Wednesday, January 12, 2011

Kasihan Sheila Rusly

Salam Paradigma.. 
Baru-baru hebohla 1 dunia yang drama Sakti Delima slot legenda tv3 tu,kene stop!! Sebab??tahyul katanya LPF...Baiklah..Jom layan apa sebenarnya yang berlaku!!??

Sheila Rusly: Lega LPF Tak Ban Sakti Delima?

KUALA LUMPUR, 11 JAN 2011: Produser drama, Hajah Sheila Rusly kini boleh menarik nafas lega apabila tengahari tadi, dia telah diberitahu oleh pihak TV3 bahawa drama siri 20 episod terbitannya, Sakti Delima bukanlah akan diberhentikan serta-merta, sebaliknya ia akan mula bersiaran kembali pada Mac ini setelah dinilai semula oleh pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF).
Sebelum ini, sebanyak empat episod drama Sakit Delima terbitan JS Pictures milik Sheila dan suaminya Jinggo ini telah disiarkan oleh TV3 menerusi slot Lagenda sejak 3 Januari 2011 yang lalu.
Namun, pihak LPF telah mengarahkan kepada TV3 untuk memberhentikan serta merta siarannya di TV3 pada 10 Januari 2010 atas alasan ianya mempunyai unsur syirik dan tahyu serta memesongkan daripada akidah Islam.
Arahan yang dikeluarkan LPF itu telah membuatkan Sheila kecewa. Malah, dia telah meluahkan kekecewaanya itu menerusi akhbar Harian Metro bertarikh hari ini, 11 Januari 2011.
"Terus-terang, saya tak boleh nak mengulas lanjut lagi mengenai hal ini kerana dikhuatiri perkara ini akan diperbesarkan. Tetapi, inilah berita terkini yang saya perolehi daripada pihak TV3, tengahari tadi. Kata mereka, pihak LPF hendak menilai semula kesemua episod drama ini.
"Sebenarnya, kalau hendak diikutkan, setiap drama yang akan keluar di kaca televisyen perlu ditapis dulu oleh pihak LPF. Tidak terkecuali dengan drama terbitan saya yang terbaru ini.
"Jadi, bila ianya dihentikan serta-merta, saya jadi terkejut. Lebih mengejutkan bila mereka juga mahu menilai semula drama ini. Saya tak tahu mengapa. Tetapi mungkin mereka kini ada sistem baru dan terlepas pandang dengan bahan atau kandungan yang terdapat dalam drama saya.
"Apa yang penting, pihak LPF bukanlah hendak ban drama ini. Insya Allah, setelah penilaian semula itu dibuat, Sakti Delima akan kembali ke udara di TV3 semula pada awal Mac ini," jelasnya optimis kepada murai.com.my.
Menurut Sheila lagi, seandainya pihak LPF tidak berpuas hati terhadap beberapa scene yang terdapat di dalam Sakti Delima setelah penilaian semula itu dibuat, dia bersedia untuk menerima sebarang ketentuan.
"Saya tiada masalah sebenarnya untuk mematuhi atau mengikut seberang kehendak atau apa sahaja peraturan yang akan ditetapkan oleh pihak LPF dan TV3. Saya harap drama ini tiada apa-apa masalah untuk disiarkan tetapi jika mereka mahu saya memotong mana-mana scene yang mereka rasa tidak relevan, saya bersedia mematuhinya.
"Malah, jika dari awal-awal lagi mereka nak suruh saya potong mana-mana scene pun saya tidak kisah. Saya sedia memberiakn kerjasama," tegasnya lagi.
Sheila juga tidak menyangka bahawa hajatnya untuk membantu dan memberi peluang kepada pelakon wanita bertudung untuk membintangi drama ini akan mendapat halangan yang seperti ini. Tapi, dia menerima perkara itu dengan redha.
"Mereka perlu beri peluang kepada drama-drama begini terutama sekali kepada pelakon-pelakon yang bertudung supaya mereka dapat tonjolkan bakat dan watak yang berbeza.
"Saya anggap ini sebagai satu cabaran bagi saya untuk membantu artis-artis bertudung dan kurang mendapat tawaran berlakon daripada pihak produser drama yang lain. Semua ini adalah satu dugaan buat saya dan mungkin ada hikmahnya disebalik apa yang terjadi. Saya perlu bersabar kerana dah banyak effort saya berikan untuk drama ini," tambahnya lagi.
Drama Sakti Delima yang menelan kos pembikinan sebanyak RM500,000 ini dibarisi pelakon seperti Bienda, Aida Khalida, Safura, Catriona Ross, Liza Hanim, Iqram Dinzly serta Sheila sendiri.(www.murai.com.my)

[KOMEN ANIF]
>>Harap2 selepas ni LPF perlulah telus ya..Bukan dah gegar gempita tayang drama kat tv,barulah terhegeh2 nak scan bagai ada tahyul or apa2!!...Ada aku kesah??Sian pengarah dan produksi yang terbabit..sian akak Anif,Kak Shiela?huhu.. (=,=)
>>Apa kes??Cerita indon punyela berlambak tembus kat tv tempatan kita kan..itu pulak lagi tahyul,sesat,syirik,bidaah,khurafat dan merapu kak nab oiii...Camne boleh tembus?Double Standard...??haa...
>>Sebenarnya,cerita2 berunsurkam tahyul/hantu/spiritual ni dah lama wujud dari zaman nenek2 kita luu..cuma sekrang je di'variasi'kan..al kaedahnya sama je..duk lunggah akidah umat islam..Bezanya,jika ada unsur2 islam dan mendidik penonton dengan cara rasional..
>>Umumnya,start je cerita PontianakHarum Sundal Malam je bertubi2 pengarah nak wat cerita hantuuuuu atau tahyul ni..Sekarang kat wayang dah dimonopoli cerita2 sebegini..Manakah cerita hebat seperti Baginda?Embun?Mualaf?Puteri Gunung Ledang?..Pengarah perlu gerakkan balik hati penonton..Kalau boleh biarlah sederhana dan janganlah melampau..Minda penonton juga perlu santapan ilmu dan mencerna otak seumpama filem Perempuan Berkalung Sorban dan Forest Gump KAN??..Apapun,tak sabar nak tunggu filem Nurkasih & Hikayat Merong Mahawangsa!!!

NOTA KAKI:Hantu tak pernah lupakan manusia,tetapi manusia sukakan hantu?apa tu?haha.. :D

No comments: