duluuuuuuuuuuuu!! Kalau AA tak online lagi,hmm.. angkara  MAXIS la tuh..Jangan nakal-nakal k, Babai!! ^^  (mesin urut ke mari kau)

Monday, August 15, 2011

Kenapa Mudah Sangat Nak Kata Orang Gay?


apa kena-mengena Wan Maimunah dalam citer ni..??hehehe..




 Selamat Berpuasa untuk hari yang ke 15. Jap,boleh main lagu raya tak time-time sekarang???? hehe...Mana taw kut2 tak boleh.. :p

Ok,tajuk macam panass jew..Ha,memang panas pon!
Hari ini AA nak tanyalah.. Salah ke kalau kita dah berkawan rapat dengan seseorang  itu dan kita selesa keluar dengar dia jew..

Terutama lelaki sama lelaki.. Perempuan sama perempuan..

AA perhatiikan sekarang ini, orang suka sangat me-label seseorang itu gay (lesbian tak sure lah plak)walhal diorang hanya berkawan saje..  Kalau dah kawan rapat sure la pergi mana-mana berdua betul tak? Lagi-lagi kalau sama kepala…Adehhh..

Kadang-kadang keluar jugak ayat keluhan macam ini..

 “Berkawan dengan lelaki orang kata gay.. berkawan dengan pompuan nanti orang kata mengatal..kalau berkawan dengan binatang orang kata gilerr … so nak berkawan dengan sape aihh..”

Haiyooo..  pada sesiapa yang suka melabel orang itu macam itu..macam ini, hentikanlah beb.. Tak membawa apa-apa faedah pon beb

Kalau solo macam AA nih lagi sakit kut.. Mana-mana orang lah kan,tak percaya kita solo .. Walhal nak bercinta ni bukan macam beli kuih kat bazaar betul tak?(acik nak kuih donut sehenggit!! huhu)
 Takpelahh.. mulut orang nie memang kita tak boleh tutup ye tak?hhmmm...

 Percayalah.. Kalau nak ber-couple bagai ni bila-bila masa boleh.. Tapi dah tak nak ..Orang lain tak boleh paksa… Studi lagi penting kut sekarang ni..  Ewah..studi blog taw laa..hehe
Dah ! entri pendek jelaa eh.. Panjang-panjang kang korang  boring pengsan plak nanti..hahak



(mood: jadi siyes sekejap..hehek)






NOTA KAKI: Fitnah Lebih berbahaya dari membunuh weh!

Sunday, August 14, 2011

Berangan Sekejap Jadi Rizman Ruzaini

Malam tadi tengah syok layan lagu Zaitun Sameon Beast, terfikir pulak macam mana nak design t-shirt utuk projek kolej sem depan...Gigih cari kat google image berkenaan sketch t-shirt yang smart..Malangnya,Tak jugak jumpa yang berkenan di hati .. Last-last,AA jumpa picture sekeping nie.. Eh nampak cantik pulak.. So apa lagi,save kat laptop dan design ikut kepala hotak AA guna photoshop ..hahaha..


GAMBAR ASAL


Sekarang ,ramai kata pereka fesyen paling top Rizman Ruzaini ek?? yeke?? Urmm... Entahlaa..

So,Nak dijadikan citerr bila dah dapat picture ni AA try and error lah buat touch up sikitt warna n style goun nii mana yg patut. Nak buat doodle sendiri tak reti...Berangan tak berangan kan??hahahak
Tak sangka macam-macam rupa AA buat,.Hadoiii... Agak-agak,nak jadi sponsor AJL tahun ini ada change tak??hehe...

1)

Baju ni khas untuk Juliana Evans..Kulit dia putih,merah mak ngah ni menyerlah baii...


2)



 Yang ini pulak ...urrm,,,,untuk Wan Maimunah ok tak?? *ok tak lawak



3)
Ok,hijau pucuk pegaga ni..untuk Rozita Che Wan kut...Cantek!!*perasan




4)

Yang ni seksi lah pulak... Nak bagi kat sape eh.. Enot sesuai kut...Yelaa,dalam tv bukan main dia nak
meletop baii... Cer suruh dia sarung goun ni... Hamik kaw???


5)


Agak-agak untuk Lisa Surihani ok tak?? hehehe.. Sure pengsan semua laki kalau tengok kut.. ^^


6)



Cantek tak? perr.... perasan dow..
Nak bagi siapa eh baju ni... Untuk Siti ok kut..
Wajiblah kan... Akakku...hehehek

7)



Goun purple nie plak? maybe nak bagi Nasha Aziz laaa..Yeah, SUPERMAK!! hahak..
8)



Yang ini nak bagi sape plak ?.... Sure laa Fazura kan... hehehe...

 Agak-agak,ada change tak nak jadi sponsor AJL thn depan??hehe.....

Ok,kalau cantik lah kan*even tak cantik... KORANG SUKA YANG MANA? Pilih jangan tak pilihh... kekekkeke





NOTA KAKI: Tahun ni tak tahu nak beli baju raya warna apa.. Adehhh

Friday, August 12, 2011

Eh Ada Orang Beri Doodle!

Salam Ramadhan semua.!! 
Hari yang ke berapa dah kita puasa eh?ouh ya... ke 12.. Bukan lupa tapi kusyuk sangat puasa kann.. Sori guys,jikalau AA tak sempat nak membalas kunjungan korang semua.. Al maklumlah,sebuk dengan travelling katanyerr..hahak..

Okey fine! Berbalik pada topik asal...Entry khas ini, AA nak berterima kaseh kepada si jejaka tampan iaitu Alif Ismail  lorr sebab sudi buatkan doodle untuk AA yang kiut miut ni.. sob3*sambil tarik beg galas macam tersinggkir dari AF

Korang nak tengok? 










 (drum rolls)






















Orait...Ini dia....


Amacam?tertarikk... hehe..
Cer tengok tang mata ...tang mata tuu... sexy u!!!! Kau ade ??? hahahak..

Meoww...meowwww *suara garau
eh...ada kucing ?bila masa plak aku jadi bapak ko ni kucing oii.. Tak nak lari pulak dia..Yela-yela,meh sini..

AA pon tak sure nak letak kat bahagian mana dodoldoodle ni... Ada cadangan?? hehe ^^




NOTA KAKI: Sementara tunggu dodol versi raya dari Wanie.. tak sangka dapat lagi 1 dari rakan blogger lain :D