Salam Readers!!
![]() |
| gambar sekadar hiasan..*gigih edit semalam.HAHA. smart tak??saje ty pendapat uols |
Entry lalu AA ada sentuh mengenai tips untuk bermesra dengan follower kita kan?kali ini mahu beri lebih sedikit info khas untuk anda.. Seperti yang dijanjikan,plan jangka panjang blog ini ialah'blogging & inspirasi'..hehe. Jom! teruskan pembacaan anda :)
Baiklah,kali ini mahu dedahkan 'Punca Penghalang Kemesraan Antara Kita dengan Follower'
1)Internet Slow
-Apabila line internet slow macam siput vavi,mulalah mood kita berubah jadi kurang baik rite?lagi-lagi yang menggunakan berukband.HAHA..Apabila mahu menjejakkan kaki ke blog follower kita,loading terlalu lama sehingga kita rasa bosan dan keciwa.. Jadi bukan bermakna kita takde niat mahu singgah kan?
2)Aku Busy Kau Hadoo!!??
-Kebanyakan blogger hari ini dari kalangan student .Tak kiralah dari peringkat sek menengah atau ipta/ipts. Kadang-kadang,time nak baca entry kawan-kawan memang takkan sempat ah.. terutama time exam/kenduri esaimen KAN?HAHA.. Oleh itu,kita kena cari waktu terluanglah dik kalau nak bermesra dengan follower kita.. Ngam?
3)Blog Photostat
-Berdasarkan pengalaman AA berkecimpung dalam dunia blog ini,(wah ayat)rata-rata yang jadikan blognya sebagai ruang untuk 'copy'segala bahan dari internet memang sunyi ah dari follower/tetamu .Betul tak?Lorr..tak caya?Baiklah AA ambil contoh,blog photostat ini dia copy artikel dari news online,rencana dan sumber-sumber lain bulat-bulat..Malah,ada juga sanggup copy artikel original dari blogger lain..Tak salah untuk beri info pada pembaca tapi biarlah dengan cara yang sihat ya dik?Orang pun naik bosan kalau entry itu panjang menjela-jela dan tiada gaya penulisan yang santai..
4)Blog Diari Online
-Ada diantara kita gemar berkongsi rutin kehidupan dirinya dengan orang lain. Jadi wujudlah jenis blog macam ini.. Kadang-kadang kita terlupa,apabila TIADA KELAINAN dalam penulisan kita atau orang cakap,"lagi-lagi luahan perasaan..takde benda lain gaknye" ini menjadi penghalang follower untuk mendekati kita..Nampak? Ada tu,AA pernah blogwalking blog someone ni,kita rasa keberatan nak komen sebab takut tersalah cakap,buat dia sensitip atau busy body kann? jadi ini boleh dikatakan punca keretakan kita dengan follower la..
5)Terlalu Gedik
-Opss...point kali ini agak terlalu berterus terang..HAHA.Jangan marah noo,ada diantara blogger itu suka sangat show off segala benda yang dia ada.Contohnya,gambar dia seksi ,ayat terlampau gedik dan macam-macam lah.. Itu blog dia,lantaklah kan. Tapi ingat!! Tak semua suka dik.. Laki-laki lagi lah tak suka.. Terus lari dan tak kunjung-kunjung blog korang..Nampak?Oleh itu,perbaiki diri kita sebelum perkara buruk berlaku .Contohnya,kena cemuh kat Anonymous dan haters kita.. HUHU ** sorila AA suka berterus terang
6)Boleh Dimaafkan atau Sebaliknya??
-Penghalang kemesraan boleh juga berlaku melibatkan faktor-faktor tententu..Antaranya, tulisan terlalu kecil,warna yang terlalu menyerlah,berat,takde shoutbox,tukar URL dan macam-macam.. Sama ada perkara ini boleh dimaafkan atau sebaliknya ianya terpulang pada diri sendiri.. Tugas kita memanglah nak rapat dengan follower kita tapi bila dah berlaku perkara seperti ini bak kata kump JAMBU,"Ape pun tak boleh!!" ye tak?HAHA..
7) Tersadai dan Usang
-Blog yang sudah lama tak update ,AA suka labelkan sebagai blog tersadai atau usang.HAHA.. Cuba bayangkan,last entry dia 2,3 bulan lalu.. Nampak sangat dia dah tak aktif blogging rite?so,kalau blogger itu nak 'tangkap' balik hati follower dia memang susahla dik.. Silap hari bulan,follower kita pon dah lupe samaada pernah jadi follower dia or tak.HAHA.. Jadi,rajin-rajinlah update blog kita..at least kurang seminggu 1 entry. Ngam??
***Jadi,itu sahaja info yang ingin AA kongsikan..
Pada blogger baru,cubalah berkenalan dengan blogger lama dan belajar lebih mendalam kekuatan blog dia.. Malah,blogger lama pula silalah beri sokongan dan dorongan pada blogger baru.All in all,win-win situation rite??HEHE..
NOTA KAKI: Orang tak akan menghargai hasil penulisan kita jika kita sendiri pon tak reti nak menghargai penulisan sendiri

