Thursday, January 13, 2011
Kadang-kadang
Kadang-kadang aku terfikir..Kenapa aku perlu masuk universiti sedangkan "itu" bukan jiwa aku?kadang-kadang aku mula berangan-angan dengan meletak diri ke pangkuan orang yang tidak bernasib baik ke universiti..dan,kadang-kadang aku mula jemu melihat kegembiraan orang lain setelah sejiwa dengan jurusan yang mereka ambil..Itu rezeki.Jawapan mungkin dariku..
Setulusnya..aku tidak suka subjek mengira.Semasa UPSR,aku benci.Semasa PMR,aku tepu.Semasa SPM,aku paksa diri.. dan semasa STPM aku bela diri.Mujur selamat,cuma subjek Pengajian Am dan Pengajian Perniagaan tidak menyeluruh pengiraannya.Kadang-kadang,aku terfikir..Salah satu kelemahan aku ialah Matematik.Jika di Universiti,aku menonjol kerana kelemahan itu maka musnahlah semangat aku..Mujur aku kuat..Secara umumnya,aku suka subjek Bahasa dan Sejarah.Cuma,Sejarah bosan .Itu garapan awal.Subjek bahasa aku cemerlang.Nah,rezeki bukan ditanganku untuk bergelar pendidik..Mungkin aku bukan kelompok itu tapi semangat aku berkata-kata itu kelompok aku.Oh guru atau pensyarah,bahagianya ilmu disekeliling anda....Nah,Produktiviti aku mungkin,fotografi?..Penulisan?..Pengurusan?..aku buntu la... aku nak jadi apa aku keliru.Buka buku,pandang lecturer dan exam...??!! sekadar lakar masa sebegitu sahaja?Baiklah,tunduknya aku pada kenyataan ini.."Nip,rezeki dimana-mana je..Seboleh2nya kita berusaha dan study pandai2.." "Ya,tauuu"Bidas fikiranku.
Namun,apa yang bermain-main difikiran abstrak aku ialah..aku selayaknya jadi apa?kalau aku dalam landasan BBA,nampaknya perlulah jadi usahawan/banker/perunding/tutor sambilan..atau,SPA(jalan terakhir)... urmmm..TAPI..[bersambung akan datang..dalam bahagian Kadang-kadang(2)]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment