Salam Readers!!
janganlah buat follower kita menangis. **tetibe lak AA nak jadi prihatin hari ni.HUHU |
1)Ingat Nama
-Latihlah diri kita mengingati nama follower kita..AA tak kata semua follower tapi sebahagian la.Menyebut nama mereka muzik paling indah ditelinganya.Ramai blogger sukar mengingati nama followernya.Agree?'kalau macam itu sila buat tangan macam saya'..HUHU Kalau nama blog dia "isesyna.blogspot.com" takkan kita nak panggil cik isesyna or weh bro/minah..alangkah indah jika ingat nickname dia..Kalau tak tahu,cubalah bertanya..Walaupun dalam hati kita berkata-kata.."eh eh kau sape nak ingat nama kau?..kau diva ke?..kau retiss ke?..perlu ke?" Jangan tak tahu,jika kita ingat nama follower kita,ianya satu penghargaan!!
2)Susah Sangat Ke Nak Komen
-dik..akak..abg..susah sangat ke nak komen blog follower kita?Cuba kita bayangkan perasaan dia bila buat entry yang gempak dan best tapi sunyi dari komen.Kasihan dik..Cubalah kita bermesra dan tunjukkan rasa penghargaan kita pada dia yang telah sudi jadi follower kita.Hal ini banyak saya dengar dan berlaku pada bloggers yang baru.. its ok.Sebagai blogger baru,itu normal dik.. tabahkan hati.Ingat! "what u give,u get back!"(eg. jika kita komen blog orang lain,orang akan komen blog kita)
3)Shoutbox itu memanggil-manggil kita
-Korang sedia maklum kan..tempat nak borak,tegur sapa,jejak bw dengan blogger ialah melalui shoutbox/cbox... Kadang-kadang kita lupa nak tulis "hai"di shoutbox follower kita..Malah,ada segelintir itu ambil kesempatan untuk promosi blog/entry dia semata-mata..contohnya,"jom entry baru! cara nak lari rumah!!" Paling menyedihkan,ada tu guna software autoblogwalking!! padahal dia tak singgah pun blog orang tu..Ok,nak dedah di sini..AA selalu jumpa ayat ini lebih dari 20 shoutbox.."tuttt(nama dirahsiakan) from egypt,bw here" weh mangkuk!!! kau tak singgah pon blog dia tapi kau guna taktik kotor untuk naikkan traffik blog kau sendiri.. sian blogger baru tu kau taw..tolong ah jangan pentingkan diri sendiri!! (AA bila orang guna taktik kotor mula ah naik hangin satu badan)
4)Buat Contest atau Segmen
-Buat masa sekarang ramai blogger mula keluar dari kepompong sendiri.Mereka sudah pandai buat contest/segmen sendiri.. Tahniah!! Mana yang tak taw,kaedah ini banyak manfaatnya.Bukan sekadar untuk meramaikan follower kita,tapi untuk merapatkan silaturrahim antara blogger..Ok,blogger yang begitu sinonim dengan kaedah ini ialah Ben Ashaari.. Boleh dikatakan,setiap orang begitu agresif untuk menyertai setiap segmen yang beliau kendalikan.. itu salah satu usaha baik beliau.Kita? (AA belum aa kesempatan nak buat.hehe..sabar noo)
5)Jangan Pilih Kasih
-Ramai antara kita suka komen pada blog yang hebat/otai..yang beribu-ribu follower-nya SAHAJA(even entry dia biasa je).Namun, kadang-kadang kita terlupa nak jadi'sang pemerhati'pada follower kita yang blog dia bawah 200 and above.. Nape dik??entry dia tak best ke? jangan begitu.. Cuba bayangkan,Fatin Liyana komen blog kita yang hanya ada 140 follower sahaja..Bangga tak uols?? pasti blogger itu bersemangat nak buat yang terbaik untuk blog dia rite?? secara psikologi memang begitulah dik..Oleh itu,jangan lah kita pilih kasih ya..(wah ayat AA jambu lak ai)
6)Bukan Mahu Bodek/Menjatuhkan Dia
-Sesekali apabila kita singgah blog follower kita,apa salahnya kita puji blog dia..Contohnya,"wah..ada layout baru la..nice!!".Selain itu,apabila blog follower kita ada sesuatu yang boleh mengganggu konsentrasi pembacaan kita,apa salahnya kita tegur dia secara baik.Contohnya,"awak.. blog awak berat loadingla..maybe awak boleh kurangkan widget tutttt"-"Leha,cuba awak guna kaedah komen pop up..more friendly la..hehe".Nampak?? kita bukan mahu bodek atau menjatuhkan dia tapi mahu tampil sebagai orang yang "alert" pada blog dia..itu sahaja dik..
7)Relaks dan Sopan
-Kadang-kadang apabila kita naik feeling atau excited nak komen blog dia,sampai kita tersalah taip.HAHA.. itu tak mustahil berlaku.Ingat!! perkara ini boleh mengundang bahaya kalau perkataan itu tersilap dan mengakibatkan salah paham..Contohnya,"saya"TAPI TERTULIS "sayang"..Kita pon bukannya rajin benor nak tengok balik komen yang lepas-lepas..abis baca terus lari kan?HAHA.. Selain itu,gunalah ayat yang sopan..panggil nama dia or awak..Actually AA tak berapa suka kalau orang tulis,"weh bro"-"ek eleh kau perempuan"-"bangang lak ai" ..Ingat! bahasa penulisan mewakili penulisnya..paham dik?
itu sahaja,to new blogger jangan sedih-sedih la..you have to strong enough k!!
NOTA KAKI: Kita tidak boleh puaskan hati semua orang,tapi tak rugi jika kita berusaha menghargai orang lain
18 comments:
setuju sangat. follower kena dihargai kan kan kannn?
wahh ! entry membina .. suke2 .. :)
btw,bnyk menda psal blog sy bljr kat blog AA .. thanks yeah ! :)
ala terkedu jap sbb jrg komen2 kt sini...tp selalu je jenguk...:)
kakak setuju sangat, sbb tu, kakak letak semua blog dlm bloglist, tak ada pengecualian. kakak sayang semua followers kakak...selagi ada masa kakak akan cuba terjah n3 terbaru mereka
hye anif .., nickname anif ape ? nif ke ? .agagaga :D
wah, Anip dah pandai tulis tips2 blogging ni.. Bagus2.
kadang2 bukan tak nak lawat kembali tapi bizi dan line pun tak ok sgt. macam entri ni: http://sha-myheart.blogspot.com/2011/06/mood-blogging-aku-dah-makin-turun.html
dan paling bengang bila jumpa blog yg berat, ada pasang lagu, warna terang. nak tau lebih lanjut, meh terjah entri ni:http://sha-myheart.blogspot.com/2011/06/minta-maaf-tak-dapat-singgah.html
syazana:hehe..betul2..
lella lala walaa:sama-sama.. yeke?terharu saya.. :)
reen:haha..ini khas untuk blogger baru yang sedih orang tak komen blog dia.. :)
kak yatie: yeke?thanks..akak buat saya dan follower lain terharu la.. :)
jer:lawakla ko jer.. Anip la..kat sini guna AA sebab,bagi mudah rang ingat kita :)
kak sha: haha..thanks .really?..orait.i will be there :)
ohh..sokong sgt!agaknya blogger skrang ni jari diaorang mahal sgt kot smpai nak komen sikit2 pon tak boleh?kankan..^^sory nyibok..heee~
betul3..
kte kne hargai mereka..
tp ad jgk y nk kte g je coment blog dia, tp dia ta pon dtg coment blog kte..
eh, luahan ati jup..
myb dy ad sbb dy trsndri kowt..
=')
nice sharing anif abdullah...
khairiyah:sesetengah orang anggap komen itu sebagai suntikan semangat untuk menghasilkan penulisan..hehe..
jia:betul2..ada sebab tersendiri..cth,internet slow..hehe
wah bagusnya .. kalau begitu, mula dari sekarang kene latih diri, nanti bila kita ada di atas, kita takkan luap diri .. betul tak cenggitu AA ?
hai, sila ingat nama saya .. iPai .. bukan iPad, iPhone, ataupun iPod. Malah atah lagi iBoard. iPai k
ipad:saya setuju dengan awak.. ouh,ipai? k thanks.. teruskan menyokong blog ini.. :)
yg ni pun setuju sgt2... follower tu pntg... even kdg2 diorg folo sbb nk kita folo balik... but xpa ar, at least kita try hargai followers tu... lgpun, leh buat rmai kawan kan....
tp sy suka irine nadia.... sebab dia comel.... heheheh ok... yg ni x berapa nk ber kena mngena... :D
sama2 ..
NICE la encik :D
wah.... hebat, ade tips blogging lagi tue...:)
@shalina:eceh.. tq tq
@fasihah:tula..sejak belakangan ini asyik nak share tips je.. :P
Post a Comment